HAJI AGUS SALIM DAN PADRI

>> Monday, April 10, 2017






HAJI AGUS SALIM DAN PADRI





Haji Agus Salim adalah seorang pemimpin Indonesia yang terkenal. Beliau adalah salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia, lantas dikenali sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.

Beliau adalah seorang diplomat yang termasyur dan pernah menjadi wartawan sebagai redaktur, dan pernah juga menjalankan pekerjaan-pekerjaan lain pada peringakat awalnya.

Beliau juga seorang pengarang yang menghasilkan beberapa buah buku di sepanjang hayatnya di samping menulis berbagai-bagai rencana yang dikumpulkan dalam sebuah antoloji berjodol Jejak Langkah Haji Agus Salim.

Beliau dilahirkan pada 8 Oktober 1884, di Kota Agam, Sumatera Barat. Nama asalnya Mashudul Haq, isterinya Zaenatun Nahar dan mempunyai lapan orang anak.

Beliau meninggal pada 4 Nobember 1954 di Jakarta, dikebumikan di perkuburan Pahlawan Kalibatan, Jakarta.

Namanya telah diabadikan di sebuah stadium bola sepak di Padang.

Di sini saya petik secebis dari kisah hidupnya untuk tatapan pembaca yang dikasihi sebagai bahan renungan.

Kisahnya begini.

Pada suatu hari beliau dalam perjalanannya beliau menaiki keretapi di mana dalam keretapi itu beliau bertemu dengan seorang padri Katholik Belanda dan berpeluang berbual-bual dengannya.

Menjelang tengah harinya, padri itu membuka sebuah  bungkusan yang dibawanya dan mengeluarkan beberapa keping roti sandiwich babi.

Padri itu menjemput beliau makan bersama. Almarhum Hj. Agus Salim menolaknya dengan berkata, “Maaf, kami orang-orang Islam tidak boleh makan babi”.

Padri itu dengan sinis menjawab, “Sayang, ugama tuan melarang orang memakan daging yang begini sedap dan enak ini di dunia”.

Kemudiannya, ketika sampai di sebuah setesen, Haji Agus Salim hendak turun dari keretapi. Beliau lalu berjabat tangan dengan padri itu dan berkata, “Sampaikan salam saya pada isteri tuan, ya”.

Padri itu tercengang-cengang mendengar kata Haji Agus Salim itu, lalu menjawab, “Saya tidak beristeri, kerana padri agama Katholik tidak boleh berkahwin”.

Mendengar kata-kata tersebut maka Haji Agus Salim pun berkata, “Sayang sungguh sayang, seribu kali sayang; agama tuan melarang orang berkahwin, sedangkan tuan tahu bahawa perempuan itu, jika dipandang dari jauh pun sudah cukup menggiurkan, apa lagi kalau disentuh…….nikmatnya menenggelamkan dunia ini”.

Demikianlah secebis kisah Almarhum Haji Agus Salim, semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.


Lorong Masjdi al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh,Kota Bharu, Kelantan.






Read more...

PUSING-PUSING CARI ROTI BAKAR

>> Thursday, April 6, 2017







PUSING-PUSING CARI ROTI BAKAR



Peritsiwa ini berlaku beberapa hari yang lepas. Pagi itu saya dan anak saya ada sedikit urusan membeli-belah di Kota Bharu. Sementara itu kami juga mengambil kesempatan  untuk sarapan pagi di Kota yang telah beberapa bulan tidak kami kunjungi.

Namun begitu, seperti biasa saya lebih bersarapan dengan sepiring bubur oats dan dua keping roti, cicah madu. Makanan kegemaran saya. Tapi anak saya tidak mengambil apa-apa pengalas perut pun.

Kami keluar dari rumah kira-kira pukul sembilan. Ketika berada dalam kenderaan kami berbincang singkat apa yang hendak kami makan pagi itu, dan akhirnya membuat keputusan untuk makan roti bakar, disapu dengan mentega dan kaya [roti kawin], yang juga makanan kegemaran saya.

Kami menuju ke sebuah resturan lama yang terletak di Bandar Kota Bharu, sebuah resturan yang memang termasyur dengan roti bakar dan telur masak separuh. Setahu saya resturan ini telah termasyur sejak saya masih kanak-kanak lagi, jika disebut namanya jarang orang yang tidak mengenalinya.

Setelah sampai dan parkir kereta di tempat parkir yang berhampiran kami melangkah ke resturan tersebut. Tapi masyaAllah ramainya orang. Resturan penuh dengan pelanggan, malah di luar masih ada lagi beberapa orang sedang berdiri menunggu giliran untuk masuk, malah ada lagi yang sedang sampai.

Jam sudah hampir pukul sepuluh. Anak saya belum sarapan  apa-apa lagi, dan perut saya pun turut merasa lapar. Melihat keadaan yang gawat itu, kami mengambil keputusan untuk berundur dan mencari tempat makan yang lain.

Ketika berbincang sedikit sewaktu berada di dalam kereta, kami membuat keputusan untuk pergi ke sebuah resturan terletak agak di luar bandar sedikit, yang juga termasyur dengan roti bakar istimewa dan aneka nasi bungkus.

Bila kami sampai, resturan telah penuh sesak dan sekumpulan orang sedang menunggu di luar bangunan untuk masuk. Di amping itu setelah berputar-putar beberapa kali, tidak ada tempat parking yang kosong, malah nampaknya ada mereka yang parking di tempat-tempat yang tidak sewajarnya.

Jam sudah pukul sepuluh lebih. “Ooi macam ni, rupanya Kota Bharu, nak makan roti pun susah”, keluh anak saya yang baru balik dari luar Kelantan.

Saya lalu mencadangkan supaya kami pergi ke sebuah resturan lagi yang betul-betul terletak di tengah Bandar Kota Bharu. Resturan lama yang termasyur dengan nasi belauk, khususnya ayam kampong dan masakan Indonesia. Harap-harap ada tempat parkingnya, kerana di kawasan ini biasanya jarang ada tempat kosong. Mengikut ingatan ini pada masa-masa yang lalu memang resturan ini memang  menjual roti bakar.

Nasib baik waktu kami sampai ada sebuah kereta sedang diundurkan ke belakang untuk keluar parking, kami terus memasukinya. Dan setelah memasukkan duit parking kami terus beredar ke resturan yang terletak di seberang jalan.

Setelah duduk, kami meminta roti bakar dua set seorang, iaitu empat keping. Tapi sejurus Cina penjual dengan kecewa memberitahu kami roti telah habis, dan meminta kami tuggu sekejap untuk membeli roti di kedai roti di sebelah resturannya. Tapi sekejap kemudian, dia datang kembali membeitahu roti juga telah habis.

Apa nak makan. Jam sudah pukul sepuluh setengah lebih, masih belum bersarapan. Kebetulan nasi tengah hari nampaknya telah siap, lalu anak saya meminta nasi dan beberapa jenis lauk yang digemarinya dan dirasakan selamat untuk dimakan. Dua pinggan nasi kosong, satu untuk beliau dan satu untuk saya.

Bila anak saya mulai makan, tapi saya masih teragak-agak lagi untuk menjamahnya, Cina kedai itu menghampiri meja kami memberitahu supaya kamu tunggu sekejap kerana dia ingin pergi mencari roti di kedai lain yang tidak berapa jauh dari situ.

Anak saya terus memakan nasi, tapi saya tetap bersabar menunggu roti dijanjikan. Bila roti sampai saya minta dua set atau empat keping roti bakar roti r sapu kaya, dan anak saya pula hanya meminta satu set roti sahaja. Minumannya saya minta sebotol air mineral dan anak saya pula minta milo o.

Roti bakar menggunakan dapur arang itu rasanya cukup sedap dan menyelerakan, sedangkan di rumah kami makan roti bakar menggunakan pembakar roti elektrik. Setelah habis memakannya saya minta tambah dua set lagi. Sementara anak saya pula selepas makan nasi meminta dua set roti bakar kawin, sapu mentega campur kaya. Semuanya habis dimakan.

Demikianlah masa dan keadaan telah berubah. Kalau dulu kebanyakan orang Melayu Kelantan suka makan di rumah bersama anak dan keluarga, kalau makan nasi belauk pun, nasi itu dibungkus dan dibawa balik ke rumah untuk makan bersama keluarga. Tapi hari ini tidak lagi, mereka bukan sahaja suk makan di luar, malah isteri, anak-pinak dan keluarga pun turut diangkut makan di luar.

Keadaan seperti ini berlaku malam dan siang, semua gerai makan yang popular penuh dengan pelanggan.

Ini menyebabkan Kota Bharu tidak lagi seperti dulu, mudah untuk mencari nasi, berlainan dengan sekarang.

Setelah melunaskan harga semuanya, termasuk sedikit lauk-pauk dibungkus untuk dibawa balik, kami pun meninggalkan resturan itu dan terus bergerak untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi yang telah kami rencana sejak di rumah lagi.

Ini memberi pengajaran bahawa bukan semua yang kita mahu, walaupun segala kelengkapan telah cukup, tidak mesti kita perolehi; kalau Allah tidak izinkan, kita tidak akan memperolehinya sebagaimana yang kita rancang, kerana rancangan kita tidak mesti rancangan Allah.

Alhamdulillah!


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

INILAH CINA KELANTAN

>> Tuesday, April 4, 2017







INILAH CINA KELANTAN


SEHARI dua yang lalu kami singgah di sebuah pekan tidak berapa jauh dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Waktu itu kami dalam perjalanan ke suatu tempat yang tidak jauh dari pekan itu.


Tujuan saya berhenti di pekan yang agak terkenal itu, ialah untuk membaiki jam tangan saya yang telah rosak. Saya telah dipsatikan di situ ada sebuah kedai runcit Cina yang juga ada orang membaiki jam.


Taukeh kedai yang juga tukang baiki jam itu seorang lelaki Cina yang berusia kira-kira lima puluh tahun. Dia petah bercakap Melayu, terutama pelet dan loghat Kelantan tulin.


Sambil membelek-belek jam itu dia mula membuka mulut bercerita tentang seorang pekerjanya, semacam mengomel untuk melahirkan rasa tidak puas hatinya.


Pekerjanya itu seorang gadis Melayu yang tinggalnya tidak berapa jauh dari pecan tersebut.


-Budak tu comel-. Katanya,-Tapi hari ini dia cuti bekerja. Dia beritahu saya, abangnya mati semalam. Lalu saya beri dia cuti”.


Dia gerhenti sejenak, kemudian menyambung, dan saya hanya mendengar semata. -Ni kita nak mengumpat sedikit, walaupun mengumpat itu tak baik dan berdosa. Tuhan marah. Bukankah  begitu?.- Dia menghalakan pertanyaan kepada saya.

-Ya betul -kata saya, -Tuhan sangat marah dengan orang yang mengumpat orang lain.


-Tapi biarlah saya nak cerita juga pasal budak tu, - katanya.


Seterusnya dia memberithahu, pagi tadi ada seorang lelaki dating mencari dia, katanya meustahak. Bila saya beritahu dia, pekerja saya tu cuti kerana abang mati, Nampak terkejut.


Orang itu memberitahu saya, sehatunya pekerja itu tidak mempunyai abang pun. Bila pula dia mempunyai abang?”.


Katanya lagi “Belum sempat saya bertanya apa-apa lelaki itu terus berllu pergi dengan wajah yang tidak puas hati.


Kemudian dia menyambung lagi ceritanya,Sekejap tadi pula datang lagi seorang lelaki mencari pekerja saya itu juga. Bila saya beritahu pekerja itu cuti kerana abangnya mati, dia nampak terkejut lalu ketawa buat-buat. Sambil mengeleng-geleng kepala dia beritahu rumahnya terletak berhampiran dengan rumah pekerja saya itu.


Bila saya Tanya kenapa dia mencari pekerja saya tu, katanya dia hendak minta hutang motosikal yang dibeli oleh  pekerja saya itu.


Saya merasa hairan, katanya, setahu dia, pekerjanya itu datang bekerja setiap hari hanya dengan berjalan kaki. Bila pula dia beli motosikal dan letak di mana?


Demikian pekerja perempuan saya itu. Lagi pun jika ada orang mati, tentu orang buat mengatib [majlis tahlil], tentu ramai orang tahu. Pelik sungguh keluhnya.


Kemudiannya saya meninggalkan orang Cina itu selepas mengucap terimakasih dan berpesan kepadanya supaya banyak-banyak sabar.


Dari situ saya pergi ke ibu negeri Kelantan, Kota Bharu untuk membeli ubat sapu dari sebuah kedai sinsih, kepunyaan keluarga orang-orang Cina Kelantan sejak turun temurun.


Berkebetulan waktu itu ada seorang wanita Melayu yang berjiblat dengan dua biji matanya sahaja yang kelihatan sedang membeli ubat.


Setelah selesai berjual beli, maka penjual Cina itu berkata, -Makan ubat ni, tapi jangan pula lupa minta doa kepada Allah supaya disembuhkan.


Wanita itu kelihatan tersenyum tanpa kata dan saya pun ikut tersenyum mendengar pesanan Cina itu kepada orang Islam.


Setelah keluar dari kedai ubat itu fikiram saya melayang jauh, ke zaman persekolahan saya dulu. Waktu belajar di Sekolah Melayu Salor, daripada beratus-ratus pelajar waktu itu ada beberapa orang pelajar bangsa Cina, lelaki dan perempuan yang belajar bersasma kami.


Dalam kelas saya, ada beberpa pelajar Cina, dan semuanya lelaki. Pelajar-pelajar Cina ini bukan sahaja pandai bercakap Melayu Kelantan, tapi boleh membaca Jawi, dan tahu sedikit sebanyak tentang agama Islam. Mereka tahu serba sedikit tentang sembahayang, puasa dan hari raya, dan lancar mengucap dua kalimah syahadah, dan selalu menyebut nama Allah bila ada perkara.


Nama-nama mereka pula walaupun ada mempunyai nama Cina, tapi lebih dikenali dengan nama Melayu, seperti Ali untuk Ah Lee, Hasan untuk nama Ah San dan Hussin untuk nama Lee Sin dan sebagainya. Demikian juga untuk orang perempuan, kalau tidak ditukar panggilannya namanya pun, di hadapannya akan ditambah dengan perkataan Mek, iaitu panggilan kepada orang perempuan Kelantan, seperti Mek Get, Mek Kiat, Mek Teh dan sebagainya, dan kalau perempuan tua pula ditambah dengan perkataan Tok, seperti Tok Mek Yu dan sebagai.


Dan ada salah seorang daripada mereka tidak pernah dikenali  dengan nama Cina, tapi nama Melayu, iaitu Muhammad. Muhammad ini akhirnya diberi hidayah memeluk agama Islam.


Kalau hari raya, kanak-kanak perempuan Cina akan beraya juga dengan memakai pakaian-pakaian baru dan berkunjung ke rumah orang-orang Islam, terutama rakan-rakan persekolahan mereka.


Demikianlah sebahagian kecil daripada beberapa ciri istimewa  tentang kaum Cina di Kelantan yang merupakan salah satu faktor membuat masyarakat majmuk di Kelantan sentiasa hidup dalam keadaan yang aman harmoni.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Kota Bharu, Kelantan.



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP