KEMANGKATAN SULTAN ISMAIL PETRA

>> Sunday, September 29, 2019







KEMANGKATAN KDYMM SULTAN ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA








SULTAN Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah mangkat pada hari Sabtu 28 Septembar 2019 bersamaan dengan 29 Maharam 1441.


Baginda diputerakan  pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu oleh bondanya Raja Perempuan Tengku Zainab Ibni Almarhum Tengku Muhammad Petra.


Baginda adalah putera bongsu tunggal kepada Almarhum KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.


Baginda dikurniakan dengan gelaran YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 oleh ayahanda baginda Sulan Yahya Petra.


Almarhum telah berkahwin dengan KDYMM Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid pada 4 Disember 1968 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, bonda kepada empat orang anak.


Mereka ialah Tengku Muhammad Faris Petra,[Sultan Kelantan sekarang], Tengku Muhammad Faiz Petra,[Tengku Mahkota sekarang], Tengku Muhammad Fakry Petra dan Tengku Amalin A’Ishah Petri.


Almarhum Sultan Ismail Petra ditabal menjadi Sultan Negeri Kelantan Darulnaim yang ke 28 dengan gelaran Sutan Ismail Petra pada 30 Mac 1979 selepas kemangkatan ayahanda Baginda Sultan Yahya Petra sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia,dan dimahkotakan pada 30 Mac 1980.






Baginda Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja  Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu pada pukul 8.11 minit pagi dalam usia 70 tahun setelah sekian lama gering.


Jenazah Almarhum diletak di Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan terakhir kepada seluruh rakyat negeri ini.


Kemudian jenazah almarhum diarak dengan pedati khas yang ditarik oleh anggota-anggota tentera untuk dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu selepas Asar pada sebelah petangnya.

Istiadat pemakaman telah bermula pada pukul 6.40 petang. Isteri Alarhum, Tengku Aniis Tengku Abdul Hamid, dan semua putera-putera baginda hadir di majlis pemakaman itu, iaitu Tengku Muhmmad Faris Petra [Sultan Kelantan sekarang], Tengku Muhammad Fa-iz Petra [Tengku Mahkota sekarang],Tengku Muhammad Fakry Petra.

Turut berangkat ke istiadat pemakaman itu ialah sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah.


Baginda memerintah Kelantan dari 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2019 setelah beliau jatuh gering.


Baginda diganti oleh putera sulung baginda Tengku Muhammad Faris Petra bergelar Sultan Muhammad Kelima.


Berita kemangkatan baginda Almarhum Sultan Ismail Petra itu disambut dengan sedih oleh seluruh rakyat Kelantan.


Seluruh rakyat negeri Kelantan, baik kakitangan kerajaan atau rakyat jelata berkabung selama 40 hari atas kemangkatan baginda itu.




Sementara kerabat-kerabat diraja, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan istana berkabung selama 100 hari.

Di samping itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengistiyarkan cuti peristiwa selama dua hari, mulai hari Ahad hingga Isnin sebagai menghormati perkabungan tersbut.


Di samping itu seluruh masjid-masjid dan surau-surau di negeri ini akan  mengadakan majlis tahlil selepas Maghrib selama 7 hari berturut-turut.


Semoga Allah cucuri rahmat Nya ke atas Almarhum Sultan Ismail Petra.


Demikianlah sekadar rakaman singkat sebahagian dari sudut sejarah negeri Kelantan Darulnaim dari penulis.


Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim.
29 September 2019
/29 Maharam 1441.

Read more...

DIALOG IBLIS

>> Wednesday, September 25, 2019






DIALOG IBLIS







Siapakah Syaitan?


Syaitan adalah makhluk Allah yang dijadikan oleh Allah dari api.


Syaitan adalah musuh ketat makhluk manusia yang sentiasa berusaha keras sepanjang waktu untuk memperdayakan manausia melakukan keingkaran kepada perintah Allah supaya masuk bersamanya ke dalam neraka yang menyala.


Allah berfirman, 


“Sungguh syaitan itu musuh bagmu, maka jadikanlah dia musuh, sebenarnya dia hanya menyeru  golongannya supaya menjadi penghuni neraka”. Fathir [35]: 6.


Sesungguhnya sejak diusir dari syurga hingga ke saat ini iblis laknatullah hanya memain peranan untuk menyesatkan manusia untuk mengheretkan mereka bersamanya ke dalam neraka.


Penciptaan Adam


Setelah Allah selesai menciptakan Adam, manusia pertama, maka berfirmanlah Allah kepada malaikat supaya sujud kepada Adam. Semua malaikat sujud kecuali iblis [bapa jin] yang sombong yang menyebabkan dia menjadi kafir laknatnatullah. Iblis adalah makhluk yang  pertama menjadi kafir.


Allah berfirman kepada iblis bertanya kenapa dia tidak sujud kepada Adam sebagaimana diperintahkan Nya. Iblis dengan sombongya menjawab, dia lebih  baik dari Adam, kerana dia diciptakan dari api, sedangkan Adam dicipta dari tanah.


Justeru kerana kesombongan itu iblis diperintahkan meninggalkan syurga.


Allah mengusir iblis dari syurga dalam keadaan terhina dengan ancaman barang siapa mengikut iblis dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan iblis.


Iblis lalu memohon kepada Allah supaya dia diberikan penempohan waktu hingga hari berbangkit, dan permohonannya diperkenankan  oleh Allah SWT.


Iblis seterusnya berkata justeru Allah telah menyesatkannya dia berjanji akan sentiasa menghalang  manusia  dari jalan Allah  yang lurus. Katanya dia akan mengepung mereka   dari arah depan,  belakang, kanan dan dari kiri yang menyebabkan kebanyakan mereka tidak bersyukur kapada Allah.


Pada waktu itu Adam dan isterinya Hawa masih berada di Syurga yang penuh dengan kenikmqtan. Allah memberi keizinan kepada mereka untuk memakan apa sahaja yang mereka ingini yang terdapat dalam  Syurga, tapi Allah melarang mereka mendekati sejenis pohon, dan jika mereka mendekatinya mereka menjadi orang yang zalim.


Iblis yang telah dihalau keluar dari syurga itu telah berjaya dengan tipu dayanya menyelinap masuk ke syurga, dan telah berjaya mengecek Adam dan Hawa, maka kedua-duanya telah terpedaya memakan buah terlarang itu, akibatnya mereka juga  telah diperintah meninggalkan syurga dan turun ke dunia. Adam bertaubat dan taubatnya diterima Allah.


Dialog Iblis Dan Allah

oo
Setelah diturunkan dari syurga iblis telah memohon berbagai-bagai kemudahan daripada Allah, iaitu kemudahan yang sama dengan kemudahan yang dikurniakan Allah keapda manusia.


Maka berlakulah dialog antara iblis dan Allah lebih kurang sebagaimana berikut:


Iblis: Engkau telah turunkan aku ke bumi dan menjadikan aku rajim [kena rejam], adakanlah rumah bagiku.


Tuhan: Rumahmu tempat mandi.


Iblis: Adakanlah bagiku tempat duduk.


Tuhan: Tempat dudukmu adalah pasar-pasar perniagaan dan persimpangan-persimpangan jalan.


Iblis: Adakanlah bagiku makanan.


Tuhan: Makananmu ialah mana yang tidak didahuli dengan sebutan nama Allah.


Iblis: Adakanlah bagiku minuman.


Tuhan: Minumanmu ialah semua yang memabukkan.


Iblis: Adakanlah bagiku mu’azzin.


Tuhan: Mu’azzinmu adalah serunai.


Iblis: Adakanlah bagiku Quran.


Tuhan: Quranmu adalah sya’ir.


Iblis: Adakanlah bagiku kitab.


Tuhan: Kitabmu adalah cap di kulit badan.


Iblis: Adakanlah bagiku hadis.


Tuhan: Hadismu adalah berdusta.


Iblis: Adakanlah bagi alat-alat  dan perangkap.


Tuhan: Alat-alat memburu dan perangkapmu adalah perempuan.


Begitu banyak yang dipohon oleh Iblis, dan semuanya dikurniakan oleh Allah dengan sinis yang membawa kemudaratan.


Hadis riwayat Thabarani. Dialog ini terdapat dalam  Panyakit-penyakit Hati oleh Al-Imam Al-Ghazzali, saringan Muhd Labib Ahmad.


Dialog Antara Dua Syaitan



Ada sebuah kisah menceritakan pertemuan antara dua syaitan, iaitu syaitan kurus dan syaitan gendut. Berlangsunglah dialog singkat antara keduanya menceritakan pengalaman  peribadi masing-masing.


Dialog di antara syaitan kurus dan syaitan gemuk itu lebih kurang seperti berikut:
Syaitan gendut: Kenapakah kamu menjadi kurus kering seperti ini?


Syaitan kurus: Aku tinggal bersama-sama dengan manusia yang sentiasa mengingat Allah. Ketika masuk rumah dia menyebut “Bismillah”, dan apabila makan ia mengucapkan “Bismillah”. Justeru ucapannya itu aku menjadi kurus kering seperti ini”.


Syaiatn gendut: Aku bernasib baik kerana tinggal di rumah orang yang tidak tahu apa-apa. Justeru itu aku menyertainya pada makanannya, pakaiannya dan pergaulannya. Akhinya aku menaiki tengkoknya seperti aku menaiki kenderaan sahaja”.


Demikian dialog syaitan gendut dengan syaitan kurus yang di dalamnya terselit suatu pengajaran yang penting kepada kita bahawa setiap perkara yang hendak kita lakukan hendaklah menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang untuk mendapat keberkatan Nya.


Justeru selalulah memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Kuasa, sebagaimana Allah memerintah Rasulullah saw memohon perlindungan kepada Nya daripada bisikian syaitan dalam firman Nya yang bermaksud:


Dan katakanlah, “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari  bisikan-bisikan  syaitan . 


Dan aku berlindung kepada Mu, wahai Tuhan ku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”. – al Mu’minun [23]:97-98.




Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim,
25 September 2019
/25 Muharam 1441.





Read more...

>> Sunday, September 22, 2019





TINGKAP PUISI  III
Kalthum Ismai








 





‘Nusia intipan mesra lara

Dalam putaran neraca

Dalam cengkaman puaka

O..... masa kau diperkosa

Oh, dunia

Dadamu merkah berdarah nanah

Betapa busok

Betapa hanyir

Longgok-longgok bangkai bernyawa

Yang sesat meraba-raba di dalam ‘lentara

Wahai ...... tempatku berpaut

Peninggalanmu tangis tawa iring mengiring

Ya! Tangis-tangis, , tawa-tawa dunia mengilai

Wahai TUHAN

Lihat anak-anak ‘nusia’

Kehilangan penyuluh di pelukan pusaka

Anda!

Betapa hati ini rendah-rendah parah berdarah

Tawaku ditika jiwa bernanah

Tangisku di kala senja merah

Alamku pandang gelap gulita

Tergigil di lembah seksa

Wahai kasih, wahai junjungan

Aku pemuja terseksa

Rindukan belaian mesra.



Kalthum Ismail

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Khabar Gembira
51 Tahun Yang Lalu, Pada 6 Jun 1968 [1388 Hijriah], Akhbar MINGUAN KOTA BHARU Telah Mengadan Sayembara Deklamasi Sajak Dan Sambutan Maulud Nabi S.A.W bertempat di Padang Merdeka, Kota Bharu. Seramai 34 Penyair Dan Deklamator Muda, Lelaki Dan Perempuan Mengambil Bahagian. Dalam Acara Itu Yaaaang  Mendapat Sambutan Yang Luar Biasa Dari Masyarakat. InsyaAlah Saya Bercadang Untuk Menyiarkan Puisi-Puisi Tersebut Dalam Blog Pondok Rahmat Sebagai Satu Rakaman Sejarah Sastra Tanah Air. Sukacita dimaklumkan Bahawa Ada Di Antara Penyair-Penyair itu Telah Kembali Kerahmatullah. Sekian Sambutlah Salam Hormat Dari Saya. Mohammed Zain Saleh [Razin M.S].

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Read more...

MAMBONG DI KELANTAN, SAYONG DI PERAK, HASILKAN SERAMIK

>> Thursday, September 19, 2019






MAMBONG DIKELANTAN DAN SAYONG DI PERAK

LABU ialah sejenis tumbuhan menjalar yang buahnya boleh dimakan setelah dimasak. Ada dua jenis labu, iaitu lbu kuning, orang Kelantan panggil Labu Pungi, dan sejenis  labu lagi, ialah Labu Air yang bentuk dan isinya berbeza dengan labu kuning. Kegunaannya juga berbeza.






Labu-labu ini dari jenis tumbuhan asli yang hidup di atas bumi seperti tumbuh-tumbuhan yang lain juga. Di samping itu ada sejenis labu lagi, iaitu labu tiruan yang direka khas oleh manuisa sebagai alat untuk kegunaan mereka.


Labu tiruan ini direka oleh manusia diperbuat daripada seramik tanah liat. Rupanya seakan-akan labu pungi. Ia digunakan sebagai bekas untuk mengisi air minum, sepeti botol air. Air dala bekas labu ini diperam semalaman, dan bila diminum keesokkan harinya akan terasa  dingin menyegarkan.


Biasanya orang-orang di Malaysia memanggilnya Labu Sayong, kerana asalnya ia diperbuat ditempat bernama Sayong di Negeri Perak.


Bagi orang Kelantan tidak ada nama yang khas untuk Labu Sayong, selain dikatakan labu bekas air. Saya suka memanggilnya Labu Isiair.


Labu Isiair ini diperbuat daripada sramik  khas yang terdapat di kampung-kampung  Sayong. Di Perak ada lima Kampung Sayong, iaitu Kampung Sayong Lembah, Kampung Sayong Tengah, Kampung Sayong Tebing, Kampung Sayong Hulu.


Anak saya, Ahmad Syaibani Zaini bersama kelarganya dalam kembara silaturahimnya ke Perak  baru-baru ini telah singgah di Kampung Sayong, Kuala Kangar dan singhah  membeli sedikit barang-brang seramik yang di jual di gerai di situ, termasuk sebuah Labug Sayong untuk saya.


Saya sekarang mempunyai dua buah Labu Isiair, satu berwarna hitam dan satu berwarna merah yng baru dibeli itu.




Labung Sayong diperbuat daripada seramik tanah liat yang banyak terdapat di Kampong Sayong.


Di Kampung saya, Kampung Salor dulu juga terdapat sejenis tanah liat di tebing Sungai Kelantan. Tanah liat banyak terdapat di Pengkalan Pak Lat, yang terletak arah ke Ulu, kira-kira setengah kilo daripada Pengkalan Kedai Salor jika menyusur jalan gigi air. Pak Lat adalah seorang guru al Quran, dan salah seorang guru al Quran kami.




Saya masa kanak-kanak dulu dari masa ke masa ketika mandi-manda bersama-sama kawan akan pergi mengambil tanah liat itu untuk dibuat puling iaitu sejenis alat musik tradisional yang diperbuat dari tanah liat.


Biasanya saya membuatnya dalam bentuk seekor burung yang kasar, di dalamnya perut perut burung itu dironggakan dan diekornya dilubangkan untuk ditiup. Di atasnya dibuat beberapa lubang kecil yang dipetik ketika puling ditiup untuk membuat bunyi puling itu berlagu seperti serunai ketika ditiup.





 
Untuk kelihataan lebih cantik bahagian luarnya dicoreng dengan lakaran tertentu seperti dua biji mata, sayapnya dan sebagainya dengan menggunakan getah pokok sena.







Tapi saya tidak pernah melihat orang-orang tua atau dewasa mengambil tanah liat itu, dan saya tidak pasti adakah tanah-tanah liat itu terdapat lagi di situ sekarang , dan saya juga tidak ingat bagaimana saya boleh mengambil dan menggunakan tanah-tanah liat itu untuk puling dan sebagainya, serta saya juga tidak ingat siapa pula yang memberitahu di situ ada tanah liat.


Dalam perkembangan terakhirnya tanah-tanah liat itu tidak lagi semata-mata diperbuat berbentuk labu untuk mengisi air, tapi diperbuat dalam berbabagi-bagai rupa dan bentuk dipasarkan, sebagaimana terdapat pada hari ini.





Mengikut pengamatan saya, Labu Sayong ini ada dua jenis mututnya, iaitu sejenis bila di peram air di dalam air, ia tidak sejat dan basah di bahagian luar, tapi ada sejenis lagi bila dimasukkan air, ia akan sejat membasah bahagian luarnya. Justeru jika hendak diletak di atas meja kenalah dialas pinggan atau piring di bawahnya. 


Ini berlaku kerana satu elemen telah tidak dipergunakan untuk menahan air daripada sejat keluar.


Mambong

Di Kuala Krai, Kelantan  terdapat sebuah kampung yang terkenal sebagai pengeluar bahan-bahan sermik dari tanah liat. 


Kampong itu ialah Kampung Mambong,yang terletak di pinggir Sungai Kelantan, dalam Jajahan Kuala Krai. Untuk sampai ke Mambong kena naik perahu atau bot yang mengambil masa kira-kira 45 minit dari Tangga Kuala Krai [ dulunya dipanggil Tangga Bradley], Kuala Krai, sejauh 18 kilometer.


Di kiri kanan sungai itu kita dapat melihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau yang menyegarkan mata memandang.







Saya pernah sampai ke Mambong bersama rombongan bekas Menteri Besar Kelantan, Gemulah Datok Hj.Mohamed Yaacob dan melihat sendiri bagaimana bahan-bahan sermik itu diproses dan juga merakam fotonya.


Di antara barang-barang sermik yang diproses di situ ialah pasu, buyung, belanga, bekas air minu, cetung [koler], gelas, pasu bunga, kukusan, iaitu alat untuk mengukus dan sebagainya.


Penduduk Mambong memperolehi bekalan tanah liat yang diambil daripada Kampung Bahagia, kira-kira 15 minit perjalanan dari situ. Walaupun di tempat-tempat lain terdapat tanah-tanah liat, tapi tanah liat itu tidaklah bermutu seperti tanah liat Kampung Bahagia yang berkilat.


Pada masa dulu kami juga menggunakan belanga untuk memasak ikan singgan dan pasu untuk mengisi garam, mengadunm tepung gandum dan mengasah ubat pada bahagian belakang tapaknya yang agak melengkong.


Ikan singgan yang dimasak dengan belanga tanah ini baunya mewangi jika dibandingkan dengan dimasak dalam periuk biasa.


Pada masa dulu bahan-bahan kraftangan sermik dari Mambong ini dapat dibeli di pasar lama Kota Bharu, dan di pasar lama Pasir Mas, tapi sekarang saya tidak pasti masih ada lagi atau tidak. Beberapa tahun yang lalu, di pasar lama Kuala Krai di tingkat atasnya juga ada sebuah gerai yang menjual barang-barang sermik Mambong tersebut, tapi sekarang saya tidak pasti lagi, kerana sudah lama saya tidak ke sana.





Walau bagaimanapun di pondok kami, masih ada sebahagian daripada barang-barang tersebut, seperti belanga dan pasu.


Walau bagaimanapun semua pehak terutama kerajaan Negeri Kelantan dan agensi-agensinya yang berkaitan hendaklah mengambil berat mempastikan kraftangan sermik ini tidak berkubur begitu sahaja di bumi Kelantan.




Kampung Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
19 September 2019
/19 Muharam 1441








Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP