PASIR TUMBOH TERUS BERKEMBANG
Pasir Tumboh terletak dalam Jajahan Kota Bharu Kelantan,
iaitu kira-kira 11 km dari Kota Bharu. Ia mengambil masa selama kira-kira 20 minit untuk memandu dari Pasir Tumboh ke pusat bandar melalui jalan biasa. Ianya sebuah kampung yang diangkat
menjadi sebuah Mukim yang terletak dalam daerah Limbat.
Dari segi politik ia
terletak dalam kawasan DUN Salor dan dalam Parlimen Kubang Kerian.
Lorong Masjid Kg.Kubang Siput
Dulunya Pasir Tumboh
sebuah perkampungan yang kebanyakan penduduknya terdiri dari orang-orang Melayu
yang terdiri dari kaum tani. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya
telah berubah corak menjadi sebuah bandar kecil di pinggir ibu negeri Kota
Bharu.
Hari ini di kawasan
bandarnya telah tumbuh bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan yang memaparkan
berbagai-bagai barang kerperluan para pengguna. Ini menyebabkan Pasir Tumboh
sentiasa sibuk, terutama di hari-hari cuti dan menjelang hari perayaan, tidak
seperti beberapa tahun yang lalu.
Masjid al-Qasimi
Terletak Di Muka Lorong
Kubang Siput
Di Pasir Tumboh
terdapat sebuah pusat pengajian agama yang terkenal yang dipanggil Pondok Pasir Tumboh yang
telah wujud sejak sebelum merdeka lagi. Ramai pelajar-pelajarnya tersebar bukan
sahaja di seluruh negara, tapi juga di
seluruh nunsantara.
Secebis Sejarahnya
Pada masa dahulu,
sebelum Perang dan selepas Perang Jepun di Pasir Tumboh terdapat sebuah pasar
harian yang besar dan maju. Ramai orang daripada kawasan-kawasan yang dekat dan
jauh datang berniaga dan membeli barang-barang keperluan mereka di pasar
tersebut.
Pasar itu terletak
di pinggir Sungai Pasir Tumboh. Para peniaga membawa barang-barang jualan
mereka seperti beras, ikan-ikan, dan buahan-buahan, sayur-sayuran dan
sebagainya melalui ikut sungai itu
menggunakan sampan-sampan kecil yangi kayuh dengan pengayuh atau pendayung.
Pasar itu terletak di seberang Sungai Pasir Tumboh, di sebelah bandar Kota Bharu. Ia terletak berhampiran dengan jambatan Pasir Tumboh sekarang dan di suatu kawasan lembah yang kini telah dipenuhi dengan rumah-rumah kediaman. Bila berlaku hujan lebat pasar yang dikenali dengan panggilan "Kedai Buruk" itu selalu ditenggelami air, kadang-kadang sampai ke paras dada. Hari ini bila hujan lebat mencurah-curah kawasan-kawasan itu masih ditenggelam air dan banjir yang dapat dilihat setiap tahun berlaku kepada mereka yang melalui jalan tersebut. Dulunya ia dihubungi oleh sebeuah gertak kayu yang rendah yang turut tenggelam bila hujan lebat, dan terpaksa menggunakan perahu untuk berhubung.
Kemudian dibina pasar baru di di kawasan tinggi di sebelah Pasir Tumbuh Ia terletak di sebelah kiri dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu, dan tidak jauh daripada jambatan sekarang. Kemudian pasar itu pun dipindah pula berhampiran dengan pasar lama Pasir Tumboh yang masih ada sampai sekarang. Pada masa dulu kawasan itu dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa yang dipunyai oleh Bomba [nama seseorang usahawan India]. Kelapa-kelapa itu dipajak kepada penduduk tempatan.
Sungai itu tidak
seluas mana, kerana merupakan sebuah anak sungai, tapi keadaannya memanjang
meliputi beberapa buah tempat yang jauh. Para peniaga sejauh Sabak dan Bachok
akan datang berkayuh ikut sungai tersebut membawa dagangan mereka.
Sungai inilah yang
memisah bandar Kota Bharu di sebelah utara dengan kawasan-kawasan di Selatan,
seperti Pasir Puith dan negeri Terengganu. Kemudiannya sebuah jambatan telah
dibina merentangi sungai tersebut di Pasir Tumboh yang terus kekal sehingga
sekarang.
Pada masa tersebut
Pasar Pasir Tumboh itu amat popular, di mana penduduk-penduduk Kota Bharu
datang mencari keperluan mereka setiap hari. Di samping pasar tersebut yang
merupakan sebuah pangkalan perniagaan, ada lagi sebuah pengkalan yang terkenal
yang terletak arah ke hulu sedikit di mana perahupperahu berlabuh.
Peniaga-peniaga ini
menjual barang-barang dagangan mereka, dan kemudian membli pula barang-barang
yang mereka perlukan. Umpamanaya peniaga-peniaga dari kawasan Pantai Sabak dan
Bachok yang menjual ikan akan membeli beras dan bahan-bahan lain untuk dibawa
pulang ke kampung mereka, sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual.
Tapi keadaan ini tidak
berbekalan, kerana bila jalanraya dibina menghubungkan Kota Bharu di Utara
dengan kawasan-kawasan di Selatan, maka pasar besar Passir Tumboh itu
berangsur-angsur pudar dan tidak mendapat sambutan, walaupun telah
dipindah berhampiran dengan jalan raya.
Keadaan seperti ini
menimpa beberapa buah pasar di sepanjang Sungai Kelantan yang masyur sebelumnya
telah padam, bila jalan raya menyambung ke Kota Bharu dibina. Umpamanya Pasar
Kedai Salor yang begitu masyur sehingga tahun 1970an tapi telah lenyap bila
siapnya pembinaan Jambatan Sultan Yahaya Petra yang menrentangi Sungai Kelantan
menghubungkan bahagian uatara dan Selatan Negeri Kelantan, khususnya bandar
Kota Bharu dengan tempat-tempat lain.
Walau bagaimanapun
hari ini Pasir Tumboh telah membangun kembali untuk mengejar harus pembangunan
negara setelah ketinggalan sekian lama.
Kampung Kubang Siput & Kampung Parit
Seperti biasa setiap
buah Mukim terdiri daripada beberapa buah kampung. Demikian jugalah dengan
Pasir Tumboh. Dalam tulisan ringkas ini saya hanya ingin menyebut tentang dua
kampung sahaja, dan itu pun secara kontot sekali sbagai penulisan asas semata.
Pokok-pokok Di sisi Lorong Masjid
Tempat terletaknya
Pondok Rahmat sekarang ialah Kampung Kubang Siput. Ia dipanggil Kampung Kubang
Siput, kerana di dalam kampung ini
terdapat sebuah kubang di mana terdapat banyak siput-siput yang boleh dimakan.
Kubang ialah kawasan berlumpur di mana biasanya tempat kerbau kerkubang.
Sebenarnya ikan-ikan darat seperti ikan haruan, keli dan pepayu lebih banyak
daripada siput di kubang tersebut. Kawasan kubang itu sekarang sudah hampir
tertimbus.
Jalan utama untuk masuk ke Kampung Kubang Siput itu dipanggil Lorong Masjid yang bermula di sisi bangunan Mmasjid al-Qasimi yang terletak di pangkal lorong. Jika kita menyusuri lorong tersebut, kira-kira sesuku kilometer kita akan dapati terdapat tiga buah kedai kopi yang terletak berdeaktan menjual nasi belauk pagi. Ketiga-tiga kedai kopi ini biasanya penuh dengan pelanggan untuk makan di situ dan juga untuk dibungkus untuk dibawa pulang.
Sebelah petang pula ada sebuah gerai yang terletak tidak jauh dari belakang masjid al-Qasimi di sisi lorong yang dibuka sejak beberapa bulan yang lalu untuk menjual nasi dagang, nasi kerabu dan nasi belauk petang/malam. Kueh-mueh juga ada disediakan digerai itu.
Sementara itu
Kampung Parit pula mempunyai sejarah yang khusus. Kampung ini dinamakan Kampung Parit kerana
terdapat parit yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Parit itu asalnya
bukan digali manusia, tapi merupakan jalan diraja yang digunakan oleh raja-raja
dan para kerabat yang tinggal di Kota Bharu untuk pergi ke kawasan di Selatan
seperti ke Bukit Marak atau Bachok. Pada masa itu justeru kenderaan masih belum
ada mereka menggunakan gajah-gajah sebagai kenderaan. Akhirnya jalan-jalan yang
mereka lalui itu tenggelam di kawasan tersebut dan merupakan parit.
Sempena perkara itulah orang-orang tua
di situ menamakan kampung mereka sebagai Kampung Parit yang terus melekat shingga ke
hari in i.
Wallahu’klam.
Rencana ini terlalu pendek, justeru memerlukan lebih
banyak maklumat untuk memperlengkapkannya sebagai sebuah rencana. Saya menulis
ini sebagai teras permulaan daripada maklumat awal yang saya perolehi, dan
berharap dapat melengkapkanya dalam masa terdekat. Insya-Allah.
Sumber:
A]Pak Su Omar
B]Pak Chek
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
Read more...