Manfaat Kalimah Yang Agung

>> Saturday, January 26, 2013

MANFAAT KALIMAH YANG AGUNG

Sebelum ini saya telah selesai menyediakan sebuah artikel yang agak panjang, dan telah redi untuk diposkan ke Pondokrahmat tapi kerana salah teknik rencana ini terpadam dari papan komputer dan yang muncul di tempatnya ialah kalimah yang agung berikut::

Saya merasa tidak akan menulis semula rencana tersebut buat waktu ini, kerana saya tidak mempunyai sebarang salinannya.

Untuk tidak mengecewakan, saya kutip beberapa Sabda Junjungan Rasulullah S.A.W. tentang keagungan kalimah yang mulia  itu, semoga memberi manfaat jua.

Dari Jabir r.a.. Nabi SAW bersabda, “Zikir yang paling utama ialah “Laa ilaaha illallah” dan doa yang pling utama ialah “Alhamdulillah”. Tamizi & Ibnu Majah.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tidaklah seorang hamba membaca “Laa ilaaha illallah” kecuali akan dibukakan baginya pintu-pintu langit hingga Arasy Ilahi, selama ia menghindarkan diri dari dosa-dosa besar”. Tarmizi.

Dari Mu’az bin Jabal r.a., Rasulullah besabda, “Kunci-kunci syurga adalah ucapan “Laa ilaaha illallah”.

Dari Anas r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tidak ada seorang hamba pun yang mengucap “Laa ilaaha illallah” pada suatu waktu, malam atau siang hari, kecuali perbuatan-perbuatan buruknya akan dihapuskan dari catatannya, bahkan keburukan itu akan diganti dengan kebaikan”. Abu Ya’la.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala memiliki sebuah tiang yang terbuat dari nur terletak di hadapan Arasy-Nya, jika ada seseorang yang mengucapkan “Laa ilaaha illallah”, maka bergetarlah tiang itu. Allah berfiman, “Berhentilah”. Tiang itu menjawab, “Bagaiaman aku dapat berhenti sedangkan Engkau belum mengampuni orang yang mengucapkannya?”. Firman Allah, “Sesungguhnya Aku telah mengampuninya”. Maka barulah tiang itu berhenti”. Al-Bazzar.

Dari Abu Darda’ r.a., Nabi S.A.W. bersabda, “Tidaklah seorang hamba mengucap “Laa ilaaha illallah” 100 kali, kecuali Allah akan membangkitkannya pada hari Kiamat dengan wajah seperti bulan purnama. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalannya pada hari itu kecuali orang yang mengucapkan seperti yang ia lakukan atau melebihinya”. Thabrani.

Dari Anas r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tiada sesuatu pun kecuali antara ia dengan Allah ada hijab, melainkan ucapan “Laa ilaaha illallah”, dan doa seorang ayah untuk anaknya”. Ahmad & Ibnu Mardawaith.

Dari Abu Bakar As-Shiddiq r.a.. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Selalulah membaca “Laa ilaaha illallah” dan Istighfar. Perbanyakkan membaca keduanya, kerana sesungguhnya iblis berkata, “Aku telah membinasakan manusia dengan dosa-dosa, dan mereka membinasakan aku dengan “Laa ilaaha illallah” serta Istighfar”. Ketika melihat ini, maka aku binasakan mereka dengan hawa nafsu, sehingga mereka merasa bahwa mereka berada dalam hidayah”. Abu Ya’la.

Semoga kita sentiasa diberi taufik untuk berzikir dengan kalimah yang maha agung itu, dan seterusnya kita menjadi salah seorang daripada ahli kalimah yang yang mulia itu.

Amin

Read more...

Yang Berkuasa Dan Yang Maha Berkuasa

>> Tuesday, January 22, 2013

YANG BERKUASA dan YANG MAHA BERKUASA

Bila disebut kuasa atau “power”, kita selalu teringat kepada orang-orang yang berkuasa dalam negeri atau negara.

Orang yang berkuasa itu mungkin Perdana Menteri, Menteri-menteri, Menteri Besar, Wakil-wakil rakyat ataupun ketua-ketua jabatan. 

Atau kita mungkin teringatkan orang-orang tengah yang berkuasa menjadi orang perantara seseorang dengan pihak berkuasa untuk mencapai sesuatu maksud yang sukar untuk diperolehi dengan cara yang biasa. Orang tengah yang kita gelar kabel inilah yang menjadi kuasa ghaib untuk menentukan kejayaannya.

Atau lebih jauh lagi, kita mungkin teringatkan jana kuasa atau “generating plant” yang membekalkan kemudahan elektrik kepada sesebuah bandar atau di sesuatu tempat, atau membekalkan tenaga kuasa kepada sesebuah kilang perusahaan untuk membolehkannya beroperasi dengan sewajarnya.

Itu semua adalah kuasa-kuasa yang terdapat di dunia nyata ini, dunia jasadi yang tidak kekal dan musnah ini. Yang datang silih berganti, dan akhirnya akan ghaib dan tenggelam buat selama-lamamnya dalam timbunan masa yang berlalu.

Kita sering lupa bahawa di samping kuasa-kuasa itu ada lagi suatu kuasa yang Maha Berkuasa, iaitu Allah S.W.T. yang menentukan segala-galanya di mana segala kuasa itu pun terletak di bawah tadbiranNya.

Allah yang Maha Berkuasa itu bukan dari alam fizikal kita, Ia tidak dapat dikunjungi seperti kita menemui seserang atau ketua-ketua jabatan untuk menyampaikan maksud yang tersirat di hati kita.

Ia mempunyai cara yang khusus untuk menyampaikan sebarang hasrat kepadaNya, iaitu cara yang amat simpel menerusi DOA. Doa adalah merupakan janakuasa yang amat besar dan bertenaga yang mempunyai kemampuan canggih yang tidak terduga.

Doa inilah kabelnya jika anda ingin menganggapnya sebagai kabel untuk menghubungkan anda dengan Allah Maha Berkuasa.

Ia mempunyai kuasa yang tidak terbatas, tidak  seperti jana kuasa atau  jentera motor anda. Ia mempunyai kuasa yang tidak dapat diukur atau disukat atau pun dikira sebagaimana anda menyukat atau mengira janakuasa elektrik.

Setiap hari kita memerlukan kuasa untuk menyempurnakan urusan kehidupan kita, terutama kuasa untuk membekalkan kita dengan tenaga bagi membolehkan kita menjalankan sesuatu kerja dan kuasa untuk mendapat cahaya untuk menerangi kegelapan atau bila malam menjelang.

Bila gelap atau malam tiba, kita memetik swic lampu untuk menerangi rumah atau kamar kita, dan dalam masa sekelip mata sahaja cahaya lampu yang terang pun melimpah dalam rumah atau kamar kita untuk membolehkan kita melihat, dan seterusnya melakukan sesuatu yang diperlukan.

Tapi malangnya dalam simpang siur kehidupan seharian ini kita terlupa untuk menyalakan lampu dalam kamar hati kita yang sentiasa memerlukan cahaya untuk memandu kehidupannya.

Tidak dapat tidak. Mungin dalam kamar hati kita ada sudut-sudut yang diselubungi oleh kegelapan kerana sebab-sebab yang tertentu, seperti kesihatan yang merosot, kekecewaan, kehampaan dan sebagainya.

Ataupun lebih merbahaya lagi andainya seluruh hati itu diselubungi oleh kegelapan. Menjadi hitam dan kelam, kerana kita senantiasa menjalani kehidupan dalam kegelapan dengan melakukan berbagai-bagai dosa yang kecil dan dosa yang besar yang menyebabkan hati kita menjadi tertutup atau terhijab dan seterusnya berada di dalam kegelapan.

Sudah tentu, sudut-sudut hati yang gelap ini dapat diterangi dengan cahaya yang datang dari ibadat serta doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah S.W.T., yang Maha Berkuasa.

Kuasa doa ini sangat ampuh dan tidak terbatas seperti anda menggunakan jana kuasa elektrik yang terdedah kepada berbagai-bagai kerosakan yang bakal menimpa segala alat-alat elektrik dan atau perkakas-perkakas  mekanilaknya  seperti yang pernah kita alami.

Ia hanya tergantung kepada kesediaan kita untuk berdoa, memohon kepadaNya, serta bertaukal kepada Allah dan bersabar. Ia berkesan untuk menghadapi segala problam hidup, baik kecil ataupun besar dan di mana-mana sahaja serta bila-bila masa sahaja. Tidak ada yang lebih berkesan dari itu.

Ada orang-orang yang berusaha keras siang dan malam untuk meraih kejayaan dalam bisnesnya. Begitu banyak masa, tenaga dan harta benda telah dikorbankannya untuk mencapai kejayaan yang amat diharap-harapkan kejayaannya itu. Tapi bila hampir di puncak kejayaan, rancangannya telah tergelincir, menuju kehancuran. Perkara yang tidak diharap dan diduga sama sekali.

Pada saat-saat hampir ke puncak jaya itu, segala-galanya telah berubah menjadi tidak keruan. Pegawai-pegawai yang menjadi harapannya telah bertukar menjadi pengkhianat, pembelot. Mereka menipu, mencuri hingga businesnya menjadi rosak. Jatuh tersadai.

Bank-bank dan syarikat pinjaman yang memberi kredit kepadanya telah mendesak supaya hutang mereka dibayar dengan segera lebih cepat dari biasa, kalau tidak tindakan undang-undang akan diambil kerana gagal membayar hutang sedangkan perniagaannya telah mundur begitu jauh tidak seperti pada permulaannya.

Seperti biasalah dalam keadaan seperti itu, tidak ada siapa yang bersedia membantu atau menolong. Semua kawan-kawan bisnes meminggirkan diri dari mereka.

Apa hendak buat? Sudah habis ikhtiar. Renung punya renung, mereka mengambil keputusan yang drastik untuk mengubah cara dan hala kehidupan mereka selama ini yang jauh dari Allah.

Mereka mencari Allah. Mereka berusaha mendekati Allah. Hari ini kepada mereka masjid lebih penting daripada padang golf, sedangkan kalau dulu padang golf lebih penting dari masjid.

Kalau dulu tidur lebih baik dari solat subuh, tapi hari ini solat subuh di masjid lebih baik daripada tilam-tilam yang empok.

Guru-guru dan ustaz-ustaz di masjid selalu menasihatkan supaya umat Islam sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dan petunjuk, ke jalan yang benar dan lurus.

Maka mereka pun berdoa dan tidak jemu berdoa dan berdoa, memohon keampunan dan petunjuk. “Wahai Tuhanku, tunjuklah kami jalan yang benar. Tunjukalah kami jalan untuk mengatasi problam yang kami hadapi ini, wahai Allah, kasihanlah kami..........”.

Akhirnya dengan izin Allah yang Maha Berkuasa maka datanglah bantuan dan pertolongan dari sumber-sember yang tidak duga sama sekali.  Berbagai-bagai bentuk pertolongan dan bantuan berguguran di atas meja.

Itulah kuasa Allah yang mendengar doa-doa hamba-hambaNya yang bermohon kepadaNya.

Justeru berdoalah setiap masa, waktu dan tempat, baik di kala senang atau di kala susah, doa kita sentiasa didengar oleh Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.

Doa itu senjata yang ampuh untuk segala problam yang dihadapi oleh hamba-hambaNya di setiap waktu dan tempat. Bertaukallah kepada Allah untuk menyelsaikan segala problam yang anda hadapai. Jangan putus asa dan kecewa.

Bagaimana Doa Berfungsi

Untuk menjelaskan bagaimana doa itu berfungsi, saya suka mengunggkapkan kembali apa yang dikatakan oleh guru saya yang dikasihi, Ustaz Yusof Zaky Yacob [smoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] dengan katanya:

“Doa adalah tali perhubungan yang murni di antara hamba dengan Allah Pencipta. Doa memcerminkan rasa khudhu’ dan keabdian yang hakiki terhadap Tuhan, kerana itu doa pernah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai “Jiwa Ibadat” dalam sabdanya, “Doa itu otak ibadat”..

“Doa  ialah dialog hamba dengan Tuhannya, dengan perantaran doa manusia mencurahkan harapan-harapan dan permohonan, mengemukakan pujian dan sanjungan kepada Khaliqnya. Dan pancaran dari doa melahirkan ketenangan, keyakinan dan ketabahan yang menakjubkan.

“Firman Allah, “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku sambut doamu itu. Sesungguhnya orang-orang yang merasa angkuh untuk beribadat kepadaKu akanKu masukkannya ke dalam neraka dengan keadaan yang hina”.

Dan kata beliau lagi, “Doa adalah penawar jiwa, ia boleh mengurangkan kesan-kesan penderitaan batin dan memberi kekuatan baru untuk terus berjuang. Seseorang yang memanjatkan doanya kepada Allah akan menjadi begitu tenang apabila ia yakin kepada jaminan Allah bahawa setiap doanya dikabui dengan cara-cara yang dipilih oleh Allah.

“Firman Allah, “Apabila hamba-hambaKu bertanya tentang diriKu, katakanlah bahawa Aku amat hampir kepada mereka. Aku siap sedia menyahuti doa orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu”.-Al-Baqarah: 186.

Justeru Berdoalah!

Atau kita mungkin teringatkan orang-orang tengah yang berkuasa menjadi orang perantara seseorang dengan pihak berkuasa untuk mencapai sesuatu maksud yang sukar untuk diperolehi dengan cara yang biasa. Orang tengah yang kita gelar kabel inilah yang menjadi kuasa ghaib untuk menentukan kejayaannnya.

Atau lebih jauh lagi, kita mungkin teringatkan jana kuasa atau “generating plant” yang membekalkan kemudahan elektrik kepada sesebuah bandar atau di sesuatu tempat, atau membekalkan tenaga kuasa kepada sesebuah kilang perusahaan untuk membolehkankannya beroperasi dengan sewajarnya.

Tiba-tiba Saya Terkenangkan Wadi Leta S.A

>> Sunday, January 20, 2013

TIBA-TIBA SAYA TERKENANGKAN WADI LETA S.A

Pagi ini [Ahad 20 Januari 2013] seperti biasa dari Kota Bharu kami sampai di rumah di Kuala Krai sebelum azan Subuh bergema.

Bila saya masuk kamar, saya ternampak di atas meja kecil yang saya gunakan untuk bekerja sambil duduk bersela di atas lantai secebis kertas kecil, sebesar tiga jari di sisi timbunan beberapa buah buku.

Saya terus mengambil guntingan kertas hitam itu dan meniliti tulisan-tulisan putih tertera di atasnya. Ia mungkin guntingan dari sebuah akhbar atau majalah.

Sewaktu meninggalkan rumah tiga hari yang lepas saya tidak pernah melihat kertas itu di situ. Mungkin ia tercicir dari salah sebuah daripada buku-buku tersebut ketika saya membalik-baliknya sebelum saya meninggalkan rumah hari itu.

Lantas saya  membacanya sambil berdiri. Ianya sebuah puisi berjodol KALAU, hasil karya WADI LETA S.A.

Puisi tersebut begini bunyinya:

KALAU
1
Kalau kau bunga
Berikan aku madumu
Kalau kau rama-rama
Berikan aku sayapmu

11
Kalau aku pokok
Akulah peneduhmu
Kalau aku rumput
Akulah permaidanimu.

WADI LETA S.A.,
Kota Bharu,
Kelantan.

Saya lantas terkenangkan beliau. Sebenarnya saya telah lama mengenali beliau, sejak berpuluh-puluh tahun dahulu lagi. Beliau adalah rakan semasa, dengan anak saudara saya, Nawi Ibrahim.

Waktu itu, beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Sirih. Rumahnya di tepi jalan, dulunya dekat “Bulatan Kijang”, dan di belakang warung Mee Isa.

Waktu saya kanak-kanak, di hari-hari sekolah cuti saya selalu menghabiskan masa di rumah kakak saya, Khadijah Saleh yang terletak di Kampung Bawah Lembah Kampung Sirih, tidak berapa jauh dari rumah beliau yang terletak di ats tebingnya. Sejak itulah saya mengenali beliau, walaupun tidak bermain bersama.

Namun begitu saya tidak mengetahui banyak tentang beliau. Kemudian kalau tidak silap saya, beliau berpindah tinggal di Dusun Muda, dan seterusnya berpindah ke tempat yang beliau tinggal di Pengkalan Chepa.

Namun begitu saya sering juga membaca hasil-hasil karya WADI LETA S.A. yang terpapar di 
akhbar-akhbar dan majalah-majalah tanah air. Wadi  memang seorang penyair yang prudaktif.

Setelah bertahun-tahun berpisah, kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika Wadi berkunjung ke rumah saya bersama dengan pengaran terkenal, Norisyam Mustaffa di Kuala Krai untuk mengucap takziah di atas kematian isteri saya, seorang aktivitis masyarakat, Asiah Yaacob,  kira-kira dua tahun yang lebih yang lalu.

Pada masa yang lalu, ketika saya bertugas mengendalikan penerbitan akhbar MINGGUAN KOTA BHARU, Wadi selalu hadir di majlis-majlis sastera yang sentiasa kami anjurkan dari masa ke masa. Saya tidak ingat, adakah beliau pernah mengambil bahagian dalam mana-mana acara deklamasi sajak yang pernah kami anjurkan itu.

Yang pasti, beliau pernah mengirim pusi-puisi untuk MINGGUAN KOTA BHARU dan juga Majalah DIAN yang diterbitkan oleh Syarikat Dian Sdn Bhd. Dan puisi-puisi beliau memang mendapat tempat yang sewajarnya.

Banyak perkara yang kami perbualkan dalam pertemuan hari itu, selain daripada mengenaii keluarga masing-masing, dan sahabat-sahabat penulis, termasuk penulis generasi muda yang kebanyakannya tidak saya kenali.

WADI LETA S.A. nama penuhnya Wan Adnan bin Wan Daud. Waktu kanak-kanak dahulu semasa beliau tinggal di Kg. Sirih, saya kenal dengan ayah dan ibunya, dan biasa dengan neneknya yang dikenali dengan panggilan “Mak Nab”.
Mengikut pengamatan saya nama panggilan yang popular di kalangan rakan-rakannya ialah WADI, rasanya tidak ada yang memanggilnya “Nan” macam saya memanggil bila kami bertemu.

Demikianlah sedikit kenangan saya terhadap WADI LETA S.A. sebuah nama yang terukir indah dalam barisan penyair-penyair tanah air.

Salam untuk beliau dan keluarga, serta pembaca seluruhnya.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP