PENYAKIT-PENYAKIT SEKSUAL WANITA
>> Saturday, August 27, 2016
PENYAKIT-PENYAKIT
SEKUAL WANITA
[Pantang-Pantang
Ketika Sakit]
Wanita, sebagai
manusia, seperti juga kaum lelaki boleh menjadi mangsa kepada berbagai-bagai
jenis penyakit. Antara penyakit-penyakit yang ditakuti ialah penyakit kelamin,
atau penyakit seksual. Penyakit-penyakit itu jika disusur galur puncanya adalah
daripada perzinaan atau hubungan seks di luar perkahwinan. Seorang lelaki atau
wanita yang berzina, mungkin dijangkiti oleh penyakit-penyakit seks, dan bila
dia merlakukan hubungan seks dengan lelaki atau wanita lain, suami atau
isterinya yang bukan penzina sekalipun, kemunhgkinan dia akan menjangkitkan
penyakit tersebut kepada pasangannya yang tidak berdosa itu.
Tapi malangnya,
tidak ada tanda-tanda untuk mengenal
seseorang pengidap penyakit seksual menerusi pengelihatan mata kasar. Mangsa
mungkin kelihatan sihat dan segar bugar, walaupun telah dijangkiti oleh
penyakit seksual yang merbahya, sepetri AIDS. Lebih malangnya kepada kaum
wanita kerana penyakit seksual yang mreka hdadapi lebih sukar untuk dikesan
daripada mangsa kaum lelaki.
Tegasnya, beringat-ingatlah sesiapa sahaja yang melakukan hubungan seks, khususnya berazina dengan mereka yang telah telah dijangkiti penyakit-penyakit tersebut, baik lelaki atau wanita, maka bererti dia telah mendedahkan dirinya kepada penyakit yang dialami oleh pasangannya itu, malah mempunyai peluang yang cukup luas untuk dijangkiti penyakit yang tidak dikehendaki itu.
Biasanya, penyakit sekual menular menerusi persetubuhan, iaitu kemasukan zakar lelaki dalam faraj wanita, namun begitu ada lagi beberapa cara yang boleh menjangkitkan penyakit seksual tersbeut tanpa melakukan persetubuhan sekalipun. Umpamanya bercium atau berkucup, boleh menjangkitkan penyakit seksual, demikian juga dengan perbuatan oral seks atau seks mulut, iaitu hubungan antara mulut dengan zakar atau antara mulut dengan faraj wanita. Malah jua juga boleh menjangkitkan kepada bayi bila ia mmenyusu dengan sang ibu yang telah dijangkiti penyakit jantina itu.
Penyakit mudah berjangkit melalui persetubuhan, kerana dalam melakukan aktiviti tersebut sudah tentu akan berlaku calar-calar seni kepada anggota-anggota kemaluan lelaki atau wanita, maka menerusi calar-calar seni inilah, kuman-kuman penyakit siflis umpamanya daripada zakar boleh menjangkiti tubuh wanita, terutama menerusi calar-calar pada bibir besar anggota seksual wanita, selain daripada itu berbagai-bagai lubang lain yang terdapat pada wanita dan lelaki juga boleh dicerobohi oleh kuman-kuman tersebut.
Di samping itu virus-virus yang menyebabkan penyakit AIDS pula mungkin menjangkiti wanita menerusi air mani lelaki ke dalam saluran darah wanita dalam masa hubungan seksual.
Penyakit Kencing Nanah [Gonorhea], tidak diragu lagi, penyakit ini berjangkit menerusi hubungan seks; ia menjangkiti organ produksi manusia. Penyakit ini telah dikenali pasti sejak tahun 1879 lagi.
Penderita mungkin merasa kesakitan pada sendi-sendi, jantung dan cairan badan mungkin berbau busuk.
Ia mungkin menular keseluruh badan pengidapnya, walaupun organ yang menjadi mangsanya hanya selaput lendir anggota untuk kencing dan reprouksi.
Kuman-kuman penyakit ini memasuki menerusi urethia wanita dalam masa hubungan seks, dan boleh berlegar-legar dalam tubuh seorang wanita yang menjadi mangsa. Dalam masa tersebut jika tidak dirawat, ia akan menjangkitkan kepada mana-mana lelaki yang berhubung seks dengannya.
Sementara penyakit siplis pula mungkin menular semasa melakukan hubungan seks atau secara hubungan luar, seperti bercium, berkucup, dan penggunaan barang-barang yang telah diguna oleh peghidap siplis, seperti seluar dalam pesakit.
Siplis di bawa oleh kuman mikrob yang berbentuk spiral, yang dikenali dengan panggilan siput spiral.
Selain itu ada lagi penyakti-penyakit khusus untuk anggota kelamin wanita, iaitu pada luibang faraj atau vagina. Penyakit ini ialah penyakit keputihan yang berpunca dari sejneis kulat dan kandila yang dikenali dengan panggilan vaginal candidiases dan bukannya berpunca dari perzinaan atau hubungan seks.
Mengikut kajian kira-kira 80 peratus daripada kaum wanita, sekurang-kurangnya sekali mengalami penyakit keputihan dalam sepanjang hidup mereka.
Ada beberapa faktor yang merangsangklan pertumbuhan kulat pada lubang faraj wanita, seperti penggunaan ubat-ubat antibiotik untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, penggunaan pil perancang keluarga, kedatangan haid atau kehamilan, pakaian dalam yang ketat, pakaian yang diperbuat daripada bahan sintetik, menghidap penyakit kencing manis, terlalu gemuk, penggunaan-penggunaan bahan-bahan pencuci kemaluan secara berlebihan dan kurang memberi prihatin terhadap kebersihan.
Penghidap pengyakit kulat ini akan merasa gatal, mrah dan bengkak pada kamluannya. Keputihan pada vagina akan brtambah banyak, terasa sakit atau tidak selesa semasa melakukan hubunga seks dan ketika membuang air kecil. Penyakit ini mungkin berbau sedikit atau mungkin tidak berbau langsung.
Untuk mencegah daripada dijangkiti penyakti kulat pada vagina, anggota kemaluan itu hendaklah dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan kering dan hendaklah menjauhi pakaian yang sendat atau ketat, hendaklah mengguna seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas, anda hendaklah menjauhi pencuci kemaluan yang kuat, dan jangan cuci kawasan vagina secara berlebihan, dan anda hendaklah meminta nasihat doktor jika anda menggunakan pil perancang keluarga atau antibiotik untuk masa yang panjang.
Di samping itu, ada lagi keadaan semula jadi yang boleh dianggap sebagai penyakit berlaku pada anggota kemaluan wanita yang menjadi batu penghalang kepadanya untuk melakukan hubungan seksual, justeru menghalang beliau untuk hidup sebagai suami isteri yang normal.
Ia dikenali dengan panggilan Rotaq, iaitu lubang faraj yang ditumbuhi daging, kerana persetubuahan tidak dapat dilakukan kerana zakar lelaki tidak dapat menembusinya seperti biawsa. Walauun wanita itu cantik dan menawan tapi dia tidak dapat menjadi seorang isteri yang normal seperti wawnita-wanita biasa.
Sejenis penyakit lagi
pula ialah lubang faraj ditutupi oleh tulang, bukannya daging seperti rotaq, ia
dikenali dengan Qarn. Wanita seperti ini juga menghadapi masalah untuk berumah
tangga sebagai suami suami isteri yang normal.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.