MENJAGA KEJELITAAN BETIS SECARA TGRADISIONAL
>> Thursday, October 13, 2016
MENJAGA KEJELITAAN BETIS SECARA TRADISIONAL
Setiap orang,
khususnya kaum wanita inginkan kecantikan, bukan sahaja rupa paras yang jelas
kelihatan, tapi juga anggota-anggota tersembunyi yang tidak boleh didedahkan
pun mereka mengharap mempuyai rupa yang cantik.
Sebagaimana kita
maklum, sebagai orang Islam sebahagian besar daripada anggota-anggota badan
wanita adalah aurat dan haram didedahkan kepada tontontnan orang ramai, malah
perlu disembunyikan.
Betis adalah
sebahagian daripada anggota-anggota tersebut, yang termasuk dalam jenis aurat.
Namun begitu setiap wanita mengharapkan mereka mempunyai betis yang cantik,
yang sedap dipandang dan enak dirasa.
Dari segi anatomi,
betis ialah angggota yang berisi yang terletak di bahagian belakang antara
lutut dan buku lali.
Betis seperti juga
anggota-anggota badan yang lain juga terdedah kepda berbagai-bagai problem
jasmaniah, dan memerlukan penjagaan yang khusus seperti anggota-sanggota lain
juga, seumpama mata, telinga dan rambut.
Ada beberapa problem
yang menimpa betis yang mendapat perhatian yang wajar kepada kaum wanita.
Antara problem-problem itu ialah betis bersisik yang menyebabkan betis
kelihatan hodoh, tidak menarik dan tidak disukai,kerana itu tidak indah
dipandang dan tidak selesa dibelai.
Ada beberapa cara
tradisional untuk menghilang sisik betis.
Air Beras
Biasnya, nasi
sebelum ditanak atau dijerang di atas api, ia dibersih atau dibasuh terlebih
dulu. Kebiasaanya beras itu dibersih sebanyak tiga kali ulangan.
Untuk tujuan
perawatan betis air basuhan beras yang pertama itulah yang diperlukan, justeru
ia perlukan diasingkan dalam satu bekas.
Kemudian sapukan air
itu ke sleuruh betis yang bersisik itu, biarkan kira-kira selama 15 minit,
selepas itu bersihkanlah betis itu dengan air
biasa.
Di samping
menghilangkan sisik-sisik betis, air beras itu juga dapat melicin dan
menggebukan betis. Amalkan petua ini ini selalu, Insya-Allah betis akan menjadi
gebu, cantik dan dan sedap dipandang mata.
Buah Mengkudu
Selain dari air
beras buah mengkudu yang masak juga boleh digunakan untuk menghilang
sisik-sisik pada betis.
Caranya ambil sebuah
mengkudu yang masak. Pecahkan kulitnya sedikit, kemudian gosok-gosokkan pada
betis dan juga pada celah-celah jari kaki yang bresisik itu, dan biarkan selama
kira-kira 15 minit, kemudian dibersihkan dengan air suam.
Minyak Kelapa
Jika betis
berkerasak atau tidak licin secara trasisinya bolehlah diatasi dengan minyak
kelapa.
Caranya mudah
sahaja. Selepas mandi sapukan minyak kelapa
hingga ratas ke seluruh betis. Tapi jangan terlalu banyak sehingga basah jeruk.
Biarkan buat seketika, kemudian cucilah dengan air biasa hingga bersih.
Hampas Kelapa
Hampas kelapas,
iaitu isi kelapa parut atau kukur, selepas diperas diambil santannya, maka yang
tinggal jadilah hampas kelapa.
Kepada orang-orang
tua kita dulu, hampas kelapa berguna dari segi kecantikan, iaitu untuk menjaga
betis supaya licin atau tidak berkerutu untuk dipandang indah.
Caranya amat mudah,
ambil hampas kelapa, sapu dan gosok-gosokkan hampas kelapa itu kepada kedua-dua
belah betis sampai rata, biarkan sekejap, kemudian cucilah betis dengan air
biasa hingga bersih.
Kacang Hijau
Kadang-kadang betis wanita
juga boleh timbul urat-urat hijau yang agak besar dan tidak menyenangkan untuk
dipandang. Ini biasanya berlaku selepas bersalin.
Orang-orang tua kita
menggunakan kacang hijau untuk merawat betis yang berurat itu.
Caranya ambik
sengengan kacang hijau yang elok, basuh dan rebus dengan 4 gelas air. Bila
mendidih dan airnya tinggal segelas angkatlah, dan jangan biarkan kulit kacang
itu pecah. Bila sudah sejuk makan dan minumlah air kacang hijau itu. Makanlah
dua kali sehari, sekadar yang perlu, di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment