A Child Was Born To Zaini's Family

>> Wednesday, March 6, 2013




A CHILD WAS BORN TO ZAINI’S FAMILY


Allah said:

“Thereafter, We made him [the offspring of Adam] as a Nuftah [mixed drop of male and female sexual discharge and lodged it] in a safe lodgng [womb of the woman]”.

“Then We made the Nuftah  into a clot [a piece of thick coagulated blood], han We made the clot into a little lump of flesh bones, then We clothed  the bones  with flesh, and then We brought it forth as another creation. So, blessed is Allah, the Best creators”. Al-Mukminun [23]: 13-14.

And after all process was completed in the mother’s womb, then the  baby  was delivered to this world.

Then a new child was born to the Zaini’s family. The new born was a son. He came to this transitory world, about two o’clock in the afternoon yesterday, Wednesday 5th of March, 2013 at the maternity An-Nur Clinic, at Kubang Kerian.

It is our fifth grand children that were born at the same clinic. It is a Islamic clinic, run by a woman doctor. The last one was about one year ago, also a baby boy born by the wife of our son, Ahmed Faris Zaini.

The new baby born yesterday added the number of our grand children to twelve. Out of twelve grand children we have five grand sons and seven grand dames.

With this younger child, our daughter, Nurbaiti Zaini with her husband, Safayi has five children, three sons and two daughters. Her lovable mother and my dearly wife, Asiah Yaacob, had passed away about three years ago.

Although their parents have already the name of the baby, but they still did not give the baby his name.

I was inundated when my daughter mentioned her mother yesterday related to her new baby because in the past her late mother looked after all her four babies after their birth.

Thank Allah .

Only the Merciful Allah determined His slaves the gender of their offspring, male or female. We as the slaves did not play any part to decide the gender of our offspring.

Allah said in al-Quran: 

“He creates what He will. He bestows  female [offspring] upon whom He wills, and bestows male [offspring] upon whom He will”.

“He bestows both males and females, and He renders barren whom He wills. Verily, He is the All-Knower and is Able to do all things”. As-Shura [42]: 49-50.

And we are very happy indeed if all our children and grand children and all our offspring make du’a’ for our great happiness in this world and the world after.

Let us all pray to the Merciful God:

“Oh my Lord! Grant unto me from Thyself noble offspring, verily Thou art the Hearer of prayer”.

“Oh my Lord! Make me one who performs As-Salat and [also] from my offspring, our Lord! And accept my invocations”. Ibrahim [14]: 40.

“Our Lord! Forgive me and my parents, and [all] the belivers on the Day when the reckoning will be established”. Ibrahim [14]: 41

For:

“And I [Allah] created not the jinn dan mankind except that they should worship Me [Alone]- Adh-Dhariyat [51] : 56

 





Read more...

GILA-GILA PILIHAN RAYA

>> Monday, March 4, 2013




GILA-GILA PILIHAN RAYA

Setiap kali menjelang pilihan raya berbagai-bagai penyakit timbul, dan di antaranya yang paling bahaya ialah penyakit gila-gila. Penyakit gila pilihan raya ini bukan sahaja menimpa ahli-ahli politik, tapi juga menimpa kebanyakan anggota masyarakat.

Penyakit gila ini bukan sahaja menimpa orang-orang yang tidak berpelajaran, malah juga orang-orang yang cerdik pandai, orang-orang bijaksana pun jadi gila kerana pilihan raya; demikian juga ia bukan sahaja menimpa orang orang-orang tidak berjawatan, malah juga orang-orang yang berjawatan tinggi, pun jadi gila juga kerana  pilihan raya.

Kegilaan orang-orang bijaksana, berpelajaran dan berjawatan tinggi, lebih teruk daripada kegilaan orang-orang yang tidak berpelajaran dan berkedudukan. Malah dalam kebanyakan hal, mereka adalah menjadi pecetus kepada kebanykan kegilaan pilihan raya di kalangan masyarakat yang terikut-ikut dengan gelaggat mereka.

Ini berlaku kerana orang-orang bijaksana dan orang-orang atasan menjadi gila kerana mempunyai ajenda yang tersendiri, tapi rakyat jelata dan tidak berjawatan, kebanyakan kegilaannya berupa ikut-ikutan sahaja atau setelah dibatuapikan oleh pihak-pihak tertentu kerana kepentingan tersendiri.

Pendek kata, penyakit gila pilihan raya ini menimpa semua orang dari atas ke bawah, dari bawah ke bawah, iaitu mereka yang senghaja untuk menjadi gila, kebanyakannya secara sedar.

Gila-gila Jadi Calon

Ada sesetengah anggota parti yang merasa dirinya cukup layak menjadi calon pilihan raya, lalu dengan keras berusaha supaya terpilih menjadi calon nanti. Mereka tidak merasa segan dan silu bertindak untuk mencapai maksudnya itu.

Biasanya mereka terdiri daripada ahli-ahli parti yang telah mempunyai tempat dan tapak dalam sesebuah parti dan juga mempunyai sebilangan penyokong-penyokongnya sendiri.

Andainya rancangan mereka untuk menjadi calon itu gagal, mereka yang gila-gila menjadi calon ini, tidak teragak-agak untuk bertindak membalas dendam terhadap partinya yang dikatakan tidak adil.

Bila tiba hari mengundi, mereka ini tidak teragak-agak untuk bertindak mengkhianati parti sendiri, berusaha untuk menumpaskan calon di kawasan mana dia pernah berharap untuk menjadi calon.

Atau pun dia dari sejak siang-siang lagi telah bertindak keluar parti, baik dengan kerelaan sendiri ataupun mendapat upah dari parti lawan yang telah berjaya menangguk di air keruh, kemudian tidak menunggu lebih lama lalu melancarkan kempen-kempen memburuk-burukkan pemimpin dan parti jandanya itu dengan berbagai-bagai tuduhan dan aiban.

Gila-gila Projek
Ada segolongan dari mereka bercergas dalam parti dekat pilihan raya dengan harapan yang penuh untuk mendapat projek segera menjelang hari mengundi daripada partinya. Projek ini tdaklah besar, dan tidak memerlukan lesen kontraktor, asalkan boleh melaksanakan tanggungjawab yang ditawarkan.

Projek-projek kecil ini biasanya berupa penyediaan makanan atau hadiah-hadiah kepada orang ramai,  khususnya ahli-ahli parti yang menyertai sesuatu program yang kerap diadakan oleh sesebuah parti secara berterusan beberapa bulan menjelang hari mengundi.

Orang-orang seperti ini juga kalau tidak dapat projek akan merajuk dan beronar, membuat hal untuk menganggu parti yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk memenangi pilihan raya.

Gila-gila Berfitnah
Gila-gila pilihan raya yang paling teruk ialah gila-gila membuat fitnah. Kegemaran membuat fitnah terhadap parti dan juga anggota-anggota parti lawan yang begitu bermaharajalela hingga boleh dikatakan telah mencapai peringakt gila-gila.

Berbagai-bagai fitnah telah direkaciptakan dan ditabur di segenap ceruk rantau. Kebanyakan fitnah-fitnah itu tidak berasas sama sekali. Daripada sebuah fitnah yang diucapkan atau digariskan akan menelurkan beribu-rbu fitnah lagi di atas tajuk yang sama, ada yang berupa salinan, dan pula yang pula yang telah diubahsuai mengikut selera masing-masing.

Fitnah memfitnah adalah satu perkara yang lumrah dalam arena politik di negara kita, terutama bila tiba musim pilihan raya dengan tujuan untuk meraih banyak undi dan memenangi pilihanraya, menjadi Yang Berhormat dan berkuasa nanti.

Gila-gila Membuat Janji.
Ada pula para pemimpin suka menabur berbagai-bagai janji manis kepada rakyat jelata. Buat janji di sana, buat janji di sini. Janji-janji lama masih terbangkalai, tapi janji-janji baru ditabur lagi untuk memenangi hati rakyat.

Biasanya janji-janji yang ditawarkan itu bernilai tinggi, menelan perbelanjaan wang ringgit yang besar. Maka tiap-tiap hari bertaburlah janji-janji berupa angka-angka dalam serba bentuk dan serba nilainya di sogokkan kepada rakyat, menerusi lidah atau media cetak.

Gila-gila Mencerca
Setelah berjaya mereka-reka fitnah dan berjaya melebar-luaskannya, maka kutukan demi kutukan dilemparkan pula terhadap mangsa dengan berbagai-bagai label, seperti pembohong, penjahat, pegkhianat, perasuah dan sebagainya.

Gila-gila Media Massa
Biasanya selain daripada menggunakan podium secara langsung untuk menghentam kerumu seseorang yang dianggap musuh dengan menggunakan lidah, maka media massa-media massa, termasuk yang bertulis, dipergunakan untuk tujuan menabur fitnah dan menghentam seseorang.

Sehingga kadang-kadang hentam kerumu itu terlajak jauh perginya, terkeluar dan tersasul dari sempadan kebenaran, maka orang yang difitnah pun bertindak mengheret orang yang menghentam bersama-sama dengan media massa yang menjadi wadah tempat fitnah itu disebarkan  ke mahkamah untuk mencari keadilan  sebagaimana pernah berlaku di masa-masa yang lalu.

Gila-gila Mengampu
Tidak jarang pula kian dekat dengan pilihan raya kian banyak melahirkan golongan-golongan yang suka mengampu, gila-gila membodek ketua-ketua yang gila diampu. Berbagai-bagai bentuk dan warna ampuan dilakukan untuk mendapat pujian daripada orang-orang yang diampu dengan harapan mendapat ganjaran yang lumayan.

Gila-gila Berprovokasi 
Ada sesetengah pihak pula gila mencetuskan provokasi, membuat cabaran hangat, menerusi ucapan, kata-kata dan juga hujung pena mereka. Dalam hal ini banyak juga lahir pemidang-pemidang dan sepandok-sepandok, dan poster-poster yang berupa provokasi, mencabar pihak lawan supaya bertindak untuk memulakan permusuhan dengan harapan untuk menangguk di air keruh.

Gila-gila Bermusuh
Jika di satu pihak ada yang gila-gila membuat provokasi, maka di satu pihak lagi pula ada mereka yang gila-gila suka bermusuh atau berkelahi. Pantang dicabar, mereka akan bertindak balas. Kiranya tidak ada cabaran mereka akan bertindak membuat provokasi, supaya dicabar untuk memulakan perkelahian.

Tidak jarang pula senjata yang digunakan bukan sahaja lidah   dan pena, tapi juga kekuatan fizikal yang tidak sepatutnya  berlaku di khalayak Islam dan juga dalam dunia tamadun hari ini.

Janganlah kerana sekeping sepanduk, sehelai poster pilihan raya, kita hendak berbunuh-bunuhan? Kita hendak bermusuh-musuhan seumur hidup sama sendiri?

Gila-gila Menghasut
Ada pula mereka yang suka menghasut-hasut sesuatu pihak atau golongan, untuk bermusuh-musuhan dan berseteru, berpecah-belah dengan membuat dakwaan yang palsu. Ada suami isteri yang bercerai berai kerana politik akibat dihasut oleh pihak-pihak tertentu yang menampil-nampilkan dirinya sebagai orang yang jujur.

Gila-gila Beri Hadiah
Menjelang pilihan raya ramai pula mereka yang berkepntingan memakai baju gila-gila untuk menyampaikan berbagai-bagai cendera hati dan berbagai-bagai hadiah kepada orang ramai. Rumah-rumah yang tidak pernah dikunjungi pun dilawati  untuk menghulurkan bantuan dan hadiah. Orang-orang malang yang telah menahun menderita sakit, dikunjungi menjelang pilihan raya untuk titipan kasih dan simpati.

Tapi selepas itu, tunggulah menjelang pilihanraya sekali lagi barulah rumah tersebut dikunjungi semula untuk menyampaikan simpati dan hadiah-hadiah musim pilihan raya.

Sebenarnya masih lagi ragam gila-gila pilihan raya yang dilhat oleh setiap orang.

Sesungguhnya, setiap kali menjelang pilihan raya, ramai manusia, dari atas ke bawah  menanggung beraneka jenis penyakit gila-gila, dan kebanyakan gila berputar di sekitar untuk mencari kesempatan, memperoleh sesuatu peluang yang bertujuan  untuk mengembung perut sendiri. Tapi selepas pilihan raya selesai, keputusan diistiyarkan, kebanyakan mereka yang gila-gila itu menjadi pulih sendiri secara auotmatik tanpa  perlu dimasukkan ke hospital gila untuk menerima rawatan.

Ya Allah jauhkan kami daripada menjadi gila-gila pilihan raya, dan juga jauhkanlah kami daripada terpengaruh dengan mana-mana pihak yang gila-gila pilihan raya. Ya Allah, selamatkan kami, agama kami dan negara kami daripada mana-mana orang-orang yang gila-gila pilihan raya.

 

Read more...

AKU DAN CINTA SUFI

>> Saturday, March 2, 2013




AKU DAN CINTA SUFI


Telah terlalu lama saya tidak membaca sebarang novel. Sudah berpuluh-puluh tahun. Ini bukan bererti saya tidak membeli buku novel, saya beli dari masa ke masa bersama-sama buku-buku ilmiah  walaupun tidak banyak, sejak beberapa tahun yang lalu. Tapi novel-novel itu saya simpan sahaja tanpa membacanya.

Pada masa saya di bangku sekolah dahulu, saya gemar membaca novel-novel Indonesia yang kebanyakannya saya pinjam dari perpustakaan. Antara novel-novel kegemran saya waktu itu ialah karya bapak HAMKA, selain gemar membaca buku-buku agama beliau.

Beberapa bulan yang lalu, saya pernah berusaha mengumpul buku-buku karya bapak HAMKA, dan sempat membelinya hampir 20 buah yang berlainan jodol, termasuk novel-novel yang saya telah baca atau belum pernah baca. Saya tahu masih banyak lagi buku-buku karya HAMKA yang telah diterbitkan, tapi oleh kerana amat sukar kepada saya untuk mencari buku bapak HAMKA di negeri Kelantan, maka saya urungkan usaha saya mengumpul buku-buku HAMKA buat sementara waktu.

Bila saya menceburkan diri dalam bidang penulisan ilmiah, saya tidak berkesempatan lagi membaca novel. Saya tumpukan pembacaan saya kepada buku-buku ilmiah untuk menambah ilmu juga mencari ilham dan  bahan-bahan untuk tulisan saya.
Saya pernah menjadi panel diskusi sebuah novel karya Yahya Ismail bersama-sama S. Otman Kelantan dan Alias Harun yang diadakan di Kota Bharu. Jodol novel itu saya lupa, tapi saya percaya novel  tersebut masih ada dalam simpanan saya.



Kira-kira sebulan yang lepas saya mulai mencari novel baru di pasaran dan mulai membacanya. Saya membaca novel tersebut setiap hari, secara berdikit-dikit hingga selesai.

Novel pertama yang saya baca itu setelah sekian lama berihat, ialah novel buah tangan novelis tanah air  Ramlee Awang Murshid, sebuah kisah epik thriller, yang berjodol Cinta Sufi.

Saya merasa terpesona dengan Cinta Sufi dan merasa tidak sia-sia menghabiskan masa saya yang berharga  memabca novel tersebut sampai habis.  

Sinopis Cinta Suci sebagaimana termeterai pada kulit belakangnya berbunyi:”Pilu hati saat dikhabarkan suaminya guggur di medan perang. Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari “lelaki bertanduk dua.

“Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang di cari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

“Laksamana Sunan, Catalina dan Luna.....bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang berlafas dan tersembunyi”.

Saya harap novelisnya, Ramlee Awang Murshid dapat menghasilkan novel-novel yang lebih bermutu dan bererti lagi di masa-masa akan datang.

Beberapa minggu sebelum itu  saya bertemu dengan beberapa orang sahabat saya dari Indonesia, di Kuala Lumpur. Bila mereka mengetahui saya suka memabca dan minta menulis, salah seorang daripada mereka bertanya, adakah saya pernah memabca novel “Laskar Rakyat?”.

Saya beritahu mereka, saya belum membacanya.

“Bacalah”, katanya menyarankan, “buku itu bagus”.

Insya-Allah saya akan mendapatkannya nanti, kata saya dalam hati.

Beberapa minggu sebelum itu juga saya baru mengetahui salah seorang sahabat saya dari luar negara yang telah lama saya kenali adalah seorang novelis yang terkenal di peringkat internasional. Salah sebuah daripada novel beliau telah diterjemahkan kepada berbagai-bagai bahasa dunia, termasuk bahasa Malaysia. Tapi sejak itu sampai sekarang  saya masih belum berjaya mendapat novel tersebut di pasaran.

Pada suatu hari setelah balik ke Kota Bharu, saya pergi ke sebuah toko buku untuk mencari buku-buku yang tertentu untuk dijadikan bahan kajian. Tapi buku-buku yang saya cari itu tidak ada di toko buku tersebut.

Entah bagaimana saya singgah di bahagian rak  novel-novel. Saya ambil dan perhatikan beberapa buah novel yang dipamerkan di situ. Saya teringatkan “Laskar Rakyat” dan mencarinya tapi tidak ada. Namun di antara berbagai-bagai novel itu  saya rasa berkenan dengan “Cinta Sufi”, dan tercetus keinginan untuk membacanya, sebelum saya menemui “Laskar Rakyat”, lalu saya pun membelinya walaupun tanpa dirancang.

Bila sampai di rumah di KK saya mulai meniliti Cinta Suci itu sedikit demi sedikit mengikut kesempatan masa yang saya miliki dan itulah saya mengambil masa hampir sebulan baru selesai memabca Cinta Sufi itu.

Anak saya Ahmad Syaibani Zaini pula ketika melihat saya memabca Cinta Sufi  memberitahu saya bahawa sebelum Cinta Sufi sudah ada sebuah novel lagi oleh novelis yang sama yang berkaitan dengan watak utamanya, yang diberikan nama “Saifudin” oleh penciptanya. Katanya dia sudah beli dan baca novel itu tapi hari ini tidak dapat dipastikan di mana beradanya. Insyallah saya akan dapatkan Bagaikan Puteri itu.

Tapi selepas Cinta Sufi insya-Allah  saya berhasrat untuk  membaca novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Novel itu telah beberapa tahun diterbitkan, mula-mula di Indonesia, dan kemudian di Malaysia. Saya harap novel ini yang telah berada dalam tangan saya sekarang, juga akan memberi suatu kepuasan kepada saya, dan tidak akan membuat saya merasa kerugian masa kerana memabcanya.

Ada satu sebab lagi kenapa saya mulai berjinak-jinak dengan novel, tapi saya merasa keberatan untuk menceritakannya sekarang. Tidak memberi manfaat kepada saya untuk berbuat demikian di saat ini.

Semoga novel-novel merupakan wadah yang berguna mendidik manusia dengan akhlak yang mulia, nilai-nilai agama yang suci, menjadi pendorong dan penggerak bangsa ke arah peningkatan kerohanian dengan cara  halus dan seni yang dipancarkan oleh jiwa yang halus pula dalam arus pembangunan jiwa manusia yang selalu dilanda dan dirasuk oleh berbagai-bagi keresahan dan pergolakan dalaman yang akan mengheret umat manusia ke arah kemusnahan yang total.







Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP