NASIB UMAT ISLAM DI ALBANIA
>> Wednesday, January 31, 2018
NASIB UMAT ISLAM DI ALBANIA
Albania sebuah negara kecil yang terletak di sebelah Timur Mediterranean. Keadaan muka buminya bergunung-ganang. Ia bersempadan dengan Greece, Serbia dan Macedonia, iaitu bekas Republik Yugoslav dan di sebalah Barat bersempadan dengan Laut Adriatik.
Nama sebenarynya Shqiperia yang bererti Tanah Air
Burung Helang.
Luasnya 28,748 km persegi [11,100 bp]. Ibu kotanya
Tirana [Tirane], dan bandar-bandar besar yang lain antaranya Durrie, Shkoder,
Elbason dan Vlore.
Penduduknya berjumlah seramai 3,420,000 orang [mengikut
anggaran menjelang tahun 1997] di mana ramai kaum pengugusi menetap di negara
itu. Sebahagian besar dari mereka beragama Islam, Ahli Sunnah Wal-Jamaah, dan
sedikit kaum ateis. Albania adalah satu-satu neagra di Eropah yang majoriti
penuduknya beragama Islam.
Tapi mengikut banci yang dilangsungkan pada tahun
2011 penduduknya berjumlah seramai 2,821, 977 orang, tapi pada tahun 2014
meningkat kembali kepada 5,020, 209 orang.
Iklmnya seperti di negara-negara di kawasan
Mediterranean, namun begitu hujan lebat turun pada musim sejuk, dan ribut petir
sering melandea pada musim panas di tanah-tanah datarnya. Sementara di kawasan
tanah tingginya cuacanya amatlah sejuk pada musim sejuk.
Ia mempunyai sejarah panjang yang berliku-liku. Ia
pernah diperintah oleh Italy antara tahun 1939 hingga 1943 dan pernah diperintah
oleh Jerman 1943 hingga 1944.
Selepas Perang Dunia II, Parti Komunis berjaya
memegang tampuk pemerintahan di Albania. Ia telah melakukan berbagai-bagai
tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Antara kekejaman yang mereka lakukan
ialah pembersihan bangsa, menindas hak awam, menindas hak berpolitik dan juga
hak untuk beragama.
Albania adalah sebuah negara Republik Sosialis.
Justeru semua tanah adalah milik negara, dan juga perusahaan atau perindustrian
dimiliki oleh negara, dengan hasil pengeluaran yang sedikit. Sumber utama
perindustrian ialah pemerosesan pengeluaran makanan, tekstil, penghasilan
minyak, simen, besi dan keluli.
Pada tahun 1945, Parti BuruhAlbania yang mendukung
fahaman komunis telah berjaya mengambilalih kuasa pemerintahan di Albania,
berikutan dengan kehacuran empayar Italo-Jerman.
Sebagai sebuah parti komunis yang anti-Tuhan, mereka
segera bertindak untuk menindas agama Islam dan umat Islam di Albania. Antara
langkah-langkah serta-merta yang mereka ambil untuk tujuan tersebut ialah
merampas harta-harta wakaf orang-orang Islam, sekolah-sekolah Islam diletakkan
di bawah kawalan negara dan ramai pula para alim ulama dipenjara dan dibunuh
dengan kejam oleh pemerintah yang anti-Islam.
Keadaan umat Islam menjadi bertambah buruk bila
Albania berpecah dengan Yugoslavia pada tahun 1946. Berbagai-bagai tindakan
telah diambil oleh pemerintah untuk menghalang perkembangan agama Islam.
Pada tahun 1949, umat Islam Albania yang terdiri
dari Ahli Sunnah Wal Jamah telah diperintah oleh komunis supaya mengeluarkan
satu peraturan “statut” untuk mendapat kelulusan regim komunis. Peraturan itu
mestilah mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka, kalau tidak, sudah tentu
regim komunis tidak akan meluluskannya.
Kemudian pada 11 November 1949, regim komunis telah
mengeluarkan perintah supaya semua badan agama mengangkat sumpah taat setia
kepada negara, dengan harapan para ulama Albania menyokong rejim komunis
Albania yang berkuasa.
Peraturan atau undang-undang itu membenarkan umat
Islam memilih pemimpin-pemimpin mereka sendiri, tapi perlantikkannya tertakluk
kepada Ketua Negara Albania, yang sekali gus berkuasa untuk menyingkirkan pemilihan
tersebut jika beliau tidak menyetujuinya.
Mufti Albania pula dituntut menyesuaikan diri dengan
apa yang dipanggil “tamadun modern”, iaitu istilah yang digunakan oleh
golongan-golongan Marxis untuk merujukkan kepada Soviet Union dan Blok Timur.
Mereka juga melarang pertubuhan-pertubuhan Islam menerima bantuan asing tanpa
mendapat kelulusan kerajaan Albania terlebih dahulu.
Menurut undang-undang regim komunis Albania waktu
itum masyarakat Islam di sesebuah kampung hanya boleh membina masjid yang
diperlukan oleh komuniti tersebut sahaja. Mana-mana masjid yang telah
ditinggalkan tidak boleh digunakan semula, dan mana-mana masjid yang telah
roboh tidak boleh digunakan kembali.
Undang-undang Albania juga menetapkan sembahayang
dan doa hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Albania. Ia juga melarang semua
penubuhan parti politik yang berasaskan agama, khususnya agama Islam. Peraturan
ini memberi peluang kepada regim komunis untuk memberkas orang-orang Islam atas
tuduhan-tuduhan bergiat dalam aktiviti-aktiviti politik Islam.
Namun begitu, regim komunis Albania pernah memperalatkan
ulama-ulama Islam untuk tujuan politiknya di luar negara, terutama di
negara-negara Islam untuk membuktikan regim Albania tidak menindas Islam dan
umat Islam. Komunis memang mengharap untuk menggunakan Albania sebagai tali
untuk mengikat umat Islam dan negara-negara Islam di seluruh dunia dengan
menyembunyikan fakta-fakta sebenrnya yang berlaku di negara komunis itu.
Pada tahun 1961 pehak komunis Albania yang
anti-Islam mengarahkan supaya tempat-tempat atau pusat-pusat ibadat atau
menjalan aktiviti-aktivit keagamaan ditutup. Rakyat Albania dari kalangan
apa-apa agama sekalipun dilarang bersembahayang.
Pada tahun 1967 pula regim komunis mengistiyarkan
Albania sebagai sebuah negara atheis yang pertama di dunia. Muzium atheis telah
didirikan di Shkodra dan berikut dengan itu sebanyak 2,169 buah masjid telah
ditutup. Malah lebih jauh lagi umat Islam dilarang untuk mendirikan ibadat
mereka, malah mereka dilarang untuk bersolat yang dianggap sebagai perbuatan
jenayah.dan boleh dijatuhkan hukuman.
Masjid-masjid telah mereka robohkan, ataupun ditukar
fungsinya untuk tujuan keduniaan, seperti dijadikan muzium. Semua pertubuhan
keagamaan dibubarkan.
Di samping itu regim komunis melarang penyebaran
agama. Orang-orang yang didapati bersalah menyebar agama boleh dijatuhkan
hukuman penjara selama 3 hingga 10 tahun. Sehubungan dengaan itu seseorang yang
berjalan di sesebuah lorong dengan memegang untaian buah tasbih di tangan boleh
diberkas oleh pehak berkuasa dan didakwa menyebar agama Islam.
Malah regim komunis berusaha menghapuskan semua
agama dengan jalan mencampuradukkan masyarakat berbeza-beza agama dalam
sesebuah perkampungan, seperti orang-orang Islam dengan orng-orang Kristian.
Kejatuhan Komunismen pada tahun 1991, rakyat Albania
telah bangkit memberontak. Berikut pada tahun1992 Parti Demokrat telah
memenangi pilihanrata Albania, dan pemimpin dilantik menjadi Presiden pertama
Albania.
Lewat tahun 1996, Albania telah dilanda oleh kemelut
ekonomi yang amat serius yang membangkitkan kemarahan rakyat, dan melancarkan pemberontakan
bersenjata di kalangan rakyat jelata yang tidak mampu diatasi oleh kerajaan
Albania, terutama di kawsan Selatan negara itu. Akibatnya pada bulan Mac 1997
Albania berada di jurang kehancuran dan sebahagian daripada pelarian bertindak
meningalkan negara itu.
Kerana bimbang, PBB telah campurtangan memulihkan
keamaan di Albania, dan pilihanrfaya diadakan pada tahun 1997 membawa Parti
Sosialis kembali berkuasa.
Namun, pada tahun 1998 kerajaan Albania memberi
kebebasan beragama kepada rakyatnya. Tapi tidak ada agama rasmi bagi Albania.
Bilangan umat Islam di Albania ialah 70 peratus,
Kristian Ortodoks Albania 20 peratus, dan selebihnya 10 peratus lagi bergama
Roman Katholik.
Tapi malangnya pristiwa-peristiwa yang berlaku di
masa-masa yang lalu, terutama dari segi politiknya amat kuat mempengaruhi
penduduk-penduduknya termasuk umat Islam. Pemerintahan komunis yang menindas
berlaku kejam terhadap umat Islam
menjadi salah satu faktor yang meninggalkan kesan yang amat buruk dan tidak
menggembirakan.
Pengamatan yang diadakan pada tahun 2010 mendedahkan
Albania adalah sebuah negara di dunia yang rakyatnya paling tidak beriman atau
beragama. Hanya seramai 39 peratus penduduk negara itu menganggap agama memain
yang penting dalam kehdiupan seharian mereka.
Sebahagian dari mereka hanya beragama pada namanya,
sedang dalam kehidupan seharian mereka tidak megamalkana agama atau kepercyaan
mereka, mereka pisahkan agama dari negara, malah ada pula yang menjadi atheis,
tidak bergama.
Sungguh malang sekali! Adakah pada suatu masa nanti
Islam akan berkubur di Albania.
Semoga tidak, dan semoga umat Islam bangkit kembali
menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan jiwa yang tnang dan iman yang
teguh perkasa.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumbih,
Kota BharuRead more...