KEKELIRUAN SEBAB DAN AKIBAT
>> Thursday, February 28, 2019
KEKELIRUAN SEBAB DAN AKIBAT
SUDAH menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan kita berfikir bahawa setiap sesuatu yang berlaku mesti ada sebabnya. Ia dikenali dengan hukum “sebab dan akibat”.
Mengikut
teori ini sesuatu yang berlaku mesti ada sebabnya yag khusus, tegasnya tidak
ada sesuatu yang mungkin berlaku tanpa sebab. Umpamanya
banjir biasanya berlaku kerana hujan turun dengan lebat, kalau tidak ada hujan
lebat yang mencurah-curah selama beberapa waktu, maka banjir tidak akan berlaku.
Benarkah semua
perkara yang berlaku bergantung kepada
“sebab dan akibat?”.
Jawabnya
tidak benar!
Kita lihat
pada hari ini walaupun hujan tidak setitik pun turun, banjir mungkin berlaku
juga dengan kehendak Allah SWT. Antaranya bila takungan air besar atau empangan
pecah boleh menyebabkan kampung-kampung akan ditenggelamin air- banjir.
Walaupun hujan tidak melanda. Sebenarnya
banyak contoh-contoh yang dapat diutarakan untuk membuktikan bahawa bukan semua
berlaku mengikut hukum sebab dan akibat yang pada umumnya dipercayai oleh
kebanyakan orang, terutama orang-orang Barat.
Orang-orang
percayakan kemutlakan hukum sebab dan akibat bererti mereka terlupa kepada
kekuasaan Allah SWT yang mutlak yang menentukan segala sesuatu mengikut
kehenda-Nya. Orang-orang yang faham tentang kekuasaan Allah tidak akan
mempecayai keluhuran mutlaknya hukum sebab dan akibat yang berterusan dan
menentukan segala-galanya yang berlaku, dan percaya tanpanya sesuatu tidak
mungkin berlaku.
Dalam
kehidupan biasa, sesuatu yang berlaku tanpa mengikut peraturan sebab dan akibat
ini kita panggil kejadian pelik, luar biasa, perkara aneh, ajaib dan
sebagainya. Allah
merakamkan beberapa peristiwa yang berlaku di luar hukum sebab dan akibat di dalam
kitab suci al-Quran yang membuktikan bahawa apa sahaja boleh berlaku mengikut
kehendak atau iradat-Nya yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana tanpa terikat
dengan peraturan sebab dan akibat.
Maryam as Dan Nabi Isa as.
Allah
mengisahkan Maryam as yang melahirkan puteranya Isa as tanpa bersentuhan dengan
sebarang lelaki, sedangkan mengikut undang-undang pengelahiran, yang bergantung
kepada sebab dan akibat, seorang wanita hanya mampu mengandung setelah adanya
hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Tapi dalam kisah ini Allah SWT
membuktikan sebaliknya.
Kita
ungkapkan kisah ini sebgaimana diceritakan oleh Allah SWT, dalam Kitab Suci
al-Quran, Allah berfirman, makksudnya,
“[Ingatlah], ketika para malaikat
berkata, “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu tentang
sebuah kalimah [firman] darinya, iaitu seorang putera , namanya Al-Masih ‘Isa
putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan termasuk
orang-orang yang didekatkan kepada Allah”. Ali Imran 45.
“dan dia berbicara dengan manusia [sewaktu] dalam buaian dan ketika sudah
dewasa, dan dia termasuk di antara orang-orang yang soleh”. Ali Imran:46.
Di samping itu mengikut hukum sebab dan akibat yang lumrah tidak ada manusia yang boleh berbicara ketika masih bayi dalam buaian dan terpaksa nenunggu beberapa tahun dalam usia yang tertentu barulah mereka boleh berbicara Selepas mendengar kata-kata Malaikat itu,
“Maryam pun berkata, “Ya Tuhan ku,
bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak, padahal tidak ada seorang lelaki pun
yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina”. Maryam:20.
Maka jawab
Allah,
“Dia [Allah] berfirman, “Demikianlah Allah
mencipta kan apa yang Dia kehendaki. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia
hanya berkata kepadanya, “Jadilah”, maka jadilah sesuatu itu”.
Maka selepas
itu Maryam pun mengandung, Allah berfirman,
“Maka dia [Maryam] mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan dengan
kandungannya itu ke tempat yang
jauh”.Maryam: 22.
Dan
seterusnya melahirkan seorang putera Isa as. Selanjuta Allah menceritakan dalam
firman Nya yang bermaksud,
“Kemudian dia [Maryam] membawa dia [bayi itu] kepadakaumnya dengan
menggendongnya. Mereka [kaumnya] berkata, “Wahai Maryam! Sungguh engkau telah membawa sesuatu yang
sangat mungkar”.Maryam: 27.
“Maka dia [Maryam] menunjuk kepada [anak]nya . Mereka berkata, “Bagaimana
kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan?”. Maryam:29.
“Dia [‘Isa] berkata, “Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab
[Injil] dan Dia menjadikan aku seorang Nabi”.Maryam:30.
Dan seterusnya.......
Nabi Zakaria as Dan Yahya
Nabi Zakaria
juga inginkan anak, maka dia pun berdoa kepada Allah:
“Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhan nya. Dia berkata, “Ya Tuhan ku,
berilah aku keturunan yang baik dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau Maha
Mendengar doa”. Ali Imran: 38.
Seterusnya
al-Quran menceritakan:
“Kemudian para malaikat memanggilnya, ketika dia berdiri melaksanakan solat
di mihrab, “Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan kelahiran
Yahya , yang membenarkan sebuah kaimat [firman] dari Allah, panutan, berkemampuan menahan diri dari hawa
nafsu dan seorang nabi di antara orang-orang soleh”.
Pada masa itu Nabi Zakaria as telah begitu tua dan demikian juga dengan isternya bukan sahaja tua tapi seseorang wanita yan mandul. Dan biasanya proses pengelahiran anak ini berlaku antara suami dan isteri dalam usia masih muda dan bukan mandul, serta bukannya dalam yang lanjut. Tapi dengan kehendak Allah SWT semua kebiasaan itu yang dibuat oleh Allah dengaan mudah sahaja boleh dibatalkn oleh Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksasna.
Al-Quran seterusnya menceritakan,
“
Zakaria berkata , “Ya Tuhan ku, begaimana aku boleh mendapat anak, sedang aku sudah sasngat tua dan isteriku pun mandul”. Allah berfirman, “Demikianlah, Allah berbuat apa yang Dia kehendaki”.
Zakaria berkata , “Ya Tuhan ku, begaimana aku boleh mendapat anak, sedang aku sudah sasngat tua dan isteriku pun mandul”. Allah berfirman, “Demikianlah, Allah berbuat apa yang Dia kehendaki”.
Maka dengan
itu lahirlah Nabi Yahya as.
Maka kisah
ini membuktikan bahawa semua kerjadian berlaku undang-undang sebab dan akibat,
dan ianya berlaku mengikut kehendak Allah SWT tanpa terikat kepada sesiapa pun..
Hujan
Air yang Allah turunkan dari langit itu kita panggil hujan. Biasanya hujan ini berlaku di musim-musim tertentu yang dikenali dengan musim tengkujuh atau musim hujan. Hujan itu kadang-kadang hujan turun dengan lebat, mencurah-curah, kadang-kadang kohor atau tidak deras atau lebat, dan kadang-kadang halus berdebu, gerimis sahaja. Mengikut ahli-ahli meterologi atau ahli cuaca, hujan itu hanya berkaku, kerana sebab-sebab tertentu, tegasnya menurut ikut sebab dan akibat. Kalau tidak ada sebab sudah tentu tidak ada akibatnya, ertinya hujan tidak akan turun walaupun setitik. Tetapi jangan kita lupa hujan juga pernah turun di musim kemarau atau di musim kering kontang yang sepatutunya tidak turun hujan. Pada hari-hari tertentu, yang cerah cuaca , dan di waktu matahari panas terik meninggi memancarkan cahaya kepanasan ke permukaan bumi, hujan turun juga ,ia dikenali dengan panggilan hujan panas
Allah
berfirman mengenai hujan, antara lainya bermaksud,
“Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan
Allah membentangkannya di langit menurut Dia kehendaki, dan menjadikannya
bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka
apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hamba Nya yang Dia kehendaki tiba-tiba
mereka bergembira”.Ar-Rum:48.
Kejadian
hujan ini dengan jelas menafikan semua perkara hanya berlaku
semata-mata bergantung hukum sebab dan akibat. Ia bergantung kepada
kekuasaan Allah yang melakukan sesuatu mengikut kehendak Allah semata, yang
hanya mengatakan “kun” untuk mewujudkan sesuatu. Saya
teringat penyanyi Barat yang terkenal,, Elvis Pressley pernah menulis sebuah
artikel yang menyentuh peristiwa akibat tanpa sebab. Saya pernah mengalihbahasa
artikel tersebut menceritakan tentang seorang petani yang sangat marah kerana
musim kemarau panjang yang menyebabkan hujan tidak turun. Akibatnya
tanaman-tanaman mati kekeringan. Petani ini setiap hari di tengah panah terik
keluar ke tengah ladang menjerit-jerit memaki tuhan kerana tidak ada hujan.
Tapi tidak berapa lama kemudian ketika dia sedang memaki-maki tuhan di tengah
panas terik itu tiba-tiba berlaku ledakan guntur dan memancar kilat membunuh
petani itu dengan serta merta. Bukankah kejadian ini luar biasa dan di luar
sebab dan akibatnya?
Lelaki Dan Perempaun
Manusia yang normal, malah juga haiwan-haiwan yang berjalan atau merangkak dan sebagainya baik lelaki atau perempuan, betina atau jantan akan mencari pasangan hidup masing-masing, seorang lelaki dan seorang perempuan, terutamanya dalam memenuhi keinginan semula jadinya atau naluri seksualnya. Dalam perkahwian itu semestinya berlaku hubungan intim antara suami dan isteri sebagai sebahagian daripada kehidupan berkeluarga. Dan biasanya daripada hubungan seksual itu boleh menyebabkan sang isteri mengandung dan seterusnya melahirkan keturunan atau anak-anak. Namun begitu bukan semua pula hubungan seksual itu boleh menyebabkan sang wanita mengandung, berapa banyak wanita sebagai isteri yang mandul atau tidak mengandung walaupun mereka berulang kali melakukan perkara yang sama sepanjang hayat perkahwinan mereka.
Demikianlah
Allah SWT melakukan sesuatu mengkut iradat-Nya tanpa terikat dengan sebab dan
akibat, dan tidak juga terikat dengan kehendak atau kemahuan hamba-hamba Nya.
Allah itu Maha Berkuasa, Dia memberi jika dia suka dan tidak memberinya Dia
suka, mengikut kehendak Nya semata. Demikianlah
jugalah wanita boleh mengandung tanpa sebarang hubungan kelamin sebagaimana
diungkapkan di atas yang diangkat dari Kitab Suci al-Quran yang berlaku ke atas Maryam as yang melahirkan
puteranya Isa as.
Tegasnya semua perkara tertakluk kepada, kehendak atau kekuasaan Allah SWT. Tidak ada apa-apa yang berlaku tanpa iradat-Nya. Allah boleh mengadakan sesuatu atau menafikan sesuatu tanpa bergantung kepada undang-undang sebab dan akibat. Ia berkuasa memberikan sesuatu atau tidak memberikan sesuatu kepada manusia mengikut ketentuannya tanpa terpengaruh oleh sesiapa atau apa-apa pun, tanpa sebab dan akibat. Namun begitu, bukan semua perkara yang berlaku tanpa sebab dan akibat, malah sebaliknya, banyak perkara yang berlaku mengikut hukum sebab dan akibat, yang telah menjadi hukum alam semula jadi.
Umpamanya seseorang yang hendak menjaga jasmaninya supaya sentiasa kuat dan sihat, perlu menjaga kesihatannya, seperti makan minum, rehat dan kebersihan dan sebagainya. Adalah terlalu luar biasa, orang yang tidak menjaga kesihatan, makan minum, kebersihan dan lain-lainnya boleh hidup dengan kuat dan sihat. Itulah undang-udang sebab dan akibat Jika anda membawa kenderaan, katakan motorsikal atau kereta , untuk menjaga keselamatannya daripada hilang atau disaman pihak berkuasa anda mesti meletak kenderaan itu di tempat yang sewajarnya dengan sebaik-baikinya. Itu mengikut undang-udang sebab dan akibat, dan kalau ianya hilang juga dicuri penjahat, maka itulah takdir atau kehendak Allah yang membuat ketetapa-Nya tersendiri tanpa mengikut apa-apa peraturan ataun kebiasaan.
Malah untuk
memandu kenderaan pun anda peru belajar terlebih dahulu dan mempunyai lesen
memandu yang sah. Jika tidak anda mungkin tidak boleh memandu atau memandunya
tanpa mengikut peraturaan yang boleh menyebabkan berlakukannya kemalangan yang
boleh membawa maut, ataupun anda mungkin disaman oleh pihak berwajib kerana
memandu tanpa lesen Ituah ia undang-undang biasa sebab dan akibat. Seseorang
yang minum arak, dia akan mabuk arak. Dan kalau dia memandu dalam keadaan mabuk,
mungkin akan menyebabkan dia dalam kemalangan. Itulah undang-undang sebab dan
akibat. Demikian juga orang tidak akan mabuk arak, jika dia tidak mabuk arak, dan
menjadi satu kemustahilan orang yang mabuk arak tapi dia tidak minum arak.
Itulah undang-undang sebab dan akibat yang bukan semuanya tidak benar atau
kebohongan.
Demikianlah
seterusnya dalam perkara-perkara yang lain lagi.
Sekian untuk
renungan.
28 Febuari, 2019
Read more...