AGAR-AGAR NANAS PEPAYA

>> Tuesday, January 31, 2017









AGAR-AGAR NANAS PEPAYA [5]


Dari Ceruk Dapur Cik Siti

Oleh:Karimah Zainab

Ramuan-ramuannya:
1 keping papaya
1 keping nanas
Sedikit pisang, appel dan lain-lain buah-buahan
1 pint air
½ agar-agar
2 helai daun pandan
6 oz gula
Warna-warna.

Peraturannya:

Bersihkan dan potongkan. Aar-agar dimasak seperti biasa dengan memasukkan daun pandan dan gula. Tapiskan agar-agar itu. Basahkan acuan, kemudian masukkan sedikit-sedikit agar-agar itu itu ke dalam acuan itu dengan melenggang-lenggangkan agar-agar itu spaya berada di bawah dan di sekelilingnya. Agar-agar yang baki dimasukkan pula, begitulah setrusnya sehingga kesemuanya habis. Bila keras, tuangkan ke dalam pinggan kemudian hiaskan dengan limau dan nanas yang diulas-ulas di sekelilingnya.


Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaimam Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah  Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.

Alfatihah untuk semua yang telah pergi.

Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”; HR:Bukhary & Nasai
.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.



Read more...

ACAR BUAH 4

>> Sunday, January 29, 2017







ACAR BUAH [4]

Dari Ceruk Dapur Cik Siti

Oleh:Karimah Zainab

Bahan-bahannya:
Buah yang separuh masak.

1 biji nanas
2 biji pauh putik
2 ketul ubi sengkuang
10 biji kacang panjang
5 biji timun yang dibuang pulornya.
Gula, garam, cuka secukupnya.

Kuahnya:

8 biji bawang merah
Ssedikit belacan
½ sumpit kecil serbuk kari ikan
3 biji lada hidup.

Peraturannya:

Potongkan buah-buah itu mengikut kehendak hati. Panaskan minyak, tumiskan bawang, masukkan rempah, kemudian masukkan belacan, lada dan kacang panjang. Gorengkan selama 2 minit. Kemudian masukkan sengkuang, nenas dan pauh. Masukkasn cuka, air, gula dan sedikit aji no motot. Tudungkan buat 5 minit.

Bila masak angkat dan sewaktu hendak makan taburkan kelapa goreng dan bawang merah yang bergoren.


Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusan dengan Percetakan Dian kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaiman Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah  Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.

Alfatihah untuk semua yang telah pergi.

Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”> HR:Bukhary & Nasai
.

Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.


Read more...

JEM NANGKA 3

>> Saturday, January 28, 2017









JEM NANGKA [3]


Dari Ceruk Dapur Cik Siti

Oleh:Karimah Zainab



Ramuan-ramuannya:
1 kati. gula
1 b nangka
1 pin air
2 helai daun pandan


Peraturannya:


Nangka dihaluskan. Kemudian masukkan daun pandan, air dan jerangkan ke api. Biarkan di api selama 45 minit. Masukan gula sedikit-sedikit sehingga sampai sebati, sambil mengacau-ngacau adunan jem tadi. Angkat apabila sudah perkat.


Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaimam Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah  Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.


Alfatihah untuk semua yang telah perg.


Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”; HR:Bukhary & Nasai
.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

JEMPUT-JEMPUT LABU

>> Friday, January 27, 2017






JEMPUT-JEMPUT LABU [2]



DARI Ceruk Dapur Cik Siti


Oleh:Karimah Zainab


Bahan-bahannya:


2 gelas tepung gandum
1 gelas labu diparut
¼ gelas gula
½ gelas kelapa diparut
1 sudu teh baking pauder
2 biji telur ayam
1 kati minyak kelapa.


Peraturannya:


Labu dan kelapa dikupas kulitnya diparut. Tepung disukat dan diayak bersama-sama baking pauder. Sukat labu, gula, kelapa dam masukkan labu ke dalam sebuah basin besar, digaul hingga sebati.


Telur ayam dipecahkan dan kacau setengah kembang dan barulah dimasukkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan hingga sebati.


Panaskan minyak dalam kuali dan jemput sedikit-sedikti sebesar ibu kaki dan gorenglah hingga kuning.


Sabda Junjungan:

Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian kerana penerbitan w3buqh buku m3ng3nqi kebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaimam Hamzah. Saya tidak mengetahui banyak tentang beliau, sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah  Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.

Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”: HR:Bukhary & Nasai
.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP