YOU ARE ON A WONDERFUL ISLAND, BE CAREFUL

>> Thursday, November 23, 2017







YOU ARE ON A WONDERFUL ISLAND BE CAREFUL



You are at a harbor. There are very crowded people of many races and speak so many difference kinds of language, some are familiar to you, but mostly unfamiliar to you. There are thousands of empty boats on the sea. For every person freely can take any boat according to their choice. But only one boat for a person. All the boats are the same in size and no accommodation are given. Nothing is supply to any one for their accommodation although they all   have to board the boats and sail to some unknown place. 





Nobody knows how and where is the place. There are so many people have gone there before yet nobody come back to tell about the place.

You are told that no too far from the harbor there is a big island that everybody are advice to  stop there and take their provision for their use on their journey and when they arrive at the place they have to go.

All the people are advice to be very careful, because the island is not permanent. The time is short. When the accurate time comes, the island will submerge or explode to ashes piece by piece. Everything on the island will be destroyed, and nothing will be there. All living things, including human beings will be parish. 

You have only a short of time to stay there. You have to be very quick in your actions, either wise you will perish with the island when the permanent time has come. There is no time to loose. There is no slack. You must immediately search for your supply as ordered to you. You have to be very careful to select the provisions that will be benefit to you on your journey to the unknown place, and when you arrive there.

There is no time for you to be stupid. There is no time for you to play with the slack amusement. You have to be very cautious in the island because there are plenty amazement that will attract you to snatch your short and very useful time you have.

After you finished collect all the necessary things that you think very useful, you have to left the island and go to your boat to continue you journey to the unknown place. You will know your destiny good or bad, gain or loss at at the new place. There is  very important place becauseyou and all the people will live forever forever. You are advice not to waste your times on any things that trivial to you.

Many people ignored the advice and spent most or all their times in playing and collect unnecessary things to complete their important journey. These people collect stones and sands which they believe are benefit to them on the way and at the new places. In fact some of them happily still on the beautiful island when the times comes for them to left the island and take their boat to continue their journey. So when the island is submerge in the sea all of them are vanish and parish without trace.

To the people who are careless and give only important to what are they like in the island shall be very regretful and sad because every things they carry with them are not useful at all. They are all rubbish and do not has any price at all. But at that time their regretful is did not useful at all. They have given enough time for them to make preparation on their journey and when they arrive at the unknown destination.

That is a short story of your life, or to everyone who live in this world. To live in this world you must be very cautious and very careful so that you can live happily in the next world. The world is only for the cautious people.

You are created by Allah with two things, there are physical and soul. Soul does not like physical, you can’t see it with you naked eye. Your physical is not permanent and will parish when the exact time come, but your soul live forever, after you past away at any times.

The world is only temporarily and like a ground for playing before you die.

So don’t waste your time given to you by Allah. Use it carefully and usefully for the time to come that is no one   could escape from it. That is death.

To end this short story I would like to quote some holy saying of Prophet Muhammad [PUBH] for us to ponder about this transient world.

*”The worldly comfort are not for me, I am like a traveler, who take a rest under a tree in the shade and then goes on his ways”.

*”Hellfire complained to its Lord saying, “ My Lord ! My different parts eat up each other.”So, He allowed it to take two breaths, one in winter and the other in summer, and this is the reason for the severe heat and bitter cold you experience”.


*The best richness is the richness of the soul”.


Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.






Read more...

ALGERIA DENGAN ISLAM DAN UMAT ISLAMNYA

>> Tuesday, November 14, 2017








ALGERIA DENGAN ISLAM DAN UMAT ISLAMNYA      
                       
[Kaum wanita Algeria diharam memakai hijab dan kaum lelaki diharam menyimpan janggut yang dianggap sebagai simbol anti kerajaan yang memerintah.]
                                ****************





ALGERIA atau Aljazair dalam bahasa Arabnya terletak di rantau Afrika Utara, sebuah negara yang selalu bergolak, dilanda oleh krisis politik yang berpanjangan. Keadaan ini mencetuskan kebimbangan dunia, terutama negara negara di sekitar dengannya, seperti Mesir, Tunisia dan Moroco.

Secara spesifiknya, Algeria terletak di Barat Laut Afrika dengan pantainya memanjang sepanjang Laut Mediterranean, di sebelah Utaranya Tunisia, di Timur Lautnya Libya, di sebelah Timur Niger, di sebelah Tenggara Mali dan di sebelah Baratnya  Mauritania di sebelah Barat Laut dan di sebelah Baratnya Maghrib.

Ianya sebuah negara republik, iaitu Republik Demokratik Rakyat Algeria [Al Jumhjuriyah al Jaza’iriyah ad Dimurqrtick as Sha’biyah]. Ia ditubuhkan pada 5 Julai 1962, dengan penduduk seramai 32,930, 09[35] orang pada tahun 2005.

Secebis dari perjalanan sejarahnya. 

Dalam pilihanraya pada bulan Januari 1992, FIS  singkatan daripada Front Islamque du Salut atau Jabha al Islamiyah li al Inqdah telah berjaya meraih kemenangan. Tapi keputusan pilihanraya itu telah dibatalkan  oleh pehak tentera yang sekular dengan alasan kedudukan dan keselamtan negara Algeria akan terguggat bila pemerintahan Islam dilaksanakan di negara itu. Malah lebih jauh pehak tentera yang sekular itu telah mengharamkan FIS.

Akibatnya tindakan tentera itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Algeria, lalu mereka bangkit melancarkan pemberontakan kerana didorong oleh kebangkitan Islam [sahwah Islamiah]. Pemberontakan ini telah mengundang campurtangan negara negara Barat, terutama Perancis, bekas penjajahnya. Kepada Barat pejuang pejuang Islam itu dicap sebagai “fundamentalis” yang menjadi ancaman kepada keselamtan dunia, terutama selepas tersungkurnya empayar imperalis komunis Russia.

Dari segi sejarah, pada mulanya Algeria merupakan sebahagian daripada wailayah Turki Uthmaniyah, tapi kemudiannya ditakluk dan dijajah oleh Perancis pada tahun 1830 bila Empayar Turki Uthmaniyah jatuh tersungkur.  Namun selepas merengkok di bawah tapak kaki penjajahan Perancis selama 132 tahun, Algeria mencapai kemerdekaan pada tahun 1962.



                                                    Hawri Boumediieme


Kemerdekaan yang dicapai menerusi perjuangan revolusi berdarah selama lapan tahun yang menelan korban yang begitu banyak. Perancis berundur dari Algeria pada tahun 1962, akibatnya ribuan penyokong penyokong Perancis melarikan diri ke Perancis.

Barisan Pembebasan Algeria [BPKA]  memain peranan yang penting alam perjuangan revolusi itu. Mulai tahun 1954 mereka melancarkan serangan serangan gerila.

Semasa dalam penjajahan Perancis, Perancis menggalakan penduduk penduduk negara luar berhijrah ke Algeria untuk membuka ladang ladang pertanian dan memberi taraf kewarganegaraan kepada mereka. Ramai dari mereka datang dari Perancis, Itali, Sepanyol dan Milta. Tapi kepada penduduk asli Islam yang majoriti tidak diberikan taraf kewarganegaraaan.

Bila penjajah Perancis menyerah tewas, dan Algeria muncul sebagai negara merdeka, Ahmad Ben Bella, iaitu pemimpin nombor satu BPKA telah dilantik menjadi Presidennya yang pertama. Beliau adalah seorang tokoh yang radikal yang pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Perncis dalam zaman Perang Dunia Kedua. Orang orang Islam banyak memberi sumbangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan itu. Dalam Perang Saudara kira kira seramai 100,000 jiwa rakyat Algeria terkorban.

Tapi Presiden Ben Bella telah menjadikan Algeria sebuah negara sekular, kerana menerima desakan daripada penjajah Perancis dalam perundingan akhir menuntut kemerdekaan dengan FLNC [Fronft de Liberation Nationale atau Barisan Pembebasan Kebangsaan]. Justeru Ben Bella telah mendapat dokongan yang kuat daripada pehak tentera dan kalangan elit sekular. Dalam melaksanakan sosialisme sekular, peranan Islam telah disempitkan dan dimanipulasikan oleh mereka yang berkepentingan. Ben Bella juga menjadi tambah autokratik.

Namun begitu, dalam kongress pertama FLN pada tahun 1962 para delegasi menuntut dasar sosialis yang dijalankan oleh kerajaan Algeria itu dikendurkan keradikalannya dan lebih berpandu kepada prinsip prinsip Islam. Justeru itu Ben Bella lebih cenderung kepada fahaman Marxisme atau “sosialisme saintifik”. Akibatnya sokongan FLN dan rakyat Algeris terhadapnya menjadi merosot.

Akhirnya pada bulan Jun 1965 Ben Bella telah digulingkan oleh Kolonel Hawari Boumediieme, Menteri Pertahanan dalam kabinetnya sendiri. Tapi Boumediieme juga mengamalkan sosialisem dalam sistem pemerintahannya, dan menjalankan dasar anti penjajah. Beliau seperti Ben Bella juga mengamalkan sistem satu parti, iaitu parti FLN. Di samping itu beliau bertindak melemahkan Islam, antaranya dengan menindas dan mengambil tindakan terhadap pejuang pejuang dan pembela pembela Islam.

Beliau juga telah bertindak mengharamkan al Qiyam, iaitu sebuah pertubuhan Islam yang berjuang supaya kerajaan Algeria mempertingkatkan peranan Islam di negara itu. Antara tokoh tokoh Islam yang berada di belakang Al Qiyam termasuklah seorang tokoh yang terkenal, iatu Malik Ben Nabi.

Namun begitu Hawari Boumedieme telah bertindak menyerap idea idea dan retorika pertubuhan Al Qiyam di dalam pentadbirannya di samping memanipulasikan Islam untuk mengekalkan kuasanya sendiri.

Bila Boumedieme meninggal dunia pada tahun 1978, tempatnya telah diganti oleh Kol Chadh [Shadli] Benjedid. Beliau meneruskan dasar pemerintahan yang ditinggalkan oleh Boumedieme di mana Algeria sebuah negara sosilais.

Koloner C Benjedid mendapat penentangan hebat daripada kumpulan sayap kiri dan fundementalis Islam. Justeru itu pada awal tahun 1980 pelajar pelajar golongan fundementalis telah melancarkan demonstrasi.

Angin kebangkitan Islam telah bermula secara perlahan lahan sekitar tahun 1978. Ia bermula sebagai kumpulan usrah yang bergiat di masjid masjid, khususnya di pusat bandar seperti Algeirs, Wahran [Oran], Sidi Bel Abbes, Loghouat dan sebagainya. Di dalam masjid mereka bebas berbincang berbagai isu, termasuk cara hidup dalam sesebuah negara Islam, soal ekonomi dan berbagai berbagai problam yang dihadapi oleh Algeria.

Mereka menggunakan karya karya ulama baru dan lama sebagai bahan usrah mereka. Antara tokoh tokoh besar klasik yang menjadi sumber rujukan mereka termsuklah Ibnu Taimiyah, Ibn al Qayyin al Jawiyyah, Iman al Ghazali dan Imam an Nawawi. Tokoh tokoh semasa pula antaranya Syeikh Muhammad al Ghazali, Yusuf Qardhawi, Syeikh Kishk, Sha’wi, Hasan al Bana, Sayyid Qutb dan Said Hawwa. Juga karya karya terjemahan  buah tangan Abdul A’la Maududi, Ahmed Deedat dan Ahmad Asad. Dan seorang lagi tokoh tempatan yang terkenal ialah Malik Ben Nabi [1905 1973]. Selain daripada menggunakan kitab kitab mereka, juga menggunakan kaset kaset untuk menyampai dakwah mereka.

Kira kira dua tahun gerakan tarbiyah seperti itu dilancarkan, maka tercetuslah konfrontasi antara kumpulan Islam dan pehak sekular di Algeria. Pada 19 Mac 1981, kumpulan Islam itu telah memusnahkan sebuah kedai menjual arak di Qued. Pada 28 September 1981 aktivitis Islam itu cuba mengambilalih sebuah masjid yang menyebabkan seorang anggota polis telah terbunuh.  Mereka juga menyeru supaya dilancarkan jihad kerana seorang pemimpin mereka yang berpengaruh, Sa’id Sayah, seorang professor sains telah ditangkap. Pada bulan November 1982 telah meletus kekacauan di Universiti Algiers, iaitu selepas meletusnya mogok besar yang kedua yang dipimpin oleh Syeikh ‘Abbasi Madeni.

Pemberontakan itu mudah meletus kerana keadaan ekonomi Algeria yang selesa pada tahun 1970an telah bertukar menjadi gawat mulai awal tahun 1980an berpunca dari kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia. Akibatnya Algeria mengalami krisis ekonomi dan sosial yang paling buruk sejak merdeka. Justeru berlakulah pemgokkan para pekerja, kekacauan di jalan raya dan demonstrsi yang sukar untuk dikawal.

Pemimpin pemimpin parti kerajaan Parti FLN yang mendapat sokongan tentera bersikap kuku besi dan menindas rakyat.  Akibatnya rakyat menjadi kecewa dan tidak lagi berminat untuk menyokong parti pemerintah FLN, dan berharap berlakunya perubahan yang akan memberi kemajuan  yang lebih kepada mereka.

Keadaan dunia luar, baik suasana dalam negara negara Islam sendiri atau di luar negara bukan Islam menimpa pengaruh yang bukan kecil terhadap pergolakan di Algeria.  Kita ungkap kata kata Prof. Madya Dr. Fadhullah Jamil yang menyuarakan pendapatnya seperti berikut:”Pada lewaat 1970an, dunia Islam sendiri sedang dilanda satu perubahan, yakni berlakunya kebangkitan Islam fenomena ini ditandai oleh beberapa perkembangan seperti munculnya perasaan cinta terhdap sistem hidup Islam sebagai al Din, kehadiran di masjid masjid secara meluas, seruan supaya Islam didaulatkan, kritikan dan penolakan terhadap sistem sekluar Barat, menutup aurat bagi wanita dan sebagainya”.

Di Algeria sendiri, hal ini lebih ketara, terutamanya di kalangan para belia. Golongan ini merasakan bahawa ideologi sekular yang ditonjolkan oleh pehak berkuasa Algeria tidak mempunyai apa apa pengertian lagi, dan ia hanya berperanan untuk mengukuhkan kuasa segelinter manusia ke atas rakyat. Perasaan ini hanya menunggu masa sahaja untuk bertukar menjadi suatu kebangkitan agama yang mampu mengubah masyarakat Algeria.

Di samping itu peristiwa peristiwa yang berlaku di negara negara Islam dan bukan Islam, seperti kejayaan Revolusi Iran 1979, kekejaman dan kezaliman yang berlarutan yang dilakukan ke atas umat Palestin, kegagalan sistem sekular Barat untuk memberi keadilan kepada umat Islam, dan kemewahan hidup yang dinikmati oleh umat Islam di sesetengah negara Islam kerana pendapatan dan hasil minyak telah berjaya mencetuskan keresahan di kalangan rakyat Algeria untuk bangkit memberonak.

Negara komunis Russia juga mengalami perubahan pesat bila Mikhail Gorbechev berjaya menjadi Setiaussaha Agong Parti Komunis yang menekan kepentingan prinsip prinsip demokrasi, kebaikan sistem penswastaan dan memperkukuhkan sistem ekonomi dengan mengutamakan sisem pemasaran.

Di samping itu kehancuran pemerintahan kuku besi di negara negara Dunia Ketiga, kejatuhan empayar komunis di Eropah Timur, menurunnya harga minyak dan bahan bahan mentah utama dunia juga telah mempengaruhi perkembangan politik di Algeria.


Semua itu mendorong umat Islam Algeria menolak sistem diktator dan sekular Barat dan kembali kepada Islam sebagai al Din dalam kehidupan.

Akibatnya tercetuslah berbagai bagai konflik dan kekacauan di Algeria. Puncaknya pada bulan Oktover 1988 telah meletus pertumpahan darah yang getir yang menelan banyak korban nyawa dan harta benda.

Keadaan dalam negara Algeria berlaku “cakap tidak serupa bikin”. Pemimpin Algeria menyeru supaya Dunia Ketiga mengembeling tenaga menentang penindasan dalam sistem politik dan sekonomi dunia, tapi perkara seperti itulah yang berlaku di Algeria. Slogan slogan yang mereka laung laungkan berbeza dengan apa yang mereka laksanakan. Keadaan ini merancakkan lagi pemberontakan di Algeria.

Untuk memulihkan kemelot tersebut, Benjedid telah bertindak melakukan pembaharuan yang belum pernah dilihat oleh Algeria sejak mencapai kemerdekaan. Beliau bertindak memulihkan demokrasi. Justeru itu parti FLN secara resmi telah diasingkan dari negara dan monopolinya dalam politik Algeria telah dihapuskan. Pehak tentera pula dilarang memain peranan secara langsung dalam parti dan politik.

Selepas Benjadid dilantik semula sebagai presiden untuk penggal ketiga pada bulan Disember 1988, beliau telah menjalankan dasar terbuka di Algeria. Pada 23hb. Febuari 1989, Algeria telah memperkenalkan sebuah perlembagaan baru yang dipersetujui oleh rakyatnya melalui pungutan suara. Intipati perlembagaan baru itu menolak sosialisem, menjamin kebebasan bersuara, hak berorganisasi dan kebebasan bercampur gaul di kalangan rakyat tanpa sebarang sekatan. Ia juga memberi hak kepada rakyat untuk menyertai kesatuan kerja, mengambil tindakan mogok dan mendirikan pertubuhan pertubuhan politik yang telah berjaya melahirkan berbagai bagai parti politik di Algeria.

Justeru kira kira sembilan bulan kemudian, hampir 30 buah parti politik telah muncul di persada Algeria, dan dua daripada parti parti itu  ialah FIS dan sebuah lagi Parti Komunis [Parti de I’Avant Garde Socialiste]. Dalam pilihanraya peringkat tempatan yang dilangsungkan pada bulan Jun 1990 dan pilihanraya kebangsaan peringkat pertama pada 26 Disember 1991, FIS telah mencapai kemenangan yang gemilang. Sebaliknya Parti FLN pimpinan Benjadid telah tewas teruk dalam pilihanraya tersebut.

Pada 11 Januari 1992, Benjadid telah meletak jawatan kerana merasa partinya FLN tidak ada harapan lagi untuk menang. Ini menyebabkan Algeria berada dalam keadaan yang tidak menentu. Dua hari kemudian, Menteri Pertahanan Algeria mengistiyarkan pembatalan pilihanraya pusingan kedua yang dua hari lagi akan berlangsung. Justeru itu FIS  tidak mempunyai harapan untuk menang sepenuhnya dalam pilihanraya tersebut.

Selepas FIS memenangi pilihanraya peringkat tempatan pada bulan Jun 1991, tentera Algeria telah menahan sekurang kurangnya seramai 2,500 orang penyokong penyokong Parti FIS, termasuk pemimpin utamanya ‘Abbasi Madeni dan timbalannya ‘Ali Belhaj. Pehak tentera memberi alasan untuk mencegah pertumpahan darah menjadi lebih parah, selepas 30 orang telah terkorban, dan 285 orang cedera parah. Seterusnya Benjadid mengistiyarkan undang undang darurat di Algeria.

Mengikut perhitungan Benjadid penahanan dua orang tokoh utama FIS itu dapat melumpuhkan parti tersebut, tapi harapannya hampa, kerana dalam pilihanraya yang diadakan pada 26 Disember 1991 itu FIS berjaya meraih kemenangan yang cemerlang. Seterusnya Benjadid terpaksa meletak jawatan dan memberi peluang pada tentera yang anti Islam untuk merampas kuasa.

Kemudian pehak tentera telah menubuhkan sebuah Majlis Tertinggi Negara yang terdiri dari 5 orang anggota untuk mentadbir Algeria. Seorang tokoh nasionalis, bekas pejuang kemerdekaan Algeria, Muhammad Boudiaf yang tinggal di Moroko telah dipanggil balik dan dilantik menjadi pengerusi majlis tersebut. Tujuannnya ialah dengan harapan pemerintahan tentera itu dapat diterima oleh rakyat Algeria. M. Bondiaf terus memerintah negara sehingga dia meninggal dunia dibunuh oleh pengawalnya sendiri.

Tindakan seterusnya diambil oleh pemerintah tentera ialah mengharamkan FIS. Mereka menangkap dan memenjarakan sebahagian daripada pemimpin FIS, dan beribu ribu orang kader, dan penyokong serta simpatisan FIS. Mereka dikurung di kem kem tahanan yang didirikan di tengah tengah padang pasir yang panas.

Kaum wanita Algeria diharam memaki hijab dan kaum lelaki diharam menyimpan janggut yang dianggap sebagai simbol anti kerajaan yang memerintah.

Pada penghujung bulan Febuari 1992, rejim tentera telah bertindak memberkas dan memenjarakan seramai 12,000 orang aktivitis Islam  di kem kem tahanan yang dibina di padang pasir yang panas itu. Di antara mereka termasuk beratus ratus orang intelek, profesor, pmimpin persatuan kerja, para doktor perubatan, 109 wakil rakyat FIS dan lebih dari 200 orang datok bandar yang menyokong FIS.  Mereka dihantar ke kem kem tahanan yang panas dan penuh sesak tanpa kemanusiaan.

Namun begitu rejim tentera Algeria berkali kali menafikan mereka melakukan kezaliman terhadap para tahanan. Tapi Presiden bagi Liga Algeria untuk Pembelaan Hak Asasi Manusia, Yahya Abdelnour mendakwa beliau mempunyai lebih 100 buah dokumen yang menunjukkan layanan yang tidak berperikemanusiaan rejim tentera terhadap tahanan. Hal ini diakui kebenarannya oleh Amnesty International yang berpengkalan di London sebagaimana terdapat dalam laporan tahunannya pada tahun 1993.

Rejim tentera Algeria yang kejam itu mendapat sokongan daripada negara negara Barat dan negara negara Islam yang pro Barat. Antara negara negara Islam sekutu yang menyokong rejim tentera itu ialah Mesir, Moroko, Tunisia dan Arab Saudi. Negara negara Barat pula terdiri dari negara negara Eropah dan Amerika Syarikat, serta Israel. Sebaliknya sedikit benar negara negara Islam yang menyokong FIS, antaranya Iran, Sudan, Pakistan dan kelompok Mujahidin Afghanistan.

Bekas penjajah Algeria, iaitu Perancis memberi sokongan yang kental terhadap rejim tentera Algeria itu, malah berada di belakang rampasan kuasa tentera pada 11 Januari 1992. Malah sebelum rampasan kuasa tersebut berlaku, Perancis telah memberi sokongan yang kuat terhadap pehak tentera yang anti Islam itu untuk merampas kuasa. Mengikut laporan yang boleh dipercayai, ada pegawai pegawai tentera Algeria itu menerima arahan langsung daripada Perancis, dan mematuhinya.

Mengikut laporan, Perancis membekalkan rejim tentera Algeria dengan alat alat senjata yang canggih dan satu batelion tentera untuk mengesan, memburu dan memberkas penentang penetang rejim tentera yang korap itu. Perancis juga bersetuju untuk melunaskan hutang yang ditanggung oleh Algeria.

Di samping itu kerana takutkan Amerika Syarikat yang menyokong rejim tentera itu, tidak ada sebuah negara pun yang berani mengutuk rejim tentera yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu di PBB. Demikian juga dengan OIC [Pertubuhan Persidangan Islam] membisu seribu bahasa dengan apa yang berlaku di Algeria.

Justeru negara negara Arab demi menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat tidak teragak agak mengambil tindakan memusuhi FIS dan rakyat Algeria yang cintakan Islam. Dalam hal ini Mesir sebagai pendokong utama Amerika Syarikat di Asia Barat telah menandatangani perjanjian keselamaan [security agreement] dengan rejim sekular Algeria. Demikian dengan Tunisia dan Moroko menjalin hubungan baik dengan Algeria. Malah Arab Saudi yang dianggap sebagai benteng Islam itu mengekalkan hubungan diplomatik dengan rejim sekular Algeria yang menindas Islam dan umat Islam.

Amerika Syarikat hanya menyeru diadakan dialog antara FIS dan rejim tentera yang zalim itu. Tidak ada sebarang sekatan ekonomi dikenakan ke atas rejim tentera Algeria, sebagaimana mereka kenakan ke atas Iran, Iraq dan Libya dengan alasan mengganas dan mencabul hak asasi manusia. Beginilah selalunya sikap hipokrit Barat demi menjaga kepentingan diri sendirI.

Abdelaziz Boutflika menjadi Presiden Algeria selepas memenangi pilihanraya yang diadakan pada 10 APRIL 2009. Dengan itu bermaknsa beliau telah memegang jawatan presiden itu selama tiga penggal berturut turut selepas mengubah perlembagaan Algeria unttuk membolehkan beliau bertanding untuk kali ketiga. Beliau memperolehi undi yang terbanyak, iaitu sebanyak 90.24 peratus undi. Namun, pehak pembangkang tetap menegaskan bahawa kemenangan itu berlaku kerana penipuan..

Walau bagaimana pun umat Islam Algeria, khususnya FIS ditindas, ditekan dan diberkas, tapi perjuangan Islam tidak pernah tumpas di Algeria, malah terus besemarak. Pemberontakan terus berlaku di sana sini yang menguggat rejim yang zalim itu. Selain dari rakyat jelata,  ramai pula anggota anggota tentera yang menyokong FIS yang berjuang untuk menegakkan Islam. Ini yang membimbangkan rejim tentera yang sekular dan sekutunya Barat yang sentiasa membenci dan memusuihi Islam. Namun begitu perjuangan untuk mendaulatkan Islam tetap subur di Algeria. Semoga Allah memberkati perjuangan mereka yang suci dan benar.


Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.








Read more...

SUAMI ISTERI DAN KEIKHLASAN

>> Friday, November 10, 2017







SUAMI ISTERI DAN KEIKHLASAN




[Tulisan singkat ini dikutip dari nota lama yang berberai. Semoga memberi manfaat jua].]


Kata ulama
Ilmu itu seperti benih dan amal itu seprti tumbuh tumbuhan dan IKHLAS itu seperti air yang dijiruskan ke atas tumbuhan tumbuhan itu”.

Demikianlah pentingnya ikhlas itu, terutama di alam kerohanian, dan kehidupan suami isteri. Masing masing suami atau isteri yang memberi sesuatu yang istimewa kepada pasangan masing masing hendaklah tanpa mengharap untuk mendapat apa apa balasan  daripada suami atau isteri yang menerimanya.

Kalau sang suami telah berazam untuk memberi sesuatu yang istimewa kepada isterinya, demikian juga jika sang isteri membuat azam untuk memberi sesuatu kepada suami yang dicintainya itu, janganlah mengharap untuk mendapat apa apa balasan. Kalau semangat rela merela seperti ini wujud antara suami dan isteri maka sudah tentu tidak akan ada lagi problam  antara suami dan isteri, malah semuanya akan selesai dengan sendiri.
Itulah ikhlas dalam memberi dan menerima.
Tapi ikhlas ini mudah untuk diperkatakan tapi amat sukar untuk pelaksanaannya. Seseorang yang rakus dalam mengejar kepentingan diri sendiri, dengan melupakan kepentingan orang lain tidak ada ikhlas padanya.

Justeru itu, antara suami dan isteri perlu ada saling faham memahami, rela merelakan, bukannya saling tuntut menuntut, tagih menagih seperti penjual atau penagih hutang dengan penghutang mereka.

Sikap ikhlas ini amat penting dalam menjaga keharmonian hidup berkeluarga suami isteri.

Pemberi, baik suami atau isteri bukan pemiutang, demikian pula sebaliknya penerima, baik suami atau isteri bukan penghutang.

Keluarga akan terlempar dalam masalah, jika suami menjadi seorang lelaki yang perakus dalam mengejar kesenangan dan kepuasaan hidup sendiri, justeru dengan sikap itu dia dengan mudah melupakan isterinya, kerana perakus seorang yang tidak ikhlas. Dia hanya asyik memburu kepuasan dirinya sahaja dan senafas itu juga membiarkan isterinya terkatung katung kehampaan akibat ketidakikhlasan saang suam.

Cinta suci itu memerlukan keikhlasan. Cinta suci itu memerlukan pengorbanan. Justeru kerana bercinta orang sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan yang dicintai.

Jika anda tidak sanggup berkorban untuk yang dicintai, maka ertinya darjah cinta anda masih di awang awang, tanpa keikhlasan, tanpa sampai ke puncak mahligai cinta.

Lebih lebih lagi cintakan Allah dan Rasul, membuat manusia sanggup berkorban apa sahaja, rela dan gembira masuk ke medan jihad untuk mencarai mati sayhid.
“Berkorban apa sahaja
Diri,
Harta
Ataupun nyawa”.

Dalam agama keikhlasan ini amat penting, khususnya dalam ibadat. Ibadat yang tidak ada keikhlasan di dalamnya tidak ada maknanya di sisi Allah.

Kalau kita berulang alik ke masjid setiap waktu, tapi dalam hati kita berharap supaya dikatakan kita orang alim, bukan kerana Allah. Itu bukan ikhlas.

Kalau kita solat, dengan harapan dipuji orang kita seorang yang wara’, maka itu bukan kerana Allah. Itu bukan ikhlas.

Kalau kita beri nasihat kepada seseorang, kita kata  “Saya cakap ni ikhlas”, tapi dalam hati, kita mengharap untuk mendapat sesuatu darinya, maka itu bukan kerana Allah. Itu tidak ikhlas.

Kalau kita memberi sumbangan atau derma, dengan harapan dipuji orang sebagai dermawan, bukan kerana Allah. Itu bukan ikhlas.

Akasnya semua perbuatan atau amalan kita yang tidak berpaksikan Allah, maka semuanya tidak ikhlas. Ia merupakan amalan yang sia sia di sisi Allah.

Seorang ustaz pergi mengajar di masjid setiap minggu, mengaku dia hanya mengajar dengan ikhlas semata mata kerana Allah. Syukur Alhamdulillah. Tapi bagaimana kiranya pehak berkuasa atau pehak masjid tidak melunaskan bayarannya berturut turut selama emapat minggu, bolehkah dia bertahan dengan keikhlasannya itu.

Justeru berhati hatilah supaya amalan kita tidak sia sia, dan mendapat markah kosong, kerana  hanya amalan yang ikhlas sahaja yang diterima.

Sebenarnya mengucap kata kata “ikhlas” saya ikhlas aku ikhlas, amat mudah, tapi untuk mempraktekkanya, merupakan satu perkara lain yang membutuhkan tarbiah yang khusus.

Sekian sekilas renungan.


Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP