>> Saturday, June 1, 2019
Terkenang Semasa Silam
Hatiku Merasa Goyang
YANG PERGI TAK MUNGKIN PULANG
“TIAP-TIAP YANG BERJIWA AKAN MERASA MATI. KEMUDIAN HANYA KEPADA KAMI KAMU DIKEMBALIKAN”. Al-‘Ankabut:77
Fakta Kes
Saleh bin Hj.Mamat
Ayah kami dikenali dengan panggilan Pok Cu Leh meninggal dunia pada 13 November 1974 di Hospital Mekah
Maimunah bt Ismail
Ibu kami dikenali dengan panggilan Mok Su Munah meninggal dunia pada 15 April 1999
Safiah Saleh
Adik kami dikenali dengan panggilah Yah meninggal dunia pada 1 Jun 2006
Ariffin Saleh
Abang kami dikenali dengan panggilan Cikgu Ariffin meninggal dunia pada 21
Mac 2006.
Asiah Yaacob
Isteri saya dikenali dengan panggilan Kak Yah meninggal dunia pada 2 Julai 2009
Zubaidah Saleh
Kakak kami dikenali dengan panggilan Cikgu Zubaidah meninggal dunia pada 20 Disember 2016
Khadijah Saleh
Kakak sulung saya dikenali dengan panggilan Mek Jah, kakak sulung kami meninggal dunia pada 4hb Julai 2017
xxxxxxxxxxx
TELAH berapa ramai dari kita yang dekat di hati telah dijemput ke pangkuan Ilahi, dan pemergiannya tidak
akan kembali lagi,
Yang tinggal hanya kerinduan yang segar dalam kenangan yang memanjang,
Yang tinggal hanya memori indah yang terpacak di hati dan di sanubari,
Ratap tangis sedu dan sedan tidak mampu memimpin; kembali mereka yang
berada di sisi Ilahi di alam abadi,
Ya Allah sucikanlah mereka semua dengan ampunan yang tidak tersentuh oleh
segala penyeksaan Mu
Ya Allah dengan rahmat Mu semuanya akan sempurna menuju keabadian
Ya Allah simpanlah mereka di atas hamparan rahmat Mu yang sentiasa melimpah
ruah
Ya Allah bangkitkanlah mereka di Mahsyar Mu di bawah panji-panji keimanan
dan taqwa
Dikurniakan syafaat oleh Nabi Yang Mulia, Muhammad salallahualaihi wasalam,
Nabi penutup zaman
Ya Allah jemputlah mereka ke Syurga Mu tanpa hisab bersama dengan para
syuhada
Ya Allah pimpinkanlah semua kekasih kami ke pintu syurga Mu yang penuh
kenikmatan yang tidak terhitung
Ya Allah rahmat Mu dipohon jua untuk kami yang masih bernafas di dunia
yang fana ini,
Walaupun dosa kami setinggi gunung dipohonkan keampunan Mu wahai Tuhan kami
yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Ampunilah kami
Dan kembalikanlah kami kepada Mu dengan suci dan bersih sejajar seruan Mu,
“Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang reda dan
diredai
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Ku
Dan masuklah ke dalam surga Ku”.
M.Zain Saleh
` Ibu Maimunah Ismail
Ayah Saleh Hi Muhammad
Asiah Yaacob
Khadijah Saleh
Seterusnya kami telah meminta M.Nubli menggariskan sebuah
kata hatinya mengenai mereka yang telah berpergian itu. Tapi dia telah
menyudurkan dua lakaran hati, dan kedua-duanya kami siarkan di sini sebagai
kenangan abadi kepada mereka yang telah berpergian itu.
Satu]
Kasih Kekal Abadi
Pada malam Ramadhan sebegini
Terkadang rasa kosongnya hati
Terkenang
Pada mereka yang dah pergi
Senyuman cinta dan lembut bicara mereka
Tawa riang dan gurauan mesra
Menggamit rindu tak terhingga
Bagai limpahan sinar purnama
Di malam sepi
Terbelau di rekahan pintu sendu
Kenangan manis bermadu
Walau berapa banyak air mata kita tumpah
Berapa kali dada rasa sebak gelisah
Berapa berat jiwa menahan gundah
Mereka takkan kembali, itulah janji
Maka pada malam sebegini
Ketapkan bibir tahankan air mata
Panjatkan segala doa segala ratib suci
Mereka itu telah pergi
Mengadap Ilahi
Di situlah tempat kasih murni
Kasih kekal abadi
Al-Fatihah
Dua]
Musafir
semalam bila musafir itu lalu
di bawah sepohon lebat
bunga-bunga kerinduan
berguguran
layu kekuningan
lalu musafir itu menyeka
air mata duka
takkan lagi, ujarnya
aku melintas di sini
sampai bila-bila
semalam juga musafir itu
berteduh di bawah sepohon kelat
lalu ribut dan guntur
bersabungan dari ujung ranting
ke hati berat
harapan yang menggunung
semuanya tak lagi hebat
sesudah subuh tadi musafir itu
menghempas lelah di tapak rumah usang itu
memandang untuk kesekian kali
bekasan akar jambu dan segala duku, pauh dan pokok katak
puru
kayu-kayu mereput
bersama kenangan bersama mimpi yang berseliratan
lalu musafir pun pergi
takkan kembali
ke sini lagi
Safiah Saleh [Duduk Kiri]
Demikian coretan singkat ini sebagai kenangan abadi kepada mereka yang tercinta dari kalangan kami yang telah melangkah
terlebih dahulu meninggalkan kami untuk terus menapak dalam gelombang kehidupan
ini menerusi titian yang diredhai Ilahi.
Kg.Parit, PT. Kota Bharu Kelantan
27 Ramadhan 1440H
1 Jun 2019
0 comments:
Post a Comment