BERSEPADU SEMPENA AIDIL ADHA

>> Sunday, August 27, 2017









BERPADU SEMPENA AIDIL ADHA







AIDIL ADHA akan mengunjung kita dalam masa sehari dua lagi. Begitulah setiap tahun sejak ratusan tahun yang lampau, dan terus berlanjutan selagi dunia berkembang, untuk disambut oleh umat Islam di seantero dunia, khususnya dengan mengunjungi Tanah Suci Mekah untuk menunai ibadat Haji.







Ibadat Haji adalah salah satu daripada rukum Islam yang lima yang wajib ditunakan oleh muslimin dan muslimat yang berkemampuan. Inilah jalan orang-orang yang beriman dan bertakwa yang rela berkubran kerana menunaikan perintah suci agamanya yang datang dari Allah.

Malah sebagai seorang Islam kita dituntut supaya sentiasa menghiasai hidup kita dengan bertakwa yang tulen kepada Allah SWT., iaitu dengan mentaati dan mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya, dalam semua sitiwasi, susah atau gembira, masa kelapangan atau kesempitan, baik di hadapan khalayak ramai atau sewaktu bersendirian.

Aidil Adha akan tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Pada hari itu seperti lumrahnya berkumpul jutaan kaum Muslimin dan Muslimat dari seluruh dunia berpakaian seragam putih, dan tidak berjahit bagi kaum lelaki.

Sebagai umat Islam sudah tentu kita merasa bangga, merasa hebat dengan perhimpunan yang berlangsung setahun sekali itu, dengan semangat persatuan dan kesepaduan. Kita berimankan seorang iman tanpa mengira apa mazhabnya dan tanpa bertanya dari puak mana, tanpa melihat apa warna kulitnya, tanpa bertanya bangsanya, malah semuanya mengikut satu arahan, dan semuanya sebulat suara.

Demikian indahnya ajaran Islam, dan demikian hebatnya cara hidup Islam. Tapi kita merasa dukacita, kerana suasana yang harmonis itu hanya berlaku sekejap sahaja, persis embun di hujung rumput, bila ditimpa panas hilanglah ia. Bila selesai menunaikan ibadat haji dan umat Islam kembali ke tanah air masing-masing, perangai lama mereka berulang lagi. Mereka kembali berpecah semula, dan kembali hidup berpuak-puak lagi. Mereka tajamkan rasa permusuhan sesama sendiri. Mereka mengangkat senjata kepada mereka yang seagama. Mereka kembali berdendam, mereka bajai budaya fitnah, buruk sangka, caci maki dan seribu macam sifat-sifat keji dan jelik lagi. Amalan Haji gagal diterjemahkan ke dalam kehidupan seharian.

Kita tidak payah pergi jauh melintasi sempadan untuk melihat perpecahan  ini. Pandang sahaja sekeliling di tanah air kita, bagaimana perpecahan masyarakat itu berlaku antara kita sesama Melayu tegasnya sesama Islam. Ia berlaku di peringkat atas dan di peringkat bawah, dengan menyalakan api-api persengketaan yang bertujuan untuk menjaga kepentingan diri sendiri masing-masing. Dalam kancah persengketaan seperti ini, berlakulah ungkit mengungkit, tuduh menuduh, fitnah memfitnah, cabar mencabar dan sebagainya tanpa penghujung........

Salah satu sumber persengketaan yang membenihkan perseteruan dan perpecahan dalam masyarakat kita ialah fahaman pilitik yang berbeza yang telah menjadi barah sejak sekian lama merosakkan masyarakat dan bangsa kita tanpa dapat disembuhkan. Dan lebih malang lagi pula sejak mutakhir ini timbul kembali perpecahan kerana agama yang kian hari kian meruncing nampaknya, ialah hampir mengulangi perpecahan masa yang lalu dengan perseteruan antara “golongan tua dan golongan muda”, tapi hari ini dengan tuduhan yang lebih lantang, iaitu golongan ahli sunnah [WSJ] yang menanggap dirinya tulen dengan golongan yang dituduh sebagai Wahabi kerana mempunyai pendapat yang berbeza, terutama mengenai soal Sunnah Rasulullah.

Bilakah kemelut sesama Islam ini akan berhenti, sukar untuk diramalkan, selagi setiap orang Islam, baik pucuk pemimpin atau orang-orang di bawah enggan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya serta menghayatinya dalam kehidupan seharian mereka.

[Rencana ini dipadankan daripada Khutbah Aidil Adha MAIK,
Tahun 1418 H – 1998 M.]


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan





Read more...

HATI-HATI-HATI DALAM MEMBERI HATI

>> Tuesday, August 22, 2017










HATI-
HATI-HATI KETIKA MEMBERI HATI




AllAH jadikan dalam badan manusia sejenis organ yang dipanggil hati [lever]. Ia sejenis organ yang berukuran besar, malah organ yang terbesar dalam badan. Ia terletak dalam rongga perut sebelah kanan, di bawah diafragma. Warnanya merah kecoklatan.

Organ hati ini mempunyai banyak tanggungjawab, diantara tugas utamanya ialah menapis darah dari sluran pencernaan, sebelum melepaskan ke seluruh badan, mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dalam darah, dan lain-lain tugas lagi.

Seperti anggota badan yang lain juga ia terdedah kepada berbagai-bagai jenis penyakit, seperti penyakit hepatitis, kanser, cirrhosis dan boleh dibinasakan oleh ubat-ubat yang diambil atau dirosakakn oleh racun-racun.

Namun begitu, dari segi krohanian atau spiritual  kita manusia mempunyai sejenis hati lagi, iaitu dinamakan hati nurani, hati batin, atau qalbu yang tidak berbentuk seperti organ hati dalam badan. Hati nurani ini juga memain peranan yang sangat penting untuk menentukan kehidupan keruhanian manusia, di dunia dan juga di akhirat.

Dalam kehidupan seharian, kita sering merujukkan kepada hati ini dalam percakapan seharian kita, bukannya organ hati dalam badan, baik kita sedari atau tidak sedari. Kerana ianya setiap masa mempunyai hubungan yang kental dengan kehidupan kita, malah tidak boleh diceraitanggalkan.

Hati inilah yang disebut oleh Allah dalam al-Quran bila berbahasa dengan hamba-hamba-Nya, insan. Antara firman-firman yang merujuk kepada hati nurani atau qalbu terdapat dalam Kitab Suci al-Quran:

Dalam Surah ar-Ra’ad, ayat 28 Allah berfirman, maksudnya:
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”.ar-Ra’ad [13]:28.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 7, Allah berfirman, maksudnya,
“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, pengelihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat”. Al-Baqarah [2]: 7.

Hati nurani manusia inilah yang menjadi wadah kepada insan untuk merasa sedih, gembira, rasa kemanusiaan atau keinsanan dan ke Tuhanan, dan juga untuk mendapat ilham-ilham tentang buruk dan baik, terutama tentang sesuatu yang hendak dilaksanakan.

Banyak kata-kata yang dirujukkan kepada hati nurani dalam perbicaraan  kita seharian, walaupun tidak kita sebut secara langsung, dan ianya bukan organ hati dalam badan kita, serta mengandung erti yang jauh lebih mendalam, menyentuh jiwa kita.

Antara ucapan-ucapan yang menggambarkan hati sebagai jiwa, atau qalbu atau hati nurani, atau soul atau inner spiritual dan sebagainya, ialah:

Dalam Hati-Dalam hati saya, maksudnya dalam jiwa saya.

Jauh Hati-Saya merasa jauh hati, maksudnya saya merasa tersinggung [perasaan].

Makan Hati-Dia makan hati, maksudnya dia menderita kerana perbuatan orang lain yang meluka atau menyakitkan hatinya.

Terang Hati-Budak itu terang hatinya, maksudnya budak itu seorang yang cerdik atau mudah belajar.
Ada Hati-Ahmad ada hati dengan gadis itu, maksudnya Ahmad ada perasaan atau tertarik hati terhadap gadis itu.

Hati Batu-Budak itu berhati batu, maksudnya budak itu seorang yang degil, tidak mendengar nasihat orang dan seumpamanya.

Hati Putih-Hatinya putih, maksudnya dia seorang yang ikhlas atau jujur.

Hati Waja-Ali seorang pemuda yang berhati waja, maksudnya Ali seorang pemuda yang berani.
                
Sehati-Kumpulan itu semuanya sehati dalam perjuangan mereka, maksudnya kumpulan itu semuanya sepakat atau sependapat dalam perjuangan mereka; sejiwa.

Berhati-hati-Abdullah sangat berhati-hati dalam setiap perbuatannya, maksudnya Abdullah sangat waspada dalam setiap perbuatannya.

Perhatian-Guru itu memberi nasihat supaya pelajar-pelajarnya memberi perhatian pada pelajarannya, maksudnya guru itu memberi nasihat kepada pelajar-pelajar supaya memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Perhatian-Katanya menurut perhatiannya perkara itu memang benar-benar berlaku, maksudnya menurut pemeriksaan atau pengawasannya perkara itu memang benar-benar berlaku.

Pemerhati- Hussin telah dilantik menjadi pemerhati permainan tersebut, maksudnya Hussin telah dilantik menjadi pelihat atau pengawas permainan itu.

Pemerhati-Ramai orang menjadi pemerhati pertandingan itu, maksudnya ramai orang menjadi pelihat pertandingan itu.

Buah Hati- Aminah adalah buah hati Muhammad, maksudnya Aminah dikasihi, disayangi atau dicintai oleh Muhammad.

Sampai Hati- Sampai hati kau buat aku macam ni, maksudnya, tergamak kau buat aku macam ni

     Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Pepatah yang bererti, pembahagian yang dibuat secara adil atau samarata.

Hati nurani manusia ini juga terdedah kepada banyak penyakit-termasuk penyakit parah yang merbahaya, kerana mengacau perasaan dan jiwa manusia, dan boleh menyebabkan mereka tersingkir dari rahmat Allah SWT.

Antara aneka penyakit hati yang merbahaya yang terdiri daripada sifat-sifat yang tercela dan perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap insan supaya tidak terjebak menjadi korbannya.

-Tamak dan haloba dengan makanan.

- Bercakap sesuka hati, tidak terkawal, mempunyai lidah tidak bertulang yang merbahaya.

-Pemarah atau perungus.

-Hasad dengki kepada orang.

-Kedekut, atau bakhil dan amat mencintai harta dunia.

-Suka bermegah-megah.

-Cintakan dunia lebih dari akhirat.

-Suka membangga-bangakan diri sendiri atau bermegah-megah atau suka dimuliakan.

-Ujub, iaitu sikap hairankan kehebatan diri sendiri.

-Riak dan lain-lain dari sifat yang buruk dan keji.

Kita suka mengingatkan bahawa berhati-hatilah dalam  memberi hati kepada orang lain kerana ianya amat membahayakan diri kita sendiri akibat daripada perbuatannya nanti. Tegasnya jangan mudah memberikan  hati anda kepada orang yang suka mersukakan hati orang, kerana dibimbangi kelak hati anda akan dirusakkannya juga nanti.

Selain itu kita sendiri sebagai seorang hamba Allah hendaklah sentiasa berhati-hati supaya tidak mersuakkan hati kita sendiri dengan melazimkan perbuatan-perbuatan yang merbahaya yang boleh menjadi ancaman serius kepada hidup kita sebagai seorang hamba Allah. Justeru itu hati kita hendaklah dicucibersihkan dari masa ke masa, supaya tidak terus berkarat dan menjadi hati yang perusak hati orang lain.

Hati kita hanya dapat disucikan dengan menghapuskan segala sifat-sifat keji dan hina yang bersarang di dalamnya selama ini, seperti ujub, riak, takabur, dengki, sombong dan sebagainya lagi lalu menggantikannya dengan sifat-sifat lain yang baik dan mulia yang terpuji. Segala perbuatan yang berdosa di hati kita itu jika tidak disucikan denga taubat nasuha bukan sahaja akan terus menggelapan hati, tapi juga akan menjadi tembok penghalang yang utuh kepada kita untuk menikmati kebaikan dan  rahmat Allah.

Hubaya-hubayalah dalam memberi hati kita kepada orang lain, dan awaslah supaya kita tidak merosakkan hati kita sendiri, dengaan sifat-sifat yang boleh menyebabkan dimurkai dimurkai Allah.

Sesungguhnya:

“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan-golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku”.
Al-Fajr [89]:27-30
       


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.






Read more...

STROK DAN CARA MELAYAN PESASKIT STROK

>> Saturday, August 19, 2017






STROK DAN CARA MELAYAN PESAKIT STROK



[Oleh:Shabnim Parker]

Saringan dari Muslim Views

South Africa,
January 2017

Rabi-Ul-Akhir 1438]




STROK mungkin satu-satunya nahas yang digeruni oleh orang muda dan orang tua.
         
Sejarah keluarga dan cara hidup yang buruk adalah tanda-tanda yang paling lumrah untuk diserang strok. Walaupun ketakutan dan persiapan dilakukan untuk menghdapi strok, tapi pada kenyataannya kadar ringan atau beratnya serangan strok itu tidak dapat diramalkan.

Sejauh mana kesan serangan strok itu amatlah berbeza-beza, ia mungkin ringan dan mungkin berat, dan sesetengahnya berakhir dengan kematian. Serangan strok yang ringan, pesakit pada umumnya menunjukan kesembuahan yang pantas pada sebahagian daripada anggota badannya.

Tanda-tanda yang paling jelas strok  ialah mungkin termasuk lengan atau kaki tidak berfungsi, mungkin percakapan tak jelas dan lumpuh pada muka. Kemerosotan yang lebih jelas mungkin termasuk perubahan perasaan, mungkin berlaku kelemahan pemikiran  dan kesulitan dalam daya ingatan.

          Apakah yang berlaku bila seseorang diserang srok

        Sebenarnya seluruh anggota sistem sokongan badan terlibat. Mengekalkan harga diri dan peranan kehidupan pesakit selalunya merupakan cabaran yang paling hebat. Sementara itu dari segi fizikalnya pesakit mungkin menunjukan kegagalan pada lengan dan kaki berfungsi atau  mukanya jatuh, tapi kesan-kesan terhadap fungsi jasmani biasanya jauh lebih berat.

          Bidang utama fungsi jasmani yang terguggat ialah pada umumnya penjagaan diri sendiri, pekerjaan dan rihat. Pemulihan yang  menjadi tumpuan kepada pesakit ialah untuk mengembalikan erti penyertaan mereka dalam kegiatan hidup seharian. Meneruskan nilai-nilai hidup yang unggul adalah menjadi tujuan utama pemulihan.
         
Kebolehan berjalan bukanlah pastinya menjadi tanda awal yang utama pencapaian kemajuan dalam pemulihan, sedangkan menjadi tumpuan utama kepada keluarga dan juga pesakit sendiri ialah mempunyai keinginan untuk berjalan kembali. Penggunaan kerusi roda yang bebas digunakan sendiri oleh pesakit biasanya dapat membantu pesakit menikmati nilai-nilai hidup yang lebih baik daripada pesakit-pesakit yang menghabiskan seluruh tenaganya dalam cara berjalan menggunakan tongkat dengan sebelah tangan tidak bebas untuk melakukan sesuatu. Ini biasanya sukar kepada famili untuk menerimanya dan pesakit selalunya dicap sebagai pemalas atau tidak bersedia untuk dipulihkan.

          Andainya semuanya itu telah menjadi perhitungan, maka apakah lagi asas yang keluarga boleh mengharap dan perlu diperhitungkan bila seseorang yang mereka kasihi diserang strok.

          Perkara penting yang perlu diingatkan ialah tidak ada dua orang, walapun mempunyai gambaran klinikal   penyakit yang serupa, akan sembuh dengan cara yang sama. Janganlah buat perbandingan. Sebab strok itu menyerang mungkin sama, tapi bahagian otak yang  terkesan mungkin jauh berbeza.

          Peribadi awalan pesakit yang lemah  juga mempengaruhi penyembuhan, demikian juga taraf dorongan dan wawasan emosi pesakit mempengaruhi keadaan pesakit lelaki atau perempuan.

          Lumrahnya kegagalan kognitif mungkin termasuk kelemahan dalam ingatan, ruang perhatian, penyusunan  dan proses kemampuan dan aneka keahlian dalam bidang sosial pada umumnya. Ini mungkin menjadi gangguan penting kepada  prognosis dan usaha pemulihan.

Kesukaran persepsi mungkin terkesan ke atas sesuatu yang kecil sekalipun, seperti kemampuan untuk memakai pakaian dengan cara yang betul, menyikat rambut di hadapan cermin atau merancang untuk melakukan sesuatu perkara yang mudah sekalipun.

Andainya percakapan terkesan, baik dari segi penerimaan dan atau penyampaiannya sekali, mungkin menjadi cabaran. Pesakit yang mengalami kesukaran bercakap biasanya  menunjukkan beberapa tahap kehampaan. Keluarga perlu melaksanakan pengendalian yang sedia ada  dan berprinsip untuk mengatasi kelemahan dan kehampaan ini.

Dapatkan panduan daripada doktor anda untuk membataskan kehampaan yang tidak perlu dengan pesakit.

Menjaga pesakit strok adalah satu cabaran. Perkara utama untuk diminta nasihat termasuklah pencegahan keselamatan, re-integration kemasyarakatan, pengurusan jasmani, mengguna dan mengurus sebuah kerusi roda, jika wajar, dan kesukaran dalam memberi makan.

Perkara utama yang perlu dikekalkan ialah harga diri pesakit. Ingatlah seorang ibu yang diserang strok  masih juga seorang ibu, dan dia patut dibiarkan memainkan peranan hidupnya sebagai biasa.

Sementara keluarga selalu berfikir bahawa mereka memerlukan kekuatan jasmani, penjagaan yang ketat untuk mengurus pesakit strok, tapi mengurus pesakit strok tidaklah sekeras itu, malah memerlukan lebih kelembutan  dari itu. Menjaga keperibadian pesakit strok sebenarnya amat penting.

Bagaimanakah caranya kita mengenali pesakit strok untuk dipulihkan.

Adalah penting kepada setiap pesakit diperiksa dengan teliti. Lumrahnya, bila pesakit telah stabil dari segi perubatan, maka pasukan pemulihan boleh melakukan proses pemulihan. Amatlah penting untuk diketahui sejauh mana wujudnya perkhidmatan pemulihan pesakit strok. Perkhidmatan ini biasanya bergantung kepada institusi yang lain.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP