Petua Memilih Alat Solek[ PETUA MEMIKAT SUAMI]
>> Saturday, December 31, 2011
PETUA MEMIKAT SUAMI
PETU MEMILIH ALAT SOLEK
Memakai alat solek amatlah dipentingkan oleh kaum wanita, supaya kelihatan lebih cantik dan menarik di mata suami. Tapi kalau tidak pandai menyolek, wanita bukan sahaja tidak kelihatan menarik, tapi menjadi sebaliknya, menyebabkan wajah kurang menarik.
Menurut Fatimah Yassin dalam ceramahnya, solek menyolek merupakan salah satu cabang seni yang semua wanita dapat mempelajarinya sendiri dalam masa yang singkat.
Melaluinya seorang wanita akan kelihatan lebih menarik di mata suami anda, kelihatan lebih muda, cantik dan jelita setelah mengenakan alat-alat solek yang mengambil masa lebih kurang 10 hingga 20 minit sahaja.
Katanya, “Seni solekan sebenarnya bermula dengan pembelian alat-alat solek hinggalah cara bagaimana kita mengenakannya dengan betul. Terdapat tujuh jenis alat-alat solek yang diperlukan untuk solekan yang sempurna”.
Kepada wanita-wanita Muslimah mungkin tidak begitu memerlukan semua bahan-bahan tersebut, tapi sebagai suatu cara atau petua, kita siarkan, yang mungkin boleh digunakan oleh para isteri Muslimah untuk membuat kejutan sekali sekala kepada suami bagaimana cantik dan menawannya anda. Namun begitu ia mstilah berdasarkan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam dalam bidang persolekan.
Kita suka mengingatkan, sebelum membelinya, pastikan terlebih dahulu bahan-bahan itu halal dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun yang boleh merosakkan kesihatan.
Ketujuh-tujuh bahan solekan tersebut, menurut Fatimah Yassin dalam ceramahnya itu ialah:
1]Solekan Asas [Foundation]
Menurut beliau, solekan asas ini terbahagi kepada dua jenis yang berwarna dan tanpa warna. Jika anda masih remaja dan mempunyai kulit yang cantik, gunakan solekan asas tanpa warna.
Sejenis Mascara yang terdapat di pasaran
Katanya, bagi anda yang berkulit kering, gunakan solekan asas yang mengandungi pelembab. Solekan asas yang jernih [invisibel foundtion] sesuai untuk kulit yang berminyak.
Jika anda ingin menyerikan lagi warna kulit anda, dan untuk menutup bintik-bintik atau parut-parut kecil di muka, anda boleh menggunakan solekan asas yang berwarna.
Menurut beliau, solekan asas jenis cecair lebih elok dan mudah disapukan. Dan jika kulit anda terlalu kering, sebelum menggunakan solekan asas yang berwarna, sapukan dahulu dengan losyen pelembab.
Walau bagaimanapun, kata beliau, memilih warna solekan asas ini, mestilah warna yang paling mirip dengan warna kulit anda. Jika anda mempunyai kulit yang pucat, bolehlah gunakan warna cokelat yang tidak begitu terang. Dan bagi anda yang berkulit pudar, gunakan warna yang kemerah-merahan.
2]Bedak Muka
Ketika anda membuat pemilihan ke atas jenis bedak yang hendak dibeli, pilihlah warna bedak muka yang warnanya mirip dengan kulit anda.
Katanya, jika anda membeli alat solekan asas jenis berwarna, pilihlah bedak yang sama jenis buatannya dengan solekan asas, agar senang bagi anda untuk memadamkan warnanya.
3]Gincu Bibir
Menurut Fatimah Yassin, kebanyakan wanita, apabila memilih gincu, lebih tertarik kepada warnanya daripada memberikan perhatian ke atas gincu yang berkrim atau jenis kabut yang tahan lama di bibir.
Katanya, seelok-eloknya anda mempunyai gincu yang berbagai-bagai warnanya, samada yang berwarna merah kebiru-biruan atau yang berwarna merah batu karang.
Sebaik-baiknya sesuaikan warna gincu anda dengan pakaian yang dikenakan, contohnya gincu warna merah kebiru-biruan sesuai untuk baju warna merah, biru, merah jambu atau kelabu.
4]Pemerah Pipi
Kebanyakan wanita memang memiliki pemerah pipi, tapi agak kurang yang tahu mengenakan secara betul. Sebenarnya pemerah pipi paling elok untuk menyerikan wajah anda, menambahkan warna, justeru itu memberikan raut wajah yang menarik.
Katanya pemerah pipi jenis krim dan jenis cecair lebih mudah digunakan dan lebih kelihatan natural, dan dari jenis bedak padat pula adalah untuk menjadikan wajah anda lembut dan menawan.
5]Pembayang Mata [Eye Shadow]
Katanya anda dimestikan memiliki pembayang mata dan sekurang-kurangnnya gunakanlah di malam hari. Tapi ada juga wanita-wanita yang menggenakannya di siang hari. Dan jenis yang mudah digunakan ialah jenis krim atau pensel.
6]Pelentik Bulu Mata [Mascara]
Alat ini digunakan untuk melentik dan memanjangkan bulu mata. Ada dua jenis mascara, iaitu jenis keras yang menggunakan berus kecil dan jenis krim cecair dalam bekas siap dengan berus.
Katanya, warna cokelat atau cokelat hitam yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang pada waktu siang, dan anda boleh gunakan warna-warna lain di malam hari.
7]Pensel Mata [Celak]
Beliau menasihatkan supaya memilih jenis pensel yang mudah untuk menghitamkan kening anda. Untuk menggariskan pangkal bulu mata di sebelah atas dan bawahnya, gunakan pensel yang lembut [eye liner]. Anda juga boleh gunakan warna cokelat atau cokelat tua, dan pada waktu malam bolehlah gunakan warna hitam.
Alifah ini masih bayi, tidak seperti orang-orang dewasa memerlukan alat-alat solek untuk menyeri wajah.
Sekarang sesudah memiliki segala alat tersebut, adakah anda tahu pula cara menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk memberi manfaat kepada anda, supaya anda kelihatan lebih cantik dan menggoda di mata suami anda?
Iktuilah dalam siri seterusnya
xxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni