>> Thursday, March 12, 2020


Kenapa berpantaNG KETIKA SAKIT???

Bisikan Dari Ranjang Tua


BEERPANTANG maksudnya berhenti daripada melakukan sesuatu yang sering dilakakan oleh seseorang sebagai kabiasaannya.


Kebanyakan orang berpantang makan sesuatu makanan bila mereka dikurniakan sakit, terutama sakit-sakit serius, seperti penyakit jantung, penaykit kencing manis atau darah tinggi.


Malah mereka sedjrj mendului wejengan pantang sebelum lagi diperintahkan oleh doktor, kerana mereka bimbang penyakit mereka akan cepaat mererbak dan tidak terkawal jika mereka  tidak segera berpantang.


Namun begitu ramai pula mereka yang tidak berpatang, kerana berpantang merupakan beban berat  mereka keada, lalu mereka menyentap apa sahaja yang ada di hadapan mata.


Akibatnya keadaan mereka bertambah sukar kerana terus bertambah derita dibeban penyakit yang mereka menciptanya sendiri.


Jika sakit berat, banyak perkara yng patut dipantangkan, bukan sahaja dari segi makan minum seharian, tapi juga dalam tidur baring, hiburan, hobi dan sebagainya.


Kita sepatutnya berpantang sebelum kita sakit, iaitu makan dengn cermat dan berhati-hati dengan memilih makanan-makanan yang memberi manfaat semata-mata.Bukannya melantak apa sahaja yang ada.


Insya Allah dengan berbuat demikian kita tidak gmpang diserang penyakit.
Ingatlah apa yang kita lakukan har ini, tegasnya apa yang kita makan har ini kesannya akan menjalari jauh ke hari depan, hingga ke penghujung hayat kita.


Berhati-hatilah! Walaupun makanan itu merupakan anak kunci pembuka pintu hati manusia, tapi serentak itu juga ia banyak membuka tingkap-tingkap rumah sakit.                                                                   
Justeru berhati-hatilah.



Pondokrahmat

12 Nac 2029’

Read more...

>> Tuesday, March 10, 2020


BISIKAN DARI RANJANG TUA

Tingkap Berkuak

Tingkap-tingkap subuh telah terkuak lebar
Setelah malam berlalu kaku sendirian
Di ranjang sepi,
Wahai tingkap-tingap subuh
Kuaklah daun-daunmuselebar langit
Untuk diterpai oleh rahmat Allah ke atas hamba tuaMu ini
Yang sepi sendirian
Ditemani Tuahnya yang Maha Mengrti
Di alam sunyi
Pimpinanlah hama tua ini ke Padang Perdana
Ke jalan abadi
Di bawah terik matahari sejengkal di atas ubun-ubun
Menuju Sirah
Pintu neraka ke pintu Syurga
Pimpinlah hambaMu tua ini
Semoga sabar mengikut catatan-catatan Los Mahfuz
Yang abadi untuk dijejaki satu perstu
Sabar itu makriat membawaw ke ke Syurga
Setiap selangkah pijaknya di bawah naungan Arasy,
Selamat sejahtera tingkap subuh
Membanjir rahmat ke ranjang tua
Yang bangkit bersama mencari redaNya.
Selamat sejahtera tingkap subuh
Yang terkuak lebar
Salam sejahtera untuk seluruh penghuni raya
Yang bersama-sama mencariNya
Amin
Salam subuh
Kuaklah tingkapmu selebar-lebar
Membawa rahmat sepnjang masa
Dunia akhirat.
Amin

Pondok Rahmat
Sabtu 7 Mac 2020

Read more...

tongkat saktiatau tongkat sakit


                


BISIKAN DARI RANJANG TUA        

TONGKAT SAKTI ATAU TONGKAT SAKIT

Tongkat adalah sejenis alat untuk menyokong atau
membantu sesuatu.
Ia digunakan untuk membantu manusia atau benda-benda lain supaya keadaannya lebih kuat gagah atau kuat atau jatuh seperti rumah atau pokok.
Mmanusia pada umumnya menggunakan tongkat untuk membantu pergerakannnya, seperti untuk memudah atau memantu dia berjalan dan membantunya menyediakan sesuatu pekerjaan, seperti untuk mrnongkat pokok yang hendak tumbang.
Biasasnya orang-orang yang uzur sering menggunakan tongkat untuk membantunya bergerak atau berjalan dengan lebih baik, seperti membantu orang-orang tua berjalan. Atau untuk menolong memndapatkan sesuatu yangtidak terdapat oleh tanganya, seperti mengambil baju yng tersasngkut d dinding yang boleh dicapai tongkatnya
Sesetengah-setengah orang muda pula menggunakan tongkat untuk berlagak atau bergaya seperti para pemesar atau orang-orang kaya. Tapi perkara ini masih belum popular di negera kita, kerana tongkat hanya miliki orang tua atau orang uzur.
Selain itu orang-orang muda pula mengunakan tongkat untuk mempertahankan diri mereka dari ancaman musuh-muush seperti para pencuri, pengancam, binatang-bnatnng berbea seperti ular anjinng bengkeng  dan sebagainya.
Memang telah lama wujud dalam masyarakat kita di Nunsantara sejenis seni silat tongkap untuk mempertahankan diri,
Sejeniss tongkat yang terenal dalam masyarakat Kelantan ialah yang dipanggil Tongkat 6/9 yang terkenal pada suatu masa dulu untuk mencederakan orang,
Tongkat 6/9 pernah digunakan sebagai pengodaan oleh Akhbar Mingguan Kota Bharu dalam ruang pojoknua pada suau masa dulu.
Tongkat diperbuat daripada berbagai-bagai jenis bahan dan diberikan berbagai-bagai jenis rupa bantuk. Tongkat yang sering digunakan diperbuat daripada aneka jenis kayu pilihan masing-masing yang dianggap dapat memberi maffat yang lebih kepada pengguannya.
Justeru itu harga tongkat berbeza-beza antara sejenis dengan sejenis, malah ada yang haganya sampai ribuan ringgit nilainya, apa lagi kalau diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan yang bernilai, seperti kepalanya ditatah emas dan sebagainya.
Selain daripada dihiasi dengan aneka rupa dan bentuk, tongkat ada yang panjang dan ada yang pendek, tergantun kepada pemilihan penggunanya. Walau bagaimana panjang pendek tongkat yang sesuai adalah tergantung kepada kedudukan seseorang ketika dia berdiri.
Walau bagaiamanpun tongkat yang paling termasyur dan canggih ialah tongkat kepunyaan Nabi Musa as yang dierbut oleh Allah kerana memiliki mukjizat yang tersendiri.
Tomgkat itu digunakan oleh Nabi Musa as untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Tuah Serua Sekalian Alam.
Anatara mukjizatnya ialah boleh menjelma menjadi ular besar dan menelan ular-ular ciptaan puak-puak Firaun.
Dan ia digunakan oleh Musa as untuk membelah laut bagi membolehknnya melinatasnya dengan selamat dan membunuh Firaun dan kamunya.
Allah berfirman dalam al-Quran, maksudnya:
“Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”.
Maka terbelahlah lautan dan tia-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar”.  Assyuarat [26]:63.
Ada orang percaya Tongkat ajabi Musa as itu masih ada lagi di  mana-mana dan ramai di antara mereka dipercayaai masih mencari-caricarinya di segenap pelosok dunia.
Wallahhuklam.

Pondok Rahmat.
10 Mac 2020

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP