>> Thursday, March 3, 2022

 

 

 



TIMUN CINO 




ANTARA 




PENAWAR DAN 




PENYAKIT

 










Apakah Timun Cino itu?









Ia panggilan Orang Kelantan untuk buah tembikai, bahasa penulisan atau panggilan orang luar Kelantan.



Dalam bahasa orang Putih dia sebut watermelon.



Alihbahasa secara langsung maksudnya timun air. Kerana perkataan melon itu ialah pokok timun, dan water itu air. Maka jadilah timun air.




Dalam bahasa Indonesia timun Cino itu dipanggil semangka.



Timun Cino rasanya manis, isinya lembut, sedap dimakan.



Ia boleh dimakan begitu sahaja, atau dikisar untuk dijadikn minumn yang lebih istimewa. Kalau perlukan rasa lebih manis, masukkan gula sekadar yang dikehendaki.









Ada beberapa cara makan buah timun Cino, antaranya  ialah sebiji buahnya dibelah dua, kemudian isinya dikecilkan dengan sudu tanpa memindahnya ke dalam pinggan, dan kalau suka lebih manis masukkan gula ke dalamnya dan kacau hingga rata, kemudian dimakan dengan sudu bersama-sama dengan airnya.  


.



Kalau sukakan yang sejuk, masukkan ke dalam peti ais sekejap, barulah dimakan dengan sudu sebanyak mana yang mahu.



Cara yang biasa ialah isinya di potong sekeping-keping kecil kemudian diletak dalam pinggan dan sebagainya untuk dimakan. Lebih mudah lagi dicedok dengan sudu dan boleh terus makan kalau mahu.



Di samping itu ia juga boleh dibelah cara berjurai-jurai atau berkeping-keping sebesar yang dikehendaki, dan boleh terus dimakan dengan mengiggit isinya yang lembut itu. Kanak-kanak biasanya suka makan begini.



Di negeri Kelantan, timun Cino ini dimakan dengan nasi seperti sayur mentah. Di majlis-majlis khawin, timun Cino ini dihidangkan bersama dengan lauk-pauk yang lain dalam satu hidangan, bukan sebagai pembasuh mulut, tapi sebagai sayur-sayuran mentah yang dimakan bersama nasi.



Sebenarnya seluruh buah timun Cino itu boleh dimakan. Kulit buahnya yang masak boleh di celur untuk buat ulam cicah sambal atau budu, ia juga boleh dimasak lemak dan masak tumis air.



Sebiji buahnya yang muda pula boleh dimasak lemak atau tumis air untuk dijadikan sebabagian dari hidangan sebagai sayur-sayuran.



Butir timun Cino juga boleh dimakan, antaranya ia boleh dikisar dijadikan minuman atau sebagainya. Dan biasanya butir timun ini dijemur atau disalai kemudian dimakan dengan memeblahnya dengan gigi untuk dimakan isi di dalamnya.

 


Ptada masa dulu butir timun Cino ini banyak dijual di pasaran sebagaimana butir biji bunga matahari pada hari ini terdapat di pasar. Kanak-kanak waktu itu  sangat suka memakan butir timun ini sebagaimana mereka suka memakan etak salai.



 Perjalanan



Mengikut sejarah perkembangannya timun Cino telah menjalani sejarah  hidup  yang panjang. Ia sejenis pokok yang hidup melata dan menjalar, Ia berasal dari bumi Afrika Selatan yang luas muka buminya itu dan sampai ke Malaysia mungkin dibawa oleh para pedagang atau penggembara zaman lampau.



Ia mempunyai banyak jenis, dan dikatakan ada kira-kira seribu jenis timun di dunia ini, namun kita di sini hanya mengenali beberapa jenis timun sahaja, antaranya timun betik, dan timun batang, iaitu timun yang dibuat sayur, cucumber kata orang sekarang.



Kenapa orang Kelantan memanggilnya timun Cino yang diloghat Kelantankan daripada perkataan timun Cina?



Ini mungkin orang Cina yang didapati mula-mula menanam timun di negeri ini, dan juga mungkin kerana orang Cinolah yang pertama didapati menjual buah timun di negeri ini.



Selain daripada rasanya enak dan mudah dimakan, timun Cino juga mengandungi isi yang telah lama  dijadikan obat tradisional untuk merawat penyakit-penyakit tertentu.



Mengikut kajan  dalam timun Cino itu terdapat beberapa bahan yang dipanggil zat yang berguna untuk kesihatan, antaranya dikatakan mengandungi  Vitamin A.



Secara tradisionalnya timun Cino ini telah lama digunakan untuk merawat penyakit ginjal dan kencing tak lawas.



Kerana itu orang yang mengidap penyakit beser atau kerap kencing tidak digalakkan makan timun Cino kerana boleh menambahkan kekerabannya kencing.



Pengidap penyakit kencing manis juga tidak digalakkan memakan timun Cino kerana dibimbangan kencing manisnya akan bertambah teruk.



Selain itu orang-orang yang mengidap penyakit uluran, iaitu sejenis gestrik juga tidak digalakkan makan timun Cino kerana boleh menyebabkan dia kembung perut dan senak perut dan kerap membuang air besar.



Sementara itu orang-orang yang batuk-batuk tidak digalakkan makan butir timun Cino kerana boleh menyebabkan batukya bertambah rancak.



Demikian sedikit celoteh tentang timun Cino untuk tatapan pembaca yang dikasihi.

 



Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim,



Khamis: 3 Mac 2022/



29 Rejab !443.




Read more...

>> Monday, February 28, 2022



TERUSLAH BERIBADAT 








Oleh:Azlan Abdul Rahman




[Tulisan ini merupakan pungutan dari warkah Azlan Abdul Rahman kepada keluarganya di Kota Bharu.





 

Alhamdulillah, dalam keadaan apa pun, kita masih dapat beribadah kpd Allah. Suasana saja berbeza dan kadang2 cara kena berbeza.Tapi ibadah, doa, amal tetap boleh dilakukan. 




Contoh: Di bumi Palestine, terutama di Gaza, umat Islam dlm keadaan perang hampir sepanjang waktu. Pasti ada kesan kpd cara ibadah, cara belajar, cara bersedekah, dll berbanding dgn negara yg umatnya tidak dilanda perang. Adakah kita sangka orang Islam di Gaza akan kurang ibadah mereka? Tidak. Bahkan mungkin lagi hebat dari kita kerana berada dlm keadaan kepayahan. 




Dulu sebelum pandemik kita bebas beribadah dan bebas nak ke masjid dan senang ke mekah dan ke mana saja. . Sekarang pandemik, kurang bebas. Tapi solat masih dibuat, tahajjud masih boleh dibuat, berdoa tiada halangan malah lebih banyk kerana menghadapi bala musibah. Bersedekah boleh online, cepat dan tepat. Tiada halangan byk mana nak sedekah dan kpd siapa. 




Nak baca dan belajar quran hadis, tiada halangan. Nak amalkan hafalan2 mustajab, tiada masalah kecuali sakit atau nyanyuk. Tiada halangan beramal, cuma keadaan berbeza. Tiada halangan beramal kecuali kita sendiri tak rajin.




Dalam sunnah ada diajar solat hazar (solat semasa perang) dan solat orang sakit (tak dpt berdiri, mengiring, berbaring dll). Begitu juga solat semasa naik kenderaan spt kapal laut, kapal terbang dll 




Oleh kerana keadaan kepayahan, solat2 itu tidaklah spt biasa. Adakah kita kata solat tu tak sempurna? Dan kita sedih sbb tak dpt buat solat spt biasa? Tidak begitu. Solat itu sempurna walaupun keadaannya berbeza. 




Bahkan mungkin lebih baik dari keadaan biasa kerana bersolat dgn kepayahan. Semua bergantung kpd niat dan usaha. Wallahu a’lam






Pondok Rahmat, 





Kota Bharu Kelantan Darulnaim





1 Mac 22/ 27





27  Rejab 2443




Read more...

>> Friday, February 25, 2022

 

MALULAH 



SIKIT???


 


Apakah yang dikatakan malu itu? Ya apa dia malu tu?



Malu itu merasa  enggan atau tidak bersedia berbuat atau melakukan sesuatu kerana sebab-sebab tertentu.



Persoalannya  segan atau malu itu kenapa atau kepada siapa pula?



Pertanyaan ini amat penting dijawab kerana ia menentukan nilai atau harga malu itu sendiri?



Ya, kenapa malu? Malu kepada siapa?



Biasanaya dalam urusan kehidupan seharirian i manusia merasa malu kepada seseorang kerana pangkat atau kedudukannya, seperti usianya lebih tua atau kerana kedudukan atau pangkatnya lebih tinggi atau kedudukannya lebih berpengaruh.



Kerana itu bila kesan atau pengaruh itu sudah  tidak ada  lagi, maka rasa malu itupun turut  hilang atau tidak ada lagi, dan segala pantang larangnya tidak diendahkan lagi.



Malunya pun turut menghilang tanpa sebarang guna lagi, lebih-lebih lagi andaniya manusia itu tidak berada di hadapan mata lagi.



Kerana itu malu yang sebenarnya itu mestilah kepada sesuatu yang lebih unggul atau lebih mulia dari pangkat dan darjat.



Perasaan malu seperti ini hanya terbetik dalam hati nurani manusia ketika hendak melakukan sesuatu yang tidak wajar atau bercanggah dengan kebenaran atau kemuliaan yang sebenarnya.



Umpamanya ketika tercetus atau muncul keinginan untuk melakukan sesuatu yang tidak wajar akan segera tercetus dalam hati nuraninya rasa malu untuk melakukannya, dan menyebabkannya tidak meneruskan perbuatan yang dikutuk oleh hatinya sendiri itu.



Beliau merasa demikian kerana merasa ada yang mengetahui perbuatan salahnya itu dan dia merasa malu untuk melakukannya.



Siapakah yang dimalukannya itu?



Ia tidak lain daripada Allah SWT yang Maha Besar yang mengetahui segala-galanya.



Beliau mrasa Allah SWT itu sentiasa ada di mana-mana sahaja dia berada, di langit atau di bumi.



Beliau yakin Allah melihat apa sahaja yang dibuatnya, apa sahaja yang dikatakannya, apa yang disembunyikanya dan apa yang dizahirkannya.



Tidak ada rahsia bagi Allah. Ia  mengetahui segala-galanya.



Perasaan sentiasa adanya Allah ini menyebabkan manusia ini  tidak bersedia untuk berbuat sesuatu yang menyeleweng atau bercanggah dengan kebenaran, baik dalam bentuk perbuatan, tutur kata malah segala gerak gerinya.



Untuk merasa sentiasa keberadaan Allah ini amatlah penting kepada kita setiap Muslim, kerana rasa keberadan Allah inilah yang membuktikan  kita  seorang Muslim.



Sebenarya ada berbagai-bagai perkara yang menjadi hijab yang mendinding kita  daripada melihat atau merasa Allah sentiasa berada bersama-sama kita sepanjang masa.



Antara faktor-faktor itu ialah kuasa, kerana bila manusia merasa dirinya berkuasa istimewa dia tidak akan merasa teragak-agak lagi untuk melakukan sesuatu yang dikehendakinya tanpa mengira baik atau buruk.



Mempunyai kekuataan ekonomi juga boleh menjadi hijab yang tebal  antara seseorang dengan Allah, boleh menghalangnya merasa keberadaan Allah sepanjang masa bersama dengannya. Justeru itu dia merasa dia boleh berbuat apa sahaja yang dia suka dengan harta benda, dengan wang ringgit yang dimilikinya itu yang dapat diguna untuk membeli apa sahaja, termasuk kehormatan dan nyawa manusia.



Dia  tidak merasa memerlukan sesiapa lagi dengan harta kekayaannya yang melimpah itu yang kepadanya diperolehinya kerana       kepandaiannya dan usahaya yang gigih untuk mencarinya. Justeru itu Allah pun  tidak dirasai keberadaannya bersama dengannya.



Justeru itu sesatlah manusia seperti ini sepanjang hayatnya tanpa bertemu dengan Allah yang Maha Berkuasa menentukan segala-galanya.



Dia tidak merasa malu kepada Allah  kerana dia tidak merasa keberadaan Allah bersama dengannya sepanjang hayatnya.



Kerana itu mempunyai rasa malu terhadap Allah itu amatah penting untuk menjaga keperibadian kita sebagai seorang Muslim supaya sentiasa berada di atas jalan kebenaran dan kewajaran. Tegasnya menjadi Muslim yang unggul.



Rasulullah SAW pun pernah menegaskan kepentingan malu kepada Allah itu dalam Hadis yang bermaksud:



“Malu itu sebahagian dari iman”.



Dan untuk mendapat rasa malu itu mestilah ada perasaan keberadaan Allah. Tanpanya rasa malu terhadap Allah tidak akan ada.



Semoga Allah sentiasa  bersama kita. Dan kita kekal sebagai seorang Muslim yang beriman.



Sekian.

 



Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim,



Jumaat:25 Febuari 2022/



23 Rejab 1443.




Read more...

>> Monday, February 21, 2022

 

 

PANGKAH, 



UNTUK 



APA 



DAN KENAPA?



XXXXXXXX

 



Apakah pangkah?



Pangkah itu sebuah perkataan yang mempunyai arti yang tersendiri.



Di dalam aksara ia dilahirkan dalam bentuk seperti huruf X.



Dalam ilmu kira-kira  ia berarti kali atau dharab, iaitu satu cabang dari ilmu hisab, ilmu kira-kira atau matematik.



Di samping itu guru-guru juga menggunakan lambang pangkah ini sebagai tanda salah atau tidak betul ketika melakukan  pemeriksaan jawapan bertulis pelajar-pelajarnya.



Setiap jawapan yang salah akan dipangkah, [X] dan ini berarti jawapan itu tidak mendapat apa-apa markah atau kosong



Sebelum Bersekolah



Walau bagaimanapun pada masa dulu anak-anak kita telah lebih dahulu menggunakan lambang pangkah [X] ini sebelum mereka masuk sekolah lagi.



Dalam permainan buah gurah atau guli mereka menggunakan perkataan pangkah yang mempunyai makna yang tersendiri atau khusus.



Dalam sejenis permainan buah gurah, perbuatan memukul buah gurah dengan buah gurah mengikut  cara yang tertentu itulah dikatakan pangkah. Tujuanya untuk menumpaskan lawan yang buah gurahnya dipangkah itu.



Perobatan



Dari segi perobatan tradisional juga ada mengguna kata-kata pangkah untuk maksud yang tertentu.



Pada masa dahulu ramai kanak-kanak yang terkena penyakit cacing yang menyebabkan perutnya membuncit dan terik hingga kelihatan berkilat.



Kanak-kanak yang terkena penyakit cacing itu biasanya  dibawa menemui bomoh untuk dirawat.



Dalam rawatan itu termasuklah cara memanggkah perut kanak-kanak dengan cara yang tertentu.



Antaranya perut kanak-kanak itu akan dipangkah dengan menggunakan kapur makan atau atau kapur baruh.



Pangkah itu akan dibuat dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan dengan palangnya berada betul-betul di atas pusat. Di atas pusat inilah bomoh akan menekannya dengan jari telunjuknya  sambil membaca doa cacing.



Alhamdulillah pada masa dulu banyak yang berjaya disembuhkan.



Di samping itu ada sejenis lagi kegunaan pangkah, iaitu untuk membuat pacar.



Pacar adalah salah satu cara untuk menakutkan orang daripada mencuri buah-buah di pokok, seperti buah betik, rambutan dan pauh atau mempelam.



Tanda pangkah [X] itu akan dibuat dengan kapur baruh di atas timba-timba upeh nibung yang tidak digunakan lagi dan digantungkan kepada pokok yang dipacar itu.



Tanda pacar ini akan menakutkan orang yang hendak mencuri dan memakannya kerana dipercayai boleh menyebabkan perutnya menjadi kembung dan buncit akibat makan buah yang dipacarkan itu.



Dengan adanya pacar itu buah-ketuah di pokok itu akan terselamat dari pencurian.



Sekarang tidak lagi pokok-pokok yang dipacar kerana buah-buahan mudah diperolehi dan mampu dibeli  di pasaran tidak seperti masa-masa yang lalu.



Sekian.

 


Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



Isnin: 21hb. Febuari 2022/



19 Rejab 1443.

 

 

 

Read more...

>> Tuesday, February 15, 2022

 

 

 

BILA



BERCAKAP 



JAGA 



MULUT 

 


 




Setiap orang dikurniakan Allah mulut. Kerana itu setiap orang boleh berkata-kata atau bercakap.



Guna mulut selain dari untuk makan dan minum dan sebagainya peranan utama mulut ialah untuk berkata-kata atau bercakap.



Tujuan berkata-kata ataupun bercakap itu ialah untuk berhubung dengan orang lain yang mempunyai aneka tujuan pula.



Oleh itu bila dikatakan bercakap, ia bukan lagi seorang diri, tapi pasti ada lawanya untuk bercakap, seorang atau lebih. Hanya orang tak waras sahaja bercakap-cakap seorang diri tanpa lawan, sekurang-kurangnya untuk mendengar apa yang dicakapkannya itu.



Ada sesetengah orang sangat suka bercakap, mulutnya sentiasa terbuka untuk meluahkan apa sahaja kata-kata, dan sebaliknya ada pula orang yang tidak suka bercakap, sentiasa dia membatu walaupun di saat-saat dia perlu membuka mulut untuk berbicara.



Kebanyakan orang suka bercakap, sedikit atau banyak, kerana itulah kita sering lihat orang berkumpul di simpang-simpang jalan, di kedai-kedai kopi, di cafe dan sebagainya untuk bercakap-cakap ramai-ramai sambil bergelak ketawa.



Bercakap tanpa tajuk, tanpa jodol, tanpa maksud yang jelas dikatakan berbual-bual kosong. Sebenarnya ada berbagai-bagai panggilan lagi yang maksudnya berbual, seperti kata-kata  berborak, bersembang, atau mengobrol kata Orang Seberang.



Orang Kelantan kata [du]dok bual, atau kecek [bercakap] saja-saja.



Walau bagaimanapun orang yang suka bercakap banyak itu jauh lebih buruk atau bahaya daripada orang yang suka diam, menutup mulut ataupun  tidak suka bercakap banyak.



Sesungguhnya banyak berbicara itu banyak pula salahnya. Itu memang logik. Sedangkan salah orang yang tidak bercakap kalau boleh dikira  salah ialah kerana dia tidak bercakap atau diamnya tanpa berkata.



Kesan



Setiap kata-kata yang diucapkan itu memberi kesan kepada pendengarnya, baik atau buruk tergantung kepada apa yang diucapkanya. Kesan kata-kata itu amatlah kuat, sehingga diibaratkan  kata-kata itu lebih tajam dari pedang atau senjata.



Sebuah ungkapan, atau sebuah kata yang tidak wajar dituturkan mungkin mencetuskan persengkatan antara seorang dengan seorang, antara satu kaum dengan satu, dan antara satu bangsa dengan satu bangsa.



Sebuah kata-kata yang tidak wajar mungkin menjadi punca beradu mulut atau perang mulut antara seorang dengan seorang yang akhirnya jika tidak dihentikan akan menjadi perang tangan dan kaki antara kedua pihak.



Demikian juga antara satu bangsa dengan satu bangsa, antara    sebuah negara dengan sebuah negara



Boleh berlaku sengketa kerana kata-kata para pemimpin mereka yang bertelagah kata pada mulanya   mungkin mencetuskan perang dingin antara kedua negara.



Demikianlah kesan kata-kata tidak wajar itu  boleh melukakan perasaan, hati dan jiwa orang atau orang-orang yang dijadikan mangsa kata-kata tersebut.



Luka di tangan nampak berdarah, tapi luka di hati hanya sendiri yang tahu. Luka di hati ini mungkin tidak akan hilang-hilang  hingga ia menjadi dendam kesumat yang menunggu masa untuk meledak.



Kerana itu orang Islam Muslim, lelaki atau perempuan yang mulia tidak akan bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berguna ataupun memberi faedah sedikitpun. Di samping itu dia juga akan menjauhkan dirinya daripada berbuat sesuatu yang tidak memberi faedah.



Apa lagi andainya perkataan-perkataan itu dilarang oleh agama. Walaupun kita mempunyai kebebasan untuk berbicara, tapi ada perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita bercakap tentangnya, baik menerusi perbualan atau perbincangan mengenainya.



Antaranya kita dilarang untuk membuat fitnah, berkata kata-kata dusta, menipu, memburuk-burukkan orang lain, mencaci, menghina, mencela dan mengumpat dan lain-lain kata yang bertujuan tidak baik.



Kerana itu apa yang keluar dari mulut seorang Muslim yang baik ialah perkara yang memberi faedah kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.



Kerana itu sebagai seorang Muslim yang baik, dia lebih memilih untuk menutup mulutnya daripada berbicara perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa manfaat atau berbicara tentang perkara-perkara yang boleh mencetuskan keburukan atau kebinasan kepada seseorang ataupun masyarakat umum.



Tentang hal ini Yang Mulia, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik, dan jika tidak boleh hendaklah dia diam”.



Kerana itu berhati-hatilah ketika melepaskan kata, dan menjauhkan keta-kata yang boleh menjadi racun dan fitnah yang merugikan.



Dalam keadaan tertentu pilihlah slogan “Diam itu emas”.



Ingatlah firman Allah yang bermaksud:



“ Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) .“ Qaf  (50) :18



Semoga kita semua diberkati Allah SWT. dan dlimpahi rahmat Nya.



Sekian.

 



Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



15 Januari 2022/



13 Rejab 1443.





Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP