DENDAM KUFAR TERHADAP ISLA,M TIDAK PERNAH SURUT

>> Sunday, December 31, 2017









DENDAM KUFFAR TERHADAP ISLAM TIDAK PERNAH SURUT,MALAH KIAN KENCANG



Walaupun zaman penjajahan Barat telah berakhir dan musnah, kerana hampir seluruh tanah jajahan di dunia telah mencapai kemerdekaan. Namun begitu, Barat memulakan penjajahan bentuk baru yang tidak kurang bahayanya menimpakan kemusnahan kepada umat manusia sejagat. Ia merupakan penjajahan dalam bentuk pemikiran  [al-ghazwulfikry]. Di samping itu fahaman komunis musuh tradisi Barat juga telah ranap. Justeru itu orang-orang Barat  yang kuffar mencari musuh baru sebagai gantinya untuk meneruskan perjuangan batil mereka.

Maka mereka pun sekali lagi memilih Islam dan umat Islam sebagai musuh mereka, iaitu menghidupkan semula permusuhan lama mereka serta mengambil tindakan membalas dendam. Maka itulah sebabnya mereka melayan seteru lama mereka, iaitu umat Islam kekal sebagai musuh mereka, dan membiarkan umat Islam di seluruh dunia hidup dalam penderitaan, malah berusaha untuk melumpuhkan umat Islam dan agama Islam, sebagaimana biasa mereka lakukan, khususnya sebagaimana Amerika Syarikat melakukannya ke atas negara-negara  Libya, Syria, Iraq dan Iran.

Malah Barat memperhebatkan lagi serangan terhadap Islam, kerana mereka merasa bimbang terhadap kebangkitan Islam di seantero dunia. Pengembalian umat Islam kepada Islam yang fundmental amat membimbangkan Barat, kerana mereka merasa bertambah terancam dengan meningakatnya kecenderungan cerdik pandai Barat memeluk agama Islam dan aktif dalam usaha dan tarbiah yang mereka lakukan.

Sebenarnya Barat atau musuh-musuh Islam tidak bimbangkan dengan Islam ritual, Islam tradisi atau Islam liberal dan berbagai-bagai label Islam lagi, tapi Barat merasa amat bimbang terhadap Islam yang bertindak untuk membedah kebekuan berfikir yang merantai umat Islam selama ini, membina semula tradisi ilmu, menghidupkan kekuatan sains dan teknologi dalam Islam yang begitu tinggi dan membangun umat Islam dengan kekuatan moral dan jihad ilmu yang tinggi. Ini yang menjadi sumber ketakutan mereka, justeru mereka berusaha lebih keras untuk melemahkan umat Islam.

Sedangkan Barat lebih mementingkan kebendaan, sekularisasi, di mana agama hanya dianggap sebagai peribadi, hak perseorangan yang tidak ada sangkut paut dengan pekerjaan, masyarakat dan bangsa, kerana itu walaupun mereka tinggi dalam ilmu dan tamadun tapi mereka tandus dengan moral.


 
Pandangan sekularisasi ini lahir daripada kesan negatif daripada Revolusi Perindustrian Britain yang berlangsung pada abad 18, di samping berjaya meningkatkan lagi teknologi dan meningkatkan hasil pengeluaran, tapi juga berjaya melahirkan sekularisasi. Kelahiran sekularisasi ini bererti pemikiran manusia dan masyarakat telah jauh berubah kepada satu imej yang mementingkan diri sendiri atau bersifat individualistik yang merangsangkan berlakunya kepincangan sosial, sebagaimana  masih berlangsungnya pada masyarakat dunia hari ini.

Andainya keadaan yang malang ini tidak terus berubah dalam masa terdekat, maka umat Islam akan terus hidup terumbang ambing di dalam kebimbangan yang tidak bertepi.

Ini mencetuskan pertarungan pemikiran antara KeIslaman dan nilai-nilai Barat yang memang telah sekian lama berlaku. Barat sebenarnya telah lama menyerang islam dengan tujuan untuk membaratkan islam. Serangan ini amat merbahaya, malah dalam segi-segi tertentu lebih merbahaya daripada serangan fizikal, kerana serangan fizikal kadang-kadang terhenti atau tamat, tapi pertarungan keruhanian seperti ini tidak pernah ditamatkan.

Orang-orang Barat, khususnya kaum orientalias mereka telah lama berusaha dengan sedaya upaya untuk menimbulkan berbagai-bagai kekeliruan dan melemahkan keimanan orang-orang Islam, terutama kaum belianya dalam semua jurusan. Daripada kalangan muda inilah mereka membentuk kaum intelek Islam, yang menerima pendidikan Barat yang mempunyai jiwa keIslaman yang amat tipis, malah tandus dan kering kontang. Berbagai pendapat yang negatif dan menyesatkan telah ditanam dalam minda muda-mudi Islam, baik dalam sistem pendidikan, sosial, ekonomi dan tidak kurang juga mengenai teori seks yang melampau yang menimpakan kerosakan kepada manusia.

Berbagai-bagai pendapat yang rekaan dan dusta dan mengarut telah dikemundangkan sebagai kebenaran walaupun bercanggah-ruah dengan Islam, maka dengan itu dapat mencetuskan keraguan di kalangan orang-orang Islam atau mencetuskan pertarungan sengit antara orang-orang Islam dan agama mereka sendiri yang sebenarnya sentiasa suci dan bersih yang datang dari Allah SWT sendiri. Umpamanya faktor-faktor sains yang pada hakikatnya sejajar dengan Islam telah diselewengkan sebegitu rupa untuk membuktikan pecanggahan dengan Islam. Ini menyebabkan pemikiran orang-orang ramai menjadi celaru dan mencetuskan keraguan dan kebencian terhadap Islam.

Lebih malang lagi, kerana orang-orang Barat, khususnya pemeluk-pemeluk agama Kristian tidak pernah mengenali Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Sedangkan budaya orang Kristian jauh bezanya dengan budaya orang Islam. Orang Barat mengenal Islam hanya dengan tudung atau jilbab, tidak lebih dari itu, jauh sekali daripada mengenali solat, puasa, zakat dan sebagainya orang-orang Islam.

Orang-orang Amerika pula tidak sukakan orang-orang lelaki Islam memakai kain sarung, sedangkan orang-orang Islam di Asia suka berkain sarung, kerana pada pandangan orang Amerika kain sarung adalah lambang wanita. Orang Amerika juga tidak suka melihat orang-orang Islam memakai kopiah atau songkok, kerana menganggapnya sebagai tahyul, sedangkan orang-orang Islam di Asia, suka memakai songkok dan kopiah.

Tegasnya kebencian orang-orang Barat terhadap Islam bukanlah baru, ianya telah lama ditanam dan bermula, dan bukannya pada 11. 9. 2002 bila bangunan World Trade Center di New York guggur menyembah bumi. Kemusnahan bangunan itu hanya menyemarakkan lagi kebencian Barat terhadap Islam yang telah  lama bermula itu.

Fahaman mereka yang jahat dan beracun itu telah disebar dengan meluas menerusi majalah-majalah dan buku-buku, termasuk buku-buku sekolah rendah, menengah dan uiversiti, dan juga untuk bacaan awam yang membanjiri gerai-grai pasaran dan rak-rak buku di perpustakaan-perpustakaan. Mereka juga menggunakanVCD dan filem-filem yang mengandungi racun-racun yang membunuh pemikiran dan jiwa umat Islam, tanpa disedari dan juga  disedari. Sejak kebelakangan ini pula penggunaan internet yang tanpa sempadan telah merupakan meddia yang berkesan untuk menyebarkan berbagai-bagai fahaman yang boleh merosakkan. Bahan-bahan yang berpaling berpengaruh ialah unsur-unsur cabul dan lucah yang telah berjaya menggoncang seluruh masyarakat Islam, terutama muda-mudinya dengan sikap seks bebas lepas yang telah berjaya menimbulkan aneka problem di kalangan masyarkat Islam untuk menuju kehancuran.









Allah berfirman dalam Kitab Suci al-Quran mengenai perkara, maksudnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti mereka. Katakanlah, “Sesunguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk [yang benar]. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka tidak lagi Allah menjadi pelindung dan penolong bagimu”.-al-Baqarah:120

Dalam ayat suci tersebut Allah memberi peringatan kepada kita umat Islam bahawa orang-orang kafir Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa puas hati dan rela selagi umat Islam tidak mengikut kehendak dan memeluk agama mereka.

Justeru itu apa yang berlaku ke atas umat Islam hari ini adalah merupakan rententenan sikap kebencian mereka terhadap Islam dan umat Islam yang telah wujud sejak sekian lama.

Kerana itu tidaklah hairan andainya mereka sentiasa memberi layanan yang buruk kepada Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat. Selain daripada menyakiti Nabi SAW dengan kata-kata dan perbuatan, mereka juga merancang dan membuat pakatan untuk membunuh Bagnda SAW. Orang-orang kafir telah bermesyuarat di Darul Nadwah membuat rancangan untuk membunuh Nabi SAW.

Ini diberitahu oleh Allah SWT menerusi firman Nya dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:
“Dan [ingatlah] ketika orang-orang kafir [Quraisy] memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu dan membunuhmu atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah mengaggalkan tipu daya itu. Dan Allah adalah sebaik-baik Pembalas tipu daya itu”. Al-Anfal:30

Di samping itu para sahabat juga bukan sedikit yang diseksa dan dibunuh oleh mereka.

Dengan kebencian terus berlanjutan hingga ke hari ini, dan mereka sebarkan kebencian itu menerusi berbagai-bagai propoganda.

Muhammad Abdul Hadi, seorang penulis Arab yang trkenal pernah menegaskan tentang perkara ini: “Akibat banjir dengan propoganda salib itu, Islam telah dipalitkan dengan berbagai-bagai pembohongan dan kekarutan, sehingga hakikat Islam yang sebenar telah terlindung kepada pandangan berpuluh-pulu milion umat manusia yang maju dan Islam dipandang mereka dengan sepi sahaja”.

“Demikian juga akibat banjir porpoganda ini telah menyebabkan orang ramai di negara Barat mempunyai anggapan yang penuh dengan prasangka jahat dan pandangan yang penuh rasa seteru dan curiga terhadap umat Muslimin. Justeru mereka sentiasa menujuk sikap menentang dalam sebarang masalah negara-negara Islam hingga sikap itu mempengaruhi politik luar negara kerajaan-kerajaan mereka bila berhadapan dengan bangsa-bangsa Islam”.

Dengan kejayaan Barat menguasai seluruh bumi Islam di Timur Tengah, di Asia Selatan dan di Timur Jauh itu mempermudahkan Barat untuk menjajah bukan sahaja dari segi sosial, ekonomi dan politik rakyatnya, tapi juga menjajah lebih teruk lagi, iaitu pemikiran dan jiwa bangsa-bangsa itu menyebabkan mereka menjadi bangsa pak turut yang telah kehilangan identiti dan jati diri mereka sebagaimana menimpa rakyat Turkey yang kehilangan segala-galanya.

Kemucaknya  pula Barat telah melancarkan tindakan penjajahan bentuk baru, iaitu projek globalisasi dengan menggunakan teknologi baru. Menurut rancangan globalisasi Barat cuba membaratkan dunia, khususnya negara-negara Islam yang mereka harap dapat mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Malah setelah tersungkurnya regim komunis, sikap Barat bertambah angkuh dan sombong, bertindak bermaharajalela di seluruh dunia. DI Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  mereka dengan sewenang-wenanngya menggunakan kuasa veto atau kuasa pembatal demi kepentingan diri mereka sendiri dan ego mereka sendiri, tanpa langsung mengira adab sopan dan bangsa yang cintakan kedamaian dan keharmonian hidup.  Mana-mana kuasa yang berani membantah kehendak mereka, maka mereka akan menghentamnya habis-habisan sebagaimana mereka lakukan terhadap Iraq. AS adalah jaguh yang sentiasa berusaha memperkcil, menempelak, memperbudakkan, dan mempermain-mainkan kuasa-kuasa kecil yang tidak sebulu dengannya dan supaya hancur dan lebur.

Sewajarnya umat Islam di seluruh dunia menilai kembali diri mereka, memeriksa diri mereka untuk mencari jalan bagi mengatasinya, dan menyusun strategi baru untuk mengangkat kembali diri dan mertabat mereka yang telah kecundang sekian lama akibat berbagai-bagai kelemahan yang berpunca dari diri mereka sendiri yang telah mengabaikan segala ajaran al-Quran dan al-Hadis yang begitu vital dalam kehidupan manusia di dunia dan akhirat dari sejak dulu hingga sekarang.

Dalam keadaan sebegitu rupa, sudah tentu ada orang-orang Islam sendiri akan bertanya, “Kenapakah Allah membiarkan hidup mereka menderita, kenapa Allah tidak menolong mereka, sedangkan mereka orang Islam dan dizalami oleh orang-orang kafir laknatullah.Bilakah lagi Allah hendak menolong orang-orang Islam di dunia ini”.

Tapi mereka ini lupa, Allah tidak pernah berjanji menolong dan membantu orang-orang Islam. Tegasnya menjadi Islam semata tidak merupakan tiket untuk mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah. Allah hanya memberi jaminan, Dia akan menolong dan mambantu, di dunia dan juga di akhirat orang-orang Islam yang bertakwa.

Kerana mereka hanya bersedia menerima Islam, tapi tidak bersedia menerima iman dan takwa, maka inilah menyebabkan umat Islam hari ini hidup menderita, tertindas, tertekan, terhina, diburu dan dibunuh di seantero dunia, baik di tanah air mereka sendiri, ataupun di luar tanah air oleh pemimpin-pemimpin bukan Islam yang selama-lamanya memusuhi Islam dan umat Islam.

Namun kenyataan al-Imam Hasan Al-Bana boleh dijadikan penawar hati kita umat Islam untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan hidup yang masih ada untuk merebut kembali kegemilangan yang telah lenyap dari milik kita umat Islam. Beliau antara lain pernah berkata memberi harapan, antaranya, “Kemenangan itu sedang menunggu di hadapan kita, walaupun tekanan semakin dasyat dan keras menghimpit kita, tapi iangatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pasti akan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan”.

Itulah sebabnya Kristian Barat tidak memberi prihatin dengan kejadian-kejadian negatif yang menimpa umat Islam jika ianya berpunca daripada orang-orang Barat atau Kristian sendiri. Mereka sanggup menutup mata, memekakkan telinga dengan kejadian-kejadian buruk yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Malah mereka membiarkan orang-orang Barat terus menganiya, membunuh dan menzalami orang-orang Islam. Demikianlah yang kita lihat apa yang pernah berlaku di Bosnia-Herzegonaa, di Palestin dan lain-lain tempat lagi.

Akibatnya hampir seluruh umat Islam di dunia telah lumpuh dan hidup serta tenggelam dalam pengaruh Barat yang telah berjaya meruntuhkan nilai-nilai kemurnian Islam yang tinggi dan mulia, tapi dipandang begitu hina dan keji oleh pemeluk-pemeluknya sendiri yang telah dicucuk matanya oleh barat yang memang berniat jahat.

Barat yang dijuarai oleh Amerika Syarikat terlalu rakus dan biadab dan buas terhadap dunia, khususnya dunia Islam dengan perbuatan-perbuatan mereka yang keji dan tidak berperikemanusiaan. Barat menyokong Yahudi yang telah merampas bumi Palestin dan mereka menjadikan Yahudi sebagai anak mas yang nakal dan ganas. Perompak-perompak Yahudi dibantu dan disokong, tapi warga Palestin yang berhak di bumi Palestin dibiarkan menderita kelaparan, kebuluran dan kemusnahan. Malah mereka diburu, dihalau dan dibunuh tanpa kasihan belas dari bumi mereka sendiri serta tanah air mereka dirampas dengan sewenang-wenangnya.

Demikianlah yang pernah berlaku di negara Bosnia, mereka biarkan rakyat Bosnia hidup menderita, dicincang dan dibunuh dengan kejam oleh kaum Serb yang jahat dan ganas tanpa mengambil sebarang tindakan, kerana menganggapnya perkara biasa, kerana rakyat Bosnia beragama Islam, dan mereka juga tidak dapat memberiapa-apa bantuan kepada Barat, maka Barat membiarkan mereka menderita kesakitan dan penuh penghinaan untuk sekian lama.

Demikian juga apa yang pernah berlaku di Somalia. Barat membiarkan rakyat dan negara itu lapar kebuluran tanpa bersedia menghulurkan sebarang bantuan walaupun waktu itu sudah ratusan jiwa yang terkorban kerana kebuluran, kerana mereka terdiri dari “anak-anak” yang tidak mampu memberi apa-apa sumbangan kepada Barat. Inilah bentuk demokrasi dan keadilan Barat yang diagung-agungkan selama ini.

Dari segi persenjataan moden, Barat dan Amerika Syarikat berlomba-lomba membuat senjata di darat, di laut dan di udara. Masing-masing ingin muncul sebagai jaguh persenjataan dunia. Namun begitu mereka tidak rela negara-negara lain, khususnya negara Islam untuk muncul sebagai kuasa yang memiliki senjata yang canggih. Mereka tidak mahu kuasa veto mereka dicabar. Itulah salah satu sebabnya, Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang dan  melanyak dan meratah negara-negara Islam kerana tuduhan memiliki senjata pemusnah, yang kemudiannya terbukti tidak benar sama sekali. Demikian juga mereka mengancam Iran kerana menuduh Iran berusaha untuk membina senjata nuklear, walaupun dinafi oleh Iran, dan demikian juga mereka mengancam Korea Utara yang terus berlarutan.

Kerana bimbang kemunculan negara-negara lain, khususnya negara-negara Islam sebagai pemilik senjata canggih, maka mereka pun memeteraikan perjanjian pengurangan senjata strategik  kedua [START].

Inialah usaha-usaha yang dilakukan oleh Barat kononnya memperjuangkan demokrasi untuk menghancurkan Islam yang dianggap sebagai musuh utama mereka dalam usaha untuk mengusai dunia.

MENGHINA ISLAM

Sesungguhnya dari sejak dahulu hingga sekarang, orang kafir yang benci dan menaruh dendam kesumat terhadap Islam itu amat aktif melancarkan penghinaan terhadap Islam, khususnya terhadap Baginda Rasulullah SAW sendiri yang menjadi Pesuruh Allah SWT menyampaikan agama Islam yang mulia itu.

Seperti yang telah diketahui, orang-orang kafir telah melakukan berbagai-bagai penghinaan terhadap Islam khususnya terhadap Rasulullah SAW. Pada tahun 2005 orang-orang kafir melukis dan manyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW. Episod ini berlaku pada 30 September 2005 bila akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam bentuk yang penuh dengan penghinaan.

Umat Islam membantah penyiaran karikatur itu dan menuntutnya supaya ditarik balik.

Penghinaan  begitu bukan berhenti setakat itu sahaja, tapi terus berlanjutan dari sejak dahulu hingga sekarang, malah di masa-masa akan datang yang tidak dapat dipastikan bila akan berakhir.

Kemudian pada tahun 2008 seorang Belanda bernama Keith Wilders telah membuat sebuah filem fitnah yang menghina Islam. Filem itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Ada di antara mereka telah berdemo, hingga melancarkan kempen memboikot barang-barang yang dihasilkan oleh Belanda. Malah ada suara-suara keras yang mencadangkan supaya Wilders dihukum bunuh.

Namun begitu ada pula segolongan umat Islam yang menentang pengambilan sebarang bentuk tindakan kekerasaan, kerana ia menggambarkan umat Islam manusia yang keras dan ganas. Lagipun secara langsung atau tidak langsung tindakan itu melibatkan mereka yang tidak bersalah atau berdosa dalam perbuatan manusia berhati busuk itu.

Memboikot barang-barang Belanda, menjejaskan kebanyakan mereka yang tidak ada kaitan langsung dengan Wilders, terutama pekerja-pekerja Muslim yang bekerja di syarikat-syarikat Belanda di Malaysia umpamanya. Tindakan itu juga mungkin melibatkan umat Islam yang tinggal di negara Belanda sendiri.

Justeru itu golongan kedua ini menyarankan supaya tidak bertindak kasar, kejam dan ganas terhadap musuh Islam, sebaliknya bertindak dengan tenang dan aman, dengan tindakan kebaikan untuk umat manusia di seluruh dunia. Kata mereka ini lebih baik daripada tindakan keras yang menyemai benih kebencian dan keganasan yang tidak wajar dilakukan oleh umat Islam yang agamanya mengajar keamanan dan kedamaian.

Tapi malangnya selepas itu musuh-musuh Islam itu menghasilkan pula sebuah filem cereka yang menghina kitab suci al-Quran. Filem ini berjodol Submission mengenai penderaan wanita dengan adegan wanita separuh bogel dengan ayat-ayat suci al-Quran tertera pada kulit badan mereka.

Pengarah Submission ialah Thea Van Gogh mati dibunuh di Amasterdam pada tahun 2004, sementara penulis skripnya Ayaan Hivsi Ali, seorang beragama Islam kini tinggal di Amerika Syarikat dengan dikawal ketat.

Akibat kerakusan Barat untuk menakluk dan menjajah dunia itu baik pada masa lampau atau sekarang menyebabkan seluruh dunia hidup dalam penderitaan, di mana keamanan yang sebenar sukar untuk dicapai, malah masih jauh untuk wujud menjadi kenyataan selagi manusia yang rakus seperti ini terus berkuasa dan menguasai, maka selama itulah keamanan dan kententeraman tidak akan menjelma, kerana mereka sendiri mengkhianati antara satu sama lain untuk memburu impian dan cita-cita jahat masing-masing, justeru dunia terus berdepan dengan ancaman-ancaman kebinasaan.

Negara-negara di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, Indonesia dan Filipina mendapat perhatian yang khusus daripada penjajah Barat, lebih-lebih lagi bila mereka menyedari daripada bumi inilah nanti akan bermulanya kebangkitan Islam dan bukannya di Timur Tengah seperti biasa. Justeru itu Kristian Eropah ternampak akan bahaya-bahaya gerakan Islam di Indonesia, Malaysia dan Filipina. Justeru itu mereka sanggup berbelanja berbilion-bilon dolar semata-mata untuk mempastikan kehancuaran gerakan Islam di negara-negara tersebut.

Barat telah mengatur strategi supaya pemimpin-pemimpin Indonesia menerima Islam, tapi menerima juga PANCASILA. Justeru itu kita kadang kala dapat melihat pemimpin-pemimpin Indonesia yang mengaku beragama Islam, tapi perbuatan dan percakapannya sudah tidak Islamik lagi, dan ini sudah tentu dapat membantut perkembangan Islam di negara tersebut.

Demikian jugalah atas dasar anti Islamlah Kristian Barat membantu bekas Presiden Filipina, Marcos memerangi orang-orang Islam Moro, sedangkan mendiang Marcos bukan seorang Kristian tulen, tapi maalaf Kristian.

Penjajah Barat juga berusaha keras menanam rasa lemah diri bangsa-bangsa yang dijajah bahawa mereka tidak akan memperolehi kemenangan tanpa penggunaan senjata material yang menimbulkan rasa putus rasa dan rasa hina diri di kalangan anak-anak jajahannya. Tapi saranan penjajah itu tidaklah benar, kerana sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan-kemenangan umat Islam di masa-masa yang lalu bukanlah semata-mata kerana mereka memiliki alat-alat kelengkapan perang yang canggih. Tapi faktor-faktor penting kepada kemenangan mereka dalam menghadapi musuh ialah kerana keimanan mereka yang benar terhadap Allah yang menjadi asas kepada setiap landasan perjuangan mereka.

Golongan-golongan yang mengangung-agungkan Barat ini mungkin pernah menerima pendidkan di Barat ataupun mengikut sistem pendidikan Barat yang mendewa-dewakan Barat dan mengecil-ngecilkan yang lain, termasuk diri mereka sendiri.

Pendek kata orang-orang pro Barat atau menyanjung Barat itu segala fikiran dan buah pendapat mereka seperti kaum Orientalis dan kaum Zionis yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam.

Kita yakin jika Islam yang berkuasa, dunia tidak akan menjadi kucar-kacir seperti hari ini, kerana Islam tidak mengamalkan dasar perbezaan warna kulit, pangkat, darjat, kedudukan, agama, bangsa dan keturunan. Dalam pandangan Islam semua manusia adalah sama dan mempunyai hak yang sama rata. Hanya yang membezakan antara seorang dengan seorang ialah sifat takwa mereka.

Allah berfirman dalam Kitab Suci al-Quran, Surah al-Hujurat, ayat 13, bemaksud:

Golongan-golongan yang mengangung-agungkan Barat ini mungkin pernah menerima pendidkan di Barat ataupun mengikut sistem pendidikan Barat yang mendewa-dewakan Barat dan mengecil-ngecilkan yang lain, termasuk diri mereka sendiri.

Pendek kata orang-orang pro Barat atau menyanjung Barat itu segala fikiran dan buah pendapat mereka seperti kaum Orientalis dan kaum Zionis yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam.

Kita yakin jika Islam yang berkuasa, dunia tidak akan menjadi kucar-kacir seperti hari ini, kerana Islam tidak mengamalkan dasar perbezaan warna kulit, pangkat, darjat, kedudukan, agama, bangsa dan keturunan. Dalam pandangan Islam semua manusia adalah sama dan mempunyai hak yang sama rata. Hanya yang membezakan antara seorang dengan seorang ialah sifat takwa mereka.

Allah berfirman,dalam Surah al Hujurat, ayat 13, maksudnya:
“Hai manusia! Sesungguhnya Kami mencipta kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kamu saling kenal mengenal sesama kamu. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan








Read more...

MITOS RAJA SALOR

>> Friday, December 22, 2017






MITOS TENTANG RAJA SALOR




                        Mohd Zain & Pak Su Husin [Kanan]

 RAJA SALOR



SALOR adalah sebuah daerah yang terletak dalam Jajajahan Kota Bharu, kira-kira 12 kilometer dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Pada masa lampau daerah ini diperintah oleh seorang raja yang tersendiri, yang didirikan dengan kebenaran dari Raja Negeri Kelantan yang telah sedia wujud dan bersemayam di Kota Bharu.

Tapi malangnya Raja Salor ini tidak lama wujudnya, kerana telah diserang oleh Raja Negeri Kelantan yang membunuh semua keluarganya. Menurut cerita tradisionak tempatan, perkara ini berlaku semata-mata berpunca dari fitnah.

Pada suatu masa Raja Salor mengadakan pesta secara besar-besaran, dan turut menjemput Raja Kelantan menghadiri majlis itu. Di majlis itu berlaku peristiwa yang menimbulkan fitnah, iaitu salah seorang putera Raja Salor yang tidak siuman yang suka bermain keris telah dengan tidak sengaja menggoriskan sedikit kulit putera Raja Kelantan, iaitu Long Sulung, Putera Sultan Muhmmad 11 yang memerintah dari tahun  1837-1886, yang berada di seblelahnya.

Peristiwa yang tidak disenghajakan ini telah dijadikan fitnah menuduh Raja Salor menderhaka kepada Sultan Muhammad 11. Baginda sangat marah, lalu memerintah supaya Raja Salor diserang dan dibunuh bersama-sama dengan keluarganya.

Raja Salor yang terakhir yang dikenakan hukuman bunuh itu ialah Tan Kuning.

Demikianlah berakhirnya pemerintahan Raja Salor, sebagai saksinya makam Raja Salor dan kubur-kubur beberapa orang  pahlawannya terhampar kaku berhampiran dengan makam itu untuk menjadi saksi sebuah sejarah hitam yang bermandikan darah.








Faris Zaini

Saya pernah menulis secebis catatan tentang sejarah Raja Salor ini dalam Blog saya, Pondok Rahmat tidak berapa lama dahulu. Jika anda ingin membacanya bukalah Blog Pondok Rahmat@gmail.com di bawah tajuk Kampung Salor Dalam Lipatan Sejarah.

Tidak lama kemudian ada seseorang menghubungi saya memberi maklumat yang berguna tentang keluarganya yang mengetahui kisah Raja Salor dan memberi nombor telefon kiranya saya ingin menghubungi mereka. Tapi malangnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak bekesempatan menghubungi mereka, dan sekarang nama dan alamt mereka semunya telah tidak dapat dikesan lagi dari simpanan saya. Alangkah baik jika saya dapat menghubungi mereka kembali.


Bagaimana Tulisan Ini Bermula

Pada hari Selasa, 5 Disember 2017 saya berkebetulan mengikuti anak Ahmad Fariz dan menantu Azaliza untuk menziarahi keluarga mereka di Kampung Selekoh Mat Rifin, Salor. Secara kebetulan di rumah tersebut saya bertemu dengan tuan rumah, Husin Mat Ali yang terkenal dengan panggilan Pak Su Husin, berusia 70 tahun.

Dalam perbualan sebentar di anjung rumahnya itu beliau telah menceritakan lintasan sejarah Raja Salor yang memang telah lama saya mencari tambahan kisanyanya. Beliau memang mengetahui kisah-kisah tradisonal seperti ini. Dan hasil perbualan itu saya lampirkan di sini untuk telitian para peminat, khususnya penduduk-penduduk tempatan, di kalangan genarasi muda yang mungkin terlepas pandang daripada menyedari sejarah kampung mereka sendiri

Semoga memberi manfaat jua.

Tok Kaya Hulubalang

Raja Salor mempunyai seorang pahlawan yang handalan, dan gagah berani yang dikenali dengan  panggilan Tok Kaya Hulubalang.

Mengikut Pak Su Husin,Tok Kaya Hulubalang ini pada masa kanak-kanaknya seorang yang nakal, suka mencuri telur ayam di rumah-rumah orang. Pada suatu hari, dia telah ditangkap oleh orang kampung dan diselam ke dalam air untuk menghukumnya.

Tapi seminggu kemudian, bila diperiksa, kerana semua orang menyangka dia telah mati, tapi sebenarnya dia masih hidup dan segar bugar seperti biasa.

Mengikut riwayat, dalam tengkuk Tok Kaya Hulubalang itu ada bulu atau rambut yang keluar setiap hari Selasa. Pada hari rambut dalam tengkuknyya itu keluar, dia menjadi terlalu ganas, maka kerana itu dia terpakasa dikurung demi keselamatan orang ramai.

Semasa angkatan Raja Kota Bharu menyerang Raja Salor itu Tok Kaya Hulubalang tidak ada di istana, tapi berada di negara Thailand, kerana dijemput oleh raja Siam di sana untuk membantunya berperang dengan musuh.

Kata Pak Su Husin, kalau Tok Kaya Hulubalang ini ada di isatana Salor ketika itu sudah tentu Raja Kota Bharu, tidak dapat menumpaskan Raja Salor.

Kenapa Diserang

Persoalan yang timbul ialah kenapa Raja Kota Bharu menyerang Raja Salor dan membunuhnya. Yang dibunuh itu bukan sahaja seorang Raja Salor, tapi seluruh keluarganya.

Seperti disebut di atas Raja Salor dituduh derhaka dan cuba membunuh anak Raja Kota Bharu. Sebenarnya kata Pak Su Husin, sebelum itu Raja Salor mengadakan pesta keramaian, dan Raja Kota Kbharu dijemput menghadarinya.

Raja Salor ini mempunyai seorang putera yang kurang siuman, dan ketika bersuka ria itu tiba-tiba keris yang berada di tangannya dengan tidak sengaja telah terkena putera Raja Kota Bharu, dan menggoriskan kulitnya sedikit.

Berdasarkan kejadian itu, anak Raja Salor difitnahkan cuba membunuh putera Raja Kota Bharu. Itulah puncanya Raja Kota Bharu menyerang Raja Salor dan membunuh seluruh keluarganya.

Walau bagaimanapun mengikut riwayat mulut ada seorang kanak-kanak perempuan yang terlepas dari tindakan kejam dan berjaya meluluskan diri.

Ada sumber tradisi mengatakan beliau melarikan diri ke Thailand, tapi menurut sumber Pak Su Husin, kanak-kanak itu melarikan diri dan bersembunyi di Bachok.


Keris

Beliau pernah melihat malah memegang sebilah keris berwarna hijau kepunyaan Raja Salor yang terdapat pada salah seorang warga Cina yang pernah bekerja di Istana Raja Salor.. Katanya, “Saya pernah melihat dan memegang keris itu yang berwarna hijau. Rupanya sangat cantik, di dalamnya macam ada air menitis. Baunya semerbak mewangi, bila saya menarik keluar keris itu dari sarungnya, setelah meminta kebenarannya terlebih dahulu”.

Beliau percaya, keris itu masih ada, pada keluarga tersebut, jika tidak dijualkannya.

Tongkat

Mengikut Pak Su Husin Raja Salor juga ada meninggalkan sebatang tongkat yang tidak dapat dipastikan daripada apa tongkat itu diperbuat. Katanya ia bukan kayu, bukan plastik dan bukan pula besi.

“Kepala tomgkat itu pula boleh diputar atau di pusing-pusingkan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri tapi tidak akan tercabut”.

Beliau pernah memimjam tongkat itu daripada kawannya seorang Tionghoa yang neneknya pernah bekerja dengan Raja Salor. Malah tongkat itu hampir sepanjang masa berada padanya.

“Tapi pada suatu ketika saya tidak nampak lagi  tongkat itu di rumah saya. Bila saya tanya keluarga, di mana tongkat itu, saya diberitahu tongkat itu telah patah dua, ketika digunakan untuk mencongkil sesuatu benda, dan yang tinggal bahagian kepala tongkat sahaja. Kemudiannya kepala tongkat itupun turut hilang. Sayang sungguh”, katanya Pak Su Husin.

Di samping itu beliau juga pernah melihat beberapa batang lembing kepunyaan Raja Salor yang ditunjukkan oleh keluarga Cina itu kepadanya.

Katanya tidaklah diketahui adakah lembing-lembing itu masih ada atau sudah tidak ada lagi sekarang.

Minta Nombor Ekor

Katanya pada masa dulu, ramai orang berkunjung ke makam Raja Salor itu untuk tujuan yang tidak wajar, iaitu meminta nombor ekor. Pada satu ketika dulu di sekitar Kg. Salor brlegar sejenis perjudian yang dipanggil “cap jeki” yang menggunakan angka-angka untuk menang. Untuk mendapat nombor-nombor ekor itu para peminat akan berkumpul di makam itu dan membuat pemujaan yang tertentu untuk diturunkan nombor-nombor yang dikatakan akan memenangi perjudian. 

Tidaklah dapat dipastikan adakah nombor-nombor yang mereka perolehi itu memberi kemenangan kepada mereka.

Tapi sejak kebelakangan ini, tidak ada lagi mereka yang berkunjung ke makam itu untuk mendapat nombor kerana perjudian “cap jeki” telah lama berkubur.

Bukan Untuk Orang Bukan Islam

Di sekitar tanah perkuburan itu juga pada masa yang lalu pernah diadakan “perarakan tok kong” oleh orang-orang Cina yang tinggal di sekitar. Biasa setiap setahun sekali orang-orang Cina di kampung sekitar akan kmengadakan perarakan tok kong mereka, kemudian diikuti dengan persembahan hiburan Menora Siam. Yang ramai menonton Menora yang diadakan selama beberapa hari ialah orang-orang Melayu.

Tapi pada suatu masa yang tidak lama kemudian perarakan tok kong di kawasan  perkuburan itu terpaksa dihentikan, kerana ketua kaum Cina itu mendapt mimpi yang bermaksud, tanah perkubunran itu tanah perkuburan orang Islam, maka tidak patut orang-orang Cina mengadakan perarakan tok kong mereka di situ. Maka dengan itu perarakan tok kong itu segera dipindahkan berhampiran dengan Sungai Kelantan.

Berhubung dengan perkara, kata Pak Su Husin ada seorang wanita Cina yang tidak mengindahkan larangan itu, lalu mengadakan pemujaan di makan itu untuk meminta nombor ekor. Sedang dia melakukan permujaan itu dia ternampak pancaran api jatuh ke atas rumahnya yang tidak jauh dari situ.

Akibatnya, dia telah menjadi gila, dan kemudiannya mati dengan kegilaannya itu.

Harta Karung

Bila menyedari Raja Kota Bharu menghantar angkatan perang untuk menyerang, dan merasa kekuataannya tidak mampu untuk bertahan, Raja Salor  dikatakan menyorokkkan segala harta bendanya yang berharga.

Dikatakan beliau telah menyembunyikan ke dalam telaga dalam kawasan istana. Dalam istana itu mempunyai tiga buah telaga, sebuh daripadanya terletak agak jauh dari bangunan istana untuk kegunaan puteri-puteri raja semata. Dua telaga lagi untuk kegunaan kaum lelaki.

Pada masa lalu ramai orang datang dari masa ke masa memburu harta karung itu. Mereka menetap di tanah perkuburan selama beberapa malam membuat upacara-upacara tertentu untuk memanggil harta itu.

Kata Pak Su Husin, beliau masih ingat lagi, ada satu rombongan seramai sepuluh orang yang datang dari Bachok untuk mencari harta yang tersembunyi itu. Mereka menetap di situ selama beberapa hari.

Tapi pada akhirnya, seperti mereka yang datang terdulu juga tidak mendapat harta yang mereka cari itu. Mereka pulang dengan tangan kosong.

Walau bagaimana pun, Pak Su Husin menegaskan, “Harta itu memang ada di dalam kawasan istana. Jika telaga-telaga itu ditemui kemungkin besar harta itu akan ditemui".

Pak Cu Ong

Daripada keluarga Cina yang pernah bekerja dengan Raja Salor ada seorang Cina yang terkenal dengan nama Pak Cu Ong. Saya pun masih teringat-ingat nama disebut orang ketika saya kanak-kanak dulu.

Menurut Pak Su Husin, Pak Cu Ong ini seorang bomoh yang pandai untuk merawat berbagai-bagai jenis penyakit. Katanya, Pak Cu Ong seorang bomoh patah yang termasyur.

Beliau sendiri katanya mempunyai pengalaman berubat dengan Pak Cu Ong, untuk merawat siku sendinya yang terkeliher atau tercabut naik arah ke atas lengannya. Alhamdulillah, sendinya yang tercabut itu dapat dimasukkan semula, jelas beliau sambil menunjukkan sendinya yang pernah tercabut it.

Katanya Pak Cu Ong, ini dia berguru dengan tok bomoh Melayu, bersama-sama dengan dua orang lagi yang juga terkenal sebagai bomoh, iaitu Tok Samad Salor, Tok Ayah [Pendek], dan seorang lagi Awang Gagah. Tok Samad ini ayah kepada Alahyarham Cik Gu Ghani dan Hussin, yang memang terkenal ketika saya kanak-kanak dulu.

Pada masa dahulu Kampung Salor memang mempunyai ramai bomoh-bomoh yang terkenal. Selain dari tiga orang yang disebut di atas, iaitu Tok Samad Salor, Tok Ayah [Pendek], Tok Awang Gagah, dan Pak Chu Ong, kemudian ada lagi beberapa orang yang mewarisinya, antaranya Mat Said, Saleh Hj. Muhammad [Pak Chu Leh Tok Bomoh], Tok Daud, Ayah kepada Yahya yang saya masih lupa namanya, Tok Minah, bomoh resedung dan sakit mata, dan lain-lain lagi.

Sahabat Pak Su Husin

Antara salah seorang sahabat baik beliau orang Cina yang keturunan daripada pekerja di istana Raja Salor. Sahabatnya itu kawan persekolahan dengan beliau di Sekolah Menegah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan.

Sehabis bersekolah sahabatnya itu berhijrah ke Phenon Pheng, Vietnam dengan menaiki kreta api melalui Thailand selama dua hari. Masa itu dia bekerja sebagai penterjemah di Lapangan Terbang Pehon Pheng.

Sahabatnya itu pernah mengutus sepucuk surat kepadanya menjemput dia pergi ke sana jika ingin bekerja bersama dengannya. Tempat tinggal boleh tinggal bersama dengannya.

Masa itu dia masih belum bekerja, dan memang terlintas dalam fikirannya untuk mengikuti jejak kawannya itu. Tapi dihalang oleh ayahnya dan menasihatinya supaya mencari apa-apa kerja di tempat sendiri.

Sejak itu hubungannya dengan sahabatnya itu terputus, dan tidak lagi kabar berita darinya.

Namun begitu, kalau saya tidak terkeliru dia ada mempunyai seorang saudara yang pernah bekerja sebagai pemandu kepada seorang doktor swasta di Kota Bharu. Tapi buat masa kini Pak Su Husin tidak pasti lagi di mana  lelaki itu berada.

Kawasan Istana

Menurut Pak Su Husin tanah milik Raja Salor di mana istananya terletak seluas 18 ekar. Kemudian tanah itu entah bagaimana dimilik oleh kerabat-kerabat Di Raja Kelantan. Sekarang tanah itu terbiar, tanpa terurus, penuh semak samun.

Beliau pernah berunding dengan salah seorang anggota kerabat Di Raja itu untuk menyewa tanah tersebut, dan untuk memelihara ayam, dan juga membuat ladang pertanian. Beliau sanggup membayar sewanya setiap bulan. Seorang dari mereka yang datang dari Kuala Lumpur dan berunding dengannya memang bersetuju dengan rancangannya itu. Tapi sayang keluargaynta yang lain tidak merestuinya. Maka rancangan itu tidak dapat dilaksanakan dan tanah itu terus tinggal terbiar hingga sekarang.

Pada masa dulu kayu-kayu sisa binaan istana itu masih boleh ditemui, tapi sejak kebelakangan ini tidaklah diketahui lagi.

Selamat membaca. Salam hormat dari saya,



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.






Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP