KDYMM AL-SULTAN BERANGKAT SOLAT JUMAAT DI MASJID KG. PARIT

>> Sunday, March 31, 2019



KDYMM BAGINDA AL SULTAN BERANGKAT SOLAT JUMAAT DI MASJID KAMPUNG PARIT



Penduduk-penduduk mukim Parit, khasnya, malah penduduk Pasir Tumboh amnya merasa amat bertuah kerana keberangkatan Baginda Sultan Kelantan ke Kg mereka. Baginda Sultan dan rombongan berangkat solat Jumaat di masjid al-Qasimi, Kg. Parit, kelmarin,pada 29 Mac 2019.


Penduduk-penduduk bersyukur kerana mereka dapat melihat KDYMM Baginda Sultan dengan dekat, dan menyembah salam kepada Baginda, krana peluang yang seperti itu tidaklah mudah untuk diperolehi.


Sepintas Lalu


Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, kemudian dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009, dan seterusnya pada 13 September 2010 menaiki takhta Singgahsana Kerajaan Kelantan sesbagai Sultan Kelantan yang ke 29.


Baginda memakai gelaran Sultan Muhammad V setelah diisytiharkan sebagai Sultan Negeri Kelantan Darul Naim.


Kemudian pada 13 Disember 2011 Baginda telah dipilih oleh Majis Raja-Raja sebagai Timbalan Yang di Pertuan Agong ke-14. Kemudian pada tahun 2016, Baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja menjadi Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-15, berkuat kuasa pada 13 Disember 2019..


Baginda ditabal sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 15 pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah jawatan pada 13 Disember 2016.


Seterusnya pada awal tahun 2019 Baginda Sultan Muhammad ke V  meletakkan jawatanya sebagai yang di Pertuan Agung ke 15.


Kemudian Baginda Sultan Muhammad V berangkat balik pulang ke Kelantan dan  memegang semula jawatan sebagai Sultan Kelantan Yang ke 29.


Semoga Allah lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Tuanku memerintah dan memayungi Negeri Kelantan Darulnaim dengan adil dan makmur.



Dirgahayu,Tuanku!.


Sembah patik harap diampun.
30 Mac 2019.



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP