JANGAN BIARKAN MASA ANDA HABIS DENGAN SIA-SIA
“Demi masa!
Sesungghnyamanusia itu dalam
kerugian
Kecuali orang-orang yang
melakukan amalan yang saleh serta saling berpesan supaya menjunjung ajaran kitab Allah yang
benar serta saling berpesan supaya bersikap sabar” Al-‘Ashr [103]-1-3.
KITA hidup
dalam masa. Dan masa kita hidup di dunia adalah amat singkat.
Kita tidak
memiliki masa besar untuk mengecap samppai beres segala kenikmatan hidup yang
terdapat didunia ini.
Kita tidak
mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk mencapai seluruh hasrat yang terpacul
di hati kita.
Kita tidak
mempunyai peluang masa yang mencukupi untuk mencapai segala impian dan
cita-cita kita.
Kerana masa
kita hidup di dunia terlalu singka dan terbatas untuk mengecap segala
hasrat,segala impian dan segala cita-cita kita itu.
Demkian
juga kita tidak mungkin berkesempatan untuk merasa segala kebaikan dan
kebajikan yang berlangsung seluruh dunia ini.
Atau
demikian juga kita tidak mungkin melihat kebenaran, kejujuran dan keikhlasan
mengatasi keganasan,kedustaan dan kebatilan yang juga bertebaran di seluruh
maya pada ini.
Ini semua
kerana masa hidup kita di dunia ini yang terbatas skopnya dalam ketentuan,
hari,minggu, bulan dan tahun.
Namun
begitu, di sebalik semua,di seblaik kesempitan masa itu terdapat wujudnya Allah
yang kekal dan abadi yang bukan sahaja
melihat semua perkara yang berlaku di dunia ini, tapi juga akan memberi
penilaian dan pemabalasan yang adil dan saksama di atas segala kelakuan
makhluk-makhluk Nya itu.
Sesungguhnya
kita hidup bersama masa atau dalam masa. Sejak kita dilahirkan ke dunia,kita
melalui berbagai-bagai proeses atau peringkat masa,
Pertama
dalam kandungan ibu, kemudian masa bay,kanak,remaja,dewasa, masa tua dan masa
penghabisan masa.
Di penghabisan
masa ini,ertinya masa kita telah berlalu dan kita sudahpun tidak ada lagi di
dunia ini, dan hidup dalam masa baru yang jauh berbeza, iaitu alam akhirat yang
bermula dengan alam berzakh.
Namun
begitu walaupun masa kita telah kehabisan,tapi masa dunia tetap terus
berlanjutan sebagaimana ditakdirkan Allah, dan terus dipergunakan oleh orang
lain, tanpa pengambilan masa kita yang kehabisan itu.
Masa yang
berlalu itu bukan milik kita lagi.Kita tidak
berkuasa mengambilnya kembali,tidak mampu mengulangi hidup kembali dalam
masa yang telah berlalu itu, ia telah menjadi keras dan beku, pintunya telah
terkunci mati, tanpa boleh dibuka lagi, dan bukan milik kita lagi.
Dalam Kitab
Suci al-Quran terdapat sebuah surah khusus mengenai masa, iaitu Surah Al‘Ashr.Surah
ini pendek, iaitu mengandungi tiga ayat sahaja, tapi mempunyai pengertian yang
besar.Dalam surah ini Allah bersumpah dengan masa, iaitu “Demi Masa”. Ia
sudah encukupi untuk menunjukkan masa itu amat penting kepada manusia yang
hidup di dunia yang fana ini.
Allah
berfirman:
“Demi masa!
Sesungghnyamanusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang melakukan amalan yang saleh serta saling
berpesan supaya menjunjung ajaran kitab
Allah yang benar serta saling berpesan supaya bersikap sabar” Al-‘Ashr
[103]-1-3.
Allah
memperingatkan kepada kita tentang masa dengan bersumpah “Demi Masa”supaya
kita tidak mengabai atau mensia-siakan masa yang kita miliki.Malah kita
hendaklah menjaga masa itu dengan sewajarnya,kerana seluruh hidup manusia di
dunia ini beredar di sekitar masa. Jangan biarkan masa itu tumpah atau
meleleh begitu sahaja walaupun sdetik
supaya kita tidak menyesal nanti kerana mensia-siakan yang dikurniakan Allah
kepada mereka.
Dalam dunia
hari ini banyak perkara yang boleh
meralik atau melekakan kita dalam penghabisan masa yang tidak memberi manfaat,
malah merugikan semata-mata,sehingga masa itu terus berlari meninggalkan kita,
menyebabkan kita tidak mempunyai cukup
waktu lagi untuk melakukan sesuatu yang memberi faedah yang kita bercita-cita
untuk melaksanakannya.
Sedangkan
setiap orang yang hidup di dunia ini memiliki masa yang sama banyaknya dalam
sehari, baik dia seorang ketua negara atau rakyat jelata ataupun kaki lepak,
iaitu sebanyak 24 jam sehari semalam atau 365 hari dalam setahun. Masa merupakan
anugerah Allah yang paling besar kepada makhluk manusia.
Tidak ada
seorang pun di dunia yang memiliki masa lebih banyak dari yang lain, malah
semuanya sama belaka. Tapi kenapa dalam masa yang sama ada seseorang boleh
melakukan sesuatu yang berfaedah atau amat berguna, tapi sebaliknya pula ada
orang lain yang tidak mampu berbuat seperti itu, malah tidak mampu berbuat
sesuatupun dengan alasan tidak cukup
atau tidak ada masa?
Dalam
persoalan ini yang penting bukannya berapa lama masa yang kita ambil untuk melaksanakan
perkara itu, tapi yang pentingnya bagaimana kita menggunakan masa untuk
melaksanakan perkara tersebut.
Banyak
orang samada disedari atau tidak disedari, gemar menghabiskan sebahagian besar
dari masa mereka dengan sia-sia, dalam erti kata berbuat sesuatu yang tidak
memberi faedah, malah kadang-kadang boleh mencetuskan gangguan awam,
semata-mata kerana mereka menurut desakan perasaan dan hati mereka yang
biasanya menyukai benda-benda yang rendah atau hina, seperti brebual-bual
kosong, mencela atau mengumpati orang lain yang merupakan kerugian yang tidak
berfaedah,malah boleh menambah dosa.
Awasilah
segala gerak-geri kita dan tutur kata kita supaya kita tidak terlibat dalam
komplot puak yang sengaja menghabiskan banyak masa dengan sia-sia tanpa
memmberi sebarang faedah malah merugikan kita sendiri.
Ada
berbagai-bagai akiviti yang perlu dijauhi untuk mengelakkan kita daripada
kehabisan masa dengan sia-sia, tidak memberi manfaat atau aktiviti yang tidak wajar dilakukan pada
waktunya.
Beromong-omong
kosong dalam masa kerja di pejabat. Perkara ini berlaku mungkin ada kawan-kawan
sepejabat yang terdiri dari kaki bual mengajak kita beromong kosong, dan
menghabiskan masa yang berharga dengan sia-sia. Lebih malang lagi kiranya
perkara yang diomongkan itu berupakan kejian dan umpaatan terhadap seseroang,
atau rakan sekerja atau ketua jabatan sendiri.
Kita sepatutnya mengelak daripada berbuat demikian, kerana
offis adalah tempat bekerja atau tempat kita makan gaji, lagi pun mengumpat dan
mencela itu bererti mencari dosa semata.
Mengambil
masa yang berlebihan untuk makan dan sambil berbual. di kantin offis, Sambil
makan,sambil mencela dan mengumpat orang lain. Walaupun makan dan minum telah
beres, tapi mulut kita masih terbuka tutup mengata-ngata orang. Perbuatan merugikan
masa dan meraih dosa. Sebaik-baiknya selesai makan, balik semula ke pejabat
untuk menyambung semula kerja.
Berbual-bual
terlalu lama menerusi telefon, bercakap perkara titik-bengit yang tidak memberi
faedah. Kadang-kadang berpuluh-puluh minit
lamanya. Perbualan yang tidak memberi manfaat ini bukan sahaja merugikn masa
kita, tapi juga turut membazirkan wang kita yang sepatutnya digunakaan untuk
perkara yang lebh berfaedah daripada membaar kos panggilan telefon yang tidak
berguna.
Kepada
sesetengah orang mereka menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan kaca tv,
berjam-jam atau sepanjang malam. TV merupakan perompak yang paling nekad
merompak sebahagian besar daripada masa mereka, masa anak-anak mereka, malah
masa seluruh keluarga mereka.Sewajarnya kita hanya kita menonton
rancangan-rancangan yang kita minati atau memberi faedah, kemudian berundur
dari peti tv dan menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang lebih memberi faedah.
Bermain
permainan-permainan yang tidak membuahkan hasil yang berguna, seperti
terup,aji, catur dan sebagainya adalah mensia-siakan masa yang amat berharga
itu.
Hargailah
setiap minit masa yang kita miliki,jangan dibiarkan ia terbuang dengan sia-sia
atau melakukan kerja-kerja maksiat untuk menempah dosa.
Masa bukan
lagi emas, kreana emas kiranya hilang boleh dicari ganti,tapi masa yang hilang
itu tidak dapat dicari ganti, tidak dapat dibeli dengan nilai sebuah dunia
sekalipun.
Ingatlah
salah satu rahsia kejayaan seseorang dalam hidup ialah keerana kepandiannya mengurus
masa.Justeru berhati-hatilah dengan masa anda, jangan dibiarkan ia terbuang
dengan sia-sia, yang bukan sahaja akan menimpakan kerugian keatas anda dan masa
hadapan, tapi mungkin juga menjadi ancaman kepada keselamatan anda sekarang dan
akan datang.
Semoga
dengan mengingat dan memuliakan masa itu akan memberi manfaat kepada kita dunia
dan akhirat.Isnya Allah.
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
9 Januari 2020
/13 Jamadilawal 1441
Read more...