TAQDIRKU HARI INI

>> Monday, September 26, 2016






TAQDIRKU HARI INI


Pada suatu pagi seperti biasa saya tinggal sendirian. Anak-anak dan cucu telah keluar ke sekolah sejak pagi-pagi hari lagi.

Pagi itu saya sedang menunggu beberapa orang kawan yang memberitahu mereka akan datang bertandang ke rumah. Sahaja ziarah.

                                         Dokont untuk tamu



Sementara menunggu kedatangan mereka, saya teringat hendak ke pondok yang terletak di sebelah. Ada buku yang hendak saya ambil semalam tapi tertinggal.

Saya mengambil dua anak rangkai anak kunci, satu kunci tempat saya tinggal dan serangkai lagi anak kunci pondok tersebut untuk membnolehkan saya masuk.

Bila berada di liuar pintu, saya mengambil mangga yang tersangkut di grill pintu untuk mengunci gril itu. Walaupun kedudukan rumah hanya dekat, tapi justeru keadaannya terlindung oleh pokok-pokok, maka kediaman ini terpaksa dikunci walaupun untuk ditinggalkan sekejap sahaja. Lagipun  pintu pagar telah saya buka kuncinya untuk kemudahan kawan-kawan saya masuk nanti.

Tapi ketika saya hendak mengunci mangga itu saya ternampak anak kunci yang saya pegang itu bukan anak kuncinya, tapi anak kunci pintu yang satu lagi. Nasib baik saya tidak sempat menguncinya, kalau tidak saya tidak dapat masuk, sementelah pula kawan-kawan akan tiba  bila-bila masa sahaja.




                            Tetamu sebelumnya

Saya masuk semula, dan mengambil anak kuncinya yang sebenar, tapi tidak terlebih dulu meletak rangkaian anak kunci yang salah itu. Saya lalu meletak serangkai anak kunci itu di atas meja kecil dan membawa dua rangkai anak kunci keluar.

Saya mengambil mangga dan mengunci mangga pada kelekah gril, Tapi sebaik-baik sahaja mangga terkunci, saya sedar, rangkaian anak kunci di tangan saya itu, adalah rangkaian anak kunci yang sama yang saya tersalah ambil tadi. Yang saya letak di atas meja itu adalah anak kunci baru saya ambil dan yang sebenarnya.

Apa hendak dibuat pintu telah terkunci.

Tapi nasib baik pula di tangan saya ada handofon yang jarang saya bawa kalau untuk berpergian sekejap sahaja. Saya terus menelefon anak perempuan saya meminta bantuan. Tapi panggilan saya tidak berjawab. Biasanya betika sedang bertugas dia tidak menjawab panggilan telefon, lalu panggilan saya memasuki peti suara.

Tapi sejurus kemudian berbetulan pula ada panggilan daripada anak saya dari Kuala Lumpur. Kami berbual-bual sekejap dengan saya berdiri di muka tangga. Kemudian saya potong perbualan kami, dan memberitahu masalah yang sedang saya hadapi, dan meminta saya menelefon menantu saya.

Dia memberitahu dia akan segera menelefon adik iparnya itu, dan akan segera memaklumkan tindakbalas yang diperolehinya. Telefon segera dimatikan.

Beberapa minit kemudian saya mendapat panggilan dari menantu saya dan membeitahu dia akan segera pulang membawa anak kunci rumah bila tugasnya selesai kira-kira satu jam lebih sedikit nanti.

Satu jam sebenarnya bukan sekejap. Saya terpaksa menunggu di belakang rumah selama masa tersebut. Di bahagian hadapan rumah tidak ada tempat untuk berteduh, kerana matahari sedang perlahan-lahan memanjat puncak langit.

Taqdirnya pula kawan-kawan yang di tunggu mmasib belum sampai-sampai, kalau tidak mereka terpaksa berada bersama saya di abelakang rumah, melihat kebun yang bersemak samun.

Saya ada rancangan sedikit untuk mereka. Selain dari buah dokong dan rambutan yang disediakan, saya bercadang untuk menggoreng karipap dan cek mek segera sebelum mereka sampai. Tapi jadi begini pula.

Tiba-tiba pula kerongkong saya kering. Di mana nak dapat dapat air minum? Saya segera pergi ke hadapan rumah. Nasib baik, kereta tidak berkunci, dan membuka mencari air. Saya ketemu dengan sebuah botol, yang airnya baru sedikit luak, lalu mengambil dan meminumnya tiga teguk dengan kepercyaan air itu masih  baik dan sesuai untuk diminum.

Hanya baru tengah hari mereka menelefon memberitahu yang mereka tidak boleh datang, kerana kereta mereka kerosakan di tengah jalan, akibat kesibukan melayan kereta rosak, mereka lupa hendak memberitahu saya keadaan yang mereka hadapi.

Tapi ketika saya menunggu-nunggu kesampaian anak kunci itu, tiba-tiba ada pula kawan lain menelefon minta hendak datang ke rumah dalam masa kira-kira setengah jam lagi. Saya sambut hasrat mereka dengan tangan terbuka.

Patah tumbuh, hilang berganti. Itulah taqdirnya yang ditentukan buat saya sedikit untuk hari itu. Katanya mereka datang untuk membincangkan soal keluarga, yang saya duga soal nikah kahwin.

Sejurus selepas anak saya membawa anak kunci dan membuka pintu, kawan itupun sampai. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai selepas menanggung kira-kira satu jam akibat kecuaian sendiri.

Hidup makhluk ini memang tidak dapat lari dari takdir, iaitu ketentuan Allah yang akan berlaku. Sesuatu yang ditaqdirkan Allah, akan berlaku, maka pasti akan berlaku, dan sebaliknya apa-apa yang tidak ditaqdirkan Allah tdak akan berlaku, maka ianya pasti tidak akan berlaku.

Percayakan taqdir atau qadar adalah Rukun Iman yang enam yang wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



Read more...

KEAJAIBAN ANGKA 9

>> Wednesday, September 21, 2016






ANGKA 9 YANG AJAIB

999999
Jika kita mengira atau membilang, atau menghitung kita menggunakan sesuatu yang kita panggil angka atau nombor.

Tapi jika kita menulis angka itu kita panggil tulisan atau huruf.

Setiap angka bermula dari kosong. Tapi kita tidak menyebutnya bila kita menghitung, tapi terus menyebutnya ke angka nombor satu yang memulakan setiap kiraan atau hitungan.

Kita mula membilang atau mengira dengan memulakan angka satu, tapi kita tidak tahu di manakah ianya berakhir? Ianya semacam teka teki yang tidak berhujung.

Pada pokoknya angka-angka itu bermula dari angka 0 sampai ke angka 10. Kemudian ditambah angka-angka lain berikutnya menjadikan angka itu bertambah besar bilangannya.

Semua nama-nama Allah itu memiliki nama-nama yang agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya yang mulia.

Jika angka 1 ditambah dibelakangnya dengan angka 2, maka jadilah angka 12 [dua belas] yang berganda-ganda lebih besar dari angka 1 tadi. Demikianlah seterusnya.

Jika kita membilang, kita terlebih dulu akan menemui angka 9 sebelum sampai ke angka 10, dan angka 8 sebelum sampai ke angka 9.

Angka 9 itu pula jika di belakangnya ditambah sebuah angka 9 lagi, maka jadilah 99 [sembilan puluh sembilan].

Seperti juga sesetengah angka-angka  lain, angka 99 [sembilah puluh sembilan] mempunyai keistimewaannya sendiri.

Angka 99 menjadi angka yang cukup istimewa ia dikaitkan dengan 99 nama Allah.

Baginda Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu, dan barang siapa menaruh ingatannya, ia akan masuk syurga”. HR:Al-Baihaqi.

Di samping itu angka 9 itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang hanya disedari oleh mereka yang menilitinya.

Anataranya cubalah perhatikan  percaturan angka 9 di bawah dan anda mungkin akan kaget bila melihatnya:

a]
9 X 1 = 9
9 X 2 = 18
9 X 3 = 27

b]
9 X 4 = 36
9 X 5 = 45
9 X 6 = 54

C]
9 X 7 = 63
9 X 8 = 72
9 X 9 = 81

Semua jawapan pada kira-kira di atas jika dicampur antara kedua-dua jawapannya akan menerbitkan jawapan 9, seperti :

9 X 8 jawapanya 72, dan jika 7 dicampur dengan 2 jawapanya adalah 9.

Demikian juga 9 X 9 jawapannya 81, dan jika 8 dicampur dengan 1 jawapanya adalah 9.

Demikikanlah seterusnya.

Di samping itu jika diperhatikan setiap jawapannya satu angka lebih kecil daripada angka yang dikali dengan 9. Cuba perhatikan:

9 X 5 = 45: angka 4 lebih kecil satu angka daripada angka 5.

9 X 4 = 36: angka 3 lebih kecil satu angka daripada 4.

Demikianlah keajaipan angka 9, sebagaimana terdapat keajaibaan pada sesetengah angka yang lain dengan cara yang berbeza.

Apa rahsianya?


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

MABUK DURIAN TANPA MAKAN

>> Sunday, September 4, 2016







MABUK DURIAN TANPA MAKAN?





Adakah anda pernah mendengar orang mabuk durian? Atau adakah anda pernah melihat orang mabuk durian?

Musim sekarang musim durian di seluruh negara. Di mana-mana ada durian, di mana-mana orang makan durian.

Durian itu jenis buah yang panas, namun begitu orang tetap menikmati durian, walaupun musim panas, malah kadang-kadang juga meresahkan.

Ini kerana buah durian itu buah yang enak untuk dimakan, atau dibuat bahan masakan. Justeru durian digelar raja buah.

Pada suatu malam, keluarga saya membawa pulang berpuluh-puluh biji buah durian yang dibawanya dari kampung. Semuanya durian isi baik, dan berwarna kuning, serta manis.

Buah-buah durian itu diletaknya didapur, dan mereka juga makan buah durian didapur.

Baunya, seperti biasalah cukup kuat, habis sebuah rumah berbau durian.

Tapi tiba-tiba sahaja kepala saya terasa bedenyut-denyut, kerongkong saya sakit dan perit dan terasa memmebngkak, batang tengkok saya terasa berat dan menegang, seperti batang pinang.

Saya cuba menenangkan diri dan lari ke dalam bilik dan menutup pintu rapat-rapat. Tapi tidak berjaya sepenuhnya, kerana baunya telah pun menceroboh masuk kamar.

Kerongkong saya makin perit dan sakit, Langsung tidak dapat tidur. Terus resah dan gelisah digoda durian.

Apa hendak buat?

Kemudiannya pada tengah malamnya bila rumah sudah sunyi saya mendapat ilham, lalu bangkit, dan pergi membuka semua pintu dan tingkap untuk mengeluarkan udara durian dari rumah. Juga membuka semua kipas untuk menghambat bau durian keluar.

Alhamdulillah, tidak berapa lama bau durian kian mereda, dan bengkak dalam mulut terasa kian mengurang, dan suasana terasa bertambah selesa. Dan akhirnya saya dapat tidur dengan nyaman, walaupun gangguan-gangguan kecil pada mulut masih terasa.

Tapi anmak saya yang tinggal di Sungai Buloh menelefon antara lain memberitahu dia dan sedang keluarga berhenti di sebuah stesen minyak dan makan durian di situ. Aduhai! Tapi saya tidak ceritakan apa yang sedang saya alami, dan hanya berpesan, “Jangan makan banyak ini musim panas”.

Biasanya orang yang menghidap penyakit resdung atau seduan sahaja tidak boleh menghidu bau durian, dan itupun biasanya boleh menyebabkan mereka sakit kepala sahaja.

Saya tidak tahu kenapa saya menjadi begitu manja dengan bau durian. Dulunya saya dan keluarga  amat menyukai buah durian.

Buah durian itu dimakan begitu sahaja, dimakan dengan pulut, atau dicampur dengan kueh-kueh tradisional, seperti cemput-cemput, dan kadang-kadang dibuat pengat durian, juga dimakan dengan mulut tanak. Amboi sedapnya.

Satu lagi dibuat sambal durian. Cili api, bergaram digaul pekat dengan buah durian masak, dicicah dengan ikan panggan bakar tawar dan dimakan dengan ulam-ulam mentah. Adohai sedapnya.

Tapi semua itu sudah lama saya tinggalkan. Durian tidak lagi mampu dibawa ke mulut saya, kerana ia menimbulkan kesan sampingan automatik yang agak aneh.

Saya teringat kepada seorang kawaan saya dari luar Amerika, yang datang ke Malaysia dan menikmati durian, mengirim sebuah nota dengan gambar sebiji buah durian, berbunyi, “Awas buah ini Allah jadikan dia ada penawar dan ada racun”.

Adakah saya mabuk durian? Atau sakit buah durian?

Lagipun, setiap hari sejak kebelakangan ini makanan yang menjadi pilihan saya tidak banyak lagi, dan  diantara yang sedikit itu ialah oats, buah kurma, madu, roti dan sedikit minyak zaitun

Demikian sedikit pengalaman saya dengan buah durian mutakhir ini untuk dikongsi bersama dengan anda.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP