tag:blogger.com,1999:blog-7720611378352670931.post7031106582748220567..comments2024-03-09T12:03:23.926+08:00Comments on Pondok Rahmat: Adakah Amalan Malam Nisfu Sya'ban Ajaran Islam Atau Bid'ah?Pondok Rahmathttp://www.blogger.com/profile/12842645836249753714noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7720611378352670931.post-1910739961847636852013-01-19T20:38:49.201+08:002013-01-19T20:38:49.201+08:00Assalamualaikum
Ibadah yg beliau (Nabi MUhammad) ...Assalamualaikum

Ibadah yg beliau (Nabi MUhammad) tidak melakukan dan kita lakukan akan ditolak. Benarkan?

Benar sekali, “Dari ‘A’isyah RA, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang melakukan suatu yang tiada perintah kami atasnya, maka amal itu ditolak”. (Shahid Muslim, [243])
Maksud perintah KAMI, adalah hal-hal yg berkait dengan ibadah, dengan syariat agama seperti cara Solat, cara puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Contohynya sekira kita mengubah rakaat dlm solat, itulah yg tertolak. Pula tahlil, peringatan hari kebesaran Islam seperti Maulid, ini bukan masuk dalam syariat agama.

Sunnah Rasul saw, atau menghalalkan apa apa yang sudah diharamkan oleh Rasul saw atau sebaliknya, inilah makna hadits beliau saw :
“Barangsiapa yang membuat buat hal baru yang berupa keburukan...dan sebagainya”, inilah yang disebut Bid’ah Dhalalah.

Beliau saw telah memahami itu semua, bahwa kelak zaman akan berkembang, maka beliau saw memperbolehkannya (hal yang baru berupa kebaikan), menganjurkannya dan menyemangati kita untuk memperbuatnya, agar ummat tidak tercekik dengan hal yang ada dizaman kehidupan beliau saw saja, dan beliau saw telah pula mengingatkan agar jangan membuat buat hal yang buruk (Bid’ah dhalalah).

Jelaslah bahwa Rasul saw menjelaskan pada kita untuk mengikuti sunnah beliau dan sunnah khulafa’urrasyidin, dan sunnah beliau saw telah memperbolehkan hal yang baru selama itu baik dan tak melanggar syariah, dan sunnah khulafa’urrasyidin adalah anda lihat sendiri bagaimana Abubakar shiddiq ra dan Umar bin Khattab ra menyetujui bahkan menganjurkan, bahkan memerintahkan hal yang baru, yang tidak dilakukan oleh Rasul saw yaitu pembukuan Alqur’an (menyatukan jama’ah tarawih di masjid, adzan Jum’ah dua kali dan lain-lain), lalu pula selesai penulisannya dimasa Khalifah Utsman bin Affan ra, dengan persetujuan dan kehadiran Ali bin Abi Thalib kw.
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7720611378352670931.post-29954914143735588132012-07-04T19:18:54.237+08:002012-07-04T19:18:54.237+08:00Malam ini malam nisfu sya'ban beerti sudah 15 ...Malam ini malam nisfu sya'ban beerti sudah 15 syaban 1433h. Mungkin ramai dari kalangan ibu-ayah kita yang akan pergi ke masjid malam nanti untuk membaca yasin 3 kali dan mendengar kuliah sempena malam nisfu sya'ban ini.

Tidak kurang juga ada dikalangan kita yang berpuasa disiang harinya demi mencari keberkatan yang terkandung di dalam hari tersebut.

Apa yang menjadi masalah, setiap kali datangnya nisfu sya'ban ini akan wujud perbalahan dari segi ilmiah mahu emosi.

Ada yang membicarakan tentang soal bidaah dan ada juga yang membincangkan soal pahala sunat. Masing-masing dengan hujah dan dalil. Ada dalil yang lemah ada dalil yang kuat.

Memang tidak dapat dinafikan lagi membaca yasin 3 kali itu tidak lakukan oleh Rasulullah s.a.w. Tetapi kita mesti mengkaji kenapa boleh timbul amalan tersebut.

Ini mungkin kerana cara pendidikan ulama-ulama silam yang ingin mengajar masyarakat agar rajin membaca al-Quran. Bukan hanya pada malam nisfu sya'ban tetapi pada setiap malam.

Kerana terdapat banyak dalil dari kelebihan membaca al-Quran dan al-Quran juga akan menjadi syafaat (penolong) bagi kita di padang mahsyar nanti, insyallah.

Tentang persoalan puasa di hari nisfu sya'ban pula, para ulama-ulama silam mengambil dari hadis, yang mana Rasulullah suka berpuasa hari putih yakni berpuasa pada setiap 13,14 dan 15 bulan hijrah.

Jadi bagi pendapat aku, tidak ada masalah tentang beramal pada hari dan malam nisfu sya'ban ini. Mungkin kita boleh jadi ia sebagai sebuah latihan untuk terus beramal dan mengapai keredhoan Allah.

Jika ada yang membicarakan tentang persoalan-persoalan kecil ini, perlulah diingatkan bahawasanya banyak persoalan besar seperti masalah anak orang Islam yang sudah murtad, tidak menutup aurat, yang melahirkan anak zina, pemimpin yang tidak menggunakan hukum Islam, orang Islam yang minum arak dan terlalu banyak lagi..

Itu semua permasalahan yang lebih besar yang patut dijadikan isu. Bagi mereka-mereka yang ingin berubah dan mahu menjadi baik, doakan agar mereka senantiasa di bawah naungan rahmat Allah.. Allahua'lam.Minyak Anugerah PakSyedhttps://www.blogger.com/profile/12560714341504662042noreply@blogger.com