Seekor Burung, Seekor Manusia

>> Friday, December 31, 2010






Seekor Burung, Dan Seekor Manusia


SEMUA makhluk bernyawa mengetahui cara-cara untuk survival bangsa mereka. Demikian juga dengan unggas yang dipanggil burung yang begitu banyak jenisnya, serta boleh terbang dan melayang-layang di udara.


Allah S.W.T merojok kepada burung untuk membuka minda manusia supaya berfikir tentang kebesaran dan keagonganNya. Allah berfirman dalam kitab suci al-Quran, maksudnya:

“Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tiadaa siapa yang menahannya selain Allah”.An-Nahl:79.


Haiwan Yang Pengasih


Burung adalah sejenis haiwan yang pengasih dan penyayang. Burung amat mengasihini keturunannya. Kerana itu selepas bertelur, burung-burung itu menjaga telur-telur mereka dengan sebaik-baiknya supaya boleh melahirkan anak burung untuk mereka.


Justeru itu, ibu burung itu akan mempastikan telurnya sentiasa berada dalam keadaan hangat dengan jalan duduk di atasnya. Teluru-telur itu akan diram oleh burung-burung betina, atau bergilir-gilir antara burung betina dengan burung jantan, ataupun diram oleh burung betina sahaja sampai telur itu menetas.


Telur yang hangat dan selamat inilah yang akan melahirkan embrio yang sihat yang akan melahirkan seekor anak burung. Tanpa kehangatan telur itu tidak akan menetas, tapi menjadi tembelar dan busuk.


Kebiasaannya masa yang diambil oleh kebanyakan burung untuk mengeram ialah selama dua minggu. Kemudian barulah telur itu menetaskan anak burung. Tapi ada juga bangsa burung yang mengambil masa yang jauh lebih lama untuk mengeram telur, iaitu selama tiga bulan.


Walau berapa lama pun masa yang diambil untuk mengeram, burung itu tetap sabar menunggu kelahiran bayi yang akan melanjutkan turunannya. Tapi manusia hari ini tidak begitu sabar menunggu masa kelahiran, kerana itu jika terlewat sedikit sahaja dari tarikh kelahiran daripada perhitungan masa yang mereka kira-kirakan, maka sang ibu yang mengandung itu akan “dipisah” dengan berbagai-bagai cara supaya ia segera melahirkan anak pada waktu yang mereka sendiri andaikan itu atas alasan keselamatan.


Kita tentu melihat telur burung seperti juga telur ayam mempunyai kulit yang membungkus kandungan cairan di dalamnya yang berwarna putih dan kuning. Telur yang putih membungkus telur yang kuning. Sebahagian daripada cairan itu akan berguna untuk membentuk menjadi seekor burung, sementara sebahagian lagi untuk dijadikan makanan dalam masa telur itu diram oleh ibunya hingga ia menetas.


Bagaimana cara cairan putih dan kuning masuk ke dalam kulit pembungkusnya, dan bagaimana pula telur putih berada dalam keadaan berasingan tanpa bercampur dengan telur merah? Itulah adalah rahsia penciptaan Allah S.W.T.


Bila tiba masa untuk menetas, bayi burung yang berada dalam sarung atau kulitnya itu akan menebuk kulit telur itu untuk membebaskan dirinya ke alam maya. Ataupun sebaliknya ibu burung yang sedang mengram telur itu akan mematuk-matuk kulit telur yang diramnya supaya pecah untuk mengeluarkan anak burung dari dalamnya bila dia menyedari masa telur itu menetas telah tiba. Maka dengan itu lahirlah seekor bayi burung yang masih kecil.


Ibu burung itu hanya meninggalkan telur yang diramnya itu bila menyedari telur-telur telah buruk, busuk atau menjadi tembelar tidak dapat ditetaskan lagi. Ini berbeza dengan sesetengah manusia, benih-benih manusia yang masih baik dalam kandungannya dibuang dengan sengaja bila mereka tidak mengingininya walaupun terpaksa menghadapi risiko yang berat, di mana nyawa jadi taruhannya.


Seekor ibu burung menyuapi anaknya dengan penuh kasih sayang.


Untuk keselamatan bayinya itu, maka si ibu burung akan memindahkan kulit-kulit telur yang pecah itu jauh ke tempat lain supaya musuh-musuh atau pemangsa-pemangsanya tidak menyedari di situ ada anak burung yang baru menetas untuk dijadikan habuan.


Demikianlah kita lihat bagaimana sang burung sayangkan anaknya yang masih kecil itu. Dengan kelahiran itu tugas mereka bertambah berat untuk menjaga keselamatan bayi mereka daripada ancaman musuh-musuh yang sentiasa mengintip untuk memangsakan mereka.


Antara pemangsa mereka ialah ular-ular, burung-burung gagak dan helang, dan tidak jarang juga manusia yang suka mencuri anak-anak burung untuk dijadikan mainan dan hiburan mereka, tanpa memikirkan seksanya si ibu burung berpisah daripada bayi yang dilahirkannya itu.


Kedua-dua ibu bapa burung itu akan menjaga untuk mempastikan anak kecil mereka sentiasa berada dalam selamat. Untuk tujuan tersebut burung betina dan burung jantan akan bergilir-gilir memberi makan dan menjaga keselamtan anak mereka. Mereka tidak keberatan untuk terbang beratus-ratus kali dalam sehari pun untuk mencari makanan kepada anak kecil mereka itu.


Sebelum makanan itu disuap ke mulut bayi burung, ibu burung itu terlebih dahulu melecekkan atau mencernakan makanan itu dalam mulutnya kemudian barulah disuapkan kepada anaknya yang masih kecil itu. Ia tidak akan menyuap makanan-makanan keras berupa biji-bijian kepada anaknya yang masih bayi itu, kerana mereka tidak dapat memamahnya tanpa gigi seperti bayi manusia juga.


Demikianlah setiap hari ibu bapa burung terpaksa keluar ke sana ke mari untuk mencari makanan bayinya itu yang memerlukan makanan seberat setengah daripada berat badannya.


Ibu bapa burung itu terpaksa memberi perlindungan yang lebih ketat kepada anak-anak burung yang baru lahir itu, kerana sebagai bayi burung itu masih belum mampu untuk menjaga keselamatan dirinya sendiri, jkerana bulu-bulunya masih belum tumbuh pada badannya dan matanya pun masih belum boleh dibukakan untuk melihat sesuatu di persekitarannya.


Dalam menjaga keselamatan bayinya itu, ibu burung sanggup mengorbankan dirinya sendiri. Justeru itu bila ada musuh yang menghampiri sarangnya, sang burung akan berjuang bermati-matian untuk menyelamatkan anaknya yang masih kecil itu, dan dia akan berusaha mengalihkan perhatian pemangsa dengan menjauhkan dirinya daripada sarang di mana anaknya berada itu, maka dengan itu pemangsa mungkin akan mengejarnya dan melupakan anak burung yang berada dalam sarang itu.


Tugas ibu burung menjaga anaknya itu hanya dikira baru selesai setelah burung-burung itu ditumbuhi bulu dalam masa beberapa minggu dan belajar terbang untuk menguruskan kepentingannya sendiri. Maka dengan itu bermulalah putaran hidup baru untuk anak burung itu memebentuk keluarga sendiri dan mencari pasangan yang sesuai untuk berkelamin bagi melanjutkan turunan mereka.


Demikianlah generasi demi generasi itu burung-burung itu berkembang di bawah naungan kasih sayang kedua ibu bapanya yang sentiasa menjaga dan memelihara keperluan dan keselamatan ana-anaknya hingga dapat berdikari.


Burung-burung melakukan semua itu tanpa mempunyai sebarang kepentingan ataupun menaruh harapan untuk mendapat balasan daripada anak-anaknya itu sebagaimana manusia mengharapkan sesuatu daripada anak-anak mereka, seperti dapat melanjutkan turunan mereka, membawa tuah, anugerah ataupun rezeki kepada mereka di kemudian hari. Demikianlah!


Seekor Manusia


Tapi hari ini manusia yang dikurniakan Allah dengan akal dan fikiran tidak lagi menaruh kasih sayang terhadap anak-anak mereka sendiri, kerana itu anak-anak itu dibuang dan dilempar di merata-rata tempat sekehendak hati mereka tanpa menaruh sebarang kasihan belas terhadap anak yang masih kecil itu.


Malah hari ini kes pembuangan bayi itu kian meningkat dari masa ke masa di kalangan umat manusia. Bayi-bayi itu dilempar di tepi-tepi jalan, dicampak ke dalam tong-tong sampah, diletak ditangga masjid dan surau, ditinggalkan di hospital-hospital, dibiarkan di tepi-tepi longkang, di letak di hadapan rumah orang, di bawah jambatan, disumbat di dalam peti sejuk, dalam mesin basuh, dalam saluran najis, dicampak ke dalam sungai, tali air dan sebagainya.


Bayi-bayi itu dibuang kerana merupakan hasil daripada perzinaan yang dilakukan “ibu bapanya” yang boleh memalukan ibu dan keluarganya jika tidak dibuang. Anak-anak zina yang tidak berdosa ini menjadi mangsa daripada nafsu serakah “ibu dan bapanya” yang melakukan hubungan terlarang tanpa perkahwinan yang sah, akibat pergaulan bebas.


Ataupun bayi itu merupakan anak luar nikah hasil perogolan yang dilakukan oleh keluarga yang terdekat yang tidak direpotkan kepada pehak berkuasa, kerana takut menimbulkan malu kepada keluarga ataupun untuk memperlindungi penjenayah daripada diseret ke mka pengadilan, kerana perogol itu mungkin terdiri daripada ayah, ayah tiri, bapa saudar, adik beradik dan datok sendiri yang akan mencotengkan arang ke muka keluarga andainya terdedah kepada umum. Justeru itu perbuatan jahat itu dipendamkan begitu sahaja sehingga bayi itu dilahirkan dan dibuang di mana-mana tempat untuk menutup aib keluarga.


Kebanyakan mereka yang terlibat dalam kes pembuangan bayi ini adalah terdiri daripada remaja-remaja Melayu yang kehilangan pedoman yang terpengaruh dengan berbagai-bagai gaya hdup yang merosakkan yang begitu banyak terdedah sejak kebelakangan ini.


Mengikut kajian pula sebahagian besar daripada lelaki yang bertanggungjaab membuntingkan wanita hingga mengandung dan melahirkan anak haram itu adalah terdiri dari tupai-tupai tua yang pandai memujuk dan bijak menahan jerat di pergentingan yang menyebabkan gadis-gadis mentah yang tidak berpegalaman atau berada dalam kesempitan terperangkap dalam perzinaan.


Dan bila kelapa telah ditebuk tupai, dan akhirnya menjadi rosak dan buruk serta busuk menunggu masa untuk gugur ke bumi, maka sang tupai, apa lagi terus meninggalkan buah kelapa itu untuk mencari buah kelapa baru yang masih hijau dan sedap dimakan.


Pembuangan bayi ini merupakan jenayah dari segi undang-udang negara dan pelakunya boleh dihukum jika didapati bersalah oleh mahkamah.


“Mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, bapa atau ibu kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun yang mendedah atau meningalkan kanak-kanak dengan niat membuangnya, boleh dikenakan hukuman penjara 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali”.


Mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, sesiapa sengaja menyembunyi kelahiran bayi dengan cara mengkebumikan atau membuang mayat, samada bayi itu mati sebelum, selepas atau ketika dilahirkan, boleh dikenakan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali”.


Pembuangan bayi berlaku dari masa ke masa walaupun tidak ada laporan dalam medda massa. Tanpa laporan bukanlah bererti tidak ada peristiwa yang berlaku. Janganlah kita tertipu. Air yang tenang jangan disangka ak ada buaya.


Kebanyakan bayi buangan yang ditemui itu telah pun mati dan berada dalam keadaan yang amat mengerikan, seperti telah busuk, berulat, dihurung lalat dan semut, menjadi mangsa makanan anjing-anjing yang kelaparan ataupun dileneyek oleh kenderaan yang kebetulan lalu di kawasan itu.


Tapi mana-mana bayi buangan yang bernasib baik, ketika ditemui berada dalam keadaan masih hidup, maka bayi itu akan diberikan perlindungan, khususnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengambil tanggugjawab memikul beban-beban yang ditinggalkan itu.


Perbuatan membuang bayi hari ini jauh lebih kejam dan tidak beretikal daripada amalan orang-orang Arab zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam yang membunuh anak-anak mereka yang baru dilahirkan itu. Tapi yang menjadi mangsa pembunuhan hanya anak-anak perempuan yang ditanam hidup-hidup kerana ditakuti akan mencoteng arang ke muka keluarga dan menyebakan mereka kesempitan rezeki. Tapi hari ini, bayi-bayi yang menjadi mangsa buangan itu tidak kira lelaki ataupun perempuan, semuanya dibuang atau dibunuh terlebih dahulu sebelum dibuang di merata-rata tempat.


Sesiapa sahaja yang sanggup membuang bayi, bererti mereka telah membuang ciri-ciri kemanusiaan yang ada pada diri mereka- mereka bukan lagi manusia, dan tidak juga binatang, kerana haiwan pun sayangkan anak mereka, sebagaimana burung yang kita ceritakan di atas. Dan kita juga tidak pernah mendengar kisah syaitan membunuh anaknya sendiri, yang ada ialah syaitan menghasut manusia membunuh anak, membuang anak dan mendorong mereka melakukan berbagai-bagai kerja maksiat lagi.


Kes membuang bayi ini mempunyai pertalian yang erat dengan perzinaan, kerana anak-anak zina yang dibuang itu merupakan anak-anak yang tidak diingini yang boleh menyusahkan diri dan seluruh keluarga. Ini merupakan satu topik yang menarik untuk dibincangkan secara tersendiri– kenapa banyak berlaku perzinaan?


Satu-satunya jalan untuk mengelak pembuangan bayi ialah dengan jalan mengelak perzinaan, dan perzinaan dapat dielakkan dengan menjauhkan lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri daripada berdua-duaan yang boleh menimbulkan maksiat, atau tegasnya mendorongkan mereka melakukan perzinaan.


Demikian juga pertemuan-pertemuan di alam siber hari ini, melaui facebook, chi-chat yang yang panjang, berlarut-larutan sampai ke tengah malam buta antara dua orang kekasih yang saling rindu merindukan, rayu merayukan, juga boleh mengundang padah yang akan mendorong mereka ke arah pertemuan berdua-duaan yang boleh membawa mereka kepada maksiat


Anak perlu dikasihi dan disayangi


Bginda Rasulullah saw.besabda, maksudya, “Tidak bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan syaitan yang ketiga antara mereka”.


Allah berfirman, maksudnya:

“Seseorang itu dilarang menghampiri perbuatan yang boleh membawa kepada zina, kerana zina itu perbuatan keji dan paling jahat”. Al-Isra:32.


Dalam Surah An-Nur, ayat 30 Allah berfirman, maksudnya:”Katakanlah [wahai Muhammad] kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka [daripada memandang yang haram], dan memelihara kehormatan mereka”.


xxxxx


Sehari Sekapur Sirih:

-Seekor burung dalam gengaman lebih baik daripada dua ekor dalam belukar.

-Kita Lebih banyak mendapat musuh daripada apa yang kita katakan daripada mendapat sahabat kerana apa yang kita lakukan”.-Collin.

-Fikiran seperti payung terjun hanya berguna kalau dibukakan.-Dewar.


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

Read more...

Kembara Ilahi

>> Tuesday, December 28, 2010








KEMBARA ILAHI


ku Cari Allah di Limbongan
ku temui Allah.

ku cari Allah di Tanjong Kodok
Ku temui Allah

ku cari Allah di Tuban
ku temui Allah

ku cari Allah di bumi Cik Siti Wan Kembang
ku temui Allah.

ku temui Allah
di sisi
dalam diriku
dalam hatiku
dalam jiwaku
Dalam nafsuku.

Subhanallah
Allahuakbar.

Disember 2010.





Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

Read more...

Perbezaan Pendapat Dalam Kembara

>> Saturday, December 25, 2010


“Meraikan Perbezaan Pendapat” Dalam Kembara


HARI ini Jumaat 25 Disember 2010 kami sekeluarga berwisata ke Kuala Terengganu. Kami seramai 13 orang terdiri anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, sahaja berwisata sebagai sebahagian dari gratis dari orang tua mereka untuk anak-anak mereka.

Seperti biasa, kemabara kali ini saya merasa seperti “kembara” bersama dengan isteri saya yang sudah tiada lagi itu. Walaupun telah tiada, tapi terasa-rasa masih ada. Saya dapat merasa bagaimanakah gembiranya beliau jika berada bersama-sama kami dalam kembara seperti ini yang menjadi kegemaran beliau. Ya Allah cucurilah .rahmatMu ke tasnya.

Pagi tadi, ketika bersiap-siap untuk berangkat, terasa-rasa ia ada bersama, dan entah bagaimana timbul kerinduan untuk memanja-manjakannya sebagai biasa, berceloteh dan menyediakan sarapan pagi yang amat digemarinya setiap hari...........Tapi ia hanya merupakan satu cebisan daripada begitu banyak kepingan kenangan manis yang sering berbuai-buai dalam hati.

Sepanjang perjalanan itu pula kenang-kenangan terhadap beliau terus berkembang, di mana sebahagian besar daripada tempat kami berhenti, makan atau membeli-belah masih lagi beroperasi seperti dahulu juga, demikian juga masjid-masjid tempat kami singgah untuk solat masih utuh tersergam di tepi-tepi jalan Kota Bharu-Kuala Trenganu.

Hari ini cuaca agak baik. Hujan yang telah turun sepanjang lebih dari minggu yang lalu telah berhenti, walaupun cuaca mendung, tapi hujan tak turun, dan di sesetengah tempat bila kami sampai, hujan telah teduh dan kesan-kesan hujan lebat masih kelihatan di atas jalan raya dan pokok-pokok di kanan kiri jalan. Cuaca di Kuala Terengganu pun baik, mata hari telah memancar.

Merai Perbezaan Pendapat

Kami menginap di apartmen, Sumai Hotel yang terletak berhamiran dengan Pantai Batu Buruk, dan tidak jauh dari Masjid Al-Muktafi Billah Shah, beberapa minit berjalan kaki sahaja kami akan sampai ke masjid tersebut. Kami sempat berjumaat di masjid tersebut. Khutbah Jumaat hari ini mengenai perpbezaan pendapat dalam Islam dengan tajuk “Meraikan Perbezaan Pendapat”.


Khutbah itu menjelaskan perbezaan pendapat dalam Islam bukan petaka, tapi satu kebaikan atau rahmat, dan menyeru setiap umat Islam supaya menghormati perbezaan pendapat itu demi pepaduan umat Islam sejagat. Kita umat Islam mestilah mempunyai fikiran yang terbuka, berlapang dada dan bertolak angsur dalam batas-batas tertentu demi untuk menjaga keharmonian tersebut.

Apa yang disuarakan oleh khatib dalam khutbahnya itu amatlah tepat, kerana mengikut pengamatan kita salah satu daripada faktor berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam hari ini ialah kerana kita tidak dapat menerima perbezaan pendapat, kerana bagi kita semua pendapat orang lain yang tidak secucuk dengan kita adalah salah dan membahayakan, dan kerana itu perlu dikutuk. Dan kita begitu senang menuduh orang yang tidak seiring pendapat dengan kita itu sebagai tidak Islamik, menyeleweng atau kafir walaupun hakiat yang sebenarnya tidak demikian.

Kerana perbezan pendapat dengan pihak berkuasalah menyebabkan ahli sufi yang terkenal, Mansur Al-Hallaj telah dijatuhkan hukum bunuh oleh pemerintah pada masa itu. Para ulama fekah pada zaman itu telah menyatakan persetujuan mereka hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas ahli sufi yang mencintai Allah itu. Justeru kerana cintanya kepada Allah begitu agung, sehingga beliau berani mengatakan bahawa wujud Allah [maksdunya tanda-tanda kebesaran Allah] itu ada di mana-mana termasuk di dalam dirinya sendiri. Ini mencetuskan kemarahan kepada orang-orang yang sependapat dengannya.

Sebenarnya mana-mana golongan yang berani mengeluarkan pendapat yang berbeza tentang cintakan Allah dengan pendapat yang dianuti oleh pihak berkuasa, maka golongan tersebut akan menerima padah, mereka akan ditangkap, dihukum, dibunuh dan sebagainya, kerana dituduh telah kafir sebagaimana yang telah menimpa Al-Hallaj.

Sampai hari ini sikap negatif seperti itu masih berlarutan, justeru itu tidak ada siapa pun secara terbuka berani mendedahkan pendapatnya tentang erti cinta kepada Allah, walaupun pada hakikatnya pendapat mereka itu boleh dipertanggungjawabkan dari segi akidahnya.

Dan sampai hari ini pun perspeksi terebut masih belum berubah, bukan sahaja dalam persoalan cinta kepada Allah, tapi juga mencakup semua ruang dan bidang yang lebih luas, di mana kita umat Islam tdak senang atau tidak dapat menerima perbezaan pendapat yang berbeza dengan pendapat kita, kerana kepada kita hanya pendapat kita sahaja yang betul dan benar, dan semua pendapat orang lain adalah salah.



Masjid Muktafi Billah Shah

Masjid Muktafi Billah Shah itu dapat dilihat dengan jelas dari tingkat atas tempat kami menginap ini. Kubahnya berwarna biru keilhatan dengan jelas, lebih-lebih lagi dalam sinar mata hari yang memancar.

Mengikut apa yang saya dimaklumkan, Al-Marhum Sultan Mahmood Al-Muktafi Billah Shah amat mengambil berat tentang kebajikan masjid tersebut. Ianya merupakan salah sebuah masjid yan amat disenangi oleh baginda. Setiap hari dalam masa hayatnya, bila baginda berada di istana baginda, dan bila menjelang waktu solat, baginda sentiasa menunggu-nunggu untuk mendengar seruan azan yang di kemundangkan dari masjid tersebut.

Andainya beliau tidak mendengar seruan azan, sedangkan waktu solat telah masuk, baginda kelihatan cemas dan terus menghubungi pihak yang berkenaan memaklumkan perkara itu, bertanya sebab-sebabnya dan memerintah mereka mencari sebab-sebab itu, serta meminta mereka segera mengatasinya ataupun membaikinya sekiranya berpunca daripada kerosakan peralatannya supaya azan dapat dikemundangkan tepat pada waktunya.

Demikian perihatinnya baginda sebagai seorang Islam terhadap sembahayang yang merupakan tiang agama Islam yang penting itu. Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya. Amin.



Makanan

Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, kami singgah di Pasar Batu Enam untuk membeli sedikit kueh-mueh tradisional Terengganu. Setiap kali datang ke Trengganu biasanya kami berhenti di pasar tersebut, biasnya dalam perjalanan pulang untuk membeli sedikit makanan untuk dibawa balik ke rumah. Pagi tadi kami membeli beberapa jenis kueh tradisional untuk dimakan di tempat penginapan bila kami sampai nanti sebelum makan tengah hari.

Antara kueh-kueh tradisional yang kami beli ialah jala emas, kueh bederang, lompat tikam, roti mentega, kueh lapis dan satu dua jenis kueh lagi. Tapi bila kami makan, kueh-kueh itu tidak lagi sedap seperti di masa-masa yang lalu, dan rupanya tidak menepati dengan kueh tradisional yang sebenarnya yang pernah kami makan di masa-masa yang lalu.

Sebagai contohnya, kueh “lompat tikam” yang kami beli itu, air mansiannya bukan sahaja manis tapi juga pahit rasanya, demikian juga dengan jala emas, keadaannya berberai, kering seperti meehu goring bergula sahaja.

Apa dah jadi dengan kueh-kueh tradisional Terengganu ini, kualiti kuehnya tidak lagi terjaga, sedangkan penjual dalam pasar itu kebanyakkannya terdiri orang-orang lama juga.

Sebelah malamnya kami makan malam di sebuah resturan di Batu Burok. Makanan yang kami tempah ikan bawal masam manis, ikan cermin masak pedas, tom yam dan lain-lain. Oleh sebab lauk yang kami minta itu berlebihan, dan pemakannya lebih ramai kanak-kanak, iaitu cucu-cucu yang masih kecil, maka semangkok tom yam tidak sempat dimakan. Melihat makanan itu tidak terusik, seorang daripada pembantu resturan itu dengan wajah kecewa bertanya, “Kenanpa tak habis makan ni? Tak sedapah? Tak cukup masinkah?......”

“Bukan”, jawab anak saya, “Bukan kerana itu, tapi kerana lauk yang kami minta ini terlalu banyak”.

Saya segera teringat pada suatu petang, saya dan seorang rakan makan di sebuah resturan di Jalan Hospital, Kota Bharu untuk memakan mi goring. Oleh sebab mi itu banyak dan kami pun tidak begitu lapar, maka mi yang kami makan itu walaupun sedap, ttidak dapat kami dihabiskan.

Taukeh kedai itu, bila melihat mi goring itu tidak habis kami makan, lalu segera datang menemui kami dan dengan serba salah bertanya kami, “Kenapa tak habis makan ni? Mi tak sedapkah?”.

Cara itu adalah satu cara yang betul dan patut dipuji. Seumur hidup ini itulah baru dua kali pihak resturan atau kedai makan bertanya kenapa kami tak habis makan masakan mereka, sedangkan yang lain-lainnya walaupun ada makanan yang tak disentuh kerana rasanya terlalu merosot, tapi tidak pernah menanya apa sebabnya untuk dibaiki. Mereka tidak kisah asalkan harganya pelanggan bayar, habiskah, tak habiskah, itu bukan urusan mereka. Apa aku peduli, asalkan harganya dibayar.

Pagi esoknya pula kami senghaja tidak sarapan di hotel, dan keluar untuk mencari makanan pagi ala Terengganu yang kami gemari iaitu nasi dagang. Kami mengambil jalan menuju hala ke Kuantan, tidak jauh bermotokar, kami ternampak sebuah kedai makan, yang asap pembakar satainya sedang bergelung-gelung naik ke udara.

Tapi bila kami berhenti, tidak ada nasi dagang dijual di situ, yang ada hanya nasih kerabu, nasi putih dan satai. Namun begitu, oleh sebab kami telah berhenti, kami pun meminta nasi kerabu hitam bersama ayam bakar.

Tapi terekedu kami dibuatnya, kerana nasi itu amat manis rasanya, tumisnya manis, sambal kelapanya manis, ayam bakar pun manis, satai pun manis macam gula. Akibatnya saya yang pemiant nasi dagang ini pun setengah pinggang tak habis memakannya. Ia bukan nasi dagang tradisi Terengganu lagi.

Pada hemat saya, kebanyakan makanan tradisional Terengganu hari ini di usahakan oleh generasi-generasi baru yang ingin jadi usahawan, tapi tidak bersedia untuk belajar rahsia-rahsia masakan tradisonal datok’ nenek mereka yang begitu bermutu, kepada mereka asal jadi dan laku dijual sudahlah. Justeru itu, nampaknya kita tidak boleh dengan mudah beralih kedai makan yang telah lama biasa dengan kita di masa-masa yang lalu dan makan di mana-mana tempat sahaja yang kita sukai, kecuali kita telah mendapat kepastian daripada orang-orang tempatan. Nanti rugi, duit habis, makanan membazir, dan malu tuan kedai sahaja dengan meninggalkan makanan berselerak di atas meja.

Para peniaga patut letakkan kata-kata dalam kedai mereka, "Kalau tak sedap beritahu kami, dan kalau sedap beritahu rakan-rakan anda".

Pesisir Yg. Indah

Pesisir pantai Batu Buruk amatlah indahnya, dan merupakan salah sebuah sebuah pesisir yang terindah di Malaysia. Pasirnya yang memutih memanjar sepanjang pantai, dengan banjaran pokok-pokok ru di belakangnya dengan dedaunnya yang selalu gemersik ditiup bayu laut yang selalu beralun-alun melandai pantai menyimpan rahsia alam yang maha luas ini.

Ketika berdiri memerhati panorama laut yang indah itu, rasa-rasakanlah apakah rahsia yang terkandungan dalam hempasan ombak di pantai itu, rasakan apakah rahsia yang terkandung dalam hembusan bayu laut yang sejuk dan lonak itu, rasakan apakah yang tersembunyi dalam gesiran-gesiran daun-daun ru yang dibelai bayu itu, rasa-rasakan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik alam nyata ini......?

Di pantai Batu Buruk ini terdapat berbagai-bagai kemudahan, tempat makan, tempat penginapan, tempat rekerasi, taman kanak-kanak, masjid dan sebagainya. Cucu-cucu saya tidak melepas peluang untuk bermain di taman kanak Batu Buruk yang cantik ini. Banyak permainan yang menjadi pilihan mereka.

Hanya satu yang tidak dapat kami lihat, BATU BURUKNYA? Di manakah letaknya" Batu Buruk" itu, sehingga pantai yang begitu indahnya itu diberikan nama "Batu Buruk"?
xxxxxxxxx

Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah, Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

Sekianlah secebis catatan dalam perjalanan dari KB ke KT sebelum kami berangkat pulang ke KB hari ini.

Read more...

DINOSAUR Raksaksa Yg.Pupus Dari Muka Bumi

>> Tuesday, December 21, 2010



DNOSAUR, Haiwan Raksaksa Yang Telah Pupus

MENURUT kajian sains, kehidupan yang mula-mula sekali muncul di dunia kira-kira satu bilion tahun yang lalu ialah benda-benda kecil seni serupa dengan agar-agar yang hidup merapung di permukaan air.

Kemudian setelah lama masa berlalu, maka muncullah binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan yang lebih besar dan baik kejadiannya. Sebahagian daripada hidup-hidupan itu hidup di air dan sebahagiannya pula hidup di darat yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis ikan, serangga-serangga, binarang [binatang merangkak], pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang luar biasa bentuk dan saiznya.

Kira-kira 100 milion tahun kemudiannya pula bumi ini penuh didiami oleh binatang-binatang besar yang dipanggil dinosaur. Nama tersebut diberikan oleh seorang paleontologi Inggeris, Richard Owen pada tahun 1842.

Tidak ada binatang yang pernah hidup di dunia hingga kini dapat mengatasi kebesaran dinosaur yang mempunyai tiga tulang panggul dan pastornya tegak seperti dahan pokok..

Menurut ahli-ahli sains, secara umumnya dinosaur boleh dibahagikan kepada empat jenis yang berlainan, iaitu:

-Dinosaur yang [maging] makan daging, mempunyai dua kaki, seperti Tyrannosaurus dan Megakosaurus.

-Dinosaur raksaksa, seperti Apatosaurus dan Dilodocus.

-Dinosaur berkaki dua, tapi tidak [maging] makan daging.

-Dinosaur bersenjata, seperti Stegosaurus dan Triceratops.

Megalossaurus

Mengikut kajian pada hari ini terdapat sejenis bangsa cicak yang kecil didapati boleh berlari dengan pantas dengan menggunakan dua belah kaki belakangnya, malah lebih pantas dari segala binatang jenis merangkak yang lain setakat yang diketahui.



Andainya seekur cicak kecil ini diperbesarkan sampai 25 atau 30 kali ganda lebih besar daripada tubuhnya yang biasa, niscaya ia akan menjadi serupa dengan dinosaur yang dipanggil Megalosaurus itu.

Dinosasur Megalosaurus ini sejenis dinosaur yang mempunyai wajah yang mengerikan, hidup dengan memakan daging dan dapat berlari dengan pantas dalam jarak yang dekat.

Dinosaur ialah jenis binatang berdarah dingin, justeru dinosaur ini tidak mempunyai daya tenaga yang kuat seperti harimau atau beruang. Justeru haiwan ini hampir tidak langsung mempunyai daya tahan yang kuat untuk melakukan sesuatu yang berat dalam jangka masa yang lama.

Namun begitu, dinosaur Megalosaurus tidak mempunyai problem dalam mencari makan untuk hidup, kerana makanan-makannnya terdiri dari haiwan merangkak yang semuanya tidak berdaya tahan yang kuat.

Dinosaur Raksaksa

Mengikut kajian, dinosaur ini mempunyai tubuh yang besar, tengkok dan ekurnya panjang, beratnya kira-kira 30 ton, iaitu 8 kali ganda lebih berat daripada seekur gajah.

Dinosaur ini dipercayai merupakan sejenis haiwan yang paling besar pernah hidup di muka bumi ini.

Jika dipandang dari segi kejenteraan, haiwan seperti ini, seperti ikan paus tidak dapat berjalan di daratan. Justeru itu memang boleh dipercayai jika dikatakan tempat kediaman dinosaur ini di muara-muara atau di pesisir-pesisir pantai.

Namun begitu, mengikut penyiasatan yang dilakukan oleh seorang ahli kaji purba [paleontologist] Amerika, R.T.Bird menunjukkan dinosaur ini boleh berjalan di daratan seperti binatang-binatang yang lain juga.

Mengikut kajian, dinosaur raksaksa yang terpanjang setakat yang diketahui ialah Diplodocus. Kerangkanya sepanjang 85 kaki tersimpan di sebuah muzium di London.

Dinosaur raksaksa terbesar pula setakat yang diketahui ialah Brachiosaaurus. Dinosaur ini dipercayai dapat mengharungi air sedalam 40 kaki dengan kepala masih terletak di paras air untuk membolehkannya bernafas sambil berjalan.

Semua dinosaur raksaksa mempunyai kepala yang kecil jika dibandingkan dengan tubuhnya yang besar itu. Giginya tidak kukuh, kerana itu ia hidup dengan memakan lumut-lumut dan tumbuh-tumbuhan di dalam air yang lain.

Otak dinosur raksaksa ini kecil benar jika dibandingkan dengan tubuhnya yang besar itu, dan ia juga tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku sekeliling kelalangnya.

Dinosaur Tidak Makan Daging

Salah sejenis dinosaur raksaksa yang tidak makan daging dikenali dengan nama Inguandon. Ia mempunyai dua kaki, dan tingginya kira-kira 14 kaki dan kelihatan seperti seekur binatang kangkaro yang besar. Pada ibu-ibu jarinya terdapat kuku-kuku yang tajam, tapi kegunaannya masih belum dipastikan.

Dinosaur Bernejata Tidak Makan Daging

Dinosaur ini ada mempunyai berbagai-bagai jenis, dan semuanya dilengkapi dengan berbagai-bagai anggota yang berupa senjata yang luar biasa.


Stegosauururus, ialah sejenis dinosaur bersenjata yang tidak makan daging ini panjangnya kira-kira 20 kaki, berkaki empat, kedua kaki belakangnya lebih panjang dari kaki hadapan, maka dengan itu keadaan belakangnya menjadi melengkung tinggi.

Kepalanya pula kecil, dan di ekurnya ada dua pasang tulang tajam seperti tanduk. Sepanjang tulang belakangnya ada dua barisan tulang berbentuk tiga segi. Tulang-tulang itu merupakan senjata kepadanya. Namun begitu masih timbul kesangsian apakah tulang-tulang itu benar-benar dapat dipergunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri?

Walau bagaimanapun dinosaur jenis ini banyak jumlahnya dan fosil-fosilnya banyak terdapat di kebanyakan tempat di seluruh dunia.

Triceratops juga sejenis dinosaur yang tidak makan daging, keadaannya seakan-akan badak, tapi lebih besar sedikit. Di kepalanya terdapat dua batang tanduk yang menjulur ke hadapan
sepanjang tiga kaki dan ada sebatang tanduk lagi yang terlebih pendek terletak di hidungnya. Sementara itu di tengkuk dan di kedua bahunya ditutupi oleh sekeping tulang besar merupakan kolar.

Anggota-anggota itu merupakan kelengkapan-kelengkapan senjata yang amat besar gunanya untuk mempertahankan dirinya daripada serangan-serangan binatang –binatang yang lain.

Mengikut kajian, Triceratops ialah sejenis dionasur yang paling akhir didapati hidup di muka bumi ini.


Pupus

Walaupun kebanyakan dinosaur itu besar-besar, namun begitu ada juga yang lebih kecil, antaranya panjangnya antara 6 hingga 8 kaki sahaja, malah ada dinosaur sebesar anak ayam.

Kemudian semua dinosaur itu menjadi pupus daripada permukaan bumi, sampai kini tidak ada seekur pun lagi yang boleh ditemui masih hidup di dunia ini.

Ada berbagai-bagai sebab dipercayai menjadi faktor kepupusan dinosaur haiwan yang besar daripada muka bumi ini.

Ada pendapat mengatakan dinosaur itu pupus kerana diserang oleh penyakit-penyakit merebak yang menular pada ketika itu.

Ada pendapat mengatakan dinosaur itu pupus kerana berlakunya perubahan-perubahan iklim dunia yang luar biasa.

Ada pendapat mengatakan dinosaur itu menjadi pupus kerana telur-telur dinosaur yang bakal melahir anak dimakan oleh binatang mamalia dan juga binatang-binatang menyusu yang hidup pada zaman tersebut.

Kewujudan haiwan-haiwan tersebut sejak jutaan tahun yang lampau dapat dibuktikan dengan penemuan fosil-fosilnya, dan juga penemuan fosil-fosil telurnya di 199 tapaknya di seluruh dunia yang dikatakan berusia antara 146 hingga 65 juta tahun, antaranya di China, Mongolia, Argetina, India dan Amerika Utara.

Perancis adalah merupakan negara pertama ditemui fosil telur dinosaur pada tahun 1869.

[Rencana ini pernah disiarkan dalam DIAN Daijes pada tahun 1964 disusun penulis menggunakan nama Razin M.S. Ia ditulis semula dengan sedikit pindaan dan tambahan]

Dinosaur Di Malaysia

Beberapa orang pakar-pakar tempatan, melalui media, memberitahu bahawa binatang raksaksa yang telah pupus itu pernah hidup di Malaysia ratusan juta tahun yang lalu di Taman Negara Pahang, di Terengganu dan di Kelantan.

Penemuan fosil dinosaur herbivor [pemakan tumbuhan] di Thailand pada bulan Febuari 2010 menambahkan keyakinan mereka bahawa dinosaur pernah hidup di Malaysia. Fosil yang ditemui di Thailand itu berusia 150 juta tahun ditemui di perut bumi Phu Noi, Khan Muang, Thailand dan telah berjaya diangkut keluar.

Penemuan itu menambahkan lagi keyakinan Pakar Paleontologi Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM], Profesor Dr. Mohd. Shafeea Leman tentang adanya dinosaur di Malaysia jutaan tahun yang lampau, kerana pada waktu itu Malaysia dan Thailand berada dalam cantuman benua yang sama sejak jutaan tahun yang lampau.

Sebelum itu pada tahun 1976 fosil dinosaur juga telah ditemui di daerah Phu Wiang, Khon Kaen, 445 kilometer dari Bangkok, Thailand.

Bagi pakar geologi, Profesor Madya Datuk Muhammad Ali Hasan, sebagaimana diberitahunya pada media terdapatnya flora paku pakis gajah di Malaysia membuktikan lagi kewujudan dinosaur di Malaysia, kerana flora tersebut berasal dari era dinosaur.

Semuanya itu memerlukan kajian yang teliti untuk membuktikannya sebagai satu kenyataan.
xxxxx

Sehari Sepatah Kata::

-Satu kesilapan yang paling besar ialah cuba membuat persetujuan lebih banyak daripada apa yang dapat kita berikan.-Bagehot Walter.

-Persahabatan berakhir bila tiap-tiap orang sahabat berfikir dia mempunyai sedikit kelebihan dari yang lain.-Balzac.

-Demokrasi di mana anda mengatakan apa yang anda suka dan melakukan apa yang disuruh.-Barry Gerald.

Bisik Pondok Rahmat
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni


Read more...

ANAK-ANAK Seumpama Malaikat

>> Monday, December 20, 2010


ANAK-ANAK Seumpama Malaikat

Biasanya orang-orang berkeluarga, berkahwin, bersuami dan beristeri ingin mendapat anak untuk dijadikan cahaya mata, penyeri rumah dan penyambung keturunan supaya tidak mengalami kepupusan sesudah mereka meninggal nanti. Berkeluarga dan beranak pinak adalah naluri semula jadi kepada semua makhluk hidup di dunia ini, baik dia haiwan atau manusia.

Justeru pasangan suami isteri yang tidak normal sahaja yang tidak inginkan anak yang begitu besar manfaatnya dari segi dunia dan akhiratnya. Selain daripada menjadi pengikat tali kasih sayang antara suami dan isteri, anak-anak itulah yang akan mendoakan untuk mereka, bila mereka sudah tiada lagi, dan doa anak-anak baik lelaki atau perempuan untuk kedua orangtua mereka akan memberi keberuntungan yang besar kepada mereka yang berada di alam ghaib selepas kematian mereka.


Justeru itu, suami isteri yang masih belum dikurniakan dengan rezeki anak oleh Allah biasanya akan bermohon kepada Allah supaya mereka dikurniakan anak yang menjadi pewaris kepada turunan mereka. Di samping itu berbagai-bagai usaha juga mereka lakukan untuk mempastikan mereka dikurniakan keturunan oleh Allah.


Tidak ada kebimbangan dari segi ekonomi kepada mereka untuk menimang cahayamata, kerana mereka sedar, setiap yang hidup ada mempunyai kurniaan rezeki masing-masing di di sisi Allah hingga sampai ke akhir hayatnya. Jika rezekinya terputus, maka bererti ajalnya telah tiba.


Walau bagaimanapun seorang anak yang baru dilahirkan ke dunia itu perlu membesarkan di bawah naungan kasih sayang kedua orangtuanya. Di samping memerlukan makanan, seperti susu, anak-anak juga memerlukan belaian kasih sayang daripada ibu bapanya, kerana kehidupan manusia bukan semata-mata bergantung kepada nasi dan roti, malah lebih jauh dari itu.


Tanpa kasih sayang anak-anak sukar untuk membesar dengan sempurna untuk menjadi seorang hamba Allah yang mulia, beriman dan bertakwa di kemudian harinya. Tapi justeru kanak-kanak itu masih belum sempurna akal fikirannya, maka mereka akan berbuat sapa sahaja yang mereka inginkan tanpa menyedari akibatnya buruk atau baik kepada diri dan keluarganya. Malah kadang-kadang mereka melakukan pebuatan-perbuatan yang boleh dilabelkan dalam kategori nakal atau merbahaya.


Namun begitu banyak juga karenah-karenah mereka yang boleh menjadi kesenangan dan kebanggaan kepada ayah bondanya dengan kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka yang menggelikan hati sebagaimana dapat dilihat dalam gambar dan video yang mengiringi tulisan pendek ini.


Justeru itu kita ibubapa hendaklah banyak bersabar dalam menghadapi karenah anak-anak mereka yang amat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada mereka- mana yang boleh dan mana yang tidak boleh mereka buat, dan mana yang patut dan mana yang tidak patut mereka lakukan.



Lagi pun hendaknya kita tidak melupakan bahwa salah satu sifat kanak-kanak ialah suka meniru- meniru orang-orang yang lebih besar dan tua daripadanya, seperti saudara-saudara tuanya dan lebih-lebih lagi meniru kedua ibu bapanya yang menjadi idola hidup mereka. Mereka akan meniru apa sahaja yang dilakukan oleh kedua ibubapanya walaupun perbuatan itu terkeluar dari kemampuan mereka yang sebenar sebagai seorang akank-kanak.


Selain meniru kelakuan orang-orang sekeliling mereka, peti televisyen juga menimpakan pengaruh yang besar ke atas anak-anak kecil itu. Mereka suka melakunkan apa-apa adegan yang mereka tonton baik berupa kata-kata atau perbuatan tanpa disuruh atau diajar.


Justeru jangan terlampau ringan tangan memukul anak-anak yang masih kecil yang tidak mengetahui apa-apa, hingga sampai meninggalkan bekas pada badannya, apa lagi mendera dan menyeksanya, seperti yang dilakukan oleh sesetengah manusia hari ini, hingga boleh membawa maut kepada bayi.


Malah ada bapa yang sanggup mencurahkan cuka getah kepada anak-anak mereka yang menimpakan kesan berkekalan yang amat buruk kepada si anak yang tidak mengetahui apa-apa itu. Inilah bahana nafsu amarah yang dinyalakan oleh syaitan yang ingin mencampakkan manusia ke dalam neraka jahnam di akhirat nanti. Itulah ertinya hidup bersama, iaitu bersama syaitan dari dunia hingga akhirat yang kekal dan abadi.


Kalau terpaksa juga memukul anak, tapi bukan anak kecil yang tidak tahu apa-apa, pukul dengan penuh kasih sayang dengan tujuan untuk mendidik, menujuk ajar dan bukan sama sekali kerana ingin melepaskan kemarahan atau dendam kerana perbuatan anak-anak itu tidak menyenangkan. Namun biasanya ibu bapa memukul anak bukan untuk mengajar tapi lebih kepada untuk meluahkan kemarahan mereka, justeru itu mereka melakukan apa sahaja walaupun tidak patut asalkan hati merasa puas.


Di samping itu anak-anak juga tidak patut diancam dengan kasih sayang- jangan ugut anak untuk meninggalkan mereka, membiarkan mereka dan tidak akan disayangi, kerana mereka berbuat sesuatu yang tidak disukai oleh ayah dan ibunya, kerana ancaman itu menimpakan kesan yang amat mendalam terhadap perasaan dan jiwa anak-anak yang masih kecil itu, dan ancaman seperti itu mungkin akan menimbulkan kesan terbalik yang tidak diingini,i tidak kebaikan seperti yang diharap-harapkan.


Anak-anak itu merupakan harta hidup yang tidak ternilai. Layanlah mereka dengan lemah dan lembut, kerana Allah menyukai orang yang bersikap lemah lembut.Baginda Rasulullah saw. bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya Allah mencintai kelembutan dalam setiap perkara”.HR:Al-Bukhari.

Pengertian lemah lembut itu amat luas, ia bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang wajar. Ertinya bersikap keras pada tempatnya dan bersikap lembut pada tempatnya pula. Bertindak sesuai dengan tempat dan keadaan, tidak bersikap keras dan semborono sesuka hati tanpa perhitungan. Lembut pada tempatnya dan keras pada tempatnya.


Didiklah anak-anak dengan penuh kasih sayang. Anak-anak kecil ibarat Malaikat, suci, bersih dan membawa rahmat daripada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


xxxxxx

Bisik pondokrahmat:


Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

Video

Read more...

Ancaman DADAH Di Negeri Kelantan

>> Thursday, December 16, 2010

Ancaman Dadah Di Kelantan


Latar belakang Negeri Kelantan

Untuk lebih memudahkan kita memahami perkembangan dan kesan-kesan dadah di Kelantan amatlah perlu terlebih dahulu diketahui seputar geografi negeri yang terkenal dengan jolokan nama “Cik Siti Wan Kembang” ini, Antara suasana sekitar, keadaan tempat, masa dan keadaan masyarakat mempunyai pertalian yang erat dengan perkembangan dadah di mana-mana tempat sahaja di dunia ini.

a]Luas

Luas negeri Kelantan ialah 14,929 kilometer persegi. Sementara jarak antara hujung utara ke hujung selatan ialah 185.6 kilometer dan jarak antara hujung timur ke barat pula 140.8 kilometer.

b]Rupa Bumi

Hutan rimba masih lagi meliputi sebahagian besar daripada rupa bumi negeri Kelantan, terutama sekali di bahagian selatannya yang meliputi jahan Gua Musang.

Luas kawasan hutannya ialah 920,630 hektar, iaitu 211,655 hektar hutan simpan, 108,783 hektar hutan untuk mergastua, dan 600,199 hektar tanah milik kerajaan.

Sementara tanah bukan kawasan hutan pula seluas 572,544 hektar iaitu 315,924 tanah milik, dan seluas 256,620 hektar tanah milik kerajaan.

c]Gunung-ganang

Gunung yang tertinggi di negeri Kelantan malah di seluruh Malaysia ialah Gunung Tahan, setinggi 2,178 meter, yang terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Gunung yang kedua tertinggi ialah Gunung Nering, setinggi 1,863.5 meter.

d]Sungai-sungai

Negeri mempunyai beberapa batang sungai, antara Sugai Pergau, Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Nengiri. Sungai-sungai bercantum di sebelah ulu dan menjadi Sungai Kelantan.

Lain-lain sungai ialah Sungai Golok yang memisahkan antara Thailand dan negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya yang digunakan untuk penyeludupan, Sungai Kemasin dan Sungai Semerak.

e]Letaknya

Negeri Kelantan terletak di Pantai Timur, bahagian Utara Semenajung Malaysia Barat.

Ia terletak antara garisan lintang 4 darjah 32 minit dan 60 darjah 15 minit di utara, dan garisan bujurnya 101 darjah 19 minit dan 102 darjah dan 37 minit di Timur.

f]Sempadan

Laut China di sebelah utara, rangkaian Laut China dan negeri Trengganu di sebelah timur, negeri Pahang di sebelah Selatan, dan ngeri Perak, Wilayah Patani [Selatan Thailand] di sebelah Barat.

g]Iklim

Iklim Tropikal. Angin Timur Laut bertiup dari Laut China Selatan yang membawa hujan ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dari bulan November hingga ke bulan Febuari. Hujan tahunan ialah 80 inci.

Sementara kepanasannya antara 70 darjah Fahrenheit hingga 90 darjah Fahrenheit [21 darjahCelcius hingga 32 darjah Celcius].

h]Pantai

Negeri Kelantan mempunyai pantai sepanjang kira-kira 78.4 kilometer. Pasirnya putih dan halus yang selalu dibersihkan oleh air laut dari Laut China Selatan yang rasanya suam menyegarkan.

i]Pentadbiran

Negeri Kelantan dibahagikan kepada 10 buah jajahan, iaitu Jajahan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Ppasir Puteh Bachok, Gua Musang, dan jajahan kecil Jeli dan Lojing.

j]Penduduk

Pada tahun 1980 penduduk negeri Kelantan berjumlah seramai 88,831 orang. Sebahagian besar daripada mereka terdiri dari orang Melayu seramai 830,337 orang [92.9%], kaum China sebanyak 47,911 orang [5.4%,] India seramai 6,716 orang [0.7% ] dan lain-lain bangsa 8,789 orang [1.0%.].

Demikian negeri gambaran negeri Kelantan secara ringkas sebagai latar belakang kepada permasalahan dadah di negeri ini.

Peta Negeri Kelantan

Problem Dadah

Jika dilihat secara umum problem dadah di negeri Kelantan tidaklah begitu genting sebagaimana sesetengah negeri lain di Malaysia, seperti Selangor dan Pulau, namun ancaman dadah terhadap negeri ini tidaklah boleh dipandang ringan. Kedudukannya bersempadan dengan negara Thailand menyebabkan ia sentiasa terdedah sepanjang masa kepada ancaman dadah, kemasukan dan penyeludupan dadah merbahaya ke negeri ini khasnya, dan ke seluruh Malaysia amnya, kerana dari negeri Kelantan dadah itu akan lebih mudah tersebar ke mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

Justeru itu rakyat negeri Kelantan ini sentiasa terdedah kepada bahaya ancaman penyalahgunaan dan penagihan dadah yang amat merbahaya itu, kerana dada boleh merosakkan fizikal dan mental mereka yang terlibat dalam kegiatan yang keji itu.

Oleh itu tindakaan-tindakan pencegahan yang wajar dan berkesan perlulah diambil oleh semua pehak, bukan sahaja pehak yang berkuasa, tapi juga pehak ibu bapa dan masyarakat yang tidak boleh bersikap beku dan tidak pusing dalam perbuatan-perbuatan yang boleh menjahnamkan agama, bangsa dan negara ini.

Secara keseluruhannya problem dadah di negeri Kelantan adalah merangkumi beberapa isu yang berikut yang perlu diberikan perhatian oleh semua pehak untuk mengawal perkembangan dadah di negeri ini khasnya dan di negara Malaysia amnya.

Problem penyeludupan dadah di sempadan

Penyeludupan dadah di sempadan negeri Kelantan dan Thailand yang berlaku dengan rancak mengalir masuk ke negeri ini, terutama menerusi sungai Golok yang sempit dan tohor airnya yang menjadi pemisah antara dua negara berjiran.

Pengkalan-pengkalan Haram

Biasanya pnyeludupan-penyeludupan dadah itu berlaku menerusi pintu-pintu masuk yang tidak rasmi yang merupakan pengkalan-pengkalan haram yang terdapat di kedua belah negara.

Antara pengkalan-pengkalan haram itu yang dipercayai dijadikan tempat penyeludupan dadah ialah:

Pnegkalan-pengkalan haram yang terdapat di sekitar Pengkalan Kubur dan juga di Kuala Jambu, Tumpat.

Pengkalan-pengkalan haram yang banyak terdapat di sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas.

Pengkalan-pengkalan haram yang terdapat di sekitar Bukit Bunga, Nibong dan Lalang Pepuyu, Tanah Merah.

Pengkalan-pengkalan haram yang terdapat di sekitar Wakaf Zing dan Kalai, Batu Melintang, dan Jeli.

Ikut Laut

Selain dari ikut jalan sungai dan darat ada juga penyeludupan dadah itu dilakukan ikut jalan laut yang begitu luas terbentang di sepanjang pesisir negeri Kelantan hingga ke negeri Terengganu arah keselatan Semenanjug.

Di antara kawasan-kawasan yang pernah dijadikan pengkalan pendaratan dadah ikut laut, ialah :

Di Pantai Perupok, dan di Pengkalan Petah,achok.

Di Kuala Besar, Kota Bharu.

Dan juga di Pengkalan Kubur, Tumpat yang begitu dekat dengan negara jiran yang boleh diseberangi dengan perahu-perahu atau boto-bot kecil melintasi sempadan lautan. Tambangnya hanya beberapa ringgit sahaja untuk pergi balik ke Pekan Takbai, Thailand.

Mengikut laporan, penyeludup-penyeludup dadah itu menyamar sebagai nelayan untuk mengelirukan kegiatan jenayah mereka.

Ada juga laporan mengatakan penyeludupan itu pernah dilakukan oleh sebahagian kecil daripada nelayan-nelayan tempatan untuk kegunaan mereka sendiri dan untuk diedar secara kecil-kecilan atau secara runcit di kaki-kaki lima atau di tepi-tepi jalan kepada para penagih untuk menambah pendapatan.

Nelayan-nelayan yang terlibat dalam penyeludupan dadahseperti ini seolah-olah lupa akan hukuman-hukuman berat yang akan menimpa mereka sekiranya mereka dapat diberkas oleh pehak berkausa yang sentiasa dalam keadaan awas dan waspada terhadap ancaman dadah yang merbahaya kepada bangsa, agama dan negara itu.

Patut juga disebut, kegiatan penyeludupan dadah di sepanjang sempadan negeri Kelantan dan Thailand itu mempunyai pertalian rapat dengan aktitviti penyeludupan secara umum, kerana selain dadah, berbagai-bagai barangan dari negara jiran juga diseludup ke negeri ini, terutama makanan-makanan, seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya selain daripada barang-barang haram yang lain yang tidak kurang merbahayanya.

Antara faktor-faktor tersebut yang mempunyai impak besar terhadap penyeludupan dadah di negeri Kelantan ialah:

Mengikut pehak berkuasa, di sepanjang sempadan negeri Kelantan dan Thailand sejauh 105 kilometer itu terdapat lebih daripada 100 pengkalan tak rasmi yang digunakan untuk penyeludupan berbagai-bagai barangan dari negara jiran itu, termasuk barang-barang merbahaya dadah dan juga senjata-senjata api.

Sebagaimana telah diketahui mudahnya pergerakan keluar masuk sempadan antara negeri Kelantan dan Thailand, antara sebabnya kerana wujudnya tali kekeluargaan antara penduduk kedua negara menyebabkan pehak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan kegiatan penyeludupan dadah, kecuali dengan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada penduduk-penduduk tempatan. Tanpa kerjasama mereka kegiatan penyeludupan dadah di sempadan amat sukar untuk dijejaki.

Tapi sebaliknya pula, penduduk-penduduk tempatan di sempadan mengalamai keberatan untuk membuat laporan dan bekerjasama dengan pehak berkuasa, kerana bimbangkan ancaman terhadap keselamatan diri mereka dan keluarga mereka jika mereka membuat laporan tentang kegiatan penyeludupan dadah. Justeru itu mereka lebih suka memilih untuk berdiam diri daripada membuat laporan yang amat diperlukan oleh pehak berkuasa dalam usaha untuk membenteras kegiatan jenayah dadah.

Harga barang-barang yang murah di Thailand menyebabkan ramai penduduk-penduduk Kelantan khasnya suka menyeberang sempadan untuk membeli berbagai-bagai barangan keperluan mereka. Kesibukan ini sering kali diambil kesempatan oleh penyeludup-penyeludup dadah dan senjata api untuk turut melancarkan kegiatan jahat mereka.

Sejak berkala-kala lagi penduduk-penduduk di sempadan menjalankan berbagai-bagai aktiviti penyeludupan sebagai sumber pendapatan mereka, terutama penyeludupan bahan-bahan makanan, seperti beras, dan berbagai-bagai jenis makanan ringan. Kegiatan ini akan disertai oleh pehak-pehak yang tidak bertanggungjawab untuk menyeludup barang-barang haram, khusunya dadah untuk pasaran di negeri ini.

Wujudnya pertalian kekeluargaan antara penduduk-penduduk sempadan di kedua-dua negara menyebabkan mereka sering keluar masuk setiap masa, dan kegiatan mereka agak sukar untuk dihalang. Seperti biasa keadaan ini akan diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bermoral untuk menyeludup dadah dan seumpamanya.

Masalah sikap penduduk tempatan yang negatif yang beranggapan bahawa kerja-kerja penyeludupan bukan salah dari segi agama, merancakkan lagi kegiatan-kegiatan penyeludupan di sempadan, dan keadaan ini oleh megelirukan, justeru tidak dilepaskan peluang oleh para penyeldup dadah.

Terdapat banyak halangan-halangan fizikal yang menghalangkan kelancaran pehak berkuasa untuk mencegah kegiatan penyeludupan dadah, seperti sempadan sungai, benyaknya semak samun di sempadan dan keadaan muka bumi sempadan yang berbukit-bukit menjadi kesukaran kepada pehak berkuasa untuk melakukan rondaan yang lebih berkesan untuk mencegah penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini.

Pengedaran Dadah Di Dalam Negeri

Problem pengedaran dadah dalam negeri ini mempunyai pertalian yang erat dengan kegiatan penyeludupan dadah di sempadan Kelantan-Thailand. Sebahagian daripda dadah-dadah yang diseludup itu diedarkan di negeri Keantan untuk kengunaan pengguna-penggna tempatan yang laparkan dadah.

Di samping itu dadah-dadah yang diseludup itu diedarkan juga di negeri-negeri lain di Malaysia, di mana negeri Kelantan dijadikan negeri transit dadah.

Sebahagian daripada dadah-dadah itu dapat dikesan dan dirampas oleh pehak berkuasa, dan di antara mereka yang telahdi tahan dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.




Kelantan Sebagai Transit Dadah

Negeri Kelantan adalah salah sebuah negeri yang dijadikan transit untuk mengedar dadah ke negeri-negeri lain di Malaysia. Ia merupakan salah sebuah pintu masuk dadah yang terbesar di Malaysia, selepas Kedah dan Perlis, iaitu dua buah negeri lain yang bersemadan dengan Thailand.

Perkara ini berlaku kerana beberapa faktor yang pentingnya kerana sikap penduduknya yang tidak menganggp penyeludupan tidak bertentangan dengan ajaran agama, dan banyaknya pengkalan-pengkalan haram di sepanjang sempadan yang digunkan oeh para penyeludup untuk menyeludup berbagai-bagai barang, temasuk senjata ai dadah yang merbahaya itu.

Usia Penagih

Penagih-penagih di Kelantan itu meliputi dalam berbagai-bagai usia, dari belasan tahun membawa kepada puluhan tahun, iaitu lebih dari 40 tahun ke atas yang masih terus mencari kenikmatan terkutuk menerus najis dadah.

Sebab-sebab Menagih Dadah

Mengikut kajian ada beberapa faktor yang mendorongkan seseorang terlibat dalam penagihan dadah, antaranya untuk menikmati keseronkan, terpengaruh oleh kawan-kawan, bermula dengan kerana ingin tahu, untuk mengatasi tekanan jiwa, dan juga akibat menerima rawatan kesihatan.

Sumber Dadah

Penagih-penagih itu mendapat bekalan dadah mereka daripada berbagai-bagai sumber, antaranya daripada kawan-kawan penagih, penjual yang juga penagih, penjual dadah yang bukan penagih dan membeli dadah di negara jiran.

Perbelanjaan

Penagih-penagih dadah terpaksa menggunakan perbelanjaan yang bukan sedikit untuk mendapat bekalan dadah, malah ada yang sampai berpuluh-puluh ringgit sehari utuk mendapat dadah.

Justeru itu untuk memperolehi wang untuk membeli dadah itu mereka sanggup melaku berbagai-bagai jenayah, seperti mencuri, merompak, menyamun, meragut malah membunuh keluarga sendiri, seperti ibu bapa untuk mendapat wang dadah.

Penagihan Dadah

Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semeanjung Malaysia, seperti Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutan [Kuala Lumpur, Johor dan Selangor, penagihan dadah di Kelantan tidaklah begitu berat dan membimbangkan.

Mengikut fakta, antara tahun 1976 hingga 1990, negeri Kelantan berada ditangga yang ke-10 dari segi bilangan penagih yang dapat dikesan. Sepanjang masa itu bilangan penagih yang berdaftar ialah seramai 4,248 orang, iaitu 3% daripada bilangan penagih seluruh negara.

Bilangan penagih yang dapat dikesan di negeri ini sepanjang tahun 1990 ialah seramai 445 orang, di mana penagih baru ialah seramai 289 orang, sementara 156 penagih lagi merupakan kes berulang. Dan daripada itu seramai 443 penagih lelaki dan 2 penagih wanita.

Dari segi etenik pula bilangan penagih Melayu adalah lebih ramai dari kaum yang lain. Daripada tersebut penagih Melayu ialah seramai 416 orang, China 24 orang, India 4 orang dan Siam 1 orang.


Penagih-penagih tersebut terlibat dalam berbagai-bagai jenis dadah, seperti heroin, morfin, candu, ganja dan sebagainya. Daripada itu morfinlah yang paling banyak digunakan kemudian diikuti dengan ganja.


Cara Penggunaan Dadah

Ada bebagai-bagai cara dadah itu digunakan oleh para penagih, sebahagianya tergantung kepada bentuk dadah yang diperolehi, seperti cara telab, hisp, cara suntik dan sebagainya.










Membeli Dadah Di Thailand

Penagih-penagih dadah lebih suka pergi kenagara jiran Thailand untuk mendapat bekalan dadah kerana beberapa faktor yang menyebabkan pengaliran dadah di negeri ini bertambah sukar untuk dikawal.

Bekalan dadah mudah diperolehi di negara jiran itu, khususnya di Selatan Thailand, seperti di Tak Bai, Golok,Bukit Tar, Weng, Kelubi dan lain-lain tempat lagi yang berlambak dengan dadah.

Harga dadah di Selatan Thailand jauh lebih murah daripada harga dadah di pasaran tempatan. Sebagai bandingannya harga satu tiub heroin yang berharga antara RM8.00 –RM1.00 di Kota Bharu, tapi di Selatan Thailand dikatakan hanya dapat dibeli dengan harga antara RM3.00 – RM5.00 sahaja.


Satu faktor lagi yang tak kurang pentingnya ialah begitu mudahnya laluan keluar masuk sempadan antara kedua-dua negara jiran, seolah-olah tiada sekatan, terutama sekali kerana ada hubungan kekeluargaan antara penduduk di sempadan kedua-dua negara Malaysia-Thailand.

Rawatan Dadah Di Thailand

Tidaklah dinafikan ada sebahagian daripada penagih-penagih dadah di negeri ini berkunjung ke Selatan Thailand untuk menerima rawatan dan pemulihan daripda penagihan dadah.

Walaupun sekali pandang tidak ada salahnya, namun ia mempunyai implikasi yang kurang baik, kerana boleh menimbulkan bebagai-bagai masalah pula.

Menjadi beban kewangan kepada penagih dan keluarga penagih yang terlibat dalam penerima rawatan di Thailand itu.

Menjadi beban kewangan dan tenaga kepada pehak berkuasa Thailand yang menerima penagih-penagih luar untuk mendapat rawatan di negaranya.

Menimbulkan prasangka yang tidak betul, seolah-olah kerajaan Malaysia tidak menyediakan kemudahan-kemudahan dan pemulihan dadah, sedangkan program-program pemulihan dadah secara percuma yang banyak di sediakan oleh kerajaan yang menelan perbelanjaan yang bukan sedikit untuk penagih-penagih yang memang pada mula-mulanya mencari keseronakan dengan jalan mengambil dadah yang memang terlarang itu.

Dari segi perundangan pula ia boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan sampingan yang tidak baik, seperti merupakan kesalahan dari segi Akta Imigresen dan sebagainya.

Dalam tulisan yang pendek ini penulis tidak menyentuh kesan-kesan buruk dadah terhadap para penagih, keluarga dan masyarakat, juga tidak menyentuh berbagai-bagai tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mencegah dan memulihkan penagih-penagih dadah.

Walau bagaimanapun penyalahgunaan dadah ini dibimbangi boleh merosakkan akidah seseorang penagih, justeru itu adalah dikhuatiri segala amal ibadatnya juga tidak dierima oleh Allah S.W.T.

Ya Allah lindungilah kami, keluarga kami dan anak-anak bangsa kami daripada bencana dadah yang amat merbahaya itu.

Sekian

[Rencana ini ditulis berdasarkan taklimat Pasukan Petugas Anti Dadah, Negeri Kelantan kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Parlimen Dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan].
Xxxxxxx

Renungilah:
-“Wahai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Allah. Dan carilah rezeki dengan cara yang baik, kerana sesungguhnya seseorang tidak akan mati sebelum sempurna rezekinya meskipun terlambat daripadanya. Maka takutlah kamu kepada Allah dan carilah rezeki dengan cara yang baik. Ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram”.HR:Ibnu Majah & al-Hakim.

-Bukanlah orang kuat itu orang yang kuat bertenaga, tetapi sesungguhnya orang kuat itu adalah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika is sedang marah”.HR:Bukhari & Muslim.

Bisik pondokrahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP