Setiap orang yang baru dilahirkan
ke dunia ada mempunyai namanya yang tersendiri. Biasanya nama-nama itu
dinamakan oleh ibu bapa si anak.
Tujuan nama-nama itu diberi ialah
sebagai pengecaman atau untuk panggilan kepada seseorang- supaya senang dicam
dan dipanggil. Kalau semuanya tidak bernama apa hendak dipanggilkan kepada
setiap orang dari mereka?
Nama-nama itu juga biasanya
digunakan untuk mempastikan harta milik atau kepunyaan seseorang, seperti kenderaan,
tanah, rumah dan sebagainya.
Kadang-kadang haiwan jinak
peliharan juga, seperti kucing diberi nama oleh pemiliknya, untuk maksud
bermanja-manja atau membezakan antara seekor kucing dengan seekor kucingyang
lain.
Keraajaan atau pemerintah pula
biasanya memberi nombor-nombor siri yang tertentu bila nama-nama itu
didaftarkan, seperti nombor kad pengenalan atau nombor lesen memandu yang
berbeza untuk orang yang berlaian nama dan alamtnya di seluruh negara.
Tanpa nombor-npmbor yang khusus
seperti itu, maka berkemungkinan kekeliran akan berlaku antara seorang dengan
seorang, andainya nama dan bin atau bintiya terdapat persamaan.
Nama juga dapat digunakan untuk
membuktikan kejantinaan seseorang, kerana lumrahnya ada nama-nama tertentu
khususnya untuk kaum wanita dan ada nama-nama yang khusus untuk kaum lelaki.
Nama-nama sepertiFatimah dan Asiah
biasanya untuk wanita dan nama-nama seperti Muhammad dan Saleh biasanya untuk
lelaki.
Dan menjadi kelaziman pula kepada
sesetengah orang pada hari ini merasa tidak mencukupi dengan nama asal yang
mereka miliki itu, maka ditambah pula di pangkal atau di hujung nama asal
mereka dengan taitel kelululusan akademik atau jawatan tertinggi yang telah mereka
perolehi.
Sebagai contoh ada taitel di
pangkal nama Doktor, Drs, Professor, Injinerdan sebagainya yang didakwa menjadi hak milik mereka. Maka jadilah Dr.
Dogol bin Bulat, Drs. Lembut bin Putih, Proffesor Dogol bin Licin dan sebagainya
lagi.
Pada akhir-akhir ini ada pula
mereka yang menambah di belakang namanya kelulusan yang dimiliknyaiaitu Al-Hafiz, seperti Bulat bin Leper, Al-Hafiz,
dengan tujuan untuk memberitahu dia seorang Hafiz al Quran bersijil.
Perletakan gelaran ustaz di
pangkal nama memang perkara biasa dan telah lama berlaku, untuk membuktikan dia
seorang itu cerdik pandai dalam bidang keagamaan.
Tapi persoalannya adakah
penggunaan darjah-darjah kelulusan akademik itu benar-benar dapat membukti atau
mencerminkan kualiti, nilai, mutu, kemampuan seseeorang dalam sesuatu bidang
yang didakwanya itu? Atau dapatkah ianya membuktikan kemuliaan peribadi
seseorang dengan taitel-taitel tersebut?
Apa lagi sejak kebelakangan ini
terdapat berbagai-bagai penipuan dalam penggunaan taitel-taitel itu, bermula
dari cara-cara untuk memperolehinya hingga kepada pendustaan oleh orang-orang
yang tidak pun berhak meneletak taitel tersebut kerana dia tidak langsung pun
memilikinya.
Kita dapat menceritakan beberapa
peristiwa benar berhubung dengan penggunaan taitel-taiteel kelulusan akademik
tinggi yang merupakan pendusataan semata dan kerana itu tidak dapat samasekali mebuktikan kulaiti
seseorang wlaupun dia benar-benarmempunyai kelulusan tersebut.
Marilah ikuti beberapa kisah
benar ini yang berlaku dalam masyarakat kita sendiri di negara kita Malaysia.
-Di sebuah pusat pengajian
tinggi, biasalah kakitangan-kakitanganakademiknya terdiri dari anak-anak tempatan dan juga tenaga-tenaga import
dari luar negara.
Ada seorang ilmuan itu berasal
dari sebuah negara di Timur Tengah, beliau telah dilantik menjadi Dekan sebuah
fakulti di universiti tersebut sejajar dengan kelulusan yang dikatakan dimilikinya.
Beliau dengan mudah sahaja diterima atas kepercayaan bahawa seorang ilmuan
Islam tidak mungkin akan menipu, justeru pada hari temuduga itu beliau tidak
dipaksa membuktikan taitel kelulusannnya
itu, dan diminta menyerahkannya di lain masa yang diperlukan.
Beberapa tahun telah berlalu,
akhirnya kerana sesuatu keperluan beliau telah diminta menyerahkan dokumen
kelulusannya itu, beliau cuba mengelak dengan memberi berbagai-bagai alasan.
Tapi akhirnya setelah pehak universiti membuat desakan keras, beliau terpaksamengaku
bahawa beliau tidak memiliki sebarang kelulusan sebagaimana dakwaannya itu, malah
beliau hanya mempunyai sijil sekolah menengah di negaranya.
Sehingga hari itu sudah berapa ramai ahli-ahli akademik dan para pelajar yang terpedayadengan pembohongannya itusebagai tercatat
pada kad kenal dirinya.
-Beberapa tahun yang lalu telah
ribut di seluruh negara tentang kemunculan seorang lelaki yang mendakwa dirinya
seorang Al-Hafiz di ekor namanya.
Maka ramailah orang-orang awam,
badan-badan kerajaan dan swasta serta jabatan-jabatan yang berebut-rebut
mengundang beliau untuk memberi cermah, kerana beliau seorang yang pandai
berpidato.
Di samping itu ramai pula orang
yang menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada beliau kerana katanya beliau
sedang berusaha membina sebuah bangunan sekolah tahfiz yang yang termedern dan terbesar
di negara ini.
Setelah beberapa tahun berlalu
maka pecahlahtembelang bahawa lelaki
ini sebenarnya bukan seorang tahfiz sebagaimana tercatat pada kad kenal dirinya
dan mengikut dakwaannya. Beliau tidak pernah belajar tahfiz di mana-mana
sekolah tahfiz pun, tapi pandai berceramah.
Tapi beliau menanggung banyak
hutang kerana gaya hidup yang mewahdan
menanggung isteri lebih dari seorang.
-Waktu kejadian berikut berlaku,
lelaki muda ini baru balik dari belajar di sebuah universiti yang termasyur di
Timur Tengah dalam juruan agama.
Beliau pun sering menggunakan
kelulusannya akademiknya itu untuk memproklamirkan dirinya seorang ilmuan dan
sangat bersetuju, malah merasa banggadigelar Ustaz di hadapan namanya.
Hari itu, hari Jumaat, seperti
lumrah beliau tiba awal di masjid untuk
mengambil tempat di barisan pertama dan dekat dengan belakang Pak Imam.
Pada hari itu, kerana sebab-sebab
yang tidakterduga Pak Imam dan
Pengerusi Jawatankuasa masjid tidak dapat hadir untuk bersolat Jumaat.
Justeru Pk Imam tidak hadir maka
timbullah masalah siapa yang hendak baca khutbah Jumaat? Pengerusi Jawatakuasa
Masjid yang biasanya membaca khutbah bila Pak Imam bermasalah juga tidak hadir.
Sedangkan azan akan dikemundangkan sekejap lagi.
Beberapa orang jawatankuasa
masjid kelihatan berbisik-bisik, dan mengangguk-anggukkan kepala tanda
bersetuju. Kemudian salah seorang daripada mereka menghampiri Ustaz muda kita
itu dan meminta beliau membaca khutbah. Tapi beliau menolak.
Bila azan selesai dikemundangkan,
Uztaz enggan naik ke atas mimbar, tapi salah seorang ahli jawatankuasa asjid menarik
tangan beliau dan memimpin beliau naik ke atas mimbar, dan meninggalkan beliau
berdiri di situ dengan harapan beliau akan memberi respon untuk membaca khutbah.
Ustaz kelihatan terpenga-penga di
atas mimbar, tidak tahu apa hendak dibuatnya. Sejurus kemudian dia mengesat
matanya dengan lengan bajunya, kemudian kedengaran dia terisak-isak menangis,
sambil berkata tergaggap-gaggap, “Saya dah kata saya tak pandai baca
khutbah-saya tak pandai baca khutbah”, sambil menuruni tangga mimbar.
Tindakannya itu menyebabkan para
jemaah menjadi panik. Tapi pehak jawatankuasa masjid mampu menyelesainya dengan
meminta orang lain mengambil tempat tersebut yang berkebetulan beradadi hadapan mimbar.
-Alkisah.
Peristiwa ini berlaku sekitar tahun
1960an. Saya waktu itu masih bertugas dengan Pustaka Dian yang berpejabatdiBangunan UMNO Kota Bharu, menjadi Ketua Pengarang
Mingguan Kota sebuah akhbar mingguan
yang diterbitkan oleh Pustaka Dian.
Pada sautu hari
kami dimaklumkan diKota Bharu hari itu
ada seorang lelaki dari Indonesia, bekas seorangpejuang kemerdekaan negara itu. Ringkasnya
kami pun mengundang beliau untuk memberi ceramah pendek mengenai tajuk apa-apa
yang difkirkannya menasabah.
Beliau menaiki
sebuah kereta besar, memakai bendera Republik Indonesia dan mempunyai supir
atau pemandu.
Beliau datang
kepejabat kami dan memperkenalkan diri, serta mendakawa dia seorang pakar atom
yang berjuang bersama dengan Presiden Soekarno dalam menuntut kemerdekaan
repablik itu Dibelakang namanya ada sederet gelaran lagi. Namanya saya telah
lupa.
Beberapa tokoh
politik tempatan telah diundang menyertai cermah itu. Saya tidak pasti adakah
peristiwa itu saya rakamkan dalam berita atau tidak.
Tapi tidak
berapa lama, kami amat terkejut membaca akhbar-akhbar tanah air yangmelaporkan tentang seorang lelaki Indonesia
telah diberkas oleh polis atau tuduhan menipu dan tidak membayar bil hotel.
Nama dan foto
lelaki itu adalah sama dengan lelaki yang kami jemput berceramah di pejabat
kami tempoh hari.
-Ada seorang
lelaki yang bertugas di sebuah ajenis penjualan secara langsung. Walaupun dia
seorang pegawai di ajenis tersebut tapi dia perlu juga keluar menjual
barang-barang syarikat untuk mendapat duit tambahan.
Lelaki ini
ketika keluar berjualan dan bertemu dengan orang ramai sering memberitahu
bahawa dia seorang injiner yang berhenti bekerja untuk melibatkan diri secara sepenuh
masa dengan syarikat tersebu dalam bidang jualan langsung. Sekali gus untuk membuktikan
perniagaan tersebut mempunyai potensi masa depan yang gemilang
Dia juga membawa
kad kenal diri yang di hadapan namanya tertera perkataan Injiner, tapi kad itu
hanya ditayang kepada orang ramai dan tidak pernah diberikan kepada sesiapapun.
Sebenarnya dia
tidak mempunyai apa-apa kelulusan pun, malah masuk universitipun keluar awal tanpa sempat mendapat apa-apa
kelulusan kerana malas belajar dan terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang kurang
bermoral.
-Ada seorang
pemuda yang menamakan dirinya Ustaz di pangkal namanya. Dalam kad kenal dirinya
dia menyebutkelulusan akademiknya di
belakang namanya.
Katanya dia lulusan
dari sebuah universiti Timur Tengah. Dia biasanya bertugas di masjid-majid
sebagai pembantu imam. Bila mendengar berita mana-mana masjid yang kekosongan
imam muda atau penolong imam dia akan bekejaran untuk memhon jawatan itu.
Biasanya dia dengan
mudah diterima bertugas, kerana keckapannya berbicara dan bercermah, dan bila
pehak masjid meminta sijil keluluasannya dia dengan cekap mengelak dan memberi
alasan-alasan tertentu, dan berjanji akan menyerah di lain masa.
Setelah beberapa
bulan bertuagas bila pehak masjid meminta sijil itu, dia pun segera mohon
berhenti atau terus meninggalkan masjid tersebut, untuk mencari masjid lain pula.
Tidaklah dapat
dipastikan di manakah dia berada sekarang, adakah masih terus menjalankan
penipuannya itu atau telah berhenti dan insaf.
Sudah cukuplah
contoh-contoh penggunaan taitel di hadapan dan di belakang nama, walaupun masih
ada lagi peristiwa yang dapat saya kemukakan.
Kepada
orang-orang yang seperti ini saya harap mereka segera sedarkan diri dan tidak
lagi berani menipu masyarakat, kerana buruk padahnya; dan demikian juga
gelaran-gelaran akademik di belakang dan dihadapan nama seseorang tidak dapat
menjamin kualiti atau mutu kerja dan kemuliaan keperibadian seseorang manusia,
malah kadang-kadang merupakan pendustaan semata.
Justeru marilah
kita semua berhai-hati supaya tidak mudah menjadi mangsa penipuan manusia yang
licik yang tidak beriman.
BE VERY CAREFUL WITH THE CHRISTIAN AND JEW INFLUENCE
Allah the Almighty has
created many races in this world so that they may learn to know one another.
Then they also have many languages, cultural dan difference way of life from
difference of nations.
It is not wrong for any nation to take or copy any
elements of cultural from any other nations and used them. On the contrary the
change of cultural from one nation to other nations has always happen in remote
times.
For the use of clothes to cover the body were done for in long times. It
was not a problem. But the problems is the quality of cultural they copied was
good or bad to their nations- because there were some cultural was good and
praised to one nation but it was not good or bad and curse to other nations,
mostly if it was clashed with the religions and their ways of life.
We all know
that the difference one religion to another religion are usually wide. The
religion of Islam who summit to only one Allah or God are difference from other
religions, like Christian, Jew, Hindu and any religions that worshipped other
than Allah as their Gods.
The cultural of Islamic religion mostly different from
the cultural of Christian, Jew and Hindu In this open world of today there are
very easy for everything good or bed to spread out.
The young people all over
the world are very easy to be pray to all events good or despicable in this
wold. Mostly they take and dignified the bed elements of the cultural and live
with them in ytheir daily life and become some part of their life.
Most of the
bed elements they choose are different from our clean cultural and clash with
our Islamic religion. The young men are astray in the religion and lost in the
bed cultural of the world today.
They will get nothing, but sins that they will
shoulder from this world to the hereafter.
There are many bed things that forbid
by our religion to do, and any who dare to do it will be punish by Allah in this
world and more severe in the world after. We must avoid any forbidden deeds to
live happily in this world and after without sins and recompense justly from
Allah.
We are like to enlisted some of the bed deeds forbidden by Allah to do in
this world for our ponder: - To abandon solat- five times prayers for a day.
Prayer is one the five pillars in Islam and compulsory for every Muslim to do
it. -
To do adultery – sex without marriage. It is one the big sins in Islam.
-
To gamble. It is a sin in Islam to gamble. -
Used drug for wrongly purpose.
- To
do bribe- receive or give. -
-And so on.
In the open place, mostly suffer market
we see many awkward deeds among our young. We feel to vomit to see their
conducts in such open place. It is clearly they are influence by bed conduct
from outside world. They wear trousers with made patches like trouser wear by
the beggars who are very poor, some of their heads are divided into two, half
with hair and half bold, some are bold head with a small lump hair on the top
and middle of the head tied with ribbon, some of them with the variety of colour
hairs, and for the young women they wear sleeveless shirt, and mostly of them
are wear like men, they wear trousers and thin t shirt.
Some of the young women
cut their hair very short like men, and openly without any cover to hide their
secret body that should be cover according Islamic religion. They open their
upper chest for everybody to see it and for the men to get sex excited with
their breast surge out.
Some of the young men and women used drug wrongly to get
excited and happy. There are so many bed things with our young men and women
today, and if we want to make a list all of the bed things it will need much
space and we think our list is enough as an example.
We like to stress that the
enemies of Islam, like the Jew and Christian never stop working to attack Islam
until your embrace their religions, Christian or Jew. They are always play their
big part to make all Muslim people transgress their clean Islamic religion.
Allah warn to all Muslim people in the Al Quran to be very careful about the
Christian and Jew to change Muslim religion to Christian or the Jew religion.
They never stop to do that until they success in their dirty work.
In the verse
120, Surah Al-Baqarah [1],
Allah said: “The Jew and Christians will never be please
with you oh Muhammad unless you follow their form of religion”.
The Tafsir has
elaborate the meaning of the verse said that all Muslim should be careful
because the Jew and Christian will never stop their struggle to Muslim follow
their way of life. The have made many attempt to spoil the faith of Muslim,
their moral and their good cultural. Many of the Muslim because their lack of knowledge and ignorant imitated the Christian and Jew customary practice
and their way of life as we can see mostly among our young men and women today.
So that every Muslim should be careful at all the times and places to avoid and
save guard from the spiritual viruses spread by the Jew and Christian to spoil
their faith.
KHADIJAH isteri Nabi saw yang jelitawan dan unggul puteri
bangsawan Quraisy dilahirkan di sebuah rumah mewah pada tahun 52 Sebelum
Hijriah atau 15 tahun sebelum Tahun Gajah
[570 Masihi] dalam sebuah keluarga yang terhormat dan mulia di Mekah.
Beliau adalah puteri yangdisayangi oleh ayahanda dan bondanya. Ayahandanya Khuwalid bin Asad bin
‘Abdul ‘Uzz bin Qishai bin Kilab bin Muurah bin Ka’ab bin Luwai bin Ghalib bin
Fihr, sementara bondanyaFatimah bte
Zaidah bin Al-Asham bin Harim bin Rawahah bin Hajar binAbdi bin Ma’ish bin Amir bin Luwdi bin Ghalib
bin Fihr.
Ketrunan keluarga beliau adalah dari kaum bangsawan
Quraisy dari Suku Asadiyah, iaitu salah satu suku yang dihormati pada zaman
tersebut. Beliau dibesar dan dididik dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang
tuanya yang penyayang itu.
Pada zaman jahiliah lagi Khadijah sudah terkenal
sebagaiseorang yang mulia akhlaknya,
dan tidak pernah membanggakan dirinya sebagai seorang bangsawanti yang
terhormat, serta beliau juga seorang yang amat berhati-hati dalam menjaga
kehormatan dan kesucian dirinya sebagai seorang wanita. Kerana itu beliau
mendapat nama julukan yang dihormati, iaitu “Ath-thahirah” yang bererti “wanita
yang suci”.
Di samping itu beliau juga digelar “Sayyidatu Quriasy”,
iaitu orang yang termulia dari kalangan semua kaum.
Pada zaman sebelum Islam atau zaman jahiliah, Khadijah
telah mendirikan perkahwinan dengan seorang lelaki bernama Abu Halah bin
Zararah Attamimi.
Khadijah dengan suaminya itu dikurniakan dengan dua orang
cahayamata, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Anak lelaki mereka diberi nama Halah Ibnu Abu Halah yang
kemudiannya memeluk agama Islam dan menjadi salah seorang sahabat yang berjuang
bersama Nabi saw, sementara anak perempuan beliau pula bernama Hindun, dan
kemudiannya Hindun juga memeluk agama Islam dan menjadi salah seorang sahabat
Nabi saw.
Setelah suaminya Abu Halah meninggal dunia, Khadijah
berkahwin pula dengan seorang lelaki bernama ‘Utaiq bin Amid dari keluarga Bani
Makhzum, dari kaum bangsawan Quraisy juga. Perkahwinan ini tidak berkekalan
lama, kerana keduanya berpisah.
Selepas perpisahan itu, Khadijah menjanda selama beberapa
tahun. Sepanjang masa itu walaupunramai
para bangsawan dan pembesar Quraisy yang berminat untuk mengawininya tapi
beliau menolaknya dengan baik. Beliau menghabsikan masanya dengan mendidik
kedua-dua anaknya dengan penuh kasih sayang.
Namun begitu Khadijah bukanlah seorang yang sombong atau
suka membanggakan diri.
Pedagang Yang Jutawan
Sejak zaman jahilaih lagi, Khadijah adalah seorang
peniaga yang jutawan yang mempunyai kewangan yang mencukupi. Beliau bukan sahaja
berniaga di Mekah, tapi juga menghantar barang-barang dagangannya ke Yaman dan
Syam [Syria] dengan cara mengupah pedagang-pedagang lelaki memperniagakan
barang-barangnya itu di negeri-negeri tersebut.
Ini memang sejajar dengan sikap orang-orang Qurasy yang
memang terkenal sebagai peniaga.
Pada suatu hari Khadijah mendengar berita perbincangan
seorang pemuda yang mulia akhlaknya, iaitu Muhammad dengan bapak saudaranya Abu
Thalib mengenai beliau dan perniagaannya. Abu Thalib memberi saranan kepada ank saudaranya Muhammad supaya menawarkan dirinya untuk berniaga dengan Khadijah, bagi membantu problem ekonomi keluarga mereka yang merosot.
Seterusnya Khadijah telah mengundang Muhmmad yang jujur
itu dan menawarkan kepadanya untuk menguruskan perniagaannya ke Syam, serta
menawarkan upah yang lebih tinggi daripada yang pernah diberikan kepada orang-orang
lain. Beliau akan ditemani oleh seorang kepercayaannya bernama Maisarah dalam
perniagaan itu. Nuhammad menerima baik tawaran Khadijah tersebut.
Dalam urusan perniagaan itu Maisirah bukan sahaja menjadi
pembantu Muhammad, tapi juga memerhati segala usaha dan gerak geri Muhammad
dalam perjalanan ke Syam dan juga ketika berurusan dengan para pelanggan di
Syam.
Ketika pulang dari Syam ke Mekah pula Muhammad membeli
barang-barang untuk dijual kepada orang-orang Mekah.
Khadijah mendengar berbagai-bagai cerita yang menarik dan
menakjubkan mengenai Muhmmad dari Maisirah, baik dalam masa perjalanan dan juga
ketika di Syam bagaimana Muhammad melayan dengan baik pelanggan-pelanggannyadi sana.
Ketika dalam perjalanan kata Maisirah Muhammad sentiasa
dipayungi oleh awan-awan di atas kepalanya menyebabkan beliau tidak pernah
ditimpa kepanasan cahaya matahari.
Khadijah merasa terpesona dengan cerita Maisirah itu, dan
akhirnya tercetus keinginan di hatinya untuk menjadi isteri Muhammad yang mulia
tinggkah laku dan bergelar Al-Amin itu.
Tapi bagaimana caranya? Khadijah di pehak perempuan
sedangkan perkahwinan biasanya diurus oleh pehak lelaki?Kemudian Khadijah menceritakan hasratnya itu
kepada seorang temannya bernama Nafisah Kemudian Khadijah menyatakan
persetujuannya bila Nafisah mencadangkan dia akan bertemu dengan Muhammad untuk
membincangkan perkara tersebut.
Setelah Nafisah bertemu dengan Muhammad dan berbincang
dengannya mengenai hasrat Khadijah itu, Muhammad tanpa ragu-ragumemberi pesertujuannya.
Mendengar berita itu Khadijah merasa amat gembira dan
segera mengatur pertemuan antara pehak keluarganya dan pehak keluarga Muhammad,
Pertemuan telah berlangung antara Khadijah Abu Thalib, Abbas dan Hamzah, dengan bapak saudara Amr bin Asad. Khadijahwaktu itu berusia
40 tahun sementara Muhammad berusia 25 tahun. Pinangan telah diterima oleh
pehak Khadijah.
Maskahwin atau maharnya ditetapkan sebanyak 25 ekor unta
betina yang masih muda.
Perkahwinan antara
kduanya berlangsung dengan meriah sekali. Seluruh penduduk kota Mekah
bergembira dengan perkahwinan dua sejoli itu, seorang bergelar Ath-tahirah [yang
suci] dan seorang bergelar Al-Amin [yang dipercayai].
Perkahwinan Yang Bahagia
Perkahwinan keduanya berlangsung dengan aman dan bahagia,
cinta mencintai antara satu sama lain.
Khadijah melahirkan enam orang cahayamata, dua putera dan
empat puteri, seperti berikut:
-Zainab bte Muhammad, anak sulung.
-Ruqayyah bte Muhammad
-Ummi Kalthum bte Muhammad,
-Fatimah bte Muhammad, bergelar al-Zahra’, yang bererti
kembang mekar mewangi
-Qassim bin Muhammad, bergelar Tayyib yang bererti anak
lelaki yang baik.
-Abdullah bin Muhammad, bergelar Tahir bererti suci.
Kedua-dua putera mereka itu meninggal sejak masih kecil
lagi. Tapi keempat-empat puterinya berusia panjang, hingga ke zaman Islam.
Wanita Utama
Khadijah sebagai jelitawan yang ulung memang wajar
disanjug dengan gelaran yang mulia Ash-Shiddiq, al-Kubra.
Beliau menaruh keyakinan dan kepercayaan yang penuh
terhadap ke Rasululan Nabi Muhmammad saw, dan segera mengakui kebenaran
wahyunya.
Justeru beliau bukan sahaja wanita pertama malah manusia
pertama yang beriman kepada Allah dan Muhammad saw. sebagai Nabi dan Rasul Nya.
Khadijah adalah wanita pertama menjadi isteri Rasulullah
saw. dan hidup bahagia sebagai suami isteri yang diberkati Allah.
Khadijah adalah seorang wanita agung dalam Islam, selepas
Asiah isteri Firaun yang mendidik Nabi Musa, dan Maryam puteri Imran yang
melahir dan membesarkan Nabi Isa as, dan yang ketiga ialah Khadijah yang
mendampingi Rasulullah saw. Ketiga-tiga wanita itu masing-masing telah memain
peranan yang besar kepada ketiga-tiga Nabi tersebut dalam menegak dan
memperjuangkan agama Allah.
Khadijah adalah seorang pembantu yang ulung kepada
Muhammad Rasulullah saw dalam usaha dan perjuangannya menegakkan agama Islam.
Sebelum menjadi Rasul, menjelang usia empat puluh tahun, Muhammad sering
meninggalkan rumah dan isterinya kerana berkahlwat di Gua Hira yang terletak di
atas Bukit Jabal An Nur dekat Mekah. Khadijah bukan sahaja menyetujinya, dan tidak
pernah bersungut atau melarangsuaminya berbuat
demikian, malah menyokong dan memberi
kerjasama dengan membekalkan makanan kepada suaminya itu, malah kadang-kadang
mengikuti suaminya berkahlwat bersama-sama selama beberapa hari. Muhammadberibadat mengikut ajaran agama Nabi Allah Ibrahim.
Dalam berulang alik ke Gua Hira itu pada suatu hari
Khadijah melihat suaminya balik ke rumah dari berkahlwat dalam keadanyang luar biasa. Namun begitu beliau tidak
panik. Kejadian itu berlaku pada malam Isnin 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Hijiriyah, bersamaan dengan 6
Ogos 610 Masehi, suatu malam yang penuh berkah. Beliau melihat wajah suaminya
tegang dan sekujur tubuhnya menggelentar. Beliau meminta Khadiahmenyelimutnya dengan berkata, “Selimutkan ku,
selimutkan ku”.
Setelah keadaannya kembali tenang Muhammad saw
menceritakan kepada Khadijah apa yang telah berlaku ke atasnya ketika
berkhawlat di Gua Hira’. Katanya pada masa itu Makaikat Jibril telah datang
menemuinya dan meminta beliau membaca. Katanya beliau memberitahu beliau tidak
pandai membaca. Setelah beberapa kali perkara itu berlaku Jibril lalu
memeluknya, kemudian mengajarnya membaca Surah Al-Alaq yang bermaksud:
“Bacalah dengan nama
Tuhan mu yang telah menjadikan. Ia menjadikan manusia dari segumpal darah.
Bacalah! Dan Tuhan mu amat pemurah yang telah mengajar manusia menulis dengan
pena. Tuhan yang mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu”. Al-Alaq: 1-5.
Itulah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada
Nabi Muhammad saw.
Untuk mententeramkan kegusaran Rasulullah saw itu
Khadijah dengan tenang berkata, “Tidak demi Allah, Allah sama sekali tidak akan
menghinamu. Engkau menyambung tali kekeluargaan, membantu siapa sahaja,
menghulurkan tangan kepada orang yang tidak mampu, selalu bercakap benar,
memuliakan tamu dan memberikan bantuan pada masa-masa terjadi bencana".
Dalam riwayatlain, Khadijah berkata kepada Rasulullah saw. “Bergembiralah dan
teguhkan hatimu. Demi Tuhan yang jiwa raga Khadijah di tangannya, aku
benar-benar mengharap bahawa engkau akan menjadi Nabi umat ini”.
Kemudian Khadijah membawa Muhammad saw menemui sepupunya, bernama Waraqah bin Naufal,
seorang tua yang buta matanya beragama Kristian yang memahami bahasa Ibrani.
Menjawab pertanyaan Waraqah, Rasulullah saw menceritakan
apa yang telah berlaku ke atasnya ketika di Gua Hira’. Setelah mendengar cerita
Rasulullah saw itu, Waraqah pun berkata, “Inilah wahyu yang telah diturunkan
oleh Allah kepada Nabi Musa”.
Khadijah adalah penghibur Nabi saw bila berada dalam
kesepian, beliau dengan rela menyerahkan harta bendanya bila Rasulullah saw
memerlukannya, beliau adalah penguat semangat Rasulullah saw bila Baginda
sawmerasa kecewa dan putus esa, dan
memberi ketenangan kepadanya bila kehidupan di sekitarnya bergelodak dengan
berbagai-bagai problem.
Rasulullah sangat menyintai Khadijah. Cinta Baginda saw
terhadap Khadijah tidak pernah padam, malah terus menyala walaupun Khadijah
telah kembali ke pangkuan Ilahi. Rasulullah selalu terkenangkan Khadijah semasa
mereka hidup bersama sebagai suami isteri yang saling cinta mencintai. Baginda
saw juga sentiasa memuliakan teman-teman Khadijah sepeninggalannya.
Rasulullh saw tidak pernah berkahwin dalam masa hayat
Khadijah masih ada, dan Baginda saw hanya berkahwin selepas Khadijah wafat.
Satu Riwayat daripada isteri Rasulullah saw iaitu Aisyah
mengatakan, “Rasulullah saw menyembelih seekor kambingbeliau selalu berkata, “Kirimkan kepada
teman-teman Khadijah”.
Kata Aisyah r.a lagi, “Pada suatu hari aku mempersoalkan
hal ini dengan beliau, maka beliau menjawab, “Aku mencintai mereka yang
dicintai Khadijah”.
Rasulullah saw sentiasa meyebut nama Khadijah setiap kali
Baginda hendak meninggalkan rumah.
Aisyah ra, isteri yang paling dicintai Baginda saw
selepas Khadijah merasa cemburu bila mendengar Rasulullah saw sentiasa
menyanjung Khadijah yang telah meninggal dunia itu.
Sesungguhnya cinta Baginda saw kepada Khadijah tidak
pernah padam walaunpun Khadijah telah meninggal dunia dan ini membangkitkan
rasa cemburu Aisyah kepada Khadijah.
Pada suatu peristewa,Aisyah berkata “Pada suatu hari beliau menyebutnya lalu aku merasa
cemburu dan aku pun berkata. “Bukankah dia hanya seorang wanita tua, sedangkan Allahtelah memberi ganti kepadamu
isteri yang lebih baik dari dia”.
Kata Aisyah lagi, mendengar kata-katanya seperti itu
Rasulullah sangat marah, tubuhnya mengiggil, menyebabkan Aisyah merasa
ketakutan. Kemudian Rasulullah bersabda, “ Demi Allah tidak. Allah tidak
menggantikan dengan isteri yang lebih baik daripadanya. Dia pertama beriman
kepadaku ketika orang mengingkarinya dan hampir semua tidak percaya kepadaku.
Dia mempercayaiku ketika manusia mendustakanku. Dia membantuku dengan hartanya
ketika orang lain mengharamkan milik mereka untukku, dan daripada dialahaku mendapat keturunan, tidak dari isteri
yang lain”.
Seterusnya kata Aisyah, “Lalu aku berkata dalam hatiku.
Sejak ini aku tidak akan menyebut nama Khadijah dengan sikap dan kata-kata yang
tidak baik”.
Khadijah sentiasa bersama Rasulullah saw. dalam senang
dan susah ketika berdakwah menyebarkan agama Islam.
Tegasnya beliau adalah seorang isteri yang sentiasa membela,
Rasulullah saw dalam penyebaran
dakwahnya, daripada ancaman dan kezaliman kaum kafir Quraisy. Malah beliau rela
berkorban harta bendanya dan apa sahajah demi kepentingan Rasulullah dalam
perjuangannya untuk menegak agama Islam itu.
Kerana jasanya yang begitu penting itu, Jibril telah
datang membawa salam daripada Allah untuk disampaikan kepada Khadijah.
Riwayat nenyebut bahawa Jibril datang kepada Rasulullah
saw lalu berkata, “Ya Rasulullah, sekejap lagi Khadijah datang membawa makanan
untukmu, sampaikan salam Allah kepadanya, dan ia juga dariku. Sampaikan
pulaberita gembira kepadanya, bahawa
sebuah rumah tersedia untuknya di syurga yang dibina dari mutiara yang sentiasa
diliputikedamaian, dan tiada kebencian
dan tiada permsuhan di dalamnya”.
Kewafatan Khadijah
Pada tahun ke 10 ke Rasuluan Nabi, iaitu 3 tahun sebelum
Hijrah, Khadijah yang besar jasanya itu jatuh sakit yang membawa kepada
kewafatannya dalam usia 65 tahun. Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang giat
menyebarkan agama Islam.
Sebelum itu bapak saudaranya Abu Thalib, seorangpenolong Rasulullah saw yang amat penting di samping
Khadijahtelah pergi lebih dahulu ke
hadarat Ilahi.
Pemergian kedua makhluk ini menimpakan kesan yang
mendalam kepada Rasulullah saw, maka tahun itu dinamakan“Am-ala-Huzni”. atau “Tahun Kesedihan”.
Dwmikanlah secebis riwayat ringkas yang dapat saya papar
tentang Khadijah, isteri Nabi yang amat besar jasanya kepada Nabi saw dan
perjuangan menegakkan Islam.
Justeru amatlah wajar kepada setiap lapisan wanita Islam,
baik dia seorang gadis, seorang wanita bujang, wanitabekerja atau tidak, surirumah atau tidak
mengambil Khadijah yang mulia tingkah lakunya ini sebagai idola mereka. Beliau
seorang wanita agung berjiwa besar yang mempunyai peranan yang agung dalam
sejarah perkembangan agama Islam yang namanya semerbak wangi akan terus berkekalan
hidup sepanjang zaman.
Adalah nama yang diberikan oleh ayahanda tersayang kepada rumah yang dibina.Ibunda yang dikasihi lagi dirindui menjadi inspirasi dalam pembinaan ini.Aku adalah tempat luahan qalbu, berharapan agar ia tersebar dikongsi bersama. Pondok yang dibina bermatlamat mampu merahmati penghuni yang bernaung di bawahnya.