Pakaian Anda Untuk Siapa?
>> Saturday, September 24, 2011
ASSALAMUALAIKU, HALO SAYANG
PAKAIAN ANDA UNTUK SIAPA?
Pakaian adalah salah satu keperluan asasi manusia. Pakaian menjadi cermin kepada ketamadun manusia sejagat, Manusia pada mulanya hidup tidak berpakaian, kemudian berpakaian menutup sekadar yang perlu, dan akhirnya pakaian mereka menutup sebahagian besar daripada anggota tubuh.
Bahan-bahan yang dipergunakan untuk membuat pakaian manusia berubah-ubah dari masa ke masa, daripada kulit kayu, kulit binatang kepada kain-kain yang diproses daripada kapas yang halus dan lembut yang boleh melahirkan keselesaan.
Tujuan berpakaian pada permulaannya untuk memperlindungi diri daripada ancaman-ancaman alam keliling, seperti cuaca sejuk dan iklim panas, dan daripada serangan serangga-serangga dan sebagainya.
Bila kedatangan Islam tujuannya dipertingkatkan lagi di samping sebagai penjagaan diri, ia juga perlu sebagai alat untuk menutup aurat yang haram didedahkan, baik kaum lelaki dan juga perempuan.
Di samping itu pakaian-pakaian itu perlu selesa ketika dipakai, kerana itu ia tidak boleh dipakai sebarangan sahaja, dan perlu disesuaikan dengan keadaan dan tempat supaya tidak menimbulkan problem dan tidak kelihatan janggal.
Lalu direkakanlah berbagai-bagai fesyen pakaian bukan sahaja untuk keselesaan pemakainya, tapi juga supaya kelihatan cantik dan mempesonakan, terutama kaun wanita.
Akhirnya dari kecenderungan untuk kelihatan cantik dan menawan, timbullah usaha-usaha untuk mempertingkatkan berbagai-bagai jenis fesyen, terutama di kalangan wanita, supaya kelihatan lebih anggun dan menggoda, khususnya di mata lelaki.
Salah satu daya penarik utama kepada manusia ialah nafsu seks, justeru itu direkakanlah fesyen-fesyen pakaian yang boleh merangsangkan nafsu seks itu, terutama pakaian-pakaian wanita.
Maka lahirlah pakaian-pakaian yang ketat dan sendat, pakaian-pakaian yang terkoyak di sana, terkoyak di sini, yang terbuka di atas, dan terdedah di bawah yang sengaja diperaga-ragakan untuk menarik perhatian seks.
Kerana itulah pakaian-pakaian yang mendedah kian popular, hinggakan tidak ada lagi bahagian yang tersembunyi pada badan wanita ketika berpakaian. Semuanya telah didedah dan dilondehkan untuk memuaskan pandangan nafsu seks.
Dengan adanya perkembangan-perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam semua jurusan itu, maka bertambah hebatlah kemjuan yang di capai dalam bidang pakaian. Maka lahirlah begitu banyak fabrik pakaian di tmur dan di barat yang mengkelamkbutkan fesyen-fesyen pakaian wanita di seluruh dunia.
Malah sejak akhir-akhir ini budaya pakaian begitu besar pengaruhnya dalam masyarakat manusia, terutama pakaian kaum wanita. Selaras dengan perkembangan tersebut, berbagai-bagai ragam fesyen telah direkakan. Berhubung dengan hal ini pereka fesyen telah memperkenal konsep “Place, Times and Occasion atau ringkasnya PTO. Konsep ini selalu ditonjolkan sebagai bahan pelaris jualan di gedung-gedung pakaian dan butik.
Wanita-wanita bekerja biasanya tergoda dengan konsep yang ditawarkan in . Demikian juga isteri orang-orang berada, para jutawan sering terjerat dengan aliran ini.
Para wanita mendapat bekalanan pakaian-pakaian dengan mengupah tukang-tukang jahit menjahitkan pakaian mereka, atau pun membeli pakaian-pakaian yang sudah “ready made” di pasar-pasar raya yang berselerak di seluruh negara.
Bagi para wanita yang memiliki cita rasa yang lebih tinggi, mereka lebih suka membeli atau menempah pakaian-pakaian mereka langsung daripada butik-butik yang terkenal yang mempunyai pakar fesyen yang ternama dan termasyur. Sepasang pakaian daripada butik yang berjenama seperti itu akan mencecah harga ribuan ringgi.
Kadang-kadang ada juga wanita-wanita yang tertipu ketika membeli pakaian yang dijual dengan harga tinggi, jauh lebih tinggi daripada harganya yang wajar, kerana ia diperbuat daripada kain-kain biasa yang tidak bermutu atau murah harganya, Ia sengaja dilakukan untuk menggabui mata pembeli bagi mendapatkan keuntugan yang berlipat ganda.
Oleh itu sentiasalah berhati-hati supaya tidak terbeli barang-barang yang sengaja dirika untuk menggautkan keuntungan yang lebih tinggi daripada kelalalian pembeli.
Adalah menjadi kebiasaan kepada para peniaga, apa-apa jenis perniagaan sekali pun, dalam hal ini, bermula dari pembuat kain, pencorak, dan pereka fesyen mereka semua berusaha untuk merebut kesempatan daripada kegila-gilaan kaum wanita untuk menggaut keuntungan yang sebanyak-banyaknya. Kebanyakannya pada hari ini, dalam mengejar keuntungan yang besar itu, mereka tidak berkesempatan untuk meletakkan neraca pertimbangan dari segi budaya, tradisi, adat resam dan agama Islam yang mewajibkan kaum wanitanya berpakaian yang sopan dan menutup aurat.
Bukan sahaja pakaian-pakaian orang-orang dewasa, gadis-gadis muda, tapi pakaian kanak-kanak juga menjadi serangan mereka untuk mengejar keuntungan yang berlebihan. Untuk tujuan itu berbagai-bagai corak dan berbagai-bagai jenis fesyen pakaian kanak-kanak mereka ciptakan, termasuklah pakaian-pakaian kanak-kanak yang mendedahkan, yang berupaya untuk melatih kanak-kanak itu dengan fesyen yang “berpakaian tapi bertelanjang” di kemudian hari bila mereka dewasa nanti.
Hendaklah diingati, dalam keadaan-keadaan tertentu, cara berpakaian wanita boleh mempengaruhi berlakunya perkara yang tidak diingini ke atas mereka, di mana mereka boleh menjadi mangsa gangguan seksual atau rogol. Walau pun bukan dalam semua kes, tapi dalam kes-kes tertentu memang ada kewajarannya.
Berbagai-bagai jenis mainan kanak-kanak, patung-patung kanak-kanak yang sebahagiannya digemari pada hari ini adalah merupakan model-model pakaian wanita dari barat dalam keadaan dibogelkan atau separuh bogel. Biasanya patung-patung ini diletak di tempat-tempat istimewa di rumah atau dalam bilik kanak-kanak kerana rupanya yang cantik dan harganya bukan murah pula.
Beg-beg atau tas-tas tangan wanita yang diciptakan dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk, dengan aneka warna terdapat di pasaran di seluruh dunia. Ada yang kecil, ada yang sederhana dan juga yang besar. Ia terdiri dari semurah-murah harga dan membawa kepada semahal-mahal harga, mencecah ribuan ringgit, di bawah berbagai-bagai jenama yang termasyur.
Walau pun hari ini, kaum wanita yang mambawa tas tangan tidak lagi selamat di negara kita, kerana terdedah kepada ancaman rompak, samun dan ragut, yang menyebabkan mangsanya tersembam jatuh, dan kadang-kadang menyebabkan kematian, tapi kebanyakan wanita tidak serik-serik membimbit tas-tas tangan mereka yang dimuat dengan barang-barang berharga, perkakas emas dan wang ringgi dalam jumlah yang besar dan lalu bergerak ke sana ke mari di khalayak ramai yang mendedahkan diri mereka kepada ancaman bahaya. Mereka yang seperti ini rela menggadaikan nyawa sendiri asalkan bergaya.
Demikian juga dengan selipar atau kasut wanita terdapat dalam beraneka ragam, bentuk dan fesyen serta berwarna warni, ada yang rata, ada yang rendah dan yang tinggi tapaknya. Namun begitu, kasut atau selipar tumit tinggi juga yang menjadi pilihan kebanyakan kaum wanita, walau pun ianya boleh menjadi ancaman kepada para pemakainya dalam jangka masa yang panjang.
Kepada mereka penampilan nombor satu, keselamtan adalah jatuh nombor dua, asalkan kelihatan bergaya dengan hayunan langkah yang bertambah seksi.
Memang telah menjadi rahsia umum, memakai kasut tumit tinggi yang ketinggiannya melampau boleh menyebabkan pemakainya menjadi mangsa sakit pinggang atau sakit belakang, kerana dengan memakai kasut seperti itu, bererti seluruh berat badan terpaksa ditanggung oleh jari-jari kaki, bukannya pada tapak kaki sebagaimana seharusnya berlaku.
Di samping itu bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tas tangan atau kasut yang mahal-mahal itu pula mungkin diperbuat daripada bahan-bahan yang haram digunakan oleh orang-orang Islam seperti kulit babi, sebagaimana bahan-bahan makanan dicampurkan dengan gelatin babi atau gelatin haiwan-haiwan yang tidak disembelih mengikut cara Islam walaupun haiwan itu asalnya halal dimakan,
Rasanya tidak lengkap jika tidak disentuh sedikit tentang alat-alat solek yang begitu banyak terdapat di pasaran hari ini, di mana kaum wanita mempunyai banyak pilihan. Ada berbagai-bagai jenama alat-alat solek yang dikeluar dan dipasarkan dan masih banyak lagi akan membanjiri pasaran untuk membuat kaum wanita bertambah anggun dan cantik jelita.
Tapi cuba renung-renungkan sekejap, untuk apa anda memakai alat-alat solek itu? Kalau untuk menggoda, siapa yang hendak anda goda?
Malangnya kebanyakan wanita hari ini bersolek hanya ketika hendak keluar rumah, untuk menggoda pandangan umum, menggoda lelaki lain, walau pun mereka mempunyai suami yang begitu memuja mereka. Itulah sebabnya mereka berpakaian terlalu indah ketika keluar rumah, tapi membiarkan rambut berterbangan dan pakaian yang berserebih, dan membosankan ketika berada bersama suami di rumah? Sepatutnya suamilah yang mereka goda, supaya matanya tidak terbuka ke lain arah.
Berindah-indahlah ketika bersama suami di rumah, supaya cik abang keberatan untuk meninggalkan rumah andainya tidak ada kerja yang penting, atau pun selalu teringat-ingatkan rumah, walau pun berada jauh dari rumah, kerana suami sentiasa terpandang-pandang ekor-ekor rambut isterinya yang melambai-lambainya memanggil mereka supaya segera pulang ke pangkuan.
Di samping itu, sungguh malang pula kerana ada di antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat alat-alat solek itu diperbuat daripada bahan-bahan yang merbahaya untuk kesihatan wanita atau haram digunakan oleh wanita-wanita Islam. Di antara bahan-bahan itu seperti timah hitam yang terdapat pada celak mata, pewarna yang merbahaya yang digunakan pada gincu bibir, dan bahan-bahan kotor dan bernajis seperti lemak-lemak binatang yang haram dimakan oleh orang-orang Islam seperti lemak babi atau janin bayi dan sebagainya.
Oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika hendak membeli dan menggunakan segala kemudahan-kemudahan tersebut baik ketika membeli pakaian atau alat solek.
Dan tampilkanlah diri anda dalam keadaan sebaik-baiknya untuk suami anda, bukan dengan tujuan untuk menggoda lelaki lain yang haram untuk anda dekati.
Bergincu seindah-indahnya, dan gunalah bibir yang delima merkah itu untuk menggoda suami anda.
Bercelaklah mata anda, dan gunakanlah mata anda yang cantik dengan bulu mata hitam melentik itu untuk memikat suami anda.
Wangikan badan anda, dan gunakan kewangian itu untuk menawan perasaan suami anda.
Berpakaianlah dengan indah, dan gunakanlah keindahan itu untuk memikat suami anda.
Tampillah dengan seanggun-anggunya di mata suami anda supaya suami anda terpesona dengan anda.
Kepada suami anda, anda adalah isterinya, kekasihnya, buah hatinya, sahabat setianya, teman seperjuangannya serta ibunya yan akan hidup bersama dari dunia hingga akhirat.
Kalau semua keindahan sudah ada di rumah, di hadapan biji mata, hanya lelaki yang rakus dan tidak mengerti nilai kebaikan dan keindahan sahaja yang akan mengalih rasa dan mengalih pandangan mencari sampingan yang lain.
Berpakaianlah dan berhiaslah untuk suami anda. Berikan yang terbaik untuknya.
xxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahma:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Seaklung Harmoni.
1 comments:
Untuk melindungi tubuh dari panas dan dingin, kita perlulah mengenakan pakaian. Namun, seiring berkembangnya zaman, pakaian tidak hanya menjadi pelindung tubuh, tapi juga menjadi satu trend GAYA MASA KINI.
Post a Comment