Wednesday, October 23, 2013

SIAPA YANG MEMBUKA BUKIT JAWA? SIAPA RADIN AHMAD BIN PANORMAN?





SIAPA YANG MEMBUKA BUKIT JAWA?
Siapa Radin Ahmad bin Panorman?



                                         Bukit Jawa

SUATU petang dua tiga hari lepas saya memandu kereta dari Kota Bharu ke Kuala Krai berteman seorang cucu, N.M. Syafiq Zaini. Seperti biasa kami melalui Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh. Tapi bila sampai ke Melor saya tidak membelok ke kanan, mengambil jalan menuju ke Kedai Ketereh, tapi sebaliknya meneruskan panduan ke Pasir Puteh. Bila sampai ke simpang Alor Hijau saya tidak juga membelok ke simpang kanan untuk menuju ke Kok Lanas, tapi meneruskan perjalanan ke Pasir Puteh., kerana saya bercadang untuk melalui Jalan Selising ke Kok Lanas, sebelum sampai ke Pasir Puteh

Sebelum sampai ke Selising, kita akan terlebih dulu bertemu dengan kampung-kampung Bukit Tanah, dan kemudian Bukit Jawa, kemudian baru sampai ke Selising. Bila sampai ke Bukit Tanah kita akan bertemu dengan Masjid Bukit Tanah yang terletak di tepi jalan sebelah kanan menghala ke Pasir Puteh. Dulunya Kampung Bukit Tanah ini istimewa dengan wanita-wanita cantik keturunan syekh-syekh dengan hidungnya yang mancung.




Markas operasi JPJ di Bukit Jawa


Melihat Masjid Bukit Tanah saya teringat pada suatu ketika saya pernah solat berjemaah dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datok Hj. Muhammad Yaacob. Solat Asar. Pada hari itu, saya menghadiri suatu majlis di Kg, Kandis, Bachok yang dirasmikan oleh beliau. Saya pergi dengan menumpang  seseorang, tapi kerana saya terlambat, saya ditinggalkan. Waktu itu tidak kenderaan yang akan balik ke Kota Bharu kecuali MB. Saya temui pemandu beliau menyatakan saya ingin menumpang balik ke Kota Bharu, dan beliau meminta saya membeirtahu sendiri kepada Datok Hj. Muhammad Yaacob. Sejurus kemudian beliau datang menuju ke keretanya dan saya pun segera menemui beliau memberitahu beliau tujuan saya hendak menumpang keretanya balik ke Kota Bharu. Beliau tidak keberatan. Beliau duduk di hadapan sebelah pemandu, sementara saya duduk di belakang. Bila sampai di Bukit Tanah beliau meminta pemandunya berhenti, untuk solat Asar di Masjid Tanah. Waktu itu masjid telah kosong. Beliaulah yang mengimamkan solat Asar kami bertiga.

Selepas Bukit Tanah kita akan bertemu dengan Bukit Jawa. 

Ramai orang tertanya-tanya kenapa kampung tersebut dinamakan Bukit Jawa? Sedangkan Jawa adalah nama sebuah pulau besar di Indonesia. Apakah hubungan Pulau Jawa dengan Bukit Jawa?

Bukit Jawa ini sebuah kampung yang terletak dalam Jajahan Pasir Puteh dalam Negeri Kelantan Darulnaim. Di situ memang terdapat sebuah bukit, dan di atasnya menjalar sebatang jalan menuju ke Pasir Puteh dan seterusnya ke Selatan, Terengganu dan Pahang.

Sehingga ke hari ini terdapat tiga buah sekolah yang mengambil sempena nama Bukit Jawa, iaitu  Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 1 dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa.

Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa



Pada masa dahulu di kanan kiri Jalan di atas Bukit Jawa ini ditumbuhi pokok-pokok getah dan hutan. Tapi hari ini di atasnya telah dibangun pejabat operasi Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] dan ada bungunan rumah berhampiran dengannya. Jalannya juga lebar tidak seperti masa-masa yang lalu.

Selepas menurun Bukit Jawa di kakinya terdapat sebatang jalan di sebelah kiri yang menuju  ke Bachok. Tapi kalau kita mara terus kita akan sampai ke Pekan Selising, dan jika membelok ke kanan di sempang lampui isyaratnya kita akan sampai ke Kok Lanas yang boleh membawa kita ke Kota Bharu atau ke Kuala Krai dan seterusnyas ke Selatan via Gua Musang.

Kembali ke Bukit Jawa. Kenapa dinamakan Bukit Jawa?

Sahabat saya, Cikgu Daud Yusuf pernah membuat kajian singkat mengenai sejarah Bukit Jawa pada tahun 1960an yang lalu. Memandangkan tidak banyak orang yang mengetahui tentang sejarah Bukit Jawa, maka ada baiknya saya perturunkan kembali kajian beliau itu untuk kita kongsi bersama terutama kepada peminat-peminat sejarah dan juga penduduk-penduduk tempatan Bukit Jawa sendiri, khususnya di kalangan generasi muda mereka.


Jalan menuju ke SK Bukit Jawa-Kok Lanas


Kampung Bukit Jawa ini dibuka oleh seorang penggembara yang berasal dari Jawa, namanya Radin Ahmad bin Panorman. Beliau bukan sahaja bertanggungjawab membuka Kampung Bukit Jawa tapi juga Kampung Pasir Puteh, dan kemudiannya dijadikan Jajahan Pasir Puteh, sebuah jajahan dalam Negeri Kelantan.

Marilah ikuti sejarah Radin Ahmad bin Panorman yang bertanggungjawab membuka Kg. Bukit Jawa itu sebagaimana dicatat oleh Cikgu Daud Yusuf.

“Kerana merasa kecewa di atas tindakan ayahandanya  melantik kakandanya menjadi raja dan beliau dilantik menjadi raja muda, Radin Ahmad bin Panorman yang dikenali di sini  dengan nama tubuh Ayah Jawa lalu berhijrah dari Kampung Bangil, sebuah daerah di Jawa Timur, ke daerah-daerah sebelah Timur dan akhirnya sampai ke Kelantan.

Mengikut cerita mulut yang disampaikan oleh Radin Ahmad kepada orang-orang tua di Kampung Pasir Puteh, datoknya bernama Radin Inu dan dia adalah bapak saudara kepada Panji Semerang.

Di Kelantan Radin Ahamad merantau ke segenap pelusuk negeri ini, kerana mencari tempat kediaman. Akhirnya beliau menetap di Kampung Laut, sebuah kampung dalam Jajahan Kota Bharu. Beliaulah yang dikatakan mengasas Masjid Tua Kampung Laut.

Tidak berapa lama kemudian, Radin Ahmad pindah pula ke Bukit Jawa dalam Jajahan Pasir Puteh dan menetap di sana. Nama Bukit  Jawa adalah mengambil sempena nama beliau yang berasal dari Jawa dan nama itu berkekalan hingga sekarang.

Kemudian Radin Ahmad berkahwin dengan seorang perempuan bernama Mek Nik yang berasal dari Kampung Berangan, Bukit Abal. Dengan isterinya Mek Nik, beliau mendapat sepuluh orang anak, antaranya Radin Ali yang mula-mula membuka Kampung Kelubi, Pasir Puteh.

Menggembara ialah kegemaran Radin Ahmad. Dari Bukit Jawa beliau berpindah pula ke Kampung Jembal, dalam Daerah Mentuan, Bachok. Di sana beliau menetap  selama beberapa tahun dan membuka kampung baharu yang diberi nama Kampung Telaga Bata.

Kira-kira tiga tahun Radin Ahmad tinggal di Telaga Bata, beliau berpindah pula ke Jajahan Pasir Puteh dan menetap dalam sebuah kampung dalam daerah Limbungan. Daerah ini diusahakannya menjadi sebuah kampung yang subur yang kemudiannya dinamakan Kampung Pasir Puteh. Di situ beliau mendirikan sebuah madarasah. Kampung itu sekarang terkenal dengan nama Kampung Surau.

Radin Ahmad digelar orang Tok Ayah Jawa. Beliau sentiasa berpakaian serba putih. Beliau suka bertapa dalam rumahnya dan dikatakan banyak mempunyai ilmu kesaktian. Pekerjaannya ialah bercucuk tanam.

Tok Ayah Jawa juga dianggap keramat. Kononya beliau boleh terbang. Kononya pada suatu hari beliau berjumpa dengan orang membawa ayam belaga. Beliau pun lalu membuat seekor ayam dari kayu pemukul pahatnya dan dilagakan  dengan ayam orang itu yang berkesudahan dengan ayam yang sebenar itu kalah dan mati.

 
Masjid tua Kampung Laut dikatakan diasaskan oleh Radin Ahmad bin Panorman dari Bangil Jawa Timur



Beliau berambut panjang sampai ke bahu, dan kadang-kadang dikatakan beliau meyanggul rambutnya yang panjang itu. Satu tanda yang ganjil dikatakan terdapat pada betis sebelah kanannya ialah seakan-akan sisik ikan sebesar tiga jari.

Beliau meninggal dunia kerana sakit tua dan dimakamkan di Kampung Pasir Puteh dengan sederhana sahaja. Di keliling makamnya diperbuat binaan simin setinggi lebih kurang dua kaki.

Dahulu makam beliau ini selalu dikunjungi oleh orang ramai kerana ada sesetengah orang bernazar dan berkaul jika anaknya yang sakit itu sembuh mereka akan membawa anaknya ke kubur Tok Ayah Jawa dan dimandikan dengan air kolah yang didapati berhampiran dengan makamnya.

Demikianlah kisah seorang putera raja dari Kampung Bangil Jawa menjelajah dan membuka beberapa buah tempat di Kelantan, termasuk Kampung Bukit Jawa dan Pasir Puteh yang wujud hingga ke hari ini di negeri Kelantan Darulnaim.


37 comments:

  1. Terima kasih banyak atas informasinya...
    salam kenal,,,

    dari orang Bangil - Pasuruan - Jawa Timur - Indonesia

    ReplyDelete
  2. terima kasih info ini...tp ingin kepastian nama tok ayah yg sebenar.

    ReplyDelete
  3. beliau juga ada menulis kitab sendiri dengan tulisan tangan.masih wujud ke kitab itu?

    ReplyDelete

  4. tERIMA KASIH:

    Sejauh yang diketahui namanya Radin Ahmad bin Panorman, dari Bangil, Saya mengharap akan mendapat penjelasan/pengesahan dari orang Bangil sendiri.

    Belum pasti kitab tulisan tangan beliau masih ada atau tidak.

    ReplyDelete
  5. Ada ke anak cucu tok ayah jawa di sini?

    ReplyDelete
  6. Dgr kata ats bukit jawa ada gua. Btul ke? Bulehlah utk dijadikn tmpt plncongan trkenl di klntan

    ReplyDelete
  7. Cucu-cicitnya masih ada ... Kpg Surau, Telaga Bata, Kpg Laut, Limbungan, Kpg Kelubi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada Keturunan ke5 dan ke6 di Kg N.........

      Delete
    2. Sy tinggal di kg kelubi.nak tau keturunan ke berapa

      Delete
  8. boleh tak nyatakan sumber yang digunakan?sebab sy nak guna utk kajian projek tahun akhir bagi subtopik latar belakang bukit jawa. terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Boleh dptkan alamat waris, saya dari keturunan solo jawa timur.
      No tel saya Mohd Basori: 013-6519584

      Delete
  10. owh..okay terima kasih..tapi, boleh tak saya nak tau mcm mana nak dapatkan profil Bukit Jawa?

    ReplyDelete
  11. Kecik2 dulu Moyang saya selalu bercerita tentang Tok Ayah Jawa ... katanya dia merantau kerana tak mahu jadi Raja. Ini lebih kepada merajuk. Kami kecik2 dulu selalu di bawa pergi mandi bunga di Kpg Surau. Skrg katanya hal2 sedemikian tidak lagi di galakkan kerana ada kuncu2 tak bertanggungjawab yang puja kubor mintak nombor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahu Maqam Tok Ayah berada di bahagian mana secara tepat, sebab pernah pergi ke kawasan perkuburan kg surau tu.. tp tak jumpa

      Delete
    2. Dulu arwah tok ayah saya tunjuk kubur tok ayah jawa lepas tu saya lupa. Jumaat lepas saya Tanya pencuci kubur Lokasinya. Alhamdulillah dapat jumpa.

      Delete
    3. Boleh tau kedudukan yg betul Maqam tok ayah jawa tak.. sebab selalu pergi, tapi tak tau dekat mana, jadi duduk dekat wakaf depan kubur tu je..

      Delete
  12. Sy keturunan tok ayah jawa yg masih ad...xrmai generasi kami yg minat thu hal ni

    ReplyDelete
  13. Assalamulaikum, saya nak tanya untuk kepastian, adakah Kampung Tualang Tinggi di Bukit Jawa?

    ReplyDelete
  14. adakah keturunan anak cucu cicitnya masih bertutur jawa? atau telah hilang identiti jawanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya sudah hilang kerana faktor loghat kelantan dan hanya tok ayah jawa sahaja yang berketurunan jawa. Tidak seperti johor yang perpindahan org jawa yang ramai.

      Delete
  15. Boleh hubungi saya 0139612454

    ReplyDelete
  16. Nak Tanya juga...kampung2 kg kedai menanti,melor tu ada yang berketurunan jawa juga ke?nak Tau jugak asal org2 kg kedai menanti tu asalnya kebanyakan Dari mana?

    ReplyDelete
  17. Cerita Arwah Tok Ayah Jawa ni terlampau panjang..
    Tak berani nak cerita lebih2..
    Satu masa, Tok Ayah Jawa terbangkan wau , nama wau tersebut ialah Wau Berembang Emas. Arwah menyuruh anak cucunya pada masa itu pegang tali wau bersamanya, arwah juga bernaik saksi, bahawa keturunan susur galurnya akan sampai ke keturunan ke7..
    Apabila sampai ke keturunan ke7 tidak dipastikan apa yang akan berlaku..
    Saya adalah antara individu keturunan ke6 Tok ayah Jawa.. susur galur dan nama sebenar Tok Ayah Jawa masih di hafal oleh cucu cicit arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi nom wssp x, sy nak tanya sesuatu 🙏🏻

      Delete
    2. Boleh sy tau susur galur keturunan tok ayah jawa?

      Delete
  18. macammana nak tahu keturunan ke berapa? saya orang pasir puteh. jalan sekolah saniah. mak saya selalu bercerita pasal tok ayah jawa dan radin inu dan panji semerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kat sekolah saniah juga. Awk rumh kt mana ye? Bole wssp sy x 01161030389

      Delete
  19. boleh whatsapp mak saya tak 0126458994? mak saya nak kenal sape tulis ni

    ReplyDelete
  20. saya pun tinggal di kampung kelubi jalan machang...arwah ayah ada bercerita psl tok ayah jawa...tp arwah ayah tu mungkin keturunan ke 7 dh

    ReplyDelete
  21. ohh kalo gitu asal usul keturunan orang kampung bukit jawa dan pasir putih sebenarnya ialah orang jawa ya bukan kelantan ?? oleh kerana faktor loghat kelantan bahasa jawanya hilang ?? nak belajar balik tak bahasa jawanya ..bahasa keturunannya yg sebenar ?? belajar banyak bahasa pun okay jugakan

    ReplyDelete
  22. oleh sebab tu ada setengah orang kelantan gelarkan diri dia wak contohnya pelakon Wak sir..selalunya gelaran Wak tu di gunakan untuk orang Jawa

    ReplyDelete
  23. Saya rasa cerita ini kurang tepat, apabila dibuat kajian, saya adalah penduduk asal Bukit Jawa

    ReplyDelete