KAMPUNG SALOR PEMANGKIN AGAMA
>> Friday, August 30, 2019
DALAM
artikel-artikel saya yang lalu antara lain saya telah mengutarakan tentAng
Kampung Salor sebagai pusat dagang dan budaya yang berpusat di Kampung Kedai
Salor.
Kali ini
pula saya ingin mengutarakan sekadar apa yang saya tahu tentang Kampung Salor
sebagai pemangkin agama Islam.
Masjid Salor
Seluruh
penduduk Kampung Salor adalah terdiri dari oang Melayu atau Islam. Dulunya ada
juga orang-orang China yang datang bermaustautin di sini, tapi hampir seluruh mereka sebagai penyewa untuk berniaga. Mereka
datang bertukar ganti. Tapi sekarang tidak ada lagi.
Sebagaimana
kebiasaannya di mana orang-orang Islam bermasyarkat mereka akan membina
rumah-rumah ibadat mereka, seperti masjid suraua dan madrasah.
Di Kampung
Salor terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Salor. Masjid ini
sebenarnya telah lama dibina oleh penduduk-penduduk tempatan.
Masjid Salor
ini asalnya terletak arah ke tepi Sungai
Kelantan, dan telah dipindahkan ke tempat sekarang kira-kira pada tahun
1925 setelah masjid kayu lama itu
dirobohkan, mungkin salah satu sebabnya kerana hakisan sungai. Sejauh yang saya
ketahui setiap tahun tebing Sungai Kelantan akan roboh, hanyut dibawa arus, terutama di musm banjir.
Masjid baru yang dibina daripada simin itu siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada tahun 1926. Senibina Masjid itu bercorak kolonial yang masih dapat dilihat sampai sekarang.
Masjid Salor
bukan sahaja dijadikan tempat solat lima kali sehari, tapi juga dijadikan
sebagai pusat dakwah dan menyebar pengaaran Islam.
Di bahagian
belakang masjid dibina sebuah ruang yang bersambung dengan bangunan masjid untuk
penduduk belajar Fardu Ain yang diadakan dari pukul 1.30 hingga 3.30 petang
setiap hari mulai hari Isnin hingga Khamis
Pondok
Saya pernah
diberitahu oleh kakak saya, Khadijah bte Saleh, meninggal dalam usia 89 tahun,
bahawa sebelum Perang Kedua dulu di Kg. Salor ada pondok yang termasyur, yang
pelajarnya datang dari berbagai-bagai
tempat yang jauh termasuk Kuala Krai.
Pondok ini
didirikan oleh Tuan Guru Hj. Che Leh Salor, nama sebenarnya Mohamd Saleh bin
Haji Hasan; ia dibina di atas tanah kepunyaan beliau sendiri berhampiran jalan
besar, Pasir Mas - Kota Bharu sekitar tahun 1920an dan letaknya tidak jauh dari
Masjid Salor sekarang.
Penubuhan
pondok ini mendapat sembutan daripada warga -Kg. Salor dan juga orang-orang
dari tempat-tempat lain dari seluruh negeri Kelantan yang datang untuk menuntut
ilmu.
Tuan Haji
Che Leh ini pernah belajar dengan Tok Jerulong , seorang tokoh ulama terkenal
di Salor. Kemudian beliau pergi ke tanah suci Mekah.
Pondok-pondok
itu dibangun oleh Tuan Haji Wak Leh sendiri dengan bantuan daripada
keluarganya.
Pelajar-pelajar
yang baru masuk belajar tidak dikenakan apa-apa bayaran, namun begitu seperti
biasalah mereka membawa buah tangan untuk guru. Justeru itu guru-guru pondok sentiasa
mendapat bantuan daripada ibu bpa dan orang-orang kampung yang menghantar
anak-anaknya belajar di pondok.
Haji Wak Leh meninggal dunia pada pada 22 Disember
1941.
Tapi Pondok
Hj Wak Leh itu tidak kekal, kerana di sekitar tahun 1950an ia nya ditukar
menjadi sekolah tahfiz al Quran.
Kemdian
Sekolah Tahfiz itupun telah dibubar, dan tapaknya telah didirikan rumah tempat
tinggal keluarga Tuan Haji Wak Leh
sampai ke hari ini.
Ulama
Pada awal
abad 20 telah muncul beberpa tokoh agama yang terkenal di Kampung Salor. Antara
mereka ialah
Tuan Guru
Pak Nik Awang bin Awang Sungai, Tebing Sungai Serah [meninggal1946],
Haji Abbas
bin Diman, Kg. Tok Syeikh Salor, meninggal akhir tahun1983,
Tuan Guru
Lebai Deraman bin Pak Cu Mamat Salor,
Lebai Pak Da
Mat San bin Hj Ahmad, Kg, Jerulong
Tuan Guru
Haji He Leh [Wak Leh]. Nama penuh Muhammad Saleh bin Haji Hasan , meninggal
pada22 Disember 1941. Beliaulah yang mendirikan pondok Salor itu.
Pak Nik Haji
Hamzah bin Abdul Rahman, Gertak Lembu Salor dan
Tok Jerulung
yang merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Kelantan.
Semua mereka
yang disebut di atas itu ialah murid kepada Tok Jerulong.
Kebiasaannya
orang-orang alim akan dikurniakan Allah dengan satu-satu kebolehan yang luar
biasa, yang boleh dianggap kekeramatannya. Demikian juga dengan Tok Jerulong dikatakan
ada mempunyai kekeramatannya yang tersendiri, iaitu beliau dapat menyelam dalam
sungai selama berjam-jam lamanya untuk memasang dan menyirat bubu dan
sebagainya.
Beliau
kembali kerahmatullah pada 13 Mei 1939 [12 Rabiulawal 1358 Hijriah] kerana
penyakit kencing manis.
Secara
ringksanya menurut Ismail Che dau, Tok Jerulong dilahirkan pada tahun 1868 M
bersamaan dengan 1285 Hijriah di atas tapak lama Sekolah Kebangsaan Salor
[Sekolah A, kerana pada suatu ketika Sekolah Kebangsaan Salor, mempunyai tiga
buah bangunan, A, B dan C.
Nama
sebenarnya Muhammad Said bin Muhammad bin
Abu berasal dari Bugis. Beliau digelar Tok Jerluong kerana dilahir dan
tinggal di Jerulong.
Untuk
sedikit penjelasan saya petik pendapat Ismail Che Daud yang berbunyi, “Kuliah
Tuan Guru Haji Said bermula dari tahun kedua sepulangnya dari Mekah.[ Beliau
pulang ke Kelantaan sekitar tahun 1912 M /1330 Hijriah]. Tahap pertama ialah dari tahun 1914 hingga lebih
kurang ke tahun 1920 di Kampung Jerulong.
“Lapan tahun
berikutnya di Pengkalan Kubor, Kota Bharu [bukan Pengkalan Kubor Tumpat], iaitu
di kediaman mentuanya.
Selepas itu
kembali menetap di Salor.[ Sebenarnya tempoh beiau betul-betul mengajar ialah 15 tahun sahaja kerana gangguan
pengelihatannya. Ringkasnya, kuliah tahun-tahun 1930an terpaksa dibantu oleh
seorang kepala telaah, sementara Tuan Guru Hj. Said selaku juru tegur sahaja.
Untuk
mengetahui lebih lanjut tentang Tok Jerulong
bacalah rencana TOK JERULONG Oleh Ismail Che Daud dalam buku Toko-Toko
Uama’ Semenajung Melayu [1] yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan.
Tidak banyak
penduduk-penduduk Kg. Salor, terutama golongan
yang terkemudian mengetahui tentang
Ulama-ulama dan Tok Jerulong, kecuali mungkin di kalangan penduduk Jerulong
sendiri. Kita tidak pernah mendengar nama Tok Jerulong disebut oleh
generasi-generasi tua tentangnya.
Saya sendiri
tidak mengetahui adanya ulama-ulama di Kampung saya, Kampung Salor, walaupun
saban hari saya melalui Kampung Jerulong
untuk belajar di Sekolah Melayu Salor, malah pernah juga masuk ke dalam
kampungnya, malah keluarga saya pun ramai juga menetap di kampung tersebut.
Saya hanya mendengar nama Tok Jerulong lewat kemudiannya.
Saya percaya
masih ramai warga Salor yang seangkatan dengan saya, yang tidak pernah
mengetahui kisah Tok Jerulong atau mendengar namanaya kerana ia tidak pernah
disebut oleh generasi yang terdulu.
Saya merasa
amat bernasib baik kerana sahabat saya Ismail Che Daud pernah membuat kajian
mengenai Tok Jerulong dan menulis sebuah biograpi pendek mengenai ulama yang
berjasa itu.
Alangkah
baiknya, jika turunannya, cucu dan cicitnya andainya masih ada membuat kajian
dan menulis tentang Tok Jerulong supaya menjadi lebih menarik dan lengkap untuk
hidangan masyarakat, terutama penduduk-penduduk Salor yang tidak pernah
mendengar namanya.
Dewan Tok Jerulong
Dewan Tok Jerulong
Dewan Tok Jerulong
Walau
bagaimana pun ada sebuah dewan orang ramai di Kampung Salor diberi nama Tok Jerulong semepena dengan namanya dan
sebagai ingataan kepada jasa-jasanya yang besar itu.
Dewan Tok
Jerulong ini dibina di atas tapak Sekolah Melayu Salor [A] pada tahun 2002
setelah bangunan itu dirobohkan bila bangunan sekoah yang baru siap didirikan.
Di sekitar kawasan persekolahan inilah Tok Jerulong dilahirkan.
Justeru
mengatakan dewan itu dinamakan Dewan Tok Jerulong kerana mengambil sempena
Kampung Jerulong tidaklah tepat.
Sekolah Tahfiz
Penduduk Kampung
Salor, terutama generasi tuanya amatlah memandang penting kepada pendidikan
agama. Maka pada tahun 1999 mereka telah membina sebuah Sekolah Tahfiz baru
berhampiran dengan Kedai Salor.
Sekolah
Tahfiz itu dibina di Kg. Sagu oleh Encik Abdul Hamid bekas seorang pegawai Kerajaan
Kelantan dengan sokongan dan kerjasama orang ramai.
Sebuah
jawatankuasa telah ditubuhkan dengan Allahyarham Cik Abdul Hamid sebagai
Penegrusi dan Cik Gu Abdulrahman Awang Besar sebagai Setiausahanya. Sebuah
asrama baru telah dibina untuk menempatkan para pelajar, sementara madraah yang
sedia ada di situ digunakan untuk tempat solat dan juga belajar yang diadakan
di sebelah pagi dan malam.
Pelajar-pelajarmya
bukan sahaja penduduk Negeri Kelantan, tapi ada yang datang dari Sabah dan
Sarawak untuk belajar tahfiz.
Kita harap
Sekolah Tahfiz ini terus hidup dan berkembang subur di sepanjang masa mengatasi
badai dan gelumbang yang mendatang.
Sekian.
WAHAI PUTERA PUTERI SALOR
Wahai Putera
Puteri Salor
Angkatlah
bendera perjuangan
Mara ke
hadapan untuk membangun tanah pusaka
Engkau telah
larut diulit buaian
Bangkitlah
Singsing lengan
dan kaki
Menyusun barisan
perjuangan
Untuk bumi tercinta.
Wahai Putera
Puteri Salor
Di mana bumi
kau pijak
Ingatlah tanah
airmu
Buminya pernah
kau injak
Airnya pernah
kau teguk
Udaranya pernah
kau sedut.
Wahai Putera
Puteri Salor
Di mana para
jutawan
Di mana para
karyawan
Di mana para
cendakiawan
Di mana para
usahawan
Di mana para
dermawan
Ayuh segeralah bangkit
Pikul bendera
perjuangan
Ayah dan
bonda sentiasa menunggu kepulanganmu
Jangan jadi
anak derhaka
Membiarkan ayah
bonda mati kerinduan
Wahai Putera
Puteri Salor
Bangkitlah
Susun
barisan perjuangan
Kembali ke
tanah pusaka
Yang sentiasa
merindukanmu.
Ayunkan
langkah
Bismillahirahmanirahim
“Aku pulang
sekarang”.
"Aku pulang sekarang!".
"Aku pulang sekarang!".
Sekian.
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
30 Ogos, 2019
/29 Zulhijjah 1440.
Read more...